Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Archive for October 2009

Bedah Buku Al-Awa'iq (Hambatan Dakwah)

Salam pengunjung Halaqah Borneo... Insya Allah, Harini ana rasa nak bedah buku Al-Awa'iq (Hambatan-hambatan Dakwah).. Tapi ni cuma sinopsis je bedah buku.. Sebenarnya ana belum jumpa lagi buku ni.. tapi ana cuma dapat hasil bebadh buku Al-Awa'iq ni... jadi ana baca dulu.. lepas dah jumpa buku ni, Insya Allah ana akan bedah buku ni... Dan Insya Allah lepas ni ana akan bedah buku Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dari yang pertama (Muntalaq), kedua (al-Awa'iq), ketiga (Raqa'iq) dan keemapat ( al-Massar)... Semakin bersemangat ana nak bedah buku... Suka betul dengan buku hasil nukilan ustaz Ahmad Ar-Rasyid ni... Semoga ana dan pembaca bersama semakin faham akan dakwah yang kita lalui ni.. kerana kita pilih jalan ini....




Hambatan - hambatan Dakwah ( Al-Awa'iq)
Ustaz Muhammad Ahmad Ar-Rasyid
Hasil bedahan: Bubbly, Edited by: Abu E'zaz, Read and posted by: Azryn Al-Fatih


Pemuda dakwah, bukanlah manusia yang serba sempurna luar dan dalam, tetapi adalah mereka yang ingin dan mahu bermujahadah meningkatkan diri dalam pandangan Ilahi.

Hasil tulisan ketiga dari Ustadz Ahmad ar-Rasyid yang dibukukan selepas Muntalaq (Langkah Bermula), dan Raqa’iq (Pelembut hati), buku ini berkisar kepada epilog kehidupan para mujahid di atas jalan dakwah. Tumpuan banyak berkisar pembabitan seseorang di atas jalan ini, dan liku-liku yang menjeratnya di atas jalan dakwah ini dan contoh yang hidup dikemukakan bagi tatapan pembaca.

Tangan bergenggam tangan selalu teguh dalam barisan

Saksikanlah perjanjian kami untuk maju atau hancur bersama

Sesungguhnya para da’ie itu telah menyuapkan pikiran kepadamu

Mereka membawa petunjuk bagi timur dan barat

Engkau hidup dalam ketulusan mereka

Betapa indahnya hidupmu selama mereka masih mengasuhmu

Seorang Muslim yang sejati itu adalah yang datang ketika manusia lainnya berpaling, setia ketika orang-orang berkhianat, dan berbuat kebaikan ketika orang lain berbuat mungkar.

Sesungguhnya dakwah ini tidak rugi dengan orang yang enggan mengikuti dakwah.

Sesungguhnya keberuntungan orang dari dakwah ini ialah bahawa siapa yang berbuat untuk kepentingan dakwah ini maka Allah akan memuliakannya. Tetapi siapa yang meninggalkan dakwah ini, maka sebenarnya ia telah menjauhkan kebaikan dari dirinya dan ia tidak akan merugikan dakwah ini sedikitpun.

Pada awal pelariannya kepada Allah, ia memahami bahawa ia sudah berada pada jalan yang tinggi dan mulia, ia faham bahawa kedudukan di hadapan Allah itu bertingkat-tingkat, ia selalu ingin naik ke darjat yang lebih tinggi, dan ia yakin bahawa darjat syurga yang tinggi menuntutnya untuk menginggikan mutu niatnya dan ketinggian jalan yang ditempuhnya, serta bebas dari segala noda dan kekurangan.

Kerana insan itu tak lepas dari tarikan keimanan dan tarikan syaitan, maka da’ie diperingatkan dengan panahan syaitan:

1) Ujub

Amal soleh adalah sinar dan cahaya.Ia akan berubah menjadi kelam apabila angin ‘ujub berhembus padanya walaupun sekali hembus.

2) Menyukai pujian

Banyak orang terpedaya oleh kerana Allah tidak menampakkan keburukan mereka. Mereka terkena fitnah kerana sanjungan yang baik. Maka janganlah sampai ketidaktahuan orang lain tentang dirimu itu mengalahkan pengetahuan tentang diri sendiri.

Barang siapa yang mencela dirinya di tengah khalayak ramai, maka bererti dia telah memuji dirinya, sedangkan hal itu adalah salah satu dari tanda riya’.

Ibn Taimiyah melakarkan perkataannya:

Orang yang terpenjara adalah orang yang hatinya dihalangi dari Tuhannya, sedangkan orang yang ditawan adalah orang yang ditawan oleh hawa nafsunya.

Seorang rijal adalah yang mengubati penyakit dari luar, lalu ia mulai mencabut akarnya dari dalam, sehingga hari-harinya terasa jernih, dzikirnya berjalan dengan baik, dan sentiasa suka cita.

Sesungguhnya penyebab kebaikan adalah pengetahuanku tentang kerosakannya. Cukuplah dikatakan buruk bagi seorang mukmin apabila ia mengetahui suatu kerosakan namun ia tidak memperbaikinya.

Sesungguhnya Allah telah menjadikan cahaya yang terang benderang di atas jalan ini, cahaya atas cahaya, yang membimbing sesiapa sahaja yang mahu membuka hati, mencelikkan mata dan melangkah atas jalan yang lurus.

Cahaya-cahaya itu adalah:

1) Isti’adzah kepada Allah dari pelbagai fitnah

Apabila seorang makhluk berlindung dari fitnah hawa nafsu pada Khaliqnya, maka ia akan diselamatkan Khaliqnya.

Ketuklah pintu Allah berkali-kali, dan tinggalkan orang orang yang enggan mengetuk pintu Allah dan jauhilah berteman dengannya dan rebahkan dirimu di pintu gerbang Tuhanmu dengan rasa hina sehingga engkau mendengar panggilan ketenangan.

2) Pemurnian niat dari segala noda

Keikhlasan adalah pangkal keberhasilan. Sesungguhnya di tangan Allah lah ketentuan segala urusan.

3) Rela menerima nasihat dan memintanya dari yang ahli

Mata bisa melihat yang jauh dan dekat sedang ia tidak mampu melihat dirinya.

4) Saling memaafkan

Jangan lukai wajah kasih ukhuwwah yang memancarkan cahaya

5) Tetap takwa walaupun dalam keadaan marah

6) Menilai manusia dengan adil

Tiadalah manusia itu kecuali berputar antara kebaikan dan keburukan namun seringkali pelaku keburukan memperbaiki diri lalu menjadi baik

7) Memperhatikan ‘aib diri

Sesungguhnya pada diri ada kesibukan yang seharusnya membuat orang tidak mahu memikirkan keburukan orang lain.

8 ) Menjaga telinga dari mendengar celaan

9) Menasihati pemimpin secara tertutup

10) Mengurangi bicara

Seorang mukmin adalah mereka yang disangka orang bodoh sebagai pendiam dan tidak pandai ekspresi, tetapi hikmah kebijaksanaannya membuatnya diam. Dan disangka oleh orang dungu sebagai seorang tukang celoteh, tetapi nasihat kerana Allah itulah yang membuatnya bicara.

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir hendaklah ia berbicara baik, atau(jika tidak bisa) hendaklah ia diam. (hadis Nabi)

11) Menahan diri daripada pertengkaran

12) Berpegang erat pada kejujuran pada masa fitnah

13) Meninggalkan majlis-majlis rahsia

Tidak pantas baginya duduk bersama sejenak kecuali dengan niat untuk memperkuat iman, lalu melanjutkan lagi kerja hariannya.

14) Ajaklah hatimu membenci fitnah

15) Mengetahui bahawa Allah tidak akan memperbaiki perbuatan para perosak

Barang siapa yang memperbaiki hubungan dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan manusia.

16) Menuduh keburukan yang jelas

Semua yang menyembunyikan rahsia

Maka, bagi Allah itu sama dengan dihadapan mata

Engkau tidak mampu melihat sesuatu yang diketahui Allah

Sedangkan bagimu itu semua tersembunyi

17) Menghindari mengkhianati janji

Mereka itulah saudara-saudaraku yang kucintai

Aku akan mengutamakan cintaku padanya dari segenap cintaku

Tiadalah keadaan mereka itu kecuali sebagai seorang mulia dan beradab

Dia mencintai saudaranya dan tak suka berkhianat

18) Pemegang kebenaran tidak pernah ragu

19) Takkan menjadi badui lagi

20) Pengorbanan yang didasarkan pada perintah pemimpin

Fahami dan tunggulah, wahai orang yang bersemangat kerana engkau akan mendapat pahala berjaga jaga sebesar pahala yang akan kamu dapat ketika menyerbu.

21) Panglima kebatilan tetap tercela, sedang perajurit kebenaran tetap terpuji

Menjadi ekor di jalan kebenaran lebih aku cintai daripada menjadi pemimpin dalam kebatilan

22) Perkataan yang benar belum cukup untuk menyatakan kebaikan seseorang secara mutlak.

Kisah Abu Hurairah dan syaitan sebagai contoh.

23) Buruknya kepimpinan adalah tanda bahaya bagi jemaah

Sesungguhnya hal yang sangat kutakuti pada umatku adalah orang yang alim lidahnya, tetapi bodoh hatinya.(Umar Al Faruq)

24) Berusaha keras menyelamatkan diri

Menyelamatkan diri adalah lebih baik daripada beban kepemimpinan yang tak sanggup dipikul.

25) Tujuan dihancurkan masjid Dhirar

26) Tingkat waspada pada fitnah akhir zaman

Bukan kuantiti, tapi kualiti.

27) Belajar dari sejarah

28) Berpaling dari orang-orang bodoh

29) Meredam khabar angin

30) Cahaya peringatan berwarna merah

tidak ada dibumi ini yang lebih berani dari seorang yang tidak bersalah

tidak ada orang dibumi ini yang lebih penakut selain dari orang yang bersalah

….

tepukan ringan di atas bahu seorang yang kepalanya sedang tertunduk kerana ngantuk dan lalai perlu, dan harus dilakukan, untuk memperingatkannya akan adanya ketenteraman yang terdapat di sekelilingnya, jika ia mahu mengambilnya, dan adanya pemandangan yang indah di atasnya sekiranya ia mengangkat kepalanya.


..........Insya Allah nantikan bedah buku daripada Halaqah Borneo... Insya Allah................


Posted by: Azryn Al-Fatih

8 Zulkaedah 1430H, 27 Oktober 2009

Kebaikan demi kebaikan

Manusia yang memberikan kebaikan(Al-Khair) ini,
Dia bercita-cita padanya
Dan menunggu-nunggu daripadanya

Jadi..
Orang yang mempunyai bakat-bakat itu
Mesti menjadi lilin untuk manusia
Menjadi pendukung dakwah

Kerana
mereka telah dikurniakan Allah
sifat-sifat yang baik dan akhlak yang mulia

Mereka berdiri di pangkal Ar-Rahman yang memanggil manusia dengan kalimah Allah:

"Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. [6:153]

-Dakwah dan Cinta di Jalan Allah:Abbas Assisi

Peringatan bagi kita yang telah pudar aspek persaudaraannya dan berusaha memperharuinya kembali.

Tenggelam ke dalam Dakwah

Dari blog sang petani yang pernah membawaku ke ladang-ladang. Sungguh banyak yang ku pelajari daripadanya...Petani-petani lain jua..moga Allah memberi rahmat pengorbanan kalian untuk full-time untuk bertani!...

Seorang da’i Islam agung, yang juga seorang yang dipujai oleh ahli sufi sepanjang zaman pernah mengungkapkan sifat-sifat seorang da’i sepatutnya:

sifat tajarrud kamil
dan tenggelam sepenuh dirinya ke dalam dakwah.
Da’i itu lupa dirinya.
Dia tidak nampak kecuali mad’unya.
Perkataannya hanya yang memberi kebaikan kepada mad’unya.

Dunia da’i adalah luas tanpa had,
tanpa perniagaan,
tiada keinginan sendiri
dan tiada mengejar pangkat.
Semua itu tiada dalam dunianya.
Yang ada di dalam dunia da’i itu hanyalah para mad’u yang didakwahinya.
Itulah perniagaannya, keseronokkannya dan pangkatnya.

“Dia seolah-olah manusia tanpa nafsu,
tanpa keinginan dan
tanpa keseronokan dunia.
Dia lupa makan minum dan pakaiannya.
Bahkan lupa dirinya sendiri kerana mengenangkan makhluk Allah S.W.T.
Di dalam hatinya tidak ada dirinya.
Yang ada hanyalah makhluk Allah S.W.T (yang menjadi mad’unya).
Apa yang dimintanya hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan kepada manusia
kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada qada’ Allah S.W.T.”

(rujukan: buku oleh Syeikh Abdul Kadir al-Kailani (Al-Jailani), al-Fathu al-Rabbani, m.s. 7)


Aku? Ya...

Aku tidak sehebat mereka ...sangatlah jauh...aku pun tau aku bukan yang selalu diperhatikan petani-petani yang unggul..ya...bukan itu pun yang ku pinta...

Aku cuma mengharapkan aku jua dapat mentarbiyah hati ku..dan jika diizinkan Allah hati ini jua berjaya mentarbiyah hati-hati yang lain...Moga Allah selalu bersama ku..

Dunia masih berlingkar dengan ku...Aku bermohon kepada Allah moga lingkaran dunia itu terlerai dan menjadi jalan ..dan membawaku ke jalan akhirat. Mungkin aku lambat, tapi jauh di sudut hati ku..."moga ku jua mendapat 'short cut' ke jannahMu...
Tenggelamkanlah aku dalam 'celupan' Mu!

Memori 20 Oktober...

Salam kepada Semua yang melawat blog kami HALAQAH BORNEO...

Sebelum penulis menulis mengenai memori 20 oktober, izinkan penulis menulis sedikit tentang peristiwa di hujung minggu penulis bersam isteri dan family sebalh isteri yang datang menziarahi kami di Teratak Sewa kai Di Taman Desa Ilmu..

Alhamdulillah, kali ni keluarga sebelah isteri penulis selamat sampai dari Sibu pada pada tengahari Jumaat. mereka datang dengan menaiki kenderaan sendiri.. naik kereta MYVI Hitam bernombor QSP XXXX milik adik ipar... Kereta dipandu oleh adik ipar penulis, Saiful.. Sebelum mereka sampai penulis mengirim SMS kepada isteri, bertanya, " Bila mak dan saiful akan samapai rumah?", kemudian Isteri penulis pun telefon, " ohhh mak ngan saiful semuanya baru nak bertolak dari SPRING, Pasar Raya membeli belah, mereka tadi makan kat sana".. Barulah penulis tahu keaadan yang berlaku. Penulis bertanya kerana, penulis ingin menunggu mereka sampai kerumah dulu barulah penulis pergi ke UNIMAS utk menyambung kerja. Alhamdulillah pada hari tu jumaat, jadi masuk kerja jam 2.30ptg..

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya kendengaran bunyi kereta sampai di muka pintu rumah, Alhadulillah mereka semua dah sampai .. mereka sampai dalam jam 2.50ptg. kemudian penulis terus menelfon isteri penulis, " sayang, mak dah labik lebuk (mak dah sampai rumah translate bahasa melanau) penulis terus membuka pintu rumah dan seterusnya kelihatan bapa mertua penulis melemparkan senyuman yang sangat indah dan berseri.. Tenang rasanya dan sejuk hati ini melihatnya.. penulis bersalam dengan bapa mertua dan menyurhnya masuk, kemudian kelihatan mak mertua indah berpakaian blauss dan berseluar, nampak muda.. hehehe macam anaknya juga ( isteri penulis lah) mak mertua penulis ni memang nampak chinese look skit.. saya pun bersalaman dan menolongnya mengangkat barang masuk kerumah..

kemudian tak lupa juga kehadiran adik ipar penulis saiful dan ratinah bersama anaknya, Muhammad Aniq.. Bestnya dapat cium Aniq masa mereka baru sampai.. Aniq masa tu baru bangun Tidor.. Comel sangat... hehehe.. Aniq ni muka dia pun chinese look juga.. dah keturunan nenek dia.. jadi ikutlah skit, tapi mereka bukan keturunan chinese tapi kata orang, cina melayu atau nama mudahnya MELANAU....



Gambar Mak dan Bapa Mertua serta isteri Penulis

kerana batasan waktu tak mengizinkan penulis terpaksa bergegas segera untuk masuk pejabat.. jadi penulis tinggalkan family mertua penulis dan Aniq sekeluarga berehat dulu dirumah... Mesti pelik kenapa isteri penulis tak de dalam babak cerita ni kan?.. sebenarnya isteri penulis berada di Hospital, sedang bertugas.. jadi penulis yang bekerja di UNIMAS nilah yang melayan family dulu, sebab dekat sangat. hehehe.. kesian isteri penulis tak dapat jumpa anak buah kesayangan dia dulu, Muhammad Aniq... hehehe..

tapi apapun isteri penulis dapat bergambar dengan Anak buah kesayangan dia... penulis hanyalah mengambil gambar je...



begitulah sdikit coretan diari pada hujung minggu penulis...


Masuk semula MEMORI 20 OKTOBER

Kali ini penulis ingin menceritakan sesuatu yang menjadi memori yang amat bermakna buat penulis. Sebuah pengalaman dan sebuah permulaan jalan kehidupan yang lebih bermakna dalam hidup penulis. Mana taknya, pengalaman dan memori ini akan menjadi satu titik tolak dalam membina kefahaman diri terhadap tarbiyah dan menambah amal islami dan dakwah itu sendiri. Tapi bukan seorang lagi, tapi ada teman yang sanggup menegur kesalahan diri dan menambah kekurangan peribadi..

Begitu indah sebenarnya ciptaan Allah.. Semuanya berpasangan.. kerana dengan berpasangan itulah akan berlakunya saling tampung menampung kekurang diri dan saling menambah kemisan hidup didunia yang fana ini..

Allah berfirman; Surah As-Syuura, 42: ayat 11;
(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.

Begitulah maha kuasanya Allah Sang Pencipta, jadi memori yang dimaksudkan penulis adalah memori kami mendirikan rumah tangga. Pada 20 oktober ini genaplah 2 tahu kami menjadi suami dan isteri.. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kami sebagai keluarga Daie.. kami sangat berharap kepada Allah, agar Allah menetukan segala yang terbaik buat kami berdua dalam rangka menuju Riha Allah dan menjalankan ketaatan kepadaNya..

Jika nak tulis memori kami amatlah panjang tapi apapun dapat saya ungkapkan Memori 20 Oktober ni menjadikan kami bertambah mesra dan Cinta kerana Allah. Agar Nurkasih kami sentiasa mengalir menyirami Tanamam Iman dan Kehidupan kami berumah tangga. Kami tak mengharapkan kekayaan Dunia, mahupun kemewahan Harta, tapi apa yang kami harapkan adalah Kekayaan Iman dan Amal dan Kemewahan Kefahaman dalam Tarbiyah dan Dakwah serta di selitkan dengan Kebahagiaan serta penyejuk mata kami ( anak-anak soleh dan sholehah yang taat pada Allah, rasul dan Ibubapanya). Amin, amin ya rabbal alamin....


Kemesraan semakin Terjalin kini, Indahnya bercinta setelah Bernikah, 2009


Sekian,
Akhi Azryn Al-Fateh
1 Zulkaedah 143o H/ 20 Oktober 2009

p/s: Semoga antum yang membaca juag mendapat rahmat Allah, Doakan kami cepat memiliki cahaya mata.. Amin

Ketika Cinta Memanggil


Semalam dalam perjalanan balik dari tanah lama yang ditinggalkan, bersama-sama ku, kubawakan petani yang baru untuk melihat tanaman yang ditinggalkan...dan seorang lagi ku doakan moga ia jua menjadi sang petani yang sabar dan ikhlas satu hari nanti..terdengar satu nyanyian islami sangat merdu...sgt membangun jiwa...

KETIKA CINTA - OPICK

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
menderu Sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu…rindu…rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu

Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Dengarkan lagu Disini....
Ketika Cinta.mp3 - Opick

Ya Allah, harmonikan gerakan dakwah islam! Ramadhan lepas inilah antara doa yang kupanjatkan selalu...dan akan berlangsung terus...

Hujung minggu ini kedatangan para petani dari jauh ke bumi Malaysia...moga petani di Malaysia akan terus menjaga tanaman yang subur merendang, yang mungkin jua ada yang kehausan, mungkin jua ada yang bersaing sesama sendiri...Namun tanaman yang paling subur dan terbaik adalah tanaman yang hidup dan menghidupkan yang lain....tanpa mematikan yang lain utk hidup, malah memberi kehidupan...

Hebatnya sang petani yang hatinya yang bahgia dengan Cinta Kasih Allah.

Biar CintaMU yang selalu memanggil ku,
Linangan air mataKu hanya untukMU dan keranaMu,
Moga menjadi imbalan di hariMU
Hanya RedhaMu harapanku!



p/s:"Ya Allah, kurniakan kami zuriat dan persiapkan rahimku (kasihku) untuk melahirkan pejuang agamaMu. Sangat-sangat ku bermohon jika ia adalah terbaik untuk islamku"

Sekian,
Dari Ababeel
27 Syawal 1430H / 16 Okt 2009

Bagaimana utk menjadi mukhlis?



Ikhlash dalam berdakwah

Bagi aktivis da’wah, kelurusan niat dalam berda’wah menjadi suatu kemestian. Ada kalanya seseorang berda’wah dan berjihad, tetapi dengan motivasi yang rendah seperti agar dilihat keberaniannya oleh orang lain, agar dianggap eksis serta motivasi memamerkan amal dakwah dan jihadnya. Rasulullah SAW ditanya mengenai masalah ini dan beliau menjawab.

مَنْ قاتَلَ لِتَكُون كلِمةُ اللَّهِ هِي الْعُلْيَا فهُوَ في سَبِيلِ اللَّهِ ( مُتَّفَقٌ عليه)

Hadits di atas menunjukkan definisi yang sejati tentang jihad di jalan Allah SWT, yaitu segala daya upaya untuk meninggikan kalimat Allah. Karena itu, segala aktivitas yang dilabeli jihad namun tidak memiliki orientasi murni untuk menegakkan kalimat Allah SWT, tidaklah dinamakan jihad fi sabilillah.

Bagi aktivis da’wah khususnya, ada sejumlah rambu-rambu yang selayaknya diperhatikan agar niat lurus dalam da’wahnya selalu terjaga.

Menjauhi kemasyhuran

Berbagai akhlaq salafush shalih mengajarkan bahwa mereka sangat takut dengan puji-pujian, kemasyhuran dan popularitas. Bagi mereka, cukuplah Allah SWT sebagai Dzat yang memuji. Mereka berpandangan, pujian dari manusia dapat melengahkan dan melenakan diri sehingga amal perbuatan tidak lagi ikhlash karena Allah.

Ibn Muhairiz berkata kepada orang yang meminta nasihat kepadanya,

“Jika bisa, hendaklah engkau mengenal tetapi tidak dikenal, berjalanlah sendiri dan jangan mau diikuti, bertanyalah dan jangan ditanya. Lakukanlah hal ini.”

Bisyr al-Hafi berkata,

“Saya tidak mengenal orang yang suka kemasyhuran melainkan agama menjadi sirna dan dia menjadi hina. Tidak akan merasakan manisnya kehidupan akhirat, orang yang suka terkenal di tengah manusia”.

Fudhail bin Iyadh berkata,

”Jika engkau sanggup untuk tidak dikenal, maka lakukanlah. Apa sukarnya engkau tidak dikenal? Apa sukarnya engkau tidak disanjung-sanjung? Tidak mengapa engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah.”

Imam Ahmad berkata:

“Aku ingin tinggal di jalan-jalan di sela-sela gunung-gunung yang ada di Mekah hingga aku tidak dikenal. Aku ditimpa musibah ketenaran".

Bagi aktivis da’wah, popularitas dan pujian dari manusia dapat merubah orientasi da’wah seseorang. Dari da’wah karena Allah, menjadi da’wah untuk mencari popularitas. Dari da’wah untuk mendapatkan pujian Allah, menjadi da’wah untuk mendapatkan pujian manusia.

Sebenarnya, popularitas dan kemasyhuran itu tidaklah jelek. Para Nabi, Khulafa ar-Rasyidin dan para Imam adalah orang yang dikenal manusia. Ungkapan salafush shalih tersebut bukanlah ajakan untuk ber’uzlah. Tetapi yang tercela adalah mencari kemasyhuran dan kedudukan, serta sangat bercita-cita untuk mendapatkannya.

Beramal secara diam-diam

Amal yang dilakukan diam-diam berpeluang lebih selamat dari riya’ dibandingkan dengan amal secara terbuka. Allah SWT berfirman

إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Jika kalian menampakkan sedekah kalian maka itu adalah baik sekali. Dan jika kalian menyembunyikannya dan kalian berikan kepada orang-orang fakir maka menyembunyikanya itu lebih baik bagi kalian. Dan Allah akan menghapuskan dari kalian sebagian kesalahan-kesalahan kalian, dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan” (QS. Al-Baqoroh: 271).

Para ulama menjelaskan tentang keutamaan menyembunyikan amal kebajikan (karena hal ini lebih menjauhkan dari riya) itu hanya khusus bagi amalan-amalan mustahab bukan amalan-amalan yang wajib. Sedekah yang wajib secara terang-terangan lebih afdhol daripada secara tersembunyi. Adapun sedekah yang mustahab maka sebaliknya.” Sebagian mereka juga mengecualikan orang-orang yang merupakan teladan bagi masyarakat, maka justru lebih afdhol bagi mereka untuk beramal terang-terangan agar bisa diikuti dengan syarat mereka aman dari riya’, dan hal ini tidaklah mungkin kecuali jika iman dan keyakinan mereka yang kuat.

Secara khusus ada keuntungan bagi orang-orang yang “hidden”. Dalam hadits Mu’adz, Rasulullah SAW bersabda

إن الله يحب الأبرار الأتقياء الأخفياء، الذين إن غابوا لم يفتقدوا، وإن حضروا لم يعرفوا، قلوبهم مصابيح الهدى، يخرجون من كل غبراء مظلمة

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan, bertaqwa dan yang menyembunyikan amalnya. Yaitu orang-orang yang jika tidak hadir mereka tidak dicari, dan jika hadir mereka tidak dikenal. Hati mereka adalah pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap tempat yang gelap.”

Selalu sabar dalam berda’wah

Allah SWT memberikan ilustrasi berupa kisah Nabi Nuh AS yang begitu sabar berda’wah selama 950 tahun (Al Ankabut 14). Nabi Nuh selalu berda’wah siang dan malam tanpa kenal lelah (Nuh 5). Beliau juga menggunakan berbagai metode, baik sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan (Nuh 8-9). Bahkan keluarganyapun juga tidak menyambut ajaran beliau. Kesabaran beliau ditunjukkan ketika mendapatkan wahyu Allah SWT untuk membuat kapal (Al Mu’minuun 27-28) dimana orang-orang kafir mengejek Nabi Nuh dan para pengikut beliau (Hud 11).

Kesabaran dalam berda’wah berbanding lurus dengan keikhlasan. Orang-orang yang ikhlash selalu bersabar dalam menghadapi ujian dalam da’wah. Namun, terkadang ada orang-orang yang ingin segera cepat-cepat menikmati hasil da’wahnya. Perilaku yang disebut isti’jal, dilakukan oleh orang-orang yang mengubah tujuan da’wahnya, dari da’wah murni kepada Allah SWT menjadi da’wah yang berorientasi kepada hasil. Ketika sahabat Khubaib bin al-Arat menanyakan kapan datangnya pertolongan Allah, Rasulullah SAW menjawabnya dengan ilustrasi kisah orang pada zaman terdahulu yang tetap bersabar walaupun harus menerima ujian disisir dari sisir besi. Di akhir, Rasulullah mengatakan (ولكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ) “Akan tetapi kalian tergesa-gesa.” (HR Bukhari)

Berbuat yang ikhlash dan wajar ketika memimpin

Orang yang ikhlash karena Allah akan berbuat yang wajar, baik ketika memimpin di depan sebagai qiyadah maupun ketika berada di belakang sebagai jundiyah. Tidak ada perubahan dalam orientasi amalnya maupun sikap dan perbuatannya, baik ketika dikenal orang banyak, maupun ketika tidak dikenal. Dalam hal ini, sikap Khalid bin Walid radhiyallahu ‘anhu dapat menjadi teladan, ketika beliau tetap ikhlash berjuang meskipun diberhentikan dari panglima perang oleh khalifah Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu.

Syaikh Yusuf Qaradhawy memberikan taushiyah mengenai (الفرح بكل كفاية تبرز ) dalam hubungannya dengan persoalan jama’ah. Beliau menyatakan, qiyadah yang ikhlash akan senang jika banyak orang-orang baik yang bergabung dengan jama’ah. Dia tidak akan terganggu atau dengki atau gelisah karena kehadirannya. Bahkan qiyadah yang ikhlash melihat, jika ada orang lain yang lebih baik dari dirinya dalam hal memikul tanggung jawab, ia dengan senang hati untuk mundur dan memberikan tanggung jawab kepada orang lain.

Beliau mengkritik orang-orang yang diberikan amanah namun selalu berusaha mempertahankan jabatannya, tidak mau mundur dan suka menekan orang lain. Padahal seiring dengan perjalanan waktu, keadaan akan berubah dan orang yang kuat akan menjadi lemah. Ada ungkapan (لكل زمان رجاله) , setiap zaman ada rijalnya. Beliau mengkritik pemimpin yang yang mati-matian mempertahankan kedudukannya dengan anggapan dialah yang paling mampu mengendalikan perahunya.

Syaikh Yusuf Qaradhawy juga menyatakan, aktivis dakwah tidak boleh menutup mata dan telinga ketika mendapatkan kritik dari orang lain. Beliau bahkan memperingatkan bahaya sebuah jamaah yang disusupi dari luar, kepincangan dalam berfikir dan beramal, tidak ada inovasi dan pembaharuan, sebagai akibat kerakusan satu atau dua orang yang terlibat di dalamnya.

Menghindari ujub.

Ujub (i'jab bin nafsi) adalah penyakit membanggakan diri sendiri, dengan tidak merendahkan orang lain. Walaupun tidak merendahkan orang lain, penyakit ini cukup berbahaya, karena berpotensi menuju ghurur. Ghurur adalah penyakit membanggakan diri sendiri disertai dengan merendahkan orang lain. Karena itu ghurur dikatakan sebagai syiddatul i'jab. Di atas ghurur adalah penyakit takabbur alias sombong. Takabbur dikatakan syiddatu syiddatil i'jab. Jadi pada akhirnya, ujub berbahaya karena menuju kepada takabbur. Dr. Sayyid Muhammad Nuh dalam bukunya Aafatun ‘ala ath-thariq menjelaskan tentang bahaya penyakit ujub, ghurur dan takabbur.

Perang Hunain memberikan pelajaran besar akan bahaya penyakit ujub, ketika kaum muslimin merasa yakin akan mendapatkan kemenangan karena membanggakan jumlah yang besar. Allah SWT berfirman


لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi congkak karena banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai.” (At-Taubah 25)

Lafazh (أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ) menunjukkan bahwa kaum muslimin berbangga dengan jumlah yang besar, pada akibatnya mereka bercera-berai.

Penyakit ujub juga dapat muncul ketika seseorang atau sebuah jama’ah merasa dirinya lebih baik atau lebih suci daripada orang atau jama’ah lain. Padahal Allah SWT berfirman

فَلا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى

“…Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (an-Najm 32)

Selayaknya, aktivis da’wah seperti halnya orang-orang yang memakmurkan masjid adalah orang-orang yang gemar membersihkan diri (at Taubah 108). Sebab aktivis da’wah bukanlah orang yang bersih dari dosa. Taubat dan muhasabah adalah alat untuk mengevaluasi diri dan jamaah, sejauh mana kelurusan niat dan langkah dakwahnya.





Sekian,
Daripada Ababeel
23 Syawwal 1430H/ 12 Oktober 2009

Alunan Nur Kasih

Dengan namaMu yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Kemurahan dan kasih sayang Allah meletakkan kita sebagai salah seorang individu sebagai khalifah Allah. Ini adalah Nukilan zaujah (isteri )ana pula... Subhanallah...
Aku sangat mencintaimu Isteriku... Kerana Allah menghadirkan dirimu buat ku yang selalu Alpa...

Alunan Nur kasih

Ku mohon ar-rahman dan ar-raheem dr mu allah, pada diriku...
sangat ku mencintai suami ku...
tapi tidak pandai aku melantun rasa, bersikap manja, melafazkan kalimah berkat, apatah lagi nyanyian cinta...
sekadar doa ku ketika di hadapan kaabah mu satu ketika dulu..menjadi imam buatku selamanya kerana tidak ramai yang sanggup menikahiku dengan usiaku yang jauh dari usia muda mu...
apatah lagi melayani karenahku, terhadnya masaku ...pengorbanan...kasih sayangnya menyebabkan hati ku selalu merinduinya...walaupun tidak dapat kunyatakan padanya..

Moga Allah memberi balasan yang terbaik buat suamiku...
kesudianmu menjadi teman rapatku,
selalu menukar marahku pada senyuman mahalku,
menjadikan diri sedih menjadi bahagia,
mengetuk pintu malas pada rajin berusaha,

mengurut fizikal kurusku ketika lelah selalu mendatang
menenangkan nafasku...bila
tak keruan
moga ku lebih kuat bekerja untukMu,

menemani ku setiap kerja rumahku..
memasak bersama...menyapu bersama...mengemas bersama...berkebun bersama...mencari 'benih' pewaris agama bersama
di setiap kesusahan dan kesenangan kau berusaha untuk bersama denganku

ooh...walaupun baru sekarang bertemu ramainyer lelaki

kau tetap yang teristimewa bagi ku..
runtuhkanlah ya allah penghambat kasihku pada suamiku..sangat-sangatku bermohon padaMU..

Nukilan Aishah Arsad
Jumaat, 9 oktober 2009
20 Syawal 1430

buat Suami teristemewa
Mohd Azrin bin Mohd Said




Sekian,
dipost oleh:
Akhi Al-Fateh

Mengharap Nur Kasih

Dengan namaMu yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Kemurahan dan kasih sayang Allah meletakkan kita sebagai salah seorang individu sebagai khalifah Allah. Nukilan zauj (suami )ana...

Cahaya kasih suami dan isteri
Carilah dalam benak hati
ikhlaskan hati menentukan nya
jgn paksa ia menentukan
andai jiwa masih tak keruan
carilah illahi tanyakan jawapan
baru hati yakin dan ikhlas

kerana tuhan telah menentukan
Redhakan jiwa dengan ketentuan
andai kita Hamba Tuhan

tapi jangan lupakan usaha
kerana tuhan suka pada manusia yang sering berusaha
tiada erti putus asa dlm kehidupan
cuma ada lelah sahaja
jadi Cinta boleh dibina
andai jiwa yakin padaNYa

teruskan Cinta jika ada rasa Sayang dijiwa
Baru bercambah Kasih dan mesra
kerana Nurkasih bukan direka
ia datang dari Jiwa yang Luhur
Nurkasih Suami dan Isteri adalah RahmatNYa
yang akan membawa Mawaddah dalam Rumahtangga

Yakinlah isteriku...
Nurkasih kita pasti terbina
andai kita percayakan Tuhan
akan kuasa Cinta Manusia
yang bercinta kerana sang Pencipta..
Nurkasih..hanya pada yang ikhlas
pada yang mencari redha tuhannya
Nurkasihku....
NURKASIHKU DIJIWA...

Nukilan Mohd Azrin bin Mohd Said
Jumaat, 9 oktober 2009
20 Syawal 1430

buat isteri tercinta
Aishah Arsad





Sekian,
dipost oleh:
Ukti Ababeel

Jalan Dakwah...



Salam Pengungjung Halaqah Borneo..

Alhamdulillah harini ana rasa tenag sikit selepas dengar lagu yang syahdu ni.. Lagu jalan Dakwah ni sangat menyentuh hati ana. Walaupun sebelum ni ana rasa sangat sedih, tapi kini ana dah rasa sedih happy... Lagu ni banyak maksud yang tersirat.. ia juga berkaitan dengan kehidupan ana sebagi ikhwah penerus dakwah...

Akhi.. walau apapun berlaku pada kita.. yang penting kita kena teruskan dakwah kita.. banyakkan berdoa kepada Allah agar dapat terbinanya satu ummah...



Lagu ni akhi, ianya akan menyedarkan kita tentang kehidupan kita sebagai hamba Allah yang mengukir jalan kehidupannya dengan DAKWAH.. maka pastinya dalam jalan itu ada Onak dan duri, ranjau dan cabaran serta ada juga keindahan dan kemanisan ukhuwah yang akan menjadi Memoar kita semua...

Jadi akhi, mari dengarkan lagu ini dan hayatilah ye.... cuma dalam youtube tu gambar ikhwahlah, tapi ana tak tahulah ikhwah mana, tapi insya Allah ikhwah di luar negara kot!!...Brotherhood's Day tajuknya... Apa-apa pun jon dengarkan lagu ni yang sangat bermakna bagi ana dan semua pengungjung HALAQAH BORNEO...



JALAN DAKWAH oleh ALARM ME
Lagu boleh dengar disini: Jalan Dakwah – Alarm me

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiyyah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yang berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama Islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya Rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan Islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yang Esa

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita





Sekian,
Akhi Azrin Al-Fateh
18 Syawal 1430H/ 7 Oktober 2009

Sesuatu yang sangat MENYEDIHKAN ana :-(



Salam Pengungjung Halaqah Borneo...

Harini ana sangat sedih sebenarnya... sedih apa? adalah, tetapi ia sangat besar dalam hidup ana... dan ia amat mengubah misi dan visi ana juga..

apa dia!!!

mungkin belum sesuai dikatakan sekarang... akan tiba masanya... ana akan maklumkan.. tapi bukan dalam blog ini....





Sekian,
Akhi Azrin Al-Fateh
16 Syawal 1430H/ 5 Oktober 2009

Kursus SCORE di FK UNIMAS




Salam pengungjung Halaqah Borneo...

Alhamdulullah harini ana berkursus di Fakulti Kejuruteraan UNIMAS. Kursus Milling dan Lathing untuk (Sarawak Corridor of Renewable Energy- SCORE).. Jadi nasib baik ada kawan baru yang teman ana. Kawan baru ana pun tutor di FK juga, namanya Hisham Afifi..

Jadi for the first day... Alhamdulillah, banyak Teori dan habis pun awal skit...

Ada yang menarik!!!

Then dalam masa sedang berkursus ni, dapat satu lagi pengalam baru... Pengalam jaga exam.. Pn Mahshuri telefon ana utk tolong dia jaga exam Material Engineering 1 utk first year di TMM, Pn Mahshuri meminta ana utk jaga exam sebab dia nak tengok Pn Linda juga lecterur FK di hospital. Dengarnya pn Linda dapat anak kembar 3, subhanallah...

Sambung balik pasal jaga exam.... jadi ana dan hisham pun pilah jaga. start jam 12-2pm... masa tengah jag ni teringatlah masa zaman ana first year dulu jawab exam... sebenarnya soalannya macam sama dengan soalan ana yang pernah dijawab masa ana first year dulu... apa-apa pun dapatlah tengok gelagat adik-adik 1st year mechanical ni menjawab exam.... macam-macam cara yang diusahakan mereka.. hehehe..




Sekian,
Akhi Azryn Al-Fateh
16 Syawal 1430H/ 5 Oktober 2009

6 hari Di Bulan Syawal


Salam pengunjung Halaqah Borneo,

Alhamdulillah harini dah 2 hari ana berpuasa, tinggal 4 hari lagi utk cukupkan puasa 6 hari dibulan Syawal. Insya Allah kali ni ana nak kongsikan sedikit mengenai Puasa Enam...

Silakan Baca ye Semua.....

Puasa sunat enam hari di bulan Syawal

Dua jenis amalan menentukan peribadi seseorang Muslim iaitu amalan wajib dan amalan sunat. Wajib bermaksud sesuatu yang dituntut untuk melakukannya dan berdosa jika ditinggalkan seperti solat fardu, puasa pada Ramadan dan membayar zakat.

Sunat pula bermaksud sesuatu yang dianjurkan untuk melakukannya dan tidaklah berdosa jika ditinggalkan. Antara contoh amalan sunat ialah solat, mengucapkan amin apabila membaca fatihah dalam solat dan banyak lagi.

Walaupun meninggalkan amalan sunat tidaklah menyebabkan berdosa, ia adalah amalan sangat disukai Allah.



Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Antara ibadat sunat yang amat digalakkan selepas puasa wajib Ramadan ialah puasa enam hari semasa Syawal. Persoalannya, bilakah waktu terbaik melakukannya, dan bagaimanakah cara untuk menunaikannya jika puasa wajib belum lagi diganti atau diqada?

Puasa enam hari pada Syawal sebenarnya amat besar ganjaran yang ditawarkan Allah. Ia disebut secara jelas oleh Rasulullah SAW.


Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a, Sabda Rasulullah s.a.w :

من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال فكأنما صام الدهر .

(رواه أحمد

Maksudnya :

Barang sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan enam hari daripada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.

Dan ada juga dilaporkan daripada Abu Ayyub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun." (Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Ini bermakna dengan berpuasa sunat selama enam hari pada Syawal selepas berpuasa wajib pada Ramadan, seolah-olah mereka berpuasa sepanjang tahun.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah telah menggandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa Ramadan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari Syawal yang menggenapkannya satu tahun." (Hadis riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadan, maka digandakan menjadi 300 hari, manakala puasa enam hari pada Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari.

Persamaan yang lain, jika berpuasa selama sebulan pada Ramadan akan menyamai 10 bulan, kemudian diikuti puasa selama enam hari pada Syawal akan menyamai dua bulan. Justeru genaplah berpuasa selama setahun.

Ada dua pendapat ulama mengenai hal ini. Majoriti ulama berpendapat, puasa enam dilakukan secara berturut-turut selepas Hari Raya. Ia dimulai pada hari raya kedua dan seterusnya sehingga genap enam hari. Sebahagian ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.



Justeru, kita mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan sama ada melakukannya secara berturut-turut ataupun berselang seli.

Bagaimanakah pula kaedah menunaikan puasa sunat pada Syawal jika puasa Ramadan masih belum diganti atau qada? Persoalan itu juga mempunyai beberapa pandangan. Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat hanya puasa qada pada Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Pendapat kedua ialah jika seseorang melakukan kedua-duanya secara berasingan akan mendapat kelebihan di sisi Allah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah, maka memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba.

Ada juga ulama berpendapat bahawa puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.

Lakukan ibadat sunat ini sama ada berpuasa secara berturut-turut atau berselang-seli. Begitu juga dengan puasa qada. Lakukanlah sama ada secara digabungkan puasa enam dengan puasa qada ataupun secara berasingan.

Terpulanglah kepada diri kita sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing. Hal ini kerana ganjaran ditawarkan Allah amat besar. Ia juga adalah tambahan kepada kekurangan yang diimbangi oleh zakat fitrah.

Sumber daripada: Zahri Hamat; pensyarah Pusat Kajian pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM)




Selamat berpuasa Enam ye....

Sekian,
Akhi Azrin Al-Fateh
11 Syawal 1430H/30 September 2009