Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Archive for 2010

Puasa Tasu'a dan Assyura

Salam semua pembaca Halaqah Borneo... Jom kita pakat ramai2 berpuasa dalam mengamalkan sunnah Rasulullah ini... :)



Selamat Berpuasa Tasu'a (9 Muharam) = 15 Disember 2010
&
Selamat Berpuasa Asyyura (10 Muharam) = 16 Disember 2010


Beberapa hadis mengenai Puasa Tasu'a dan Assyura
----------------------------------------------------------------------------------

عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).


عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)


وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).




*******************
Al-Fateh
Seusai Usrah Henshin
10.25pm
14/12/10

Salam Maal Hijrah 1432H



1 Muharam detik permulaan...
Insya Allah segalanya bermula disini...

"Muntalaq"~langkah bermula~

Salam Maal Hijrah 1432 H dari Kami, Halaqah Borneo.... Moga Intisari penghijrahan Rasulullah dan Para sahabat dapat menjadi ibrah diatas meniti perubahan dalam kehidupan kita ini...


Baru je ana ngan zaujah dengar IKIM.Fm, Dalam rancangan Hijrahku bersama Aishah.. Afwan bukan zaujah ana, tapi Aishah penyanyi lagu 'Surga ditelapak kaki ibu' dan sekarang ni popular di IKIM dengan lagu 'Anak'... Rupanya Aishah ni adalah seorang sukarelawan di Raudahtus Sakinah, Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia... dia berkata, dengan banyak terlibat dengan program Raudahtus Sakinah itu, dia risau dan bimbang dengan anak2 remaja perempuan sekarang...

Masya Allah sedikit contoh perubahan dalam jiwa artis2 kita... dan insya Allah, dalam temubual di IKIM, Aishah memberikan pandangan yang mempelihatkan dia sudah mula memahami kembali ajaran Islam yang syumul... Moga hijrahnya dia akan terus menyumbang untuk Islam... Juga doakan buat yang lain agar berhijrah kearah kebaikan...



Akhi wa ukhti,

Telusuri kita pada kandungan Ayat Allah di dalam Al-Quran.

Allah swt berfirman :

"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari. Demi bulan apabila ia mengiringi. Demi siang apabila ia menampakkan diri. Demi malam apabila ia menutupi. Demi langit serta binaannya. Demi bumi serta penghamparannya. Demi jiwa dengan segala penyempurnaan (ciptaan)Nya. Allah mengilhamkan kepada jiwa, keburukan dan kebaikan. Beruntunglah siapa yang membersihkannya, rugilah siapa yang mengotorinya." (QS As-Syams : 1-10)

Pergantian tahun bererti :
  1. Bertambah pula usia kita.
  2. Secara automatiknya kuota umur kita berkurang.
  3. Semakin kita mendekati kematian.

Menurut Hasan Al-Basri, sesungguhnya Allah telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram dan ianya dinamakan bulan Allah kerana besar kehormatan dan kemuliaannya setelah bulan Ramadhan.

Muharram, bulan yang tiba-tiba mengetuk batin kita untuk segera mengenang peristiwa besar dalam sejarah, iaitu peristiwa hijrahnya Rasulullah saw dari kota Makkah menuju kota Madinah.

Setiap awal tahun hijriyah seperti ini sudah semestinya kita sebagai umat Islam segera membangun semangat baru untuk :

  1. Meningkatkan ketakwaan dalam diri kita.
  2. Meningkatkan ketaatan kepada Allah swt.

Ikhwah wa akhwat sekalian,

Diantara ibrah yang boleh diambil dari intisari penghijrahan Rasulullah:

1. Mengubah diri untuk menjadi orang yang lebih baik
2. Mengubah perangai yang mazmumah kepada mahmudah
3. Mengubah hati dari takut pada manusia dan selainya, kepada takut kepada Allah
4. Mengubah diri dari selalu bermaksiat kepada selalu mentaati perintah Allah
5. Menumbuhkan kasih sayang antara orang2 Islam seperti Kisah persaudaraan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj.
6. Menguatkan ikatan ukhuwah islamiyyah antara orang2 mukmin
7. mengikhlaskan diri dalam melaksanakan Amal Dakwah
8. Berubah dari selalu buruk sangka kepada berbaik sangka terhadap Allah dan manusia
9. Berubah dari sifat individualistik kepada sifat berjemaah dalam melaksanakan amal
10. berubah dari sifat ego kepada sifat itsar (melebihkan saudara)

Banyak lagi sebenarnya yang boleh ana senaraikan dan juga antum semua senaraikan dari ibrahnya Hijrah Rasulullah dan para sahabat.. moga kita semua menuju penghijrahan diri yang lebih baik. ini kerana dalam proses hijrah, yang paling penting adalah hijrahkan diri kita dulu... seperti tarbiyyah juga, tarbiyyah yang utama adalah tarbiyyah diri kita dulu..

Allah juga berfirman dalam surah Ar-Rad, 13:11

".... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka itu sendiri...."



Insya Allah, moga kita sama2 berhijrah dari kesilapan yang lalu kepada perkara yang lebih baik pada tahun ini 1432H... Ingatlah Allah kan Maha pengampun dan penyayang, yang penting kita bersegera untuk memohon keampunan daripada Allah...

Insya Allah...
Selamat beramal dan sukses selalu...

-------------------------------------
Uni Garden
Kota Samarahan, Sarawak

Contoh Perlaksanaan Dakwah


Mari kita susuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang pengikut Imam Hasan Al Banna yang sentiasa menjalankan tugas dakwahnya tanpa apa-apa keluhan walau sedikitpun.




Dialah yang disebutkan oleh Imam Hasan Al Banna di dalam Risalah Muktamar Kelima sebagai berikut :

“Sedikit sekali orang yang tahu ketika salah seorang pendakwah Ikhwan keluar dari tempat kerjanya pada hari Khamis petang, tiba-tiba sudah berceramah di Al Minya pada waktu Isya’. Di hari Jumaat ia menyampaikan khutbah di Manfaluth, Jumaat petangnya pula berceramah di Asyut dan setelah Isya’pada hari itu ia sudah berdakwah di Suhaaj. Kemudian ia kembali pada kebiasaannya iaitu pagi-pagi buta di hari berikutnya ia sudah berada di tempat kerjanya di Kaherah mendahului pekerja-pekerja lain.

Empat pertemuan besar di berbagai kota yang berjauhan mampu dijangkau oleh seorang pendakwah Ikhwan dalam waktu tiga puluh (30) jam, lalu ia kembali ke rumahnya dengan jiwa yang tenang dan hati yang damai seraya memanjatkan pujian ke hadhrat Allah atas taufiq yang dianugerahkan kepadanya dan tidak ada yang mengetahui perkara itu kecuali mereka yang mendengarnya.”

Dalam kisah ini, kita lihat bagaimana beliau sentiasa berpindah dari satu kota ke kota yang lain untuk menunaikan amanah dakwah dan setelah beliau menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya, ia merupakan orang yang pertama sekali tiba ke tempat kerjanya malah, ia yang membukakan pintu pagarnya.

Suatu ketika ia pernah mengalami keletihan hingga tertidur di atas sofa di rumah Zainab Al-Ghazali semasa beliau diutus untuk berbincang dengannya.

Melihat keadaan tubuhnya yang keletihan dan kepenatan itu, tuan rumah membiarkan tetamunya tertidur sampai ia terjaga.

Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail meminta izin untuk bergegas ke kota lain pula. Disebabkan keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali menghulurkan wang untuk beliau naik teksi.

Abdul Fattah Abu Ismail mengembalikan wang tersebut sambil mengatakan :

“Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.”

Zainab pun menjawab,

“Saya sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta-kereta mewah, tapi saya tetap dapat memikul dakwah ini dan saya pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Oleh itu, gunakanlah wang ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirehat sejenak.”

Ia pun menjawab,

“Berbahagialah ibu. Ibu telah berjaya menghadapi ujian Allah swt berupa kenikmatan-kenikmatan itu, namun, saya khuatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih di atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kenderaan awam sahaja.”

Itulah contoh orang yang telah membuktikan kesetiaannya kepada dakwah lantaran keyakinannya terhadap janji-janji Allah swt. Janji yang tidak akan pernah dimungkiri sedikit pun. Allah swt telah banyak memberikan janjiNya kepada orang-orang yang beriman yang setia pada jalan dakwah berupa berbagai anugerahNya sebagaimana yang terdapat dalam Al-Qur’an :

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (QS Al-Anfal : 29)

Dengan janji Allah swt tersebut, orang-orang beriman tetap bertahan mengharungi jalan dakwah ini kerana mereka pun tahu bahwa perjuangan yang berat itu sebagai kunci untuk mendapatkannya.

Semakin berat perjuangan ini semakin besar janji yang diberikan Allah swt kepadanya. Kesetiaan yang bersemayam dalam diri mereka itulah yang membuat mereka tidak akan pernah menyalahi janjiNya dan mereka pun tidak mahu merubah janji kepadaNya.

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya).” (QS Al Ahzab : 23)

Pernah berlaku kepada seorang pejuang Palestin yang telah bertahun-tahun meninggalkan kampung halaman dan keluarganya untuk mendapatkan sokongan dunia dan dana dalam satu wawancara beliau ditanya:

“Apa yang membuatkan anda dapat bertahan meninggalkan keluarga dan kampung halaman dalam waktu yang cukup lama?”

Jawabnya,

“Kerana perjuangan dan jika bukan kerana dakwah dan perjuangan, kamipun mungkin tidak akan dapat bertahan lama.”

Dengan perjuangan itulah kemuliaan hidup mereka lebih bererti untuk masa depan bangsa dan tanah airnya.

Aktivis dakwah sangat menyakini bahwa kesabaran yang ada pada dirinyalah yang membuatkan mereka tabah menghadapi berbagai rintangan dakwah.

Jika dibandingkan apa yang kita lakukan serta yang kita dapatkan sebagai risiko perjuangan di hari ini dengan keadaan orang-orang terdahulu dalam perjalanan dakwah ini, belumlah dikira seberapa.

Pengorbanan kita di hari ini masih sekadar :

1. Pengorbanan waktu untuk dakwah.

2. Pengorbanan tenaga dalam amal kebaikan untuk kepentingan dakwah.

3. Pengorbanan sebahagian kecil dari harta kita yang banyak.



Namun cuba kita lihat pengorbanan orang-orang yang terdahulu, ada yang :

1. Dicakar dengan sikat besi.

2. Digergaji tubuhnya.

3. Diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah, lalu kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencangnya hingga robeklah badan orang itu.

4. Dibakar dengan tungku api yang berisi minyak panas.



Mereka dapat menerima risiko kerana kesabaran yang ada pada diri mereka.

Kesabaran adalah kenderaan pertahanan orang-orang yang beriman dalam meniti perjalanan ini. Bekalan kesabaran mereka tidak pernah berkurang sedikit pun kerana keikhlasan dan kesetiaan mereka kepada Allah swt.

“Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. (QS Ali Imran : 146)

Bila kita memandang kehidupan generasi pilihan, kita akan menemui kisah-kisah agung yang telah menyuburkan dakwah ini.



Muncullah satu pertanyaan besar yang seharusnya kita tujukan pada diri kita ketika ini iaitu :

Apakah kita dapat menyemai dakwah ini menjadi subur dengan perjuangan yang kita lakukan sekarang ini ataukah kita akan menjadi generasi yang hilang dalam sejarah dakwah ini?

Marilah kita benar-benar insafi bahwa dakwah ini tidak akan mampu dipikul oleh orang-orang yang manja dan yang mempunyai sikap bermudah-mudah kerana sebenarnya hanya perjuangan gigih tanpa mengenal penat lelah seseorang aktivis dakwah merupakan kenderaan yang akan menghantarkan kepada kejayaan.

Semoga pelajaran di atas menjadi catatan kita, para pendakwah dan bagi jiwa-jiwa yang bergelut dalam bidang dakwah serta memohon semoga Allah menghimpunkan kita dalam kebaikan.



Jadikanlah Nikmat Dakwah Ini sebagai tempat semua insan...
Dapat bernaung dibawahnye dari Panas Terik,
merasa manisnye Buah...
melelapkan mata dibawah teduhannya...
Insya Allah... Inilah Dakwah yang kita sedang laksanakan..
maka banggalah kamu dengan Kelahiran IKRAM

[Qouted : Sheikh M.Hameed]


Dipetik dari Seorang ikhwah borneo yang ku Sayangi...

Robotkah KITA??? [CP]

Salam ikhwah wa akhwat... Ana sungguh terkesan dengan tulisan Sang Murabbi UQY @ Muntalaq... Ust Muntalaq selalu tulis artikel yang ringkas... tapi kesannya, Masya Allah sangat memberkas di jiwa-jiwa yang membacanya... Syukran Ust Muntalaq..

Bagi sesiapa yang nak kenal lebih rapat dgn Ust dan membaca setiap penulisan Ust Muntalaq @ UQY... Sila ke Blog Rasmi Ust Muntalaq di muntalaq.wordpress.com

Sekali lagi ana {Copy & Paste} @ [CP], untuk bacaan semua pembaca [HB]




Persoalannya Robotkah KITA???


---------------------------Artikel Asal---------------------

Antara realiti dan ideali… kita berdiri di tengah-tengah. kadangkala kita terlalu senget ke salah satu… so jaga-jaga elok kita kembali semula ke tengah-tengahnya…

Dalam dakwah juga begitu. Da’i adalah satu part dari manusia. Ia mempunyai perasaan dan naluri yang perlu di jagai. Naluri mad’u perlu di fahami oleh da’i. Naluri mutarabbi perlu di ambil kira oleh murabbi. Jika tidak, kita telah mengenepikan sunnatuLlah.

Ketika kita memasuki alam dan tangga baru, begitu juga. Kita mesti memahami naluri orang lain yang menjadi pasangan kita. Jika kita terlalu ideal, kita tidak akan kekal lama. Hubungan kita akan menjadi kasar, kering dan robot.


Adakah kita Manusia bertopengkan Robot???

@ Robot bertopengkan Manusia???


Sebagaimana kita tidak mahu hubungan, program, ukhuwwah dalam dakwah kita menjadi kering, kasar dan tidak disaluti oleh perasaan dan manusiawi, maka begitu juga hubungan kekeluargaan dan famili. Ia mesti memenuhi sifat yang sama… KERANA KITA ADALAH MANUSIA.

Ketika Nabi saw menangis bila kematian Ibrahim (anak baginda saw dari Mariah), sahabat bertanya dan pelik. Penjelasan Nabi saw mengajar para sahabat bahawa walaupun Baginda telah berada di maqam tinggi di sisi Allah, namum Baginda saw tetap juga seorang manusia.

Siapa yang membaca bagaimana Nabi saw di rumah bersama anak-anak, cucu dan isteri Baginda saw, nescaya akan dapat merasai betapa ‘manusia’nya ar-Rasul saw ini.

Oleh itu… kita harus mengerti bahawa hidup ini memang sepatutnya di penuhi dengan dakwah dan jihad sepanjang hayat, tahun, minggu, hari dan detik nadi…. TETAPI dalamasa sama da’i juga adalah manusia yang perlu mengisi ruang-ruang yang ada dalam dirinya sebagai manusia, suami, isteri, kawan, anak, ayah dll hubungan manusiawi….

Moga hidup akan menjadikan kita lebih matang dengan dakwah, dan bukannya menjadikan dakwah adalah satu bebanan dan tekanan umpama ikan yang hidup di luar air.


Ingatlah Kita sebenarnya Manusia!!!!

---------------------------------------------


Dipetik dari sumber: http://muntalaq.wordpress.com/

Di olah kembali oleh: Akhi Azrin Al-Fateh

Kerapuhan Ruhiyah Pendakwah [CP]

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian, sekadar perkongsian untuk kita bersama. Ana tulis kat tajuk tu [CP], maksud dia (Copy & Paste) ye.... Ana rasa banyak yang ana dapat dari artikel ini (dipetik dari FB IKRAM), jadi ana nak share dengan semua pembaca Halaqah Borneo [HB] juga...

Moga Bermanfaat!!!




Ada fenomena yang agak merbahaya yang menjadi suatu gejala yang tidak sihat pada sebahagian aktivis dakwah di mana ianya akan dapat dibaca oleh mereka yang mempunyai pandangan yang tajam yang memberi perhatian terhadap tutur kata, pandangan mata serta gerak langkah aktivis tersebut.

Di kalangan aktivis dakwah, perkara sedemikian cukup merbahaya dan berpotensi untuk melemahkan kekuatan dakwah, di samping sebagai bukti menjauhnya mereka dari manhaj yang mereka kenali.

Semua kita tahu bahwa aspek :

  1. Ruhiyah (jiwa kerohanian).
  2. Ibadah.

merupakan olahan dan garapan yang utama terhadap manhaj dakwah.

Penekanan terhadap dua aspek ini bukanlah sesuatu yang berlebihan sehingga memberi gambaran adanya usaha pembentukan arus tasawuf dalam dakwah.

Yang jelas bahwa dua aspek ini adalah perintah dari Allah yang mesti ditegakkan di samping menjadi wasilah yang akan menyokong kesepaduan dakwah.

Apabila nilai-nilai tersebut terlepas dari genggaman aktivis dakwah, maka ianya akan melemahkan semangat ruhiyahnya sehingga kemudiannya ia jatuh `sakit' dan berakhir dengan `kematian' ruhiyah tersebut, Naudzubillah.

Kejadian fenomena ruhiyah yang rapuh dan lemah ini tidak sedikit jumlahnya.

Di sini akan disebutkan sebahagiannya sambil diperturunkan beberapa peristiwa di medan agar dapat menjadi peringatan bagi setiap aktivis dakwah dan seterusnya dia perlu bersegera mengatasinya :

1. Merasakan keras dan kasarnya hati, sehingga seseorang merasakan bahwa hatinya telah berubah menjadi batu yang keras. Tidak ada sesuatupun yang dapat menyerap kepadanya ataupun mempengaruhinya.

Ungkapan ini tidaklah berlebihan dikatakan, bahkan al Qur'an telah menerangkan bahwa hati boleh mengeras sekeras batu.

Allah swt berfirman :

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi." (QS Al Baqarah : 74)

2. Perangai yang tersumbat dan dada yang sempit sehingga terasa ada beban berat yang menghimpit dan nyaris termengah-mengah keletihan, sering mengomel dan mengeluh terhadap sesuatu yang tidak jelas atau gelisah dan sempit dalam pergaulan sehingga tidak peduli terhadap penderitaan orang lain bahkan timbul ketidaksukaan kepada mereka. 3. Tidak terpengaruh oleh ayat-ayat Al-Qur'an yang mengandungi ancaman, tuntutan, larangan atau tentang peristiwa kiamat. Dia mendengarkan Al-Qur'an seperti mendengar kalam-kalam lainnya.

Lebih merbahaya lagi apabila dia merasa sempit dada ketika mendengarkan ayat Al-Qur'an seperti sempitnya dia ketika mendengarkan omongan orang lain.

Dia tidak menyediakan waktu sedikitpun untuk tilawah dan apabila mendengarnya dari orang lain dia tidak melakukannya dengan khusyu' dan tenang.

4. Peristiwa kematian tidak memberikan bekas kepada dirinya. Begitu juga ketika menyaksikan orang mati, mengusung jenazah atau menguburkannya di liang lahad di mana semua peristiwa ini, sedikitpun tidak ada pengaruh pada dirinya.

Jika melalui kawasan perkuburan, seakan-akan ianya hanya berpapasan dengan batu-batu bisu yang tidak sedikitpun mengingatkannya terhadap kematian.

5. Kecintaanya terhadap kesenangan duniawi sentiasa bertambah dan kesukaan memenuhi syahwat sentiasa berkobar-kobar. Fikirannya tidak jauh dari pelampiasan syahwat tadi sehingga dia merasa tenteram bila sudah memperolehinya.

Apabila melihat orang lain memperolehi kenikmatan dunia seperti harta, kedudukan, pangkat, rumah atau pakaian yang bagus dia merasa tersiksa dan menganggap dirinya gagal.

Lebih tersiksa lagi apabila yang mendapatkan kenikmatan duniawi itu adalah saudaranya sendiri atau sahabatnya. Kadang-kadang timbul pada dirinya penyakit hasad di mana dia tidak ingin kenikmatan itu tetap ada pada saudaranya.

6. Ada kegelapan dalam ruhiyah yang berbekas di wajahnya.

Perkara ini dapat diamati oleh mereka yang memiliki ketajaman firasat dan memandang dengan nur Allah.

Setiap mu'min memiliki nur sesuai dengan kadar keimanannya dan dia mampu melihat sesuatu yang tidak mampu dilakukan orang lain.

Kegelapan ruhiyah tadi adalah begitu pekat sehingga begitu jelas tergambar di wajahnya dan dapat diamati oleh mereka yang memiliki firasat imaniyah yang paling lemah sekalipun. Manakala kegelapan yang samar-samar hanya dapat diamati oleh mereka yang memiliki firasat imaniyah yang kuat.

7. Bermalas-malas dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

Perkara tersebut terlihat jelas dengan kurangnya perhatian dan semangat.

Solat yang dilakukan hanya sekadar :

  1. Gerakan.
  2. Bacaan.
  3. Berdiri.
  4. Duduk.

yang tidak memiliki sandaran yang kuat sedikitpun. Bahkan nampak dia merasa terganggu oleh solat seakan-akan dia berada dalam penjara di mana dia ingin sekali berlepas diri darinya secepat mungkin.

8. Lupa yang keterlaluan kepada Allah.

Sedikitpun dia tidak berzikir dengan lisannya dan tidak juga ingat kepada Allah swt, padahal dia sentiasa menyaksikan ciptaan Allah swt.

Bahkan kadang-kadang dia merasa keberatan untuk sekadar berzikir atau berdoa kepada Allah swt. Jika dia mengangkat tangannya, dengan cepat sekali dia turunkan kembali untuk segera pergi.

Berikut adalah beberapa cara-cara penyembuhannya :

1. Sentiasa dalam zikrullah.

Yang dimaksudkan dengan zikir di sini adalah berzikir dengan lisan disertai dengan :

  1. Persetujuan hati.
  2. Tafakur akan ciptaan Allah.
  3. Mengambil petunjuk melalui makhluk-makhlukNya untuk mengetahui keagungan kekuasaanNya, kecermatan hikmahNya, keluasan rahmatNya serta keterikatan makhluk denganNya.
  4. Merasakan pengawasan Allah dan kekuasaanNya yang mutlak terhadap manusia serta pentingnya memiliki sifat malu kepadaNya.

Semua perkara tersebut tidak mungkin dicapai dengan mudah bagi orang yang lemah ruhiyahnya.

Untuk memperolehinya diperlukan :

  1. Kesabaran.
  2. Tekad yang tinggi.
  3. Tidak mudah gelisah.
  4. Usaha bertahap sedikit demi sedikit.

Setiap kali dia memperolehi sebahagian perkara di atas, maka akan menguatlah ruhiyahnya dan semakin berkurang kerapuhannya hingga hilangnya tanda-tanda penyakit ruhiyah tadi.

Seterusnya dia memasuki tahap penyembuhan hingga dia benar-benar sembuh sepenuhnya. Ketika itulah dia akan merasakan nikmatnya nilai-nilai luhur tadi dan dia akan semakin melekat kuat kepadanya.

Orang yang rapuh ruhiyahnya bagaikan orang yang menderita sakit yang tidak mempunyai nafsu kepada makanan yang enak.

Namun, dengan berlalunya waktu dan mencuba memasukkan makanan sedikit demi sedikit, fizikalnya akan kembali kuat dan hilanglah tanda-tanda penyakit itu. Selepas itu, dia akan kembali sehat dan dapat menikmati makanan yang enak dengan penuh kerinduan dan gembira.

2. Menghadirkan potret akhirat dan segala yang berlaku ketika ini.

Ada orang yang berkeinginan untuk dapat kembali ke dunia bagi menghabiskan seluruh umurnya demi keselamatannya jika dibenarkan.

Hendaknya seorang aktivis dakwah merenung bahwa rumah akhirat pertama yang akan didudukinya adalah kubur.

Hendaklah dia :

  1. Membayangkannya dengan tajam.
  2. Memasang potret kubur yang gelap itu diingatannya.
  3. Mengenang tidurnya yang bersendirian di mana tidak ada penghibur kecuali amalnya.

Disebut dalam sebuah kitab bahwa dahulu ada seorang yang soleh menggali sebuah kubur di rumahnya. Setiap kali dia merasa kekerasan di hatinya, dia masuk ke dalam kubur tersebut seraya membaca firman Allah :

"Dia berkata, Ya Rabb kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah kutinggalkan." (QS Al Mu'minun : 99-100). Kemudian orang soleh itu berkata :

"Wahai jiwa, kini engkau telah kembali ke dunia, maka beramallah dengan amalan soleh."

3. Hendaklah setiap aktivis dakwah ingat bahwa kematian lebih dekat kepadanya dari tali kasutnya. Janganlah dia tertipu oleh :

  1. Masa mudanya.
  2. Kekuatannya.
  3. Kesegarannya.

Kematian tidak mengenal masa muda. Kekuatan dan kesihatan tidak mampu mencegah kehadirannya. Di antara hikmah dan rahmat Allah kepada kita bahwa Dia memperlihatkan kepada kita kematian yang merenggut nyawa seorang bayi, anak kecil, orang muda, orang tua dan juga orang sakit.

Oleh kerananya, setiap orang mesti ingat bahwa dia pasti mengalami kematian bila-bila masa sahaja agar sentiasa bertambah sikap berhati-hati dan bersiap sedia meninggalkan dunia.

Tahukah kita tentang kematian dan sakaratul maut yang menakutkan itu?

Ketika sakaratul maut tiba pada diri seseorang, syaitan menghimpun segala kekuatan, kelicikan dan fikirannya di mana dia berkata kepada dirinya :

"Jika orang ini lepas dari genggamanku, aku tidak akan mampu lagi mempengaruhinya."

Maka :

  1. Dipujuknya orang itu untuk kufur.
  2. Dihadapkan cinta kepadanya akan kemurtadan.
  3. Dihiasinya dunia di matanya sambil mengingatkan orang tersebut akan kenikmatan yang dia inginkan.

Semua ini dilakukan agar orang tersebut berpaling dari akhirat dan harapan bertemu Allah dan akhirnya orang itupun tidak ingin mengalami kematian dan matilah dia dalam kekufuran, Naudzubillah.

Diceritakan tentang seorang arif yang dikunjungi oleh para sahabatnya ketika sedang menderita sakit yang membawa kepada kematiannya.

Ketika itu mereka melihat orang arif tadi menangis. Maka dihiburkannya oleh mereka dengan mengingatkan bahwa seluruh perbuatannya baik dan rahmat Allah pasti tercurah untuknya.

Orang arif tersebut berkata :

"Aku menangisi imanku yang aku khuatirkan akan dirampas ketika sakaratul maut."

Cukuplah sebagai pelajaran bagi setiap aktivis pendakwah bahwa menghadirkan kematian dan tidak melupakannnya akan membuatnya sentiasa merasa asing hidup di dunia ini.

Dia akan dapat memahami dengan baik makna ungkapan Rasulullah saw :

"Jadilah engkau di dunia, seakan seorang asing atau (bahkan) pengembara. Dan golongkan dirimu dalam kelompok penduduk kubur." (HR Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Perasaan `terasing' tersebut mampu memberi kesan yang sangat unik di antaranya :

PERTAMA : Segala ujian serta cobaan yang dialami akan terasa ringan

KEDUA : Penderitaan akan terasa ringan, hati menjadi sabar, kebahagiaan yang tercela akan merenyuk dan dunia yang menipu menjadi jauh

KETIGA : Pandangan kita akan tertumpu ke tempat tinggal yang sebenarnya berupa rumah akhirat. Dia tidak akan merasa tenteram dengan kehidupan duniawi apalagi condong kepadanya.

Seorang asing menyedari bahwa menetapnya dia di negeri asing hanyalah sementara sedangkan hatinya sentiasa menoleh ke :

  1. Rumah yang tidak akan pernah binasa.
  2. Rumah yang dekat dengan Rabbnya di mana dia dapat melihatNya.

Apabila dia merenungi kenikmatan akhirat, maka dia pun akan terbuai dengan harapan dan cita-cita. Harapan yang benar tentunya mesti diiringi oleh usaha yang bersungguh-sungguh agar dapat sampai kepada yang dicita-citakan.

KEEMPAT : Memelihara dengan serius segala wasilah penyucian diri dan menyokongnya dengan kekuatan dan semangat.

Sesungguhnya :

  1. Ruhiyah boleh menjadi kotor dan memerlukan penyucian.
  2. Ruhiyah akan mengalami kelesuan maka mesti sentiasa diberi semangat.
  3. Ruhiyah juga mengalami sakit yang memerlukan pengubatan.
  4. Ruhiyah juga mengalami kelemahan yang perlu diberi kekuatan.

Semuanya itu boleh dilakukan melalui ibadah yang terus menerus dan ibadah yang paling utama adalah solat.

Maka bukanlah suatu yang berlebihan apabila Rasulullah saw mewasiatkan pentingnya solat kepada ummatnya ketika beliau akan menutup hayatnya.

Solat merupakan suatu ibadah yang menyenangkan dan dapat menyucikan ruh dari segala kotoran dan menghubungkan seorang hamba kepada Rabbnya.

Selain itu ada wasilah-wasilah lain seperti membaca al Qur'an sebelum subuh atau sesudahnya, membaca wirid ma'tsuraat, berziarah ke kubur sekali dalam seminggu dan lain-lain.

Mari kita pegang erat-erat peringatan-peringatan di atas kerana ia adalah sebahagian dari manhaj Islam dan jangan kita anggap ianya hanya sekadar tulisan untuk mengisi masa kosong, menyenangkan pemikiran atau menyegarkan jiwa sesaat sahaja dan setelah itu tidak ada gunanya lagi.

Ya Allah, kurniakanlah kekuatan ruhiyah dalam diri kami supaya kami dapat menghadapi segala ujian dan cobaanMu di dunia dengan penuh kesabaran dan mengharapkan kemenangan dariMu. Berilah kekuatan tekad kepada kami sehingga kami mampu memikul perjuangan dakwah ini, melaksanakannnya, bersikap jujur kepadaMu serta membuktikan apa yang dijanjikan oleh kami.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali

JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

---------------------------------------------------------------------------

Boleh ke website Rasmi IKRAM:
http://www.ikram.org.my

Add and LIKE Facebook IKRAM:
FB IKRAM

-----------------------------------------------------------------------------------------

Moga Membawa Perubahan dalam Jiwa-jiwa kita.

Tingkatkan Keimanan dan Ketaqwaan Mencapai Ruhiyah Sejati...

Akhi Mohd Azrin Al-Fateh


Qul Hazihi Sabili....

Salam Semua pembaca HB.... Sekadar perkongsian untuk kita bersama.... Insya Allah moga mendapat Ikhtibar dari Artikel Ini...


Tabiat Jalan Dakwah

Mari duduk bersama kami sesaat untuk memperbaharui iman. (“Ijlis binaa nu’min saa’ah”)

Itulah ungkapan Ibnu Mas’ud ra, seorang sahabat Rasulullah saw bahwa usaha untuk menguatkan maknawiyah dengan terus menjaga dan memperbaharui iman mesti terus dilakukan.

Dalam menjalani hidup ini, kita sering merasakan beratnya bebanan kehidupan seolah-olahnya terasa dunia itu begitu kejam kepada kita atau kadang-kadang terasa seperti kitalah manusia yang paling malang di dunia ini.

Namun ketika kita mendengar cerita-cerita dari orang lain di sekitar kita yang menghadapi masalah yang lebih berat tetapi mereka sabar, kita seperti dikuatkan dengan cerita mereka itu apalagi cerita tentang utusan-utusan Allah swt.

Allah swt berfirman :

“Sungguh pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur’an itu bukan cerita yang dibuat-buat tetapi membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang beriman“ (QS Yusuf : 111)

Tabiat jalan dakwah adalah perjuangan. Suka dan duka, ibarat dua sisi mata wang yang tidak pernah dapat dipisahkan.

Di sana bukan hanya terdapat kegembiraan dan kebahagiaan sahaja tetapi :

  1. Onak duri.
  2. Jalan yang penuh liku.
  3. Tentangan yang sentiasa menghalang.
  4. Keletihan.
  5. Kekeluan.
  6. Penderitaan.
  7. Duka nestapa.



Semua perkara di atas adalah hal-hal biasa yang sentiasa dihadapi oleh para pendakwah di jalan dakwah.

Sabar dan istiqamah adalah kata kunci yang menguatkan posisi pendakwah dalam menentukan keberlangsungan dan penerusan dakwah Islam.


APAKAH TABIAT JALAN DAKWAH?

Para ulama menyebutkan tabiat dakwah sebagai berikut :

  1. Jalannya panjang.
  2. Halangannya banyak.
  3. Pendokongnya sedikit.

Inilah hakikat dakwah di mana ianya adalah jalan yang penuh kemuliaan disisi Allah swt.

Maka oleh sebab itu dakwah tidak boleh dipikul dengan sikap bermudah-mudah oleh orang-orang yang malas.

Dakwah hanya boleh dipikul oleh orang-orang pilihan yang berkualiti.

Selain memiliki perasaan maknawi yang kukuh, ia juga mesti didukung dengan kefahaman yang benar dan utuh tentang dakwah samada menyangkut :

  1. Strategi.
  2. Keutamaan.
  3. Wasilah.
  4. Metod atau cara yang digunakan.

Dalam hubungan ini Allah swt berfirman :

“Sekiranya yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, namun tempat yang dituju itu terasa jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah ‘Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-sama kamu’. Mereka membinasakan diri mereka sendiri (disebabkan sumpah mereka yang palsu itu) dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang- orang yang berdusta“ (QS At Taubah : 42)

Dakwah mesti difahami sebagai aktiviti mulia di muka bumi.

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata ‘sungguh aku termasuk di antara orang-orang yang berserah diri.” (QS Fusshilat : 33)


Oleh kerana itu dakwah hendaklah dilakukan dengan :

  1. Kesedaran.
  2. Ilmu.
  3. Hikmah.
  4. Kefahaman.
  5. Pandangan yang luas.

Sejarah para Rasul telah memberi bekalan yang cukup untuk kita fahami bahwa perjalanan dakwah yang panjang dan berat akan terasa lebih menarik, dinamik dan mudah bila kita mengambil contoh daripada mereka.

Beberapa contoh yang boleh dipelajari antara lain :

1. Memberi keutamaan pembahasan kepada masalah Tauhid (Aqidah)

“Dan tidaklah kami mengutus sebelummu ( wahai Muhammad ) seorang Rasulpun melainkan kami wahyukan kepadanya bahwa sesungguhnya tiada Ilah yang (berhak disembah) melainkan aku, oleh kerana itu beribadahlah kepadaKu.” (QS Al-Anbiyaa’: 25)

2. Menggunakan adab yang baik seperti lemah lembut, juga tidak berharap perubahan objek dakwah terlalu cepat atau secara terus, tapi memberikan kesempatan kepada mereka untuk memikirkan dan menganalisa diri mereka sendiri.

Allah swt berfirman :

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, kerana dia benar-benar telah melampaui batas, maka bicaralah kamu berdua kepadanya ( Fir’aun ) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia sabar atau takut.” (QS Thaha : 43 – 44)

Allah perintahkan Musa as dan Harun as untuk menyeru Fir’aun dengan lemah lembut.

Jika dengan Fir’aun yang zalim dan sombong itupun para Rasul yang mulia disuruh oleh Allah untuk bersikap lemah lembut apalagi kepada orang yang tidak sezalim dan sesombong Fir’aun, sudah semestinya kita lebih bersikap lemah lembut. Selain itu kita jangan lupa berdoa kepada Allah dan mengenal kelemahan diri.

Dalam ayat lain Allah swt berfirman :

“Dia Musa berkata Ya Rabbku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskan kekeluan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu Harun saudaraku, teguhkanlah kekuatanku, dengan adanya dia ( Harun ) dan jadikanlah dia teman dalam urusanku.” (QS Thaha : 25 – 32)

"Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS An-Nahl : 125)

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu . Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." (QS Ali Imran : 159)

3. Memberi ketenangan dan kekuatan dalam berpegang teguh pada kebenaran.

Dalam sejarah para Rasul, kita melihat mereka di zalimi dengan berbagai cara oleh umatnya. Kezaliman ini mereka terima kerana sikap istiqamah mereka terhadap kebenaran.

Allah khabarkan perkara ini dengan dengan maksud yang jelas seperti dalam ayat berikut :

“Dan semua kisah Rasul-rasul kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) agar dengan kisah itu kami teguhkan hatimu (untuk menguatkan kamu) dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.” (QS Hud : 20)


CONTOH PERLAKSANAAN DAKWAH

Mari kita susuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang pengikut Imam Hasan Al Banna yang sentiasa menjalankan tugas dakwahnya tanpa apa-apa keluhan walau sedikitpun.

Dialah yang disebutkan oleh Imam Hasan Al Banna di dalam Risalah Muktamar Kelima sebagai berikut :

“Sedikit sekali orang yang tahu ketika salah seorang pendakwah Ikhwan keluar dari tempat kerjanya pada hari Khamis petang, tiba-tiba sudah berceramah di Al Minya pada waktu Isya’. Di hari Jumaat ia menyampaikan khutbah di Manfaluth, Jumaat petangnya pula berceramah di Asyut dan setelah Isya’pada hari itu ia sudah berdakwah di Suhaaj. Kemudian ia kembali pada kebiasaannya iaitu pagi-pagi buta di hari berikutnya ia sudah berada di tempat kerjanya di Kaherah mendahului pekerja-pekerja lain.

Empat pertemuan besar di berbagai kota yang berjauhan mampu dijangkau oleh seorang pendakwah Ikhwan dalam waktu tiga puluh (30) jam, lalu ia kembali ke rumahnya dengan jiwa yang tenang dan hati yang damai seraya memanjatkan pujian ke hadhrat Allah atas taufiq yang dianugerahkan kepadanya dan tidak ada yang mengetahui perkara itu kecuali mereka yang mendengarnya.”

Dalam kisah ini, kita lihat bagaimana beliau sentiasa berpindah dari satu kota ke kota yang lain untuk menunaikan amanah dakwah dan setelah beliau menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya, ia merupakan orang yang pertama sekali tiba ke tempat kerjanya malah, ia yang membukakan pintu pagarnya.

Suatu ketika ia pernah mengalami keletihan hingga tertidur di atas sofa di rumah Zainab Al-Ghazali semasa beliau diutus untuk berbincang dengannya.

Melihat keadaan tubuhnya yang keletihan dan kepenatan itu, tuan rumah membiarkan tetamunya tertidur sampai ia terjaga.

Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail meminta izin untuk bergegas ke kota lain pula. Disebabkan keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali menghulurkan wang untuk beliau naik teksi.

Abdul Fattah Abu Ismail mengembalikan wang tersebut sambil mengatakan :

“Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.”

Zainab pun menjawab,

“Saya sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta-kereta mewah, tapi saya tetap dapat memikul dakwah ini dan saya pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Oleh itu, gunakanlah wang ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirehat sejenak.”

Ia pun menjawab,

“Berbahagialah ibu. Ibu telah berjaya menghadapi ujian Allah swt berupa kenikmatan-kenikmatan itu, namun, saya khuatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih di atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kenderaan awam sahaja.”

Itulah contoh orang yang telah membuktikan kesetiaannya kepada dakwah lantaran keyakinannya terhadap janji-janji Allah swt. Janji yang tidak akan pernah dimungkiri sedikit pun. Allah swt telah banyak memberikan janjiNya kepada orang-orang yang beriman yang setia pada jalan dakwah berupa berbagai anugerahNya sebagaimana yang terdapat dalam Al-Qur’an :

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (QS Al-Anfal : 29)

Dengan janji Allah swt tersebut, orang-orang beriman tetap bertahan mengharungi jalan dakwah ini kerana mereka pun tahu bahwa perjuangan yang berat itu sebagai kunci untuk mendapatkannya.

Semakin berat perjuangan ini semakin besar janji yang diberikan Allah swt kepadanya. Kesetiaan yang bersemayam dalam diri mereka itulah yang membuat mereka tidak akan pernah menyalahi janjiNya dan mereka pun tidak mahu merubah janji kepadaNya.

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya).” (QS Al Ahzab : 23)

Pernah berlaku kepada seorang pejuang Palestin yang telah bertahun-tahun meninggalkan kampung halaman dan keluarganya untuk mendapatkan sokongan dunia dan dana dalam satu wawancara beliau ditanya:

“Apa yang membuatkan anda dapat bertahan meninggalkan keluarga dan kampung halaman dalam waktu yang cukup lama?”

Jawabnya,

“Kerana perjuangan dan jika bukan kerana dakwah dan perjuangan, kamipun mungkin tidak akan dapat bertahan lama.”

Dengan perjuangan itulah kemuliaan hidup mereka lebih bererti untuk masa depan bangsa dan tanah airnya.

Aktivis dakwah sangat menyakini bahwa kesabaran yang ada pada dirinyalah yang membuatkan mereka tabah menghadapi berbagai rintangan dakwah.

Jika dibandingkan apa yang kita lakukan serta yang kita dapatkan sebagai risiko perjuangan di hari ini dengan keadaan orang-orang terdahulu dalam perjalanan dakwah ini, belumlah dikira seberapa.

Pengorbanan kita di hari ini masih sekadar :

1. Pengorbanan waktu untuk dakwah.

2. Pengorbanan tenaga dalam amal kebaikan untuk kepentingan dakwah.

3. Pengorbanan sebahagian kecil dari harta kita yang banyak.


Namun cuba kita lihat pengorbanan orang-orang yang terdahulu, ada yang :

1. Dicakar dengan sikat besi.

2. Digergaji tubuhnya.

3. Diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah, lalu kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencangnya hingga robeklah badan orang itu.

4. Dibakar dengan tungku api yang berisi minyak panas.


Mereka dapat menerima risiko kerana kesabaran yang ada pada diri mereka.

Kesabaran adalah kenderaan pertahanan orang-orang yang beriman dalam meniti perjalanan ini. Bekalan kesabaran mereka tidak pernah berkurang sedikit pun kerana keikhlasan dan kesetiaan mereka kepada Allah swt.

“Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. (QS Ali Imran : 146)

Bila kita memandang kehidupan generasi pilihan, kita akan menemui kisah-kisah agung yang telah menyuburkan dakwah ini.

Muncullah satu pertanyaan besar yang seharusnya kita tujukan pada diri kita ketika ini iaitu :

Apakah kita dapat menyemai dakwah ini menjadi subur dengan perjuangan yang kita lakukan sekarang ini ataukah kita akan menjadi generasi yang hilang dalam sejarah dakwah ini?

Marilah kita benar-benar insafi bahwa dakwah ini tidak akan mampu dipikul oleh orang-orang yang manja dan yang mempunyai sikap bermudah-mudah kerana sebenarnya hanya perjuangan gigih tanpa mengenal penat lelah seseorang aktivis dakwah merupakan kenderaan yang akan menghantarkan kepada kejayaan.

Semoga pelajaran di atas menjadi catatan kita, para pendakwah dan bagi jiwa-jiwa yang bergelut dalam bidang dakwah serta memohon semoga Allah menghimpunkan kita dalam kebaikan.



Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan cobaan yang muncul dalam perjuangan dakwah ini kerana sesungguhnya ia adalah tabiat asasi jalan ini. Limpahkanlah kesabaran yang tinggi kepada kami sehingga kami tetap berada dan berjalan di atas jalan ini samada kami gugur syahid di atasnya atau mendapat kurniaan kemenangan ke atas musuh-musuhMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen



Sumber dipetik daripada:

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali

JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

---------------------------------------------------------------------------

Boleh ke website Rasmi IKRAM:
http://www.ikram.org.my

Add and LIKE Facebook IKRAM:
FB IKRAM

-----------------------------------------------------------------------------------------

Moga mendapat Ikhtibar yang banyak melalui Artikel ini...Henshin!!!

Akh Azrin Al-Fateh

[20.10.10] 3rd Anniversary



Allhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah atas Anugerah Cinta dan Sayang kepada setiap makhluk dan Insan yang diciptaNya...

Hari ini adalah hari yang teristimewa kepada pasangan Admin Halaqah Borneo[HB], ia adalah hari Ulang Tahun perkahwinan ke-3... Moga Akhi Azrin Al-Fateh dan Ukhti Aishah Ababeel, menjadi pasangan Baitul Muslim yang mampu melaksanakan amal dakwah dan membina generasi Musleh... Amin

Sungguh pantas masa berlalu, sehingga tidak terasa ia merentasi usia kehidupan kita di bumi Allah. Dalam perjalanan mencari Redha Allah ini, kami memohon agar Allah sentiasa memberikan kami dan anda semua petunjuk dan HidayahNya dalam mengharungi onak dan cabaran kehidupan dunia yang sementara ini. Moga Allah menetapkan hati kita untuk sentiasa berada di JalanNya... Amin..


" Perkahwinan itu sebenarnya memang banyak mengajar Kita, Saling mengenali setiap perbezaan yang ada... Alangkah indahnya BerCINTA selepas BerNIKAH"
So.... Jangan COUPLE sebelum NIKAH...ehehe....


"Gambar Memori 10.10.10 "

Salam Semua Pembaca Halaqah Borneo...... Sekadar mengenang kembali peristiwa indah kami....


Akhi Shazwan berdebar untuk Akad Nikah



Alhamdulillah.... SAH!!!!



Bersama Torriq dari Palestin, Semasa Majlis Akad Nikah



Wira-wira Futsal Kami.... Allahu Akbar!!!



Tunggu turn nak main futsal.... Ta'aruf...



Adik-adik 10IQ ana...... hehe



Muhasabah selepas bermain.....



Istiqfar dan Doa Rabitah... ana dijemput nyanyi...ehe..


Azrin Al-Fateh...
Selangor Malaysia

"MTN 2010"

Salam ukhuwah kepada semua pembaca Blog HB.... Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menukilkan seseuatu yang indah dan teristimewa dalam entry kali ini.. Insya Allah... sedikit perkongsian dan gambar2 kenangan yang sempat dirakamkan untuk menjadi saksi di hadapan Allah nanti... Insya Allah.

Muktamar Tarbawi Nasional (MTN) 2010
Tema: "Nuqaba' Berwibawa; Teras Kecemerlangan IKRAM"



Alhamdulillah~~~



Bro Al-Fateh berkesempatan bergambar bersama Sheikh Mohd Hamed dan Presiden IKRAM Dr Mohd Parid


Petua dan Pemuda yang bersemangat....

"Al-Hikmati Syuyukh, wa Hamasatis Syabab..."
"dengan Hikmah orang2 lama dan semangat orang2 pemuda, perlu di sinergikan agar IKRAM lebih kehadapan... Jangan tidak taat pada Qiayadah, jika mereka kurang Ilmu, anda yang berilmu, sila tambahkan....."



Ketika Sesi Ceramah Sheikh Mohd Hamed

Ingat, At-Tarbiyyah!, At-Tarbiyyah!!, At-Tarbiyyah
Tiada yang pekara lain utk dibuat sebagai alasan... tak de masa, banyak tugas pejabat, assignment byk, keluarga sibuk, jadi susah nak tarbiyyah.... tidak!!! tiada Alasan utk kita tak Tarbiyah!!!



Melalui skrin besar

"At-Tarbiyyah wa Takwin, Toriquna lil Tamkin"
"Tarbiyyah yang paling penting adalah utk diri sendiri.. kerana dengan tertabiyyah diri sendiri pasti Nilai Murni akan terbentuk dan anda juga akan mentarbiyyah orang lain.... Jangan sibuk buat tarbiyyah orang lain, tapi diri sendiri tak tertabiyyah maka ia bukan Fitrah..."

"Rabaniyyah, Tawazzun, Harakiah wa Muayasyah...."
adalah antara elemen terpenting untuk seorang MURABBI/NAQIB kepada MUTARABBInya... jangan ada yang tertinggal...

Ayuh perbaiki diri kita sebagai Murabbi untuk menghasilkan HALAQAH/USRAH yang Muntijah... Muhasabbah dan terus bergerak!!!


Diantara laporan MTN:

Dari Presiden IKRAM

Dari JK Tarbiyah Ust Tajul

Hampir 2,000 ahli IKRAM


Boleh juga lihat Laporan di website Rasmi IKRAM:
http://www.ikram.org.my

Add and LIKE Facebook IKRAM:
FB IKRAM



oleh; Azrin Al-Fateh....
Darul Ehsan.....

Kesaksian Mereka [YAMAN]


Doaku Buat mereka ini... Moga Suksess!!!


Salam kepada semua pembaca HB., Moga kalian berada dibawah naungan dan rahmat Allah yang maha pengasih lagi maha memiliki kerajaanNya... Insya Allah moga keredhaanNya bersama dengan pencintaNya... Amin..

Kesaksian Mereka....

Ana diberikan peluang untuk bersama2 dengan mereka sebelum mereka berangkat untuk menimba ilmu Agama di bumi Arab., Yaman.. Moga kesaksian mereka sebelum pergi menjadi motivasi pada diri mereka mahupun pada diri ana. Harini sudah genap dua hari mereka berada di Yaman, dengan ditemankan seorang Mudir mahupun Murabbi yang gigih....


Yaman=Yemen...

Kesaksian mereka akan menjadi saksi bahawa kita telah bersama2 utk menanam janji bersama.. akan ana nanti beberapa tahun akan datang di bumi Borneo... Bersama-sama kita membaja buah janji kita bersama.. Insya Allah..

Akhi2 sekalian ketahuilah sesungguhnya ana sangat gembira dan bersyukur kerana dipertemukan dengan orang2 Borneo yang terpilih ini (termasuk seorang akhi dari ganu) utk berkongsi kata2 semangat bersama mereka...

Ana sempat berkongsi tentang Daurus Syabab, Peranan Pemuda, Semoga darah pemuda yang mengalir dalam diri mereka akan terus berkobar2 untuk meraih sebanyak ilmu, bertalaqi dengan syeikh kabir serta mengutip buah2 hikmah disana.

Kesaksian Mereka....

Insya Allah ana doakan antum berjaya disana dengan Jayid Jiddan, menjadi seorang Muslim Daie (MD), dan menterjemahkan ijazah Agama dlm setiap amal2 antum nanti...


Bersama Mereka dan Akhi S. Arjuna



Akhi Azrin Al-Fateh

Nun diatas sana.....

Ketika bintang tidak kelihatan, hanya awan mendung menyelebungi...

Syakhsiyah Daiyah [France]

Salam akhi wa ukhti... serta semua pembaca Halaqah Borneo... Sedikit kenangan bersama2 dengan brothers and sister from FRANCE... :)




Asif jiddan lama tak update dan juga afwan kepada bro and sis FRANCE sebab lewat upload Slide pengisian ana tentang Syakhsiyah Daiyah.. Mengapa perlu ada peribadi daie selepas ada peribadie muslim... adakah ia perlu dan bagaimankah????Insya Allah.. ana dah letak diruangan Jom KITA Download di sebelah kanan blog ana.. Silakan untuk antum download ya... Harapnye antum semua dapat memahami dan mengamalkan apa yang telah disampaikan... jika tak faham dan ada musykillah, silakan bertanya.....


Juga boleh download bahan Syakhsiyah Daiyah dan Bahan Tarbiyyah Kita disini :-
Jom KITA Download



Moga dengan peribadi Daie yang kita miliki,
mampu mengubah dunia,
menjadikan Islam sebagai Uziyatul Alam,
sebagai the New World Order yang Rahmatalil Alamin...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kenangan bersama Brothers France somewhere in KL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekian afwan atas kelewatan..
Selangor 2010...
Nun di atas angin...

Kembalinya Seorang Murabbi

Ucapan Takziah di Atas Pemergian Ustaz Dahlan Mohd Zain



Ust Dahlan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin merakamkan ucapan takziah kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) di atas pemergian Ustaz Dahlan Mohd Zain. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada hari Sabtu, 18 September 2010.

Ustaz Dahlan Pengasas HALUAN

Allahyarham merupakan seorang murabbi dekad ini yang telah banyak berbakti kepada pembentukan rijal-rijal dakwah dan pembangunan ummah islamiah. Semoga roh Allahyarham ditempat bersama para solihin da muqarrabin. Amin ya Rabbal A'lamin


Takziah daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia

Sumber dipetik dari: http://www.ikram.org.my/v1/


p/s: Maaf ana lambat posting... Sebab baru je kembali aktif blogging... Takziah buat salah seorang Murabbi Hebat dan di Malaysia... Semalam genap 10 hari pemergian ustaz Dahlan, Moga Roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang2 sholleh... Amin

p/s/s: Walaupun ana tidak berkesempatan berjumpa dengan Allahyarham Ust Dahlan, tapi ana sempat juga mengenali anak2 usrah Haluan... Dan Alhamdulillah anak2 didik Haluan sangat baik dan berakhlak mulia... Begitulah hebatnya seorang Murabbi melahirkan Mutarabbi yang hebat juga.... Allahu Akbar!!!

Selamat Hari Raya 2010

Salam kepada Semua Pembaca HB... Maaf lama tak Update.. Rasanya nye belum terlambat lagi kan.. walaupun puasa sunat syawal dah ada yang laksanakan. Kami tetap nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua muslimin dan muslimat, ikhwah dan akhwat yang mengenali kami.. Moga Aidilfitri menambahkan rasa Ukhuwah Islamiyah kita, jika dulu ada tersalah, sedikit tergugat dan terasa hati.. Kami mohon maaf, dan kami juga telah memaafkan kalian...








Dari Mohd Azrin Al-Fateh dan Aishah Ababeel

"Rindu kami buat antum semua....
Ampun dan maaf dipohon sentiasa....
Moga ukhwah terjalin bersama....
Kerana Islam adalah bersaudara..."

Ahdafut Tarbiyyah

Salam akhi wa ukhti... serta semua pembaca Halaqah Borneo......




Asif jiddan lama tak update dan juga afwan kepada bro and sis USIM sebab lama tak upload Slide pengisian ana tentang Ahdafut Tarbiyyah.. Tujuan Kita di Tarbiyyah adalah kenapa??? Insya Allah.. ana dah letak diruangan Jom KITA Download di sebelah kanan blog ana.. Silakan untuk antum download ya... Harapnye antum semua dapat memahami dan mengamalkan apa yang telah disampaikan... jika tak faham dan ada musykillah, silakan bertanya.....


Juga boleh download bahan Ahdafut Tarbiyyah dan Bahan Tarbiyyah Kita disini :-
Jom KITA Download



Moga dalam University Tarbiyyah kita faham dan tahu tujuan kenapa kita ditarbiyyah,
Untuk apa di tarbiyyah dan kenapa perlu tarbiyyah


Sekian afwan atas kelewatan..
Selangor 2010...
Nun di atas angin...

Salam Ramadhan Mubarak : اهلا وسهلا يا رمضان




Salam akhi wa Ukhti... disini kami warga 'HB' ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.... Moga puasa kali ini lebih bermakna dari yang lepas dan anggaplah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terkahir buat kita.......


Kami warga 'HB' (Bro Al-Fateh dan Sis Ababeel) juga ingin memohon ampun dan maaf sempena bulan Ramadhan tahun ini... Kami memohon maaf jika kami ada tersalah silap dari entry, kata2 dan juga perbuatan kami... Moga kita dapat berpuasa dengan lebih baik dan sempurna... Moga kita dapat jadikan Bulan Ramadhan ini sebagai bulan Pesta Ibadah buat kita..... Buatlah dari dan Checklist untuk Ramadhan kali ini.... Moga lebih bermakna.... Amin



Dan moga bulan Ramadhan kali ini dapat memperbaiki ukhuwah kita yang selama ini dibina... mendengar sudutan tazkirah zohor mengenai Fiqh Sirah Nabi di Radio IKIM, ana tertarik dengan kata2 ustaz... " Rasulullah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar adalah atas dasar Aqidah dan bukan atas dasar yang lain2..." Moga kita berukhuwah atas dasar Aqidah dan bukan atas dasar yang lain2... Moga kita akan menuju kesatuan Umat nanti.... Inilah kata2 ustaz dalam Radio IKIM tu...

Moga Ramadhan kali ini dapat membersihkan dosa2 kita dan memperbaiki kesatuan Umat ini... dan kejayaan Islam pasti Menanti di hadapan... Amin...





Sedikit Perutusan Ramadhan dari IKRAM

بسم الله الرحمن الرحيم ...... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agamaNya , melengkapkan nikmatNya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah ………..Amin!

Semoga seluruh warga Pertubuhan IKRAM Malaysia, anggota keluarga mereka , seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera, sentiasa mentaati Allah s.w.t , memajukan diri serta memperkembangkannya hari demi hari supaya menjadi lebih baik dengan perjalanan masa, mampu menambah bakti kepada agama yang kita imani dan Ummah yang kita sayangi

Beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, bulan yang dipenuhi keberkatan, semulia-mulia bulan. Di dalamnya diperturunkan al-Quran, dimenangkan Ummah menerusi peperangan Badr al-kubra, al-Yarmuk, al-Qadisiah, al-Hattin dan lain-lain lagi. Ia mengandungi sebaik-baik malam , yaitu malam lailatul qadar, yang lebih baik dari seribu bulan.

Ia bulan yang membuka ruang kepada semua Umat Islam untuk mempergandakan amal-amal soleh, ketaatan kepada Allah, yang akan mempergandakan pahala balasan amalan-amalan yang wajib sebanyak tujuh puluh kali ganda dan amal-amal sunat kepada pahala balasan amal-amal yang fardhu dan wajib. Satu gandaan yang amat luar biasa yang dibawa atau yang terkandung bersama-sama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan

Sepanjang bulan Ramadhan masyarakat Islam dituntut melaksanakan ibadah puasa , membayar zakat fitrah, mereka keluar beramai-ramai melaksanakan sembahayang fardhu dan sunat tarawikh secara berjamaah di masjid-masjid dan surau-surau, memakmurkan rumah-rumah Allah s.w.t dan bulan Ramadhan dengan kegiatan-kegiatan membaca al-Quraan, i’tikaf sepanjang sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, menghidupkan malam-malamnya dengan sembahyang-sembahyang sunat tahajud, witir dan seumpamanya, mengingati Allah s.w.t dengan memperbanyakkan tasbih ,tahmid, istighfar, taubah, berdoa dengan doa-doa yang ma’athur , munajat, merenung kandungan kitabnya dan keajaiban alam semesta, mendalami sirah RasulNya dan memahami perutusan-perutusan dari sunnah-sunnah baginda, sejarah umat manusia, para-para Nabi dan Rasul dan pengikut-pengikut mereka, nasib kaum-kaum yang ingkar kepada perintah Allah, alam akhirat, kematian dan untung nasib.....lanjutan disini





Azrin Al-Fateh
Serdang~Selangor