Bedah Buku Al-Awa'iq (Hambatan Dakwah)

Salam pengunjung Halaqah Borneo... Insya Allah, Harini ana rasa nak bedah buku Al-Awa'iq (Hambatan-hambatan Dakwah).. Tapi ni cuma sinopsis je bedah buku.. Sebenarnya ana belum jumpa lagi buku ni.. tapi ana cuma dapat hasil bebadh buku Al-Awa'iq ni... jadi ana baca dulu.. lepas dah jumpa buku ni, Insya Allah ana akan bedah buku ni... Dan Insya Allah lepas ni ana akan bedah buku Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dari yang pertama (Muntalaq), kedua (al-Awa'iq), ketiga (Raqa'iq) dan keemapat ( al-Massar)... Semakin bersemangat ana nak bedah buku... Suka betul dengan buku hasil nukilan ustaz Ahmad Ar-Rasyid ni... Semoga ana dan pembaca bersama semakin faham akan dakwah yang kita lalui ni.. kerana kita pilih jalan ini....




Hambatan - hambatan Dakwah ( Al-Awa'iq)
Ustaz Muhammad Ahmad Ar-Rasyid
Hasil bedahan: Bubbly, Edited by: Abu E'zaz, Read and posted by: Azryn Al-Fatih


Pemuda dakwah, bukanlah manusia yang serba sempurna luar dan dalam, tetapi adalah mereka yang ingin dan mahu bermujahadah meningkatkan diri dalam pandangan Ilahi.

Hasil tulisan ketiga dari Ustadz Ahmad ar-Rasyid yang dibukukan selepas Muntalaq (Langkah Bermula), dan Raqa’iq (Pelembut hati), buku ini berkisar kepada epilog kehidupan para mujahid di atas jalan dakwah. Tumpuan banyak berkisar pembabitan seseorang di atas jalan ini, dan liku-liku yang menjeratnya di atas jalan dakwah ini dan contoh yang hidup dikemukakan bagi tatapan pembaca.

Tangan bergenggam tangan selalu teguh dalam barisan

Saksikanlah perjanjian kami untuk maju atau hancur bersama

Sesungguhnya para da’ie itu telah menyuapkan pikiran kepadamu

Mereka membawa petunjuk bagi timur dan barat

Engkau hidup dalam ketulusan mereka

Betapa indahnya hidupmu selama mereka masih mengasuhmu

Seorang Muslim yang sejati itu adalah yang datang ketika manusia lainnya berpaling, setia ketika orang-orang berkhianat, dan berbuat kebaikan ketika orang lain berbuat mungkar.

Sesungguhnya dakwah ini tidak rugi dengan orang yang enggan mengikuti dakwah.

Sesungguhnya keberuntungan orang dari dakwah ini ialah bahawa siapa yang berbuat untuk kepentingan dakwah ini maka Allah akan memuliakannya. Tetapi siapa yang meninggalkan dakwah ini, maka sebenarnya ia telah menjauhkan kebaikan dari dirinya dan ia tidak akan merugikan dakwah ini sedikitpun.

Pada awal pelariannya kepada Allah, ia memahami bahawa ia sudah berada pada jalan yang tinggi dan mulia, ia faham bahawa kedudukan di hadapan Allah itu bertingkat-tingkat, ia selalu ingin naik ke darjat yang lebih tinggi, dan ia yakin bahawa darjat syurga yang tinggi menuntutnya untuk menginggikan mutu niatnya dan ketinggian jalan yang ditempuhnya, serta bebas dari segala noda dan kekurangan.

Kerana insan itu tak lepas dari tarikan keimanan dan tarikan syaitan, maka da’ie diperingatkan dengan panahan syaitan:

1) Ujub

Amal soleh adalah sinar dan cahaya.Ia akan berubah menjadi kelam apabila angin ‘ujub berhembus padanya walaupun sekali hembus.

2) Menyukai pujian

Banyak orang terpedaya oleh kerana Allah tidak menampakkan keburukan mereka. Mereka terkena fitnah kerana sanjungan yang baik. Maka janganlah sampai ketidaktahuan orang lain tentang dirimu itu mengalahkan pengetahuan tentang diri sendiri.

Barang siapa yang mencela dirinya di tengah khalayak ramai, maka bererti dia telah memuji dirinya, sedangkan hal itu adalah salah satu dari tanda riya’.

Ibn Taimiyah melakarkan perkataannya:

Orang yang terpenjara adalah orang yang hatinya dihalangi dari Tuhannya, sedangkan orang yang ditawan adalah orang yang ditawan oleh hawa nafsunya.

Seorang rijal adalah yang mengubati penyakit dari luar, lalu ia mulai mencabut akarnya dari dalam, sehingga hari-harinya terasa jernih, dzikirnya berjalan dengan baik, dan sentiasa suka cita.

Sesungguhnya penyebab kebaikan adalah pengetahuanku tentang kerosakannya. Cukuplah dikatakan buruk bagi seorang mukmin apabila ia mengetahui suatu kerosakan namun ia tidak memperbaikinya.

Sesungguhnya Allah telah menjadikan cahaya yang terang benderang di atas jalan ini, cahaya atas cahaya, yang membimbing sesiapa sahaja yang mahu membuka hati, mencelikkan mata dan melangkah atas jalan yang lurus.

Cahaya-cahaya itu adalah:

1) Isti’adzah kepada Allah dari pelbagai fitnah

Apabila seorang makhluk berlindung dari fitnah hawa nafsu pada Khaliqnya, maka ia akan diselamatkan Khaliqnya.

Ketuklah pintu Allah berkali-kali, dan tinggalkan orang orang yang enggan mengetuk pintu Allah dan jauhilah berteman dengannya dan rebahkan dirimu di pintu gerbang Tuhanmu dengan rasa hina sehingga engkau mendengar panggilan ketenangan.

2) Pemurnian niat dari segala noda

Keikhlasan adalah pangkal keberhasilan. Sesungguhnya di tangan Allah lah ketentuan segala urusan.

3) Rela menerima nasihat dan memintanya dari yang ahli

Mata bisa melihat yang jauh dan dekat sedang ia tidak mampu melihat dirinya.

4) Saling memaafkan

Jangan lukai wajah kasih ukhuwwah yang memancarkan cahaya

5) Tetap takwa walaupun dalam keadaan marah

6) Menilai manusia dengan adil

Tiadalah manusia itu kecuali berputar antara kebaikan dan keburukan namun seringkali pelaku keburukan memperbaiki diri lalu menjadi baik

7) Memperhatikan ‘aib diri

Sesungguhnya pada diri ada kesibukan yang seharusnya membuat orang tidak mahu memikirkan keburukan orang lain.

8 ) Menjaga telinga dari mendengar celaan

9) Menasihati pemimpin secara tertutup

10) Mengurangi bicara

Seorang mukmin adalah mereka yang disangka orang bodoh sebagai pendiam dan tidak pandai ekspresi, tetapi hikmah kebijaksanaannya membuatnya diam. Dan disangka oleh orang dungu sebagai seorang tukang celoteh, tetapi nasihat kerana Allah itulah yang membuatnya bicara.

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir hendaklah ia berbicara baik, atau(jika tidak bisa) hendaklah ia diam. (hadis Nabi)

11) Menahan diri daripada pertengkaran

12) Berpegang erat pada kejujuran pada masa fitnah

13) Meninggalkan majlis-majlis rahsia

Tidak pantas baginya duduk bersama sejenak kecuali dengan niat untuk memperkuat iman, lalu melanjutkan lagi kerja hariannya.

14) Ajaklah hatimu membenci fitnah

15) Mengetahui bahawa Allah tidak akan memperbaiki perbuatan para perosak

Barang siapa yang memperbaiki hubungan dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan manusia.

16) Menuduh keburukan yang jelas

Semua yang menyembunyikan rahsia

Maka, bagi Allah itu sama dengan dihadapan mata

Engkau tidak mampu melihat sesuatu yang diketahui Allah

Sedangkan bagimu itu semua tersembunyi

17) Menghindari mengkhianati janji

Mereka itulah saudara-saudaraku yang kucintai

Aku akan mengutamakan cintaku padanya dari segenap cintaku

Tiadalah keadaan mereka itu kecuali sebagai seorang mulia dan beradab

Dia mencintai saudaranya dan tak suka berkhianat

18) Pemegang kebenaran tidak pernah ragu

19) Takkan menjadi badui lagi

20) Pengorbanan yang didasarkan pada perintah pemimpin

Fahami dan tunggulah, wahai orang yang bersemangat kerana engkau akan mendapat pahala berjaga jaga sebesar pahala yang akan kamu dapat ketika menyerbu.

21) Panglima kebatilan tetap tercela, sedang perajurit kebenaran tetap terpuji

Menjadi ekor di jalan kebenaran lebih aku cintai daripada menjadi pemimpin dalam kebatilan

22) Perkataan yang benar belum cukup untuk menyatakan kebaikan seseorang secara mutlak.

Kisah Abu Hurairah dan syaitan sebagai contoh.

23) Buruknya kepimpinan adalah tanda bahaya bagi jemaah

Sesungguhnya hal yang sangat kutakuti pada umatku adalah orang yang alim lidahnya, tetapi bodoh hatinya.(Umar Al Faruq)

24) Berusaha keras menyelamatkan diri

Menyelamatkan diri adalah lebih baik daripada beban kepemimpinan yang tak sanggup dipikul.

25) Tujuan dihancurkan masjid Dhirar

26) Tingkat waspada pada fitnah akhir zaman

Bukan kuantiti, tapi kualiti.

27) Belajar dari sejarah

28) Berpaling dari orang-orang bodoh

29) Meredam khabar angin

30) Cahaya peringatan berwarna merah

tidak ada dibumi ini yang lebih berani dari seorang yang tidak bersalah

tidak ada orang dibumi ini yang lebih penakut selain dari orang yang bersalah

….

tepukan ringan di atas bahu seorang yang kepalanya sedang tertunduk kerana ngantuk dan lalai perlu, dan harus dilakukan, untuk memperingatkannya akan adanya ketenteraman yang terdapat di sekelilingnya, jika ia mahu mengambilnya, dan adanya pemandangan yang indah di atasnya sekiranya ia mengangkat kepalanya.


..........Insya Allah nantikan bedah buku daripada Halaqah Borneo... Insya Allah................


Posted by: Azryn Al-Fatih

8 Zulkaedah 1430H, 27 Oktober 2009

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..