Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Archive for September 2009

MERENUNG NILAI TAQWA PASCA RAMADHAN : LONJAKAN MENINGKATKAN AMAL


Salam Pengunjung Halaqah Borneo

Di Sini ana nak berkongsi sedikit bahan tazkirah utk manfaat bersama. Sebenarnya bahan ni sepatutnya ana taujih atau sampaikan kepada Halaqah ana, tetapi masa tu mood hilang kerana emosi terganggu.. Adalah masalah yang perlu ana perbaiki dan selesaikan agar Ais Batu tidak mencair dan Ais Batu akan terus membeku dan menyejukkan hati dan mata yang memandang... Ais Batu ni ana analogikan sebagai kefahaman dan nilai tarbiyah.... Afwanlah bagi yang tak faham ye..

APA YANG PENTING?

Ana nak kongsikan tentang tazkirah ni... Tazkirah ni pun ana dapat dalam internet juga, cuma ana rasa ia sangat bermanfaat. Jadi ana kongsikan...

MERENUNG NILAI TAQWA PASCA RAMADHAN : LONJAKAN MENINGKATKAN AMAL



Ramadhan yang telah berlalu meninggalkan kita membentuk kita menjadi hamba yang iltizam dengan ibadah fadhiyah seperti solat, puasa, tilawah, iktikaf, zakat dan sebagainya di mana bekalan-bekalan ini kearah meningkatkan nilai taqwa bagi seseorang Muslim untuk terus bekerja melaksanakan tuntutan Allah swt setelah berakhirnya bulan yang mulia ini. Namun hakikatnya apa yang kita saksikan pada hari ini, Ramadhan berlalu tanpa memberi kesan terhadap nilai taqwa kepada diri kita. Musim ketaatan dan ketaqwaan ini seolah-seolah pergi bersama musimnya yang menjenguk kita setahun sekali. Aidilfitri dihiasi dengan makanan yang enak, pakaian yang baru beserta wangi-wangian baru. Penyair arab menyebut :

Laisa al-’iidu man labisa al-jadid Walakin al-’iid man tho’atuhu taziid.
(Hari Raya bukanlah ditandai dengan pakaian baru, tetapi hakikat hari raya adalah siapa yang ketaatannya bertambah maju)


Sebagai Muslim yang faham dan sedar akan hubungan dengan Penciptanya serta menghayati pengertian dan tuntutan Ramadhan akan terus memelihara hubungan ini walaupun Madrasah Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Muslim ini akan meyakini bahawa 11 bulan yang berbaki masih mampu menyemai nilai taqwa dengan amal soleh serta akan terus berusaha menambahnilai amalan solehnya untuk manfaat dirinya dan juga manfaat semua. Marilah kita merenung beberapa nilai untuk kita refleksi diri dan merenung kembali nilai taqwa sebagai usaha untuk meneruskan pecutan amal soleh kita di 11 bulan yang berbaki :


1. Nilai Fastabiqul Khairat (Berlumba-lumba Mengerjakan Kebaikan

Allah swt berfirman :

“Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al-Baqarah :148)

“ Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa” (Ali Imran :133)


Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah mempunyai kurnia yang besar.
(Al-Hadid :21)

Bersegera di dalam merebut dan mengejar kekayaan kebajikan dan amal soleh merupakan salah satu ciri orang yang beriman dan bertaqwa serta faham akan tuntutan Rab terhadap mereka. Jika kita merenung ke belakan, kita mendapati para Nabi Allah dan sahabat Nabi saw berebut-rebut untuk mengerjakan amal soleh pagi dan petang sedangkan mereka telah dijanjikan syurga oleh Allah swt. Lalu renunglah diri kita yang masih belum dijanjikan sebarang berita gembira di akhirat kelak. Maka untuk memperolehi berita gembira ini di akhirat kelak, marilah sama-sama kita terus melaksanakan segala tuntutan yang melayakkan kita untuk menjejakkan kaki di dalam syura Allah swt.

2. Nilai Mujahadah (Kesungguhan)

Bagi seseorang Muslim, melaksanakan amal soleh kepada Rab memerlukan pengorbanan kerana syurga Allah tidak dapat diperolehi dengan semudah-mudahnya. Ia memerlukan kita melalui kesusahan, kepayahan dan pengorbanan untuk merasai nikmat syurga di akhirat kelak. Pengorbanan ini yang disebutkan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika menjawab pertanyaan berkaitan Taqwa di mana beliau menggambarkan Taqwa itu seolah-olah kita berusaha dan berhati-hati melalui jalan yang dipenuhi dengan duri.Kesungguhan ini datang dari niat yang ikhlas serta dibuktikan dengan amal yang serius dan bersungguh-sungguh. Allah Ta’ala memuji dan menjanjikan syurga kepada para pejuang amal shaleh yang dengan serius dan penuh kesungguhan membuktikan bahwa ketakwaan bukan hanya sekadar untaian kata-kata manis dan hiasan bibir tetapi perlu dibuktikan dan ditunjukkan. Allah berfirman :

“Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam, dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun, dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian (tidak meminta-minta).” (Adzdzaariyaat : 16-18)

Bagi individu Muslim yang sedar dan faham akan mendapati bahawa ibadah mereka tidak tertumpu kepada ibadah ritual yang bersifat hablumminallah (hubungan dengan Allah) semata-mata namun mereka turut melaksanakan tuntutan yang bersifat hablumminannas (hubungan kemanusiaan). Mereka menjaga kebajikan golongan yang memerlukan seperti golongan fakir miskin, anak yatim, wanita terbiar dan golongan warga emas.Sebagai balasan atas komitmen kesungguhan ini Allah akan membuka jalan kepada mereka seperti firman Allah swt :

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami maka Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami”. (al-Ankabuut: 69)


3. Nilai Istimroriyah (Berterusan)

Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam pernah ditanya: “Apakah amalan yang paling dicintai Allah? Baginda menjawab: “Amalan yang dilaksanakan secara berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat Bukhari).

Aisyah Ummul Mukminin menjelaskan bahwa Rasulullah adalah orang yang paling konsisten dalam melakukan amalan/ibadah (HR.Muslim). Menjaga nilai istimror merupakan sebahagian daripada tanggungjawab individu Muslim yang sedar dan faham di mana ia menjadi satu ruh yang menjiwai amalan tersebut samada berkualiti atau tidak. Dalam rangka menjaga kesinambungan amalan, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam juga kadang mengganti (qodho) suatu amalan yang beliau tidak lakukan pada waktunya disebabkan halangan yang mendatang. Maka selepas Madrasah Ramadhan pergi meninggalkan kita, ibadah yang pernah dan mampu kita lakukan di bulan Ramadhan lalu hendaklah dikekalkan agar ibadah ini terus kekal sebagai ibadah walaupun sedikit serta tidak menjadi adat yang akan menghilangkan semangat kita di dalam menjaga hubungan dengan Allah swt.
Nilai Taqwa Ramadhan ini juga dapat diteruskan dengan pelaksanaan Puasa 6 hari di bulan Syawal di mana diriwayatkan daripada Nabi saw bahawa jika seseorang berpuasa Ramadhan lalu disusuli dengan puasa 6 hari Syawal maka pahalanya seolah-oleh berpuasa selama setahun. Penerusan proses berpuasa ini sebenarnya melatih individu agar tidak berhenti secara terus dan mengejut daripada puasa Ramadhan sebaliknya digalakkan secara berperingkat seperti puasa 6 hari di bulan Syawal atau puasa Isnin dan Khamis. Islam menggalakkan agar momentum istimroriyah di dalam bulan Ramadhan ini terus dikekalkan walaupun berakhirnya bulan Ramadhan al-Mubarak.


4. Prinsip Tawazun (Keseimbangan)

Syariat Allah adalah syariat yang dibangun di atas landasan at-taysir wa raf’ul masyaqqah (mudah dan tidak mempersulit). Ia diciptakan untuk manusia yang mempunyai keterbatasan dalam banyak hal. Allah tidak mensyariatkan satu bentuk perintah ataupun larangan kecuali semuanya dalam batasan kesanggupan dan kemampuan manusia itu sendiri. Allah taala berfirman :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah : 286).

Memaksimumkan amal soleh bagi individu Muslim tidak bererti kita harus bersikap ekstrim atau melampau di dalam melaksanakan ibadah yang disyariatkan. Ia bermaksud melaksanakan ibadah sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan serta tidak memandang remeh dan memudah-mudahkannya.
Dalam kitab Shahih al-Bukhari diceritakan perihal tiga orang sahabat yang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam untuk mengetahui tentang ibadah-ibadah Rasulullah. Ketika disampaikan kepada mereka tentang hakikat ibadah Rasulullah, merekapun tiba pada kesimpulan bahwa apa yang dilakukan oleh Rasulullah masih sedikit. Dalam kisah tersebut, masing-masing dari ketiga sahabat itupun berjanji. Sahabat yang pertama berjanji untuk melaksanakan qiyamullail sepanjang malam dan tidak tidur. Sahabat kedua benjanji untuk berpuasa sepanjang tahun (setiap hari). Dan sahabat ketiga berjanji untuk tidak berkahwin. Mendengar hal tersebut, Rasulullah pun segera menegur mereka dengan mengatakan bahawa sunnah baginda adalah bersikap seimbang dalam ketiga perkara tadi.
Sikap tawazun dalam beramal dan menjauhi ghuluw (melampau) merupakan di antara yang terpenting dalam memaksimumkan amal soleh. Menjaga kesederhanaan, keseimbangan dan tetap menjaga hak-hak yang lain (hak keluarga, badan dan yang lainnya) inilah yang akan memberikan nafas yang panjang dalam pelaksanaan amalan itu sehingga tidak menyusahkan apatah lagi sampai tahap meninggalkan amalan itu secara total. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda :

“Bersikap sederhanalah, bersikap seimbanglah pasti kalian akan tiba ke kemunaknya”. (HR. Bukhari).

Kesimpulannya marilah sama-sama meningkatkan komitmen dan iltizam kita dengan mempertahankan nilai-nilai taqwa yang dipraktikkan di bulan Ramadhan lalu agar ucapan takbir, tahmid dan tahlil ke buat Rabbul Jalil merupakan ucapan kemenangan yang bermakna dan berkesan buat diri kita sepanjang menghadapi madrasah ujian yang lalu. Semoga Allah memperkukuhkan langkah kita di dunia ini hingga kita pergi mengadap Allah Rabbul `Izzati di akhirat kelak.



Sekian,
Akhi Azrin Al-Fateh
10 Syawal 1430H/29 Sept '09

Ada apa Dengan 8 Syawal?



Salam semua Pelawat Halaqah Borneo..

SubhanAllah, masa pantas berlalu.. Jadi rasanya ada apa dengan 8 Syawal Ni.. Bagi orang lain mungkin dah habis puasa sunat enam hari, mungkin juga sudah 8 hari beraya... tapi bagi diri ana ia bermakana...

jadi ada apa dengan 8 Syawal???

Baiklah, sebenarnya 8 Syawal amat bermakna buat ana dan juga isteri ana.. tak sangka, sudah ana sudah 2 tahun ana bernikah dengan Isteri ana Aishah Ababeel mengikut bulan Islam atau kalendar hijrah. Dah 2 tahun kami bersama dalam suka dan duka, pahit dan manis dalam mengharungi kehidupan berumahtangga. Lagi-lagi mengharungi kehidupan rumahtangga yang diberi amanah besar untuk memperbaiki Ummah dan melahirkan Generasi Quranic.

Ya Allah apa yang telah aku laksanakan selam dua tahu didalam bahtera pernikahan? adakah masjidku semakin Subur? Moga Allah semakin menambah cintanya kepada Ana dan Isteri.. Amin

Soal Zuriat???

Subhana Allah, maha suci Allah.. Ramai yang bertanya dengan ana, baik dari sisi ikhwah, mungkin juga akhwat disisi isteri ana, malah keluarga juga telah banyak bertanya..

Bila Lagi nak ada Baby?, Azrin bila lagi?

persoalan yang mencuit hati ana dan juga isteri ana.. bukan kami tak nak zuriat, tapi masih belum ada Rezeki dari Allah. Ana sangat yakin dengan Kurniaan dan kuasa Allah... Sebab ana dan isteri selalu berdoa untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah, mujahid wa mujahidah. Allah ajarkan doa dalam Al-Quran diantaranya:

ayat 74, surah Al-Furqan yang bermaksud:Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."


ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”


ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”

Jadi Insya Allah, mudahan Allah memakbulkan doa kami dan memudahkan segala urusan kami untuk mendapatkan zuriat bakal pewaris Agama Allah ini.. Kadang-kadang kita belum dapat zuriat sebab dosa atau maksiat kita, atau juga kadang-kadang sebab kita belum cukup soleh untuk dapat zuriat yang soleh juga. Sebab ibu dan ayah akan mewariskan sifatnya kepada anaknya nanti.. Jadi ana dan isteri insya Allah dalam usaha memperbaiki diri agar jadi yang terbaik utk melahirkan zuriat yang terbaik. Ada hikmah dari dugaan Allah ini...



Alhamdulillah, banyak yang ana belajar sepanjang 2 tahun dari erti perkahwinan dan rumahtangga ni. belajar jadi matang, bertanggungjawab dan mengurus rumahtangga. Belajar jadi suami dan juga memperbaiki diri jadi suami yang soleh. Biasalah suami isteri mesti ada pahit dan manisnye, tapi apa yang penting kita perlu ambil ibrah dalam setiap peristiwa yang berlaku..Jadi barulah rumahtangga bahagia... Bagi yang belum bernikah, cepat2lah ye.. semoga kita kan lebih cepat matang...

Moga Pekahwinan yang dah 2 tahun ini akan bertambah barakah dan di redhai Allah.. Amin..



Sekian,
Akhi Azrin Al-Fateh

Kombinasi Raihan dan Hujan Di Aidilfitri



Suatu kelainan yang cuba dibawa oleh kumpulan nasyid RAIHAN apabila mereka membuat featuring bersama band indie HUJAN. Lirik lagu dicipta oleh Saudara Abu Bakar Md. Yatim (Raihan) dengan Raihan bertindak sebagai penyusun vokal dan harmoni. Susunan muzik pula telah diatur oleh Hujan. Dengan tajuk "Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda" para pendengar akan digamit oleh nostalgia aidilfitri bersama ayah dan ibu.

Lagu ini mengisahkan tentang keinsafan seorang anak terhadap ayah dan ibunya yang bersusah payah menyediakan persedian di hari raya demi membahagiakan anak-anak mereka. Namun di sebalik kegembiraan anaknya menyambut hari raya dengan baju baru dan sebagainya, kedua ibu bapanya terpaksa berkorban untuk mencari wang dalam menyediakan kelengkapan raya. Setelah dewasa barulah si anak memahami bahawa betapa peritnya ayah dan ibu berkorban demi melihat anak-anak yang tersayang bergembira di hari lebaran. Walau apa pun cara yang dilakukan untuk membalas jasa orang tuanya, ia tidak mampu membayar segala titik peluh yang telah dikeluarkan olah si ibu dan ayah. Hanya doa dan harapan moga Allah sahajalah yang berkuasa membalas segala pengorbanan ibu bapanya.

Lirik: Salam Aidilfitri, Ayahanda dan Bonda

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayangi selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andai anakmu bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti
Di Aidilfitri, di Aidilfitri...





Lagu ini telah dirakamkan di Studio AG, Cheras manakala mixing dikendalikan oleh Greg Anderson dan mastering oleh LC Toh.

Sumber: METAMOBILE & Raihan Nasyeed & Thoyyibah Blog

Sekian,
Akhi Azrin Al-Fateh

Cara Dakwah Yang Baru?

Salam Pelawat Halaqah Borneo...

Banyak betul sekarang artis cenderung ke arah lagu-lagu islamic, Persoalan adakah dakwah semakin melebar?, baru tadi ana baca kat akhbar Berita Harian Online tentang dakwah seorang pemuda untuk anak muda..

ni link dia.. Muhammad Al-Amin


Then RAIHAN DAN HUJAN

kemudian ana pula terlihat satu video di Youtube satu kombinasi Nasyid dan juga band ala indie (Band Hujan).. Adakah dakwah di industri hiburan semakin melaju?

moga begitu hendaknya.. bukan band Hujan je baru nak berama artis nasyid, tapi ana pernah tengok juga Awie dan Raihan, Rabbani dan juga artis biasa yang lain.. dan banyak lagi.. kalau di indonesia dengan Band UNGU, Opick dan lain-lain lagi..



Kumpulan Raihan



Band Hujan



Raihan dan Hujan


SubhanAllah

sekarang pun jika dengar dalam IKIM, Siti Nurhaliza juga dah mula nak ke arah islamic.. ana ada dengar dia bernasyid Asma' ul Husna..

PANDANGAN

apa yang ana nak beritahu, moga dakwah semakin pesat serta laju dikalangan artis nasyid, moga artis nasyid dapat berdakwah dengan lagu dan akhlaknya, hingga artis lain pun tersibghah (terkesan dan tersalut)dengan nilai islami. Kepada artis yang dah mula nak cenderung ke arah dakwah ni( lagu berunsur dakwah), moga ikhlaskan niat dan bersungguh dan istiqamah, kerana mereka (artisni) akan jadi ikutan para golongan muda sekarang...dan sangat besar pengaruhnya...

HARAPAN

Moga Dakwah dan Risalah Allah berkembang ditangan orang2 yang ikhlas, kita tak tahu siapa, tapi kita perlu berusaha menjadi orang yang IKHLAS itu.. agar di berikan nikmat SYURGA kelak.. Amin.


Walallahu'alam.
Sekian,
Akhi Azrin Al-Fateh

Pulang Beraya Ke Johor...



Salam Semua...

Alhamdulillah tahun ni dapat ana dan isteri pulang beraya Di Kota Tinggi Johor. Kampung ana jauh di hujung Kota Tinggi, boleh tengok peta, Hujung muncung peta..



Kalau Tahun lepas ana dan isteri beraya di Sibu,Sarawak... kali ni ada rezeki lebih dapatlah pulang beraya selepas empat tahun ana tidak beraya Aidilfitri di tanah kelahiran ana..

Kenapa 4 tahun?


sebab masa tu ana study kat Unimas, jadi nak balik macam susah skit, sebab pas tu dah exam dan juga cuti selama 2 bln.. jadi tak baliklah...

Apa yang special tahun ni?

Alhamdulillah banyak yang special, pertama dapat cium tangan mak dan ayah memohon ampun, dapat bermohon ampun juga dengan abang dan akak, dapat juga jumpa saudara-mara... semunye dah besar belaka.. sampai ada yang tak kenal...

Tahun ni juga mak ana banyak buat kuih raya, katanya nak sambut anaknya dan menantu...Alhamdulillah, bukan apa sebenarnya, ana sangat bersyukur kerana mak dan ayah ana masih sihat lagi..Satu nikmat Allah yang perlu ana syukuri..

Yang Paling special?

Alhamdulillah ana dapat ana saudara. sorang sebelum konvokesyen, anak akak ana... Namanya: Mohammad Rezqi

Sorang pada 27 Ramadhan (17 September), anak abang ana, sama tarikh lahirnya dengan anak akhi Hafidz,
Namanya: Mohammad Danial Fitri

Alhamdulillah dalam masa 2-3 hari ana disana, dapatlah ana menziarahi rumah abang dan akak ana, serta juga rumah saudara -mara ana. Memang padat juga jadual.. Yang datang kerumah pun ramai juga, tak menang tangan isteri saya membantu mak melayan para tetamu...

Jadi begitulah suasana hari raya ana di kampung... Alhamdulillah semuanye baik.. ana pulang ke Sarwak bersama Isteri ana pada malam 22 September. kami beraya sekejap je di Johor, sebab kami ada tugas masing-masing lagi di Sarawak.. bekerja dan juga menunaikan tanggungjawab yang lebih besar...

nanti ana akan postkan gambar ana saudara ana yang comel2 tu.. 2 yang di semenanjung dan tak lupa juga , ada dua lagi di sibu..

Namanya: Mohammad Aniq Syahmi ( anak adik isteri ana)

Namanya: Mohammad Izra Hakim (anak Abang isteri ana)



Sekian.
Dari Akhi Azrin Al-Fateh

Berlalunya RAMADHAN, Tibanya SYAWAL....

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya ana tak menulis di blog Halaqah Borneo ini...
Alhamdulillah, mungkin selepas ini ana akan selalu update blog kerana ada sedikit kelapangan waktu..

Kali ini ana nak nukilkan sedikit tentang berlalunya Ramadhan 1430H dan Tibanya Syawal 1430H..



Selamat tinggal Ramadhan…moga ketemu lagi tahun hadapan. Begitu pantas masa berlalu. Allah masih memanjangkan usia untuk terus menghirup udaraNya. Alhamdulillah, syukur ke hadratNya. Semoga hari-hari yang bakal dilalui diredhai olehNya…

1 Syawal - hari kemenangan bagi orang-orang yang beriman, hari kembalinya diri kepada fitrah. Mudah-mudahan taqwa benar-benar menjadi milik kita semua. 1 Syawal juga bermakna bagi diri ana. Hari penghijrahan ana dari perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik. Penghijrahan imej, pemikiran, kefahaman dan akhlak… penghijrahan ini amat memerlukan kekuatan dalaman, keazaman yang jitu dan keinginan yang kuat. Hakikatnya, perubahan diri ke arah yang lebih baik sukar untuk dilakukan. Semoga diri ini istiqomah dengan perubahan yang dilakukan dengan tarbiyah Ramadhan 1430H akan kekal sehingga ke akhir hayat… Semoga At-Taqwa mampu dimiliki dalan jiwa kita bersama.

Buat semua sahabat dan ikhwah, ana memohon jutaan kemaafan atas segala salah dan silap ana pada kalian. Ana hanyalah insan dhoif yang sentiasa melakukan kesilapan. Lisan kadang-kala tak terjaga, hati kadang-kala salah menduga, akal kadang-kala salah mentafsir dan sikap kadang-kala menyakitkan hati. Maafkan semua kesalahan ana. SaLaM ‘iDuLfiTri 1430H!



Sedikit pantun untuk semua yang pembaca blog Halaqah Borneo,

Ramadhan yang dinanti sudah berlalu,
Tibanya Syawal tanda kemenangan,
Salam Aidilfitri dariku untukmu,
Maaf Zahir dan Batin kuhulurkan tangan.



Salam Satu UMMAH, 1UMMAH....
Daripada,
Al-Fateh wa Ababeel Sekeluarga,
UNIMAS