Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Archive for October 2011

Mahligai Kasih Kita

Salam kepada semua pembaca Halaqah Borneo, maaf lama tak update sebab penulis dua2 sibuk dengan pelbagai tugasan...



Cuma harini nak update satu video Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-4 pada 20/10/2011, Alhamdulillah....Moga cinta kami akan kekal hingga ke Syurga...

Kepada yang belum berkahwin, bersegeralah meraih pahala dan ganjaran yang sangat besar, Insya Allah jika berkahwin ibaratnye kita sudah menyempurnakan sebahagian dari Islam..

“Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. (HR. Thabrani dan Hakim).

Sahabatku,
Bahkan senda gurau antara kita suami isteri juga mendapat pahala, seperti mana jika senda gurau si Couple yang belum nikah mendapat dosa...

“Segala sesuatu yang di dalamnya tidak mengandung dzikrullah merupakan perbuatan sia-sia, senda gurau, dan permainan, kecuali empat (perkara), yaitu senda gurau suami dengan istrinya, melatih kuda, berlatih memanah, dan mengajarkan renang.” (Buku Adab Az Zifaf Al Albani hal 245; Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah no. 309).


Ikhwah dan Akhawat,
Mudah-mudahan dengan perkahwinan kita ini mampu menjadi contoh untuk kita kepada orang2 sekeliling kita dalam mana kita sedang menuju masyarakat Muslim, maka baitul muslim atau keluarga muslim kita perlu menjadi contoh kepada yang lain, agar terbentuk masyarakat muslim yang memahami Islam secara Syumul...

“Siapa saja yang pertama memberi contoh perilaku yang baik dalam Islam, maka ia mendapatkan pahala kebaikannya dan mendapatkan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya itu tanpa dikurangi sedikit pun. Dan barang siapa yang pertama memberi contoh perilaku jelek dalam Islam, maka ia mendapatkan dosa kejahatan itu dan mendapatkan dosa orang yang meniru perbuatannya tanpa dikurangi sedikit pun.” (HR. Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Orang yang pertama kali melakukan kebaikan atau kejahatan.)

Bingkisan video untuk kita bersama, khas buat Zaujah ku



Mahligai Kasih
Munsyid: UNIC


.........................................................
Akhi Al-Fateh wa Ukhti Ababeel
20/10/2011