Ayuh Semua....Selamatkan Al-Aqsa!!!



Salam kepada pembaca HB.. menarik bila membaca tentang Palestin di blog ikhwah ini wake up... Jadi lebih semangat nak berjihad di Palestin... Sekarang pihak Yahudi dan Israel semakin menganas di Palestin.

Jadi ana nak serukan kepada semua.. Ayuh selamatkan Al-Aqsa.. baik dengan menyebarkan berita ini, berdoa, memboikoit barangan Israel dan pelbagai cara lagi.. Jangan biarkan mereka menodai Masjid Al-Aqsa yang ketiga suci, dan menodai kesucian Tanah Palestin... Baru sahaja pemimpin HAMAS melaungkan intifada... Boleh rujuk di Bharian. Maka kita semua.. ayuh bersemangat untuk menyelamatkan Al-Aqsa...

Dr Yusuf Al-Qaradawi menyatakan: “Satu riyal yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera Zionis untuk membunuh anak kecil di Palestin.” Inilah jihad minimum yang wajib dilakukan.

Boleh selalu ikut perkembangan berita PALESTIN di sini;

PALESTIN KINI

INFO PALESTINA



Moga kita selalu mengambil tahu isu-isu palestin dan juga isu umat Islam lainnya.. kerana ianya adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai Muslim...

Terdetik ketakutan atas kelalaian, memandangkan Palestin adalah tanah air kita juga kerana Rasulullah SAW sudah memberi amaran dalam hadis Baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Palestin adalah sejarah kita, perjuangan dan impian umat Islam seluruh dunia. Sudahkah kita memastikan generasi selepas kita nanti masih menjaga nilai sejarah dan kedaulatan Islam di sana? Atau anak kita akan menjadi pemuda-pemudi yang buta maklumat mengenainya? Bahkan akan melupakan cita-cita tertinggi dalam kehidupan seorang Muslim iaitu berjihad di jalan Allah SWT.

Apabila sudah terhakis semangat menegakkan agama Allah SWT dalam diri generasi Islam, tidak mustahil mereka akan mengikut jejak tali barut kuffar memerangi umat Islam sendiri. Tidak peduli dengan agama, mencampakkan al-Quran dari dada mereka dan mengejek kemuliaan hadis Rasulullah SAW kerana terlalu taksub dengan kitab dari Amerika, Eropah dan bangsa lain.

Dan menjadi kewajipan umat Islam untuk menyokong Palestin dengan harta, jiwa, ilmu dan kepakaran yang diperlukan bagi sebuah negara Islam merdeka. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)

Wasalam...
Salam Selamatkan Al-Aqsa
Buat Semua Muslim....

2 Responses so far.

  1. Pejuang Palestina says:

    Salam akhi... moga kita semua dapat memboikot segala produk yahudi dan israel ini... selagi mampu boikot kita boikot... Moga kita sentiasa mengikuti perkembangan isu palestin ini dalam setiap masa...

    kalau boleh kita hidupkan semula dgn penuh semangat dalm usrah/halaqah kita dalam membincangkan isu umat islam ini..

    Moga dakwah di borneo semakin gencar.. dari kita yang jauh...

  2. Wasalam akhi Pejuang Palestina, Terima kasih atas komen akhi.. Insya Allah boikot barangan israel ini adalah satu keperluan kita.. terima kasih atas segala nasihatnya..

    Mungkin nanti kita boleh berkenalan ye...

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..