Memori 20 Oktober...

Salam kepada Semua yang melawat blog kami HALAQAH BORNEO...

Sebelum penulis menulis mengenai memori 20 oktober, izinkan penulis menulis sedikit tentang peristiwa di hujung minggu penulis bersam isteri dan family sebalh isteri yang datang menziarahi kami di Teratak Sewa kai Di Taman Desa Ilmu..

Alhamdulillah, kali ni keluarga sebelah isteri penulis selamat sampai dari Sibu pada pada tengahari Jumaat. mereka datang dengan menaiki kenderaan sendiri.. naik kereta MYVI Hitam bernombor QSP XXXX milik adik ipar... Kereta dipandu oleh adik ipar penulis, Saiful.. Sebelum mereka sampai penulis mengirim SMS kepada isteri, bertanya, " Bila mak dan saiful akan samapai rumah?", kemudian Isteri penulis pun telefon, " ohhh mak ngan saiful semuanya baru nak bertolak dari SPRING, Pasar Raya membeli belah, mereka tadi makan kat sana".. Barulah penulis tahu keaadan yang berlaku. Penulis bertanya kerana, penulis ingin menunggu mereka sampai kerumah dulu barulah penulis pergi ke UNIMAS utk menyambung kerja. Alhamdulillah pada hari tu jumaat, jadi masuk kerja jam 2.30ptg..

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya kendengaran bunyi kereta sampai di muka pintu rumah, Alhadulillah mereka semua dah sampai .. mereka sampai dalam jam 2.50ptg. kemudian penulis terus menelfon isteri penulis, " sayang, mak dah labik lebuk (mak dah sampai rumah translate bahasa melanau) penulis terus membuka pintu rumah dan seterusnya kelihatan bapa mertua penulis melemparkan senyuman yang sangat indah dan berseri.. Tenang rasanya dan sejuk hati ini melihatnya.. penulis bersalam dengan bapa mertua dan menyurhnya masuk, kemudian kelihatan mak mertua indah berpakaian blauss dan berseluar, nampak muda.. hehehe macam anaknya juga ( isteri penulis lah) mak mertua penulis ni memang nampak chinese look skit.. saya pun bersalaman dan menolongnya mengangkat barang masuk kerumah..

kemudian tak lupa juga kehadiran adik ipar penulis saiful dan ratinah bersama anaknya, Muhammad Aniq.. Bestnya dapat cium Aniq masa mereka baru sampai.. Aniq masa tu baru bangun Tidor.. Comel sangat... hehehe.. Aniq ni muka dia pun chinese look juga.. dah keturunan nenek dia.. jadi ikutlah skit, tapi mereka bukan keturunan chinese tapi kata orang, cina melayu atau nama mudahnya MELANAU....



Gambar Mak dan Bapa Mertua serta isteri Penulis

kerana batasan waktu tak mengizinkan penulis terpaksa bergegas segera untuk masuk pejabat.. jadi penulis tinggalkan family mertua penulis dan Aniq sekeluarga berehat dulu dirumah... Mesti pelik kenapa isteri penulis tak de dalam babak cerita ni kan?.. sebenarnya isteri penulis berada di Hospital, sedang bertugas.. jadi penulis yang bekerja di UNIMAS nilah yang melayan family dulu, sebab dekat sangat. hehehe.. kesian isteri penulis tak dapat jumpa anak buah kesayangan dia dulu, Muhammad Aniq... hehehe..

tapi apapun isteri penulis dapat bergambar dengan Anak buah kesayangan dia... penulis hanyalah mengambil gambar je...



begitulah sdikit coretan diari pada hujung minggu penulis...


Masuk semula MEMORI 20 OKTOBER

Kali ini penulis ingin menceritakan sesuatu yang menjadi memori yang amat bermakna buat penulis. Sebuah pengalaman dan sebuah permulaan jalan kehidupan yang lebih bermakna dalam hidup penulis. Mana taknya, pengalaman dan memori ini akan menjadi satu titik tolak dalam membina kefahaman diri terhadap tarbiyah dan menambah amal islami dan dakwah itu sendiri. Tapi bukan seorang lagi, tapi ada teman yang sanggup menegur kesalahan diri dan menambah kekurangan peribadi..

Begitu indah sebenarnya ciptaan Allah.. Semuanya berpasangan.. kerana dengan berpasangan itulah akan berlakunya saling tampung menampung kekurang diri dan saling menambah kemisan hidup didunia yang fana ini..

Allah berfirman; Surah As-Syuura, 42: ayat 11;
(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.

Begitulah maha kuasanya Allah Sang Pencipta, jadi memori yang dimaksudkan penulis adalah memori kami mendirikan rumah tangga. Pada 20 oktober ini genaplah 2 tahu kami menjadi suami dan isteri.. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kami sebagai keluarga Daie.. kami sangat berharap kepada Allah, agar Allah menetukan segala yang terbaik buat kami berdua dalam rangka menuju Riha Allah dan menjalankan ketaatan kepadaNya..

Jika nak tulis memori kami amatlah panjang tapi apapun dapat saya ungkapkan Memori 20 Oktober ni menjadikan kami bertambah mesra dan Cinta kerana Allah. Agar Nurkasih kami sentiasa mengalir menyirami Tanamam Iman dan Kehidupan kami berumah tangga. Kami tak mengharapkan kekayaan Dunia, mahupun kemewahan Harta, tapi apa yang kami harapkan adalah Kekayaan Iman dan Amal dan Kemewahan Kefahaman dalam Tarbiyah dan Dakwah serta di selitkan dengan Kebahagiaan serta penyejuk mata kami ( anak-anak soleh dan sholehah yang taat pada Allah, rasul dan Ibubapanya). Amin, amin ya rabbal alamin....


Kemesraan semakin Terjalin kini, Indahnya bercinta setelah Bernikah, 2009


Sekian,
Akhi Azryn Al-Fateh
1 Zulkaedah 143o H/ 20 Oktober 2009

p/s: Semoga antum yang membaca juag mendapat rahmat Allah, Doakan kami cepat memiliki cahaya mata.. Amin

4 Responses so far.

  1. owh. aritu 8 syawal, ni 20 oktober plak. setahun dua kali la ya.

    gambar ibu bapa mertua bersama isteri penulis amek kat mana? setahu pembaca, rumah penulis takda sofa. :)

  2. Halaqah Borneo says:

    owh, kami bergambar di hotel FOUR POINTS, by Sheraton... adik ipar penulis tidur disana, rumah hanya mak dan bapa mertua sahaja... hehehe.. syukran...

  3. ababeel says:

    Ya Putra Al-Fateh,

    Mohon dikeluarkan gambar Ababeel dari laman ini. Ia adalah privasi untuk Putra sahaja! tolong ya

  4. abu redha says:

    moga kekal bahagia dunia dan akhirat, dan istiqamah dalam tarbiyah dan dakwah..

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..