Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Showing posts with label Artikel Akademik. Show all posts

Apa itu Ikhtilat??? [C&P]

Apa itu Ikhtilat???.. Sambungan bahan pengisian dari entry yang lepas utk adik2 lepasan SPM SMKA Maahad Hamidiah Semalam pagi.. :) semoga bermanfaat untuk semua...

Bahasa
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan / menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.





Istilah Syariat
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah : Percampuran wanita dengan lelaki ialah perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di suatu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?
Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal? Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut : Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaannya?
Jawapannya ialah : Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesame lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

Percampuran yang diharuskan
Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan menyebut dalam kitabnya ‘al-mufassal fi al-ahkam al-mar’ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.

Pertama : Harus kerana terpaksa (dhorurah).
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya : Berkata ahli mazhab Shafei : Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadaan seperti dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua : Harus kerana keperluan (hajat).
Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

3. Ikhtilat kerana menjadi saksi.
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes-kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhit surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

4. Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik as-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

5. Ikhtilat kerana melayan tetamu.
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada meriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani
Rasulullah (s.a.w.) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda (s.a.w.).

6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah (s.a.w.) dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama baginda. Ini bererti bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.
7. Ikhtilat dalam kenderaan awam.
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meskipun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi , dia mungkin duduk atau berdiri di tepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.

8. Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad.
Antara contoh pergaulan semasa jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana masalah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada ar-Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama Nabi (s.a.w.) merawat pesakit, memberi minum dan dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.
Antara suasana yang diharuskan ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama Baginda ialah Bilal.

10. Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.
Tersebut dalam kitab Muwatta persoalan : Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selagi terpelihara adab-adab Islamiah.





Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan perempuan
Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namunIslam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli-belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama Islam kita. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang kecelakaan.

1. Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan

a. Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah : Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

b. Menundukkan pandangan
Dalam surah an-Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.

c. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dulu.-Ibnu Syiahab az-Zuhri.

d. Tidak berkhalwat (berdu-duaan)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda : Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita yang bukan mahramnya.

e. Menghindari tempat shubhat
Sabda Rasulullah (s.a.w.) : Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu… (Riwayat Bukhari)

2. Adab khas untuk wanita

a. Iltizam dengan pakaian Islam
Firman Allah : Wahai nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi : Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabarruj.

b. Serius dalam ucapan. Tidak mengada-ngada atau bermanja-manja dalam percakapan.
Firman Allah : Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.

c. Menjaga pergerakan
Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah : Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.

Dipetik dari: Risalah Salam Fakulti Kejuruteraan, UPM Vol 3, 2009

Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan [C&P]

PENDAHULUAN

Allah s.w.t mencipta manusia lelaki dan perempuan. Ia juga mencipta Syariat untuk mereka. Dalam Syariat Islam ada sesetengah hukum atau peraturan berbeza di antara lelaki dan perempuan dan ada yang tidak berbeza. Dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing kadangkala berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi dalam masyarakat kini. Penulisan ini cuba melihat sejauhmana batas-batas pergaulan yang dilarang dan dibolehkan dalam Syariat Islam.

PENGERTIAN PERGAULAN

Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan” yang bererti bercampur.[1]

Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.



HUKUM PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiada nas sarih mengenai kes ini. Pengharamannya hanya diasaskan kepada hukum lain ynag pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah; larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita dan hukum solat jumaat bagi wanita.

1. Larangan Berkhalwat dan Musafir tanpa mahram

Perempuan dilarang bermusafir bersendirian tanpa mahram dan dilarang berkhalwat dengan lelaki ajnabi (sah kawin dengannya).

Kedua-dua larangan ini didasarkan kepada hadis-hadis berikut:

i. Maksudnya: “Perempuan tidak harus musafir kecuali ada bersamanya mahram dan lelaki tidak harus masuk (dalam rumah) perempuan kecuali ada bersamanya mahram.”[2]

ii. Maksudnya: “Lelaki tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersamanya mahram dan tidak harus musafir kecuali bersamanya mahram.”[3]

Hadis pertama melarang lelaki ajnabi berkhalwat dengan wanita di dalam bilik atau rumah. Hadis kedua pula melarang wanita keluar mengerjakan haji tanpa mahram. Kedua-dua hadis ini telah dijadikan oleh para fuqaha’[4] sebagai dalil pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan; kerana kedua-duanya mengandungi unsur pergaulan.

Walau apapun, satu kesimpulan dapat dibuat iaitu pergaulan perempuan dengan lelaki bukan mahram adalah diharamkan. Namun, pengharaman ini bukanlah didasarkan kepada suatu nas Syarak yang sarih kerana tiada nas Syarak yang dengan jelas menyatakan demikian. Pengharaman ini hanyalah didasarkan kepada pengharaman khalwat yang terdapat dalam hadis pertama di samping larangan bergaul yang boleh difahami dari larangan ke atas wanita mengerjakan haji tanpa mahram. Dengan kata lain, oleh kerana khalwat antara wanita dan lelaki bukan mahram diharamkan maka pergaulan antara wanita dan lelaki bukan mahram juga adalah haram. Begitu juga, oleh kerana perempuan dilarang mengerjakan haji tanpa mahram kerana perbuatan itu mendedahkannya kepada pergaulan dengan lelaki maka semua bentuk pergaulan wanita dengan lelaki bukan mahram adalah haram.

Begitu juga hukum sebaliknya, iaitu oleh kerana wanita tidak haram berkhalwat dengan lelaki mahram kerana darurat,[5] maka juga tidak haram bergaul dengan lelaki mahram atas alasan darurat. Jelas di sini, hukum boleh dengan tidak boleh wanita bergaul dengan lelaki mahram adakah sinonim dengan hukum boleh dan tidak boleh dia berkhalwat dengan lelaki mahram, begitu juga boleh dan tidak boleh beliau musafir tanpa mahram.

2. Hukum Perempuan solat Jemaah di Masjid

Rujukan kedua bagi pengharaman pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi ialah keizinan bagi wanita melakukan solat jemaah di masjid. Solat jemaah di masjid digalakkan bagi kaum lelaki, tidak bagi kaum wanita. Malah sebaliknya solat wanita di rumahnya adalah lebih afdhal bagi mereka.[6]

Keizinan bagi wanita solat berjemaah di masjid tidak mutlak. Ia diikat dengan berbagai syarat; keizinan suami atau wali,[7] tidak memakai bau-bauan tidak berhias[8] dan tidak bercampur gaul dengan lelaki semasa solat jemaah di dalam masjid.[9] Syarak menentukan saf bagi wanita dalam solat jemaah mestilah di belakang saf lelaki. Penentuan ini sabit melalui nas hadis seperti yang dinyatakan oleh Abdullah bin `Abbas yang beliau mendirikan solat di sebelah Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a mendirikan solat bersama di belakang mereka. Beliau berdiri di sebelah kanan Rasulullah s.a.w. Mereka menunaikan solat bersama.[10]

Pensyaratan-pensyaratan yang dikenakan dalam kes wanita solat berjemaah dengan lelaki ini menunjukkan bahawa pergaulan antara lelaki dan wanita adalah haram. Lebih-lebih lagi jika dihalusi persoalan kedudukan saf bagi wanita; di belakang saf lelaki. Ertinya wanita tidak boleh berada dalam satu saf dengan lelaki. Kalau dalam solat yang suasananya penuh taqwa, jauh dari fitnah pun wanita tidak dibenarkan bergaul dalam satu saf dengan lelaki apatah lagi dalam situasi lain yang jauh lebih tidak taqwa dan lebih terdedah kepada fitnah, sudah tentu tegahan bergaul dalam keadaan itu lebih ditegah. Kesimpulannya, pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan adalah dirujukkan kepada nas yang melarang wanita bergaul dalam satu saf sewaktu melakukan solat jemaah bersama lelaki di samping pensyaratan-pensyaratan lain. Ini bererti kebolehan berlaku pergaulan dengan wanita dan lelaki ajnabi adalah bergantung kepada pensyaratan boleh berlakunya solat jemaah wanita bersama lelaki. Dengan kata lain pergaulan wanita dan lelaki ajnabi bukan boleh secara mutlak, tetapi boleh dengan syarat-syarat yang ditentukan.

3. Hukum Wanita Turut Serta Dalam Perang Jihad

Rujukan ketiga bagi pergaulan wanita denga lelaki ajnabi ialah hukum wanita turut serta dalam perang jihad. Menurut hukum asal, wanita tidak wajib turut serta dalam perang jihad. Aisyah r.a pernah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk turut serta berjihad, tetapi Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa jihad bagi wanita adalah mengerjan haji.[11]

Dalam menghuraikan hadis ini, Ibn al-Battal menyatakan bahawa wanita tidak wajib berjihad di medan perang kerana mereka diwajibkan berhijab dan tidak boleh bergaul dengan lelaki.[12]

Jelas dilihat bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengizinkan Aisyah turut serta dalam perang jihad adalah kerana mereka ditegah bergaul dengan lelaki. Ertinya, kalau dalam keadaan perang jihad mempertahankan Islam, satu keadaan yang sangat kritikal kepada orang Islam dan agama Islam sendiri wanita tidak diizinkan bergaul, maka dalam kes-kes lain yang tidak mendesak adalah lebih tidak dibenarkan.

4. Wanita Tidak Wajib Solat Jumaat

Fuqaha’ sepakat mengatakan bahawa wanita tidak wajib menunaikan solat jumaat.[13] Mazhab Hanafi berpendapat sebab wanita tidak wajib solat jumaat ialah kerana wanita sibuk dengan urusan rumah tangga di samping mereka ditegah keluar bersama kaum lelaki dlam keadaan yang boleh membawa fitnah.[14] Alasan ini membawa erti bahawa hukum pergaulan antara wnaita dan lelaki ajnabi adalah haram.

Di awal perbincangan telah dinyatakan, tiada nas sarih yang secara langsung mengharamkan pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi. Namun demikian, dalam konteks ini kaedah al-Asl fi al-Asyia’ al-Ibahah, tidak dapat digunakan untuk menyatakan bahawa hukum asal pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi adalah harus, kerana nas-nas yang dikemukakan di atas secara tidak langsung telah mengandungi unsur-unsur larangan dari pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi. Oleh itu, keharusan yang mutlak dalam kes ini sudah tidak ada lagi.


BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG DIBOLEHKAN

Perbincangan di atas telah menjelaskan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah dilarang. Namun demikian, dalam keadaan atau situasi tertentu hukum tersebut berubah menjadi harus. Keadaan dan situasi yang dimaksudkan ialah darurah, hajat (keperluan), maslahat Syar’ie dan kebiasaan adat setempat.

1. Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Darurat

Dalam syarah Sahih Muslim, al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa tidak ada perbezaan hokum berkhalwat antara perempan dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat, kecuali dalam keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam satu perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi daripada bahaya.[15]

Penjelasan al-Nawawi menyakinkan bahwa pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat, atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum uni adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.

2. Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Keperluan

Pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi kerana hajat (keperluan) Syar’ie adalah dibolehkan. Antara keperluan-keperluan Syar’ie ialah:

a. Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk mengurus muamalah maliyah (urusan harta)

Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan-tujuan seperti jualbeli dan aktiviti transaksi lain dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlaku interaksi di antara dua pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa muamalah maliyah (urusan harta) dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa.[16]

b. Pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa bekerja

Semasa melaksanakan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat-syarat kedua-dua pihak menjaga batas-batas Syarak seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan tidak berkhalwat. Khalifah `Umar al-Khattab pernah melantik al-Syafi, seorang perempuan sebagai pegawai penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya tidak berlaku penyelewengan.[17] Tabiat penguatkuasa di pasar menuntut pegawai tebabit bergaul dengan peniaga dan pembeli di pasar, lelaki dan perempuan. Perlantikan perempuan bekerja sebgai penguatkuasa menunjukkan pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak dibolehkan pasti khalifah `Umar tidak melantik perempuan bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat kerja tersebut menuntut berlakunya pergaulan.

c. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi

Perempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang ditentukan oleh Syarak bahawa perempuan dibolehkan menjadi saksi seperti perempuan harus menjadi saksi dalam kes-kes harta dan hak-haknya.[18]

d. Pergaulan di antara lelaki dna perempuan dalam kenderaan awam

Pergaulan di antara dalam kenderaan dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada Syarak bahawa perempuan keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak Syar’ie seperti berfoya-foya. Ia mestilah bertujuan Syar’ie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya.

Di samping syarat-syarat di atas, batas-batas Syarak dalam pergaulan lelaki dan perempuan perlulah dijaga. Pakaian mestilah menutup aurat, pandangan ditundukkan dan percakapan berlaku secara biasa dan normal.

3. Pergaulan Mengikut Kebiasaan Adat Dalam Majlis-majlis

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam majlis seperti kenduri kendara kerana semperna sesuatu dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas-batas Syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak dibolehkan. Walau bagaimanapun, pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan semasa makan dan lainnya dalam majlis-majlis ini adalah lebih baik. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah).

4. Pergaulan Di Antara Lelaki Perempuan Semasa Belajar

Dalam persoalan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar, sebenarnya tidak ada hadis yang secara langsung menyentuh persoalan ini, apakah ia dilarang atau dibolehkan. Bagaimanapun, ada sesetengah ulama’[19] berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul semasa belajar.Mereka berhujah dengan hadis Sa’id al-Khudri yang meriwayatkan:

Maksudnya: “Perempuan berkata kepada Nabi s.a.w.: Golongan lelaki mengatasi kami ke atas kamu (orang lelaki sentiasa bersamamu setiap hari mendengar hal-hal agama). Tentukan bagi kami satu hari bersamamu (untuk mendengar dan belajar) lalu baginda menentukan satu hari untuk bertemu(mengajar) golongan perempuan, maka baginda menasihati dan mengajar mereka. Di antara nasihat baginda kepada mereka: “Sesiapa di antara kaum golongan perempuan yang menyerahkan tiga anaknya (untuk perang jihad dan anak itu mati syahid) pasti anak-anak itu menjadi penghalangnya dari apai neraka. Seorang perempuan berkata kalau dua orang? Baginda bersabda: “walau dua orang”.

Bagi mereka hadis ini menunjukkan bahawa perempuan hendaklah diasingkan tempat belajar daripada lelaki. Sekiranya pergaulan di antara lelaki dan perempuan dibolehkan, pasti perempuan pada masa itu tidak meminta Nabi s.a.w.menentukan hari khusus bagi mereka untuk mempelajari ilmu. Begitu juga kalau pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dibolehkan, pasti Nabi s.a.w tidak mengkhususkan hari bagi perempuan.

Bagaimanapun, setelah hadis ini diteliti, didapati ia tidak jelas menunjukkan lelaki tidak boleh bercampur dengan perempuan semasa belajar. Buktinya, ungkapan “ghalabana ‘alaika al-rijal” (lelaki mengatasi kami ke atasmu). Maksudnya, secara tab’ie kaum lelaki setiap hari bersama Rasulullah s.a.w atas tabiat dan fungsi mereka sebagai lelaki. Oleh itu, mereka dapat mendengar dan mempelajari perkara-perkara berkaitan agama sedangkan perempuan tidak mampu berbuat demikian atas sifat dan fungsi mereka sebagai wanita. Oleh itu, perempuan meminta Rasulullah s.a.w menentukan hari khusus bagi mereka mempelajari agama. Ertinya, permohonan dibuat bukan kerana tegahan bergaul semasa belajar, tetapi atas dasar tabiat dan fungsi lelaki dan wanita yang berbeza. Ia menatijahkan peluang bagi wanita untuk bersama dengan Rasulullah s.a.w agak terbatas. Oleh itu, pengkhususan hari belajar bagi perempuan tidak menunjukkan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dilarang. Jadi, hadis ini bukan hujah bagi pengharaman pergaulan antara lelaki dan wanita semasa belajar. Larangan tersebut mungkin lebih sesuai didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu yang boleh mendatangkan fitnah) kerana lelaki dan perempuan, terutama di peringkat awal remaja dan remaja banyak dipengaruhi oleh rangsangan seks. Dengan itu, pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar pada peringkat ini boleh mendorongkan kepada perkara-perkara keburukan lebih banyak daripada kebajikan. Oleh itu, pengasingan tempat belajar di antara lelaki dan perempuan adalah didasarkan kepada “Sadd al-Zari’ah” bukan hadis di atas.

Selain dari penjelasan perenggan di atas, mereka yang mengatakan pergaulan lelaki dan wanita semasa belajar diharamkan berpendapat bahawa pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa ziarah-menziarahi adalah dibolehkan dengan beberapa syarat. Mungkin sukar difahami kenapa pergaulan semasa ziarah dibolehkan dan pergaulan semasa belajar diharamkan, sedang suasana belajar lebih jauh daripada fitnah berbanding dengan suasana ziarah. Mungkin yang membezakan hanyalah ziarah dilakukan sekali sekala tetapi belajar mungkin lebih kerap, malah dalam konteks pendidikan formal, menengah atau tinggi ia berlaku setiap hari. Adapun, tegahan ke atasnya bukan dirujukkan kepada nas, tetapi kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah”

Dipetik dari tulisan Oleh: Prof Madya Dr. Anisah Ab Ghani


[1] Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Jilid 9, hlm. 120-121.

[2] Al- `Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh al-Bukhari, Jilid 4, hlm. 72, 77.

[3] Al-Nawawi, Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, Jilid 9, hlm. 109.

[4] Abd al-Karim Zaydan (Dr.), al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah, jilid 3, hlm. 423.

[5] Al-Nawawai, op.cit., hlm. 109.

[6] Ibid, Jilid 4, hlm. 159-161.

[7] Ibid.

[8] Ibid, hlm. 163.

[9] Ibid., hlm. 159.

[10] Abd al-Razzaq al-San`ani, al-Musannaf, Jilid 2, hlm. 407.

[11] Al-Asqalani, op.cit., Jilid 6.hlm. 75-76.

[12] Ibid.

[13] Ibn Qudamah, al-Mughni, Jilid 2, hlm. 341; Lihat juga al-Nawawi, al-majmu’. Jilid 4, hlm. 365.

[14] Al-Kasani, Bada’i al-Sana’i, Jilid 1, hlm. 259.

[15] Al-Nawawi, op.cit., hlm. 109.

[16] Abd Karim Zaydan (Dr.), op.cit., Jilid3, hlm. 276; Ibn Qudamah, op.cit., Jilid 6, hlm. 588; al-Ramli, Nihayah al-Muhtaj., JIlid 6,hlm. 154.

[17] Ibn Hazm, al-Muhalla, Jilid 9, hlm. 429.

[18] Abd Karim Zaydan (Dr.), op.cit., Jilid3, hlm. 427.

[19] Ibid., hlm. 431.

Kerapuhan Ruhiyah Pendakwah [CP]

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian, sekadar perkongsian untuk kita bersama. Ana tulis kat tajuk tu [CP], maksud dia (Copy & Paste) ye.... Ana rasa banyak yang ana dapat dari artikel ini (dipetik dari FB IKRAM), jadi ana nak share dengan semua pembaca Halaqah Borneo [HB] juga...

Moga Bermanfaat!!!




Ada fenomena yang agak merbahaya yang menjadi suatu gejala yang tidak sihat pada sebahagian aktivis dakwah di mana ianya akan dapat dibaca oleh mereka yang mempunyai pandangan yang tajam yang memberi perhatian terhadap tutur kata, pandangan mata serta gerak langkah aktivis tersebut.

Di kalangan aktivis dakwah, perkara sedemikian cukup merbahaya dan berpotensi untuk melemahkan kekuatan dakwah, di samping sebagai bukti menjauhnya mereka dari manhaj yang mereka kenali.

Semua kita tahu bahwa aspek :

  1. Ruhiyah (jiwa kerohanian).
  2. Ibadah.

merupakan olahan dan garapan yang utama terhadap manhaj dakwah.

Penekanan terhadap dua aspek ini bukanlah sesuatu yang berlebihan sehingga memberi gambaran adanya usaha pembentukan arus tasawuf dalam dakwah.

Yang jelas bahwa dua aspek ini adalah perintah dari Allah yang mesti ditegakkan di samping menjadi wasilah yang akan menyokong kesepaduan dakwah.

Apabila nilai-nilai tersebut terlepas dari genggaman aktivis dakwah, maka ianya akan melemahkan semangat ruhiyahnya sehingga kemudiannya ia jatuh `sakit' dan berakhir dengan `kematian' ruhiyah tersebut, Naudzubillah.

Kejadian fenomena ruhiyah yang rapuh dan lemah ini tidak sedikit jumlahnya.

Di sini akan disebutkan sebahagiannya sambil diperturunkan beberapa peristiwa di medan agar dapat menjadi peringatan bagi setiap aktivis dakwah dan seterusnya dia perlu bersegera mengatasinya :

1. Merasakan keras dan kasarnya hati, sehingga seseorang merasakan bahwa hatinya telah berubah menjadi batu yang keras. Tidak ada sesuatupun yang dapat menyerap kepadanya ataupun mempengaruhinya.

Ungkapan ini tidaklah berlebihan dikatakan, bahkan al Qur'an telah menerangkan bahwa hati boleh mengeras sekeras batu.

Allah swt berfirman :

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi." (QS Al Baqarah : 74)

2. Perangai yang tersumbat dan dada yang sempit sehingga terasa ada beban berat yang menghimpit dan nyaris termengah-mengah keletihan, sering mengomel dan mengeluh terhadap sesuatu yang tidak jelas atau gelisah dan sempit dalam pergaulan sehingga tidak peduli terhadap penderitaan orang lain bahkan timbul ketidaksukaan kepada mereka. 3. Tidak terpengaruh oleh ayat-ayat Al-Qur'an yang mengandungi ancaman, tuntutan, larangan atau tentang peristiwa kiamat. Dia mendengarkan Al-Qur'an seperti mendengar kalam-kalam lainnya.

Lebih merbahaya lagi apabila dia merasa sempit dada ketika mendengarkan ayat Al-Qur'an seperti sempitnya dia ketika mendengarkan omongan orang lain.

Dia tidak menyediakan waktu sedikitpun untuk tilawah dan apabila mendengarnya dari orang lain dia tidak melakukannya dengan khusyu' dan tenang.

4. Peristiwa kematian tidak memberikan bekas kepada dirinya. Begitu juga ketika menyaksikan orang mati, mengusung jenazah atau menguburkannya di liang lahad di mana semua peristiwa ini, sedikitpun tidak ada pengaruh pada dirinya.

Jika melalui kawasan perkuburan, seakan-akan ianya hanya berpapasan dengan batu-batu bisu yang tidak sedikitpun mengingatkannya terhadap kematian.

5. Kecintaanya terhadap kesenangan duniawi sentiasa bertambah dan kesukaan memenuhi syahwat sentiasa berkobar-kobar. Fikirannya tidak jauh dari pelampiasan syahwat tadi sehingga dia merasa tenteram bila sudah memperolehinya.

Apabila melihat orang lain memperolehi kenikmatan dunia seperti harta, kedudukan, pangkat, rumah atau pakaian yang bagus dia merasa tersiksa dan menganggap dirinya gagal.

Lebih tersiksa lagi apabila yang mendapatkan kenikmatan duniawi itu adalah saudaranya sendiri atau sahabatnya. Kadang-kadang timbul pada dirinya penyakit hasad di mana dia tidak ingin kenikmatan itu tetap ada pada saudaranya.

6. Ada kegelapan dalam ruhiyah yang berbekas di wajahnya.

Perkara ini dapat diamati oleh mereka yang memiliki ketajaman firasat dan memandang dengan nur Allah.

Setiap mu'min memiliki nur sesuai dengan kadar keimanannya dan dia mampu melihat sesuatu yang tidak mampu dilakukan orang lain.

Kegelapan ruhiyah tadi adalah begitu pekat sehingga begitu jelas tergambar di wajahnya dan dapat diamati oleh mereka yang memiliki firasat imaniyah yang paling lemah sekalipun. Manakala kegelapan yang samar-samar hanya dapat diamati oleh mereka yang memiliki firasat imaniyah yang kuat.

7. Bermalas-malas dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

Perkara tersebut terlihat jelas dengan kurangnya perhatian dan semangat.

Solat yang dilakukan hanya sekadar :

  1. Gerakan.
  2. Bacaan.
  3. Berdiri.
  4. Duduk.

yang tidak memiliki sandaran yang kuat sedikitpun. Bahkan nampak dia merasa terganggu oleh solat seakan-akan dia berada dalam penjara di mana dia ingin sekali berlepas diri darinya secepat mungkin.

8. Lupa yang keterlaluan kepada Allah.

Sedikitpun dia tidak berzikir dengan lisannya dan tidak juga ingat kepada Allah swt, padahal dia sentiasa menyaksikan ciptaan Allah swt.

Bahkan kadang-kadang dia merasa keberatan untuk sekadar berzikir atau berdoa kepada Allah swt. Jika dia mengangkat tangannya, dengan cepat sekali dia turunkan kembali untuk segera pergi.

Berikut adalah beberapa cara-cara penyembuhannya :

1. Sentiasa dalam zikrullah.

Yang dimaksudkan dengan zikir di sini adalah berzikir dengan lisan disertai dengan :

  1. Persetujuan hati.
  2. Tafakur akan ciptaan Allah.
  3. Mengambil petunjuk melalui makhluk-makhlukNya untuk mengetahui keagungan kekuasaanNya, kecermatan hikmahNya, keluasan rahmatNya serta keterikatan makhluk denganNya.
  4. Merasakan pengawasan Allah dan kekuasaanNya yang mutlak terhadap manusia serta pentingnya memiliki sifat malu kepadaNya.

Semua perkara tersebut tidak mungkin dicapai dengan mudah bagi orang yang lemah ruhiyahnya.

Untuk memperolehinya diperlukan :

  1. Kesabaran.
  2. Tekad yang tinggi.
  3. Tidak mudah gelisah.
  4. Usaha bertahap sedikit demi sedikit.

Setiap kali dia memperolehi sebahagian perkara di atas, maka akan menguatlah ruhiyahnya dan semakin berkurang kerapuhannya hingga hilangnya tanda-tanda penyakit ruhiyah tadi.

Seterusnya dia memasuki tahap penyembuhan hingga dia benar-benar sembuh sepenuhnya. Ketika itulah dia akan merasakan nikmatnya nilai-nilai luhur tadi dan dia akan semakin melekat kuat kepadanya.

Orang yang rapuh ruhiyahnya bagaikan orang yang menderita sakit yang tidak mempunyai nafsu kepada makanan yang enak.

Namun, dengan berlalunya waktu dan mencuba memasukkan makanan sedikit demi sedikit, fizikalnya akan kembali kuat dan hilanglah tanda-tanda penyakit itu. Selepas itu, dia akan kembali sehat dan dapat menikmati makanan yang enak dengan penuh kerinduan dan gembira.

2. Menghadirkan potret akhirat dan segala yang berlaku ketika ini.

Ada orang yang berkeinginan untuk dapat kembali ke dunia bagi menghabiskan seluruh umurnya demi keselamatannya jika dibenarkan.

Hendaknya seorang aktivis dakwah merenung bahwa rumah akhirat pertama yang akan didudukinya adalah kubur.

Hendaklah dia :

  1. Membayangkannya dengan tajam.
  2. Memasang potret kubur yang gelap itu diingatannya.
  3. Mengenang tidurnya yang bersendirian di mana tidak ada penghibur kecuali amalnya.

Disebut dalam sebuah kitab bahwa dahulu ada seorang yang soleh menggali sebuah kubur di rumahnya. Setiap kali dia merasa kekerasan di hatinya, dia masuk ke dalam kubur tersebut seraya membaca firman Allah :

"Dia berkata, Ya Rabb kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah kutinggalkan." (QS Al Mu'minun : 99-100). Kemudian orang soleh itu berkata :

"Wahai jiwa, kini engkau telah kembali ke dunia, maka beramallah dengan amalan soleh."

3. Hendaklah setiap aktivis dakwah ingat bahwa kematian lebih dekat kepadanya dari tali kasutnya. Janganlah dia tertipu oleh :

  1. Masa mudanya.
  2. Kekuatannya.
  3. Kesegarannya.

Kematian tidak mengenal masa muda. Kekuatan dan kesihatan tidak mampu mencegah kehadirannya. Di antara hikmah dan rahmat Allah kepada kita bahwa Dia memperlihatkan kepada kita kematian yang merenggut nyawa seorang bayi, anak kecil, orang muda, orang tua dan juga orang sakit.

Oleh kerananya, setiap orang mesti ingat bahwa dia pasti mengalami kematian bila-bila masa sahaja agar sentiasa bertambah sikap berhati-hati dan bersiap sedia meninggalkan dunia.

Tahukah kita tentang kematian dan sakaratul maut yang menakutkan itu?

Ketika sakaratul maut tiba pada diri seseorang, syaitan menghimpun segala kekuatan, kelicikan dan fikirannya di mana dia berkata kepada dirinya :

"Jika orang ini lepas dari genggamanku, aku tidak akan mampu lagi mempengaruhinya."

Maka :

  1. Dipujuknya orang itu untuk kufur.
  2. Dihadapkan cinta kepadanya akan kemurtadan.
  3. Dihiasinya dunia di matanya sambil mengingatkan orang tersebut akan kenikmatan yang dia inginkan.

Semua ini dilakukan agar orang tersebut berpaling dari akhirat dan harapan bertemu Allah dan akhirnya orang itupun tidak ingin mengalami kematian dan matilah dia dalam kekufuran, Naudzubillah.

Diceritakan tentang seorang arif yang dikunjungi oleh para sahabatnya ketika sedang menderita sakit yang membawa kepada kematiannya.

Ketika itu mereka melihat orang arif tadi menangis. Maka dihiburkannya oleh mereka dengan mengingatkan bahwa seluruh perbuatannya baik dan rahmat Allah pasti tercurah untuknya.

Orang arif tersebut berkata :

"Aku menangisi imanku yang aku khuatirkan akan dirampas ketika sakaratul maut."

Cukuplah sebagai pelajaran bagi setiap aktivis pendakwah bahwa menghadirkan kematian dan tidak melupakannnya akan membuatnya sentiasa merasa asing hidup di dunia ini.

Dia akan dapat memahami dengan baik makna ungkapan Rasulullah saw :

"Jadilah engkau di dunia, seakan seorang asing atau (bahkan) pengembara. Dan golongkan dirimu dalam kelompok penduduk kubur." (HR Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Perasaan `terasing' tersebut mampu memberi kesan yang sangat unik di antaranya :

PERTAMA : Segala ujian serta cobaan yang dialami akan terasa ringan

KEDUA : Penderitaan akan terasa ringan, hati menjadi sabar, kebahagiaan yang tercela akan merenyuk dan dunia yang menipu menjadi jauh

KETIGA : Pandangan kita akan tertumpu ke tempat tinggal yang sebenarnya berupa rumah akhirat. Dia tidak akan merasa tenteram dengan kehidupan duniawi apalagi condong kepadanya.

Seorang asing menyedari bahwa menetapnya dia di negeri asing hanyalah sementara sedangkan hatinya sentiasa menoleh ke :

  1. Rumah yang tidak akan pernah binasa.
  2. Rumah yang dekat dengan Rabbnya di mana dia dapat melihatNya.

Apabila dia merenungi kenikmatan akhirat, maka dia pun akan terbuai dengan harapan dan cita-cita. Harapan yang benar tentunya mesti diiringi oleh usaha yang bersungguh-sungguh agar dapat sampai kepada yang dicita-citakan.

KEEMPAT : Memelihara dengan serius segala wasilah penyucian diri dan menyokongnya dengan kekuatan dan semangat.

Sesungguhnya :

  1. Ruhiyah boleh menjadi kotor dan memerlukan penyucian.
  2. Ruhiyah akan mengalami kelesuan maka mesti sentiasa diberi semangat.
  3. Ruhiyah juga mengalami sakit yang memerlukan pengubatan.
  4. Ruhiyah juga mengalami kelemahan yang perlu diberi kekuatan.

Semuanya itu boleh dilakukan melalui ibadah yang terus menerus dan ibadah yang paling utama adalah solat.

Maka bukanlah suatu yang berlebihan apabila Rasulullah saw mewasiatkan pentingnya solat kepada ummatnya ketika beliau akan menutup hayatnya.

Solat merupakan suatu ibadah yang menyenangkan dan dapat menyucikan ruh dari segala kotoran dan menghubungkan seorang hamba kepada Rabbnya.

Selain itu ada wasilah-wasilah lain seperti membaca al Qur'an sebelum subuh atau sesudahnya, membaca wirid ma'tsuraat, berziarah ke kubur sekali dalam seminggu dan lain-lain.

Mari kita pegang erat-erat peringatan-peringatan di atas kerana ia adalah sebahagian dari manhaj Islam dan jangan kita anggap ianya hanya sekadar tulisan untuk mengisi masa kosong, menyenangkan pemikiran atau menyegarkan jiwa sesaat sahaja dan setelah itu tidak ada gunanya lagi.

Ya Allah, kurniakanlah kekuatan ruhiyah dalam diri kami supaya kami dapat menghadapi segala ujian dan cobaanMu di dunia dengan penuh kesabaran dan mengharapkan kemenangan dariMu. Berilah kekuatan tekad kepada kami sehingga kami mampu memikul perjuangan dakwah ini, melaksanakannnya, bersikap jujur kepadaMu serta membuktikan apa yang dijanjikan oleh kami.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali

JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

---------------------------------------------------------------------------

Boleh ke website Rasmi IKRAM:
http://www.ikram.org.my

Add and LIKE Facebook IKRAM:
FB IKRAM

-----------------------------------------------------------------------------------------

Moga Membawa Perubahan dalam Jiwa-jiwa kita.

Tingkatkan Keimanan dan Ketaqwaan Mencapai Ruhiyah Sejati...

Akhi Mohd Azrin Al-Fateh


Qul Hazihi Sabili....

Salam Semua pembaca HB.... Sekadar perkongsian untuk kita bersama.... Insya Allah moga mendapat Ikhtibar dari Artikel Ini...


Tabiat Jalan Dakwah

Mari duduk bersama kami sesaat untuk memperbaharui iman. (“Ijlis binaa nu’min saa’ah”)

Itulah ungkapan Ibnu Mas’ud ra, seorang sahabat Rasulullah saw bahwa usaha untuk menguatkan maknawiyah dengan terus menjaga dan memperbaharui iman mesti terus dilakukan.

Dalam menjalani hidup ini, kita sering merasakan beratnya bebanan kehidupan seolah-olahnya terasa dunia itu begitu kejam kepada kita atau kadang-kadang terasa seperti kitalah manusia yang paling malang di dunia ini.

Namun ketika kita mendengar cerita-cerita dari orang lain di sekitar kita yang menghadapi masalah yang lebih berat tetapi mereka sabar, kita seperti dikuatkan dengan cerita mereka itu apalagi cerita tentang utusan-utusan Allah swt.

Allah swt berfirman :

“Sungguh pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur’an itu bukan cerita yang dibuat-buat tetapi membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang beriman“ (QS Yusuf : 111)

Tabiat jalan dakwah adalah perjuangan. Suka dan duka, ibarat dua sisi mata wang yang tidak pernah dapat dipisahkan.

Di sana bukan hanya terdapat kegembiraan dan kebahagiaan sahaja tetapi :

  1. Onak duri.
  2. Jalan yang penuh liku.
  3. Tentangan yang sentiasa menghalang.
  4. Keletihan.
  5. Kekeluan.
  6. Penderitaan.
  7. Duka nestapa.



Semua perkara di atas adalah hal-hal biasa yang sentiasa dihadapi oleh para pendakwah di jalan dakwah.

Sabar dan istiqamah adalah kata kunci yang menguatkan posisi pendakwah dalam menentukan keberlangsungan dan penerusan dakwah Islam.


APAKAH TABIAT JALAN DAKWAH?

Para ulama menyebutkan tabiat dakwah sebagai berikut :

  1. Jalannya panjang.
  2. Halangannya banyak.
  3. Pendokongnya sedikit.

Inilah hakikat dakwah di mana ianya adalah jalan yang penuh kemuliaan disisi Allah swt.

Maka oleh sebab itu dakwah tidak boleh dipikul dengan sikap bermudah-mudah oleh orang-orang yang malas.

Dakwah hanya boleh dipikul oleh orang-orang pilihan yang berkualiti.

Selain memiliki perasaan maknawi yang kukuh, ia juga mesti didukung dengan kefahaman yang benar dan utuh tentang dakwah samada menyangkut :

  1. Strategi.
  2. Keutamaan.
  3. Wasilah.
  4. Metod atau cara yang digunakan.

Dalam hubungan ini Allah swt berfirman :

“Sekiranya yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, namun tempat yang dituju itu terasa jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah ‘Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-sama kamu’. Mereka membinasakan diri mereka sendiri (disebabkan sumpah mereka yang palsu itu) dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang- orang yang berdusta“ (QS At Taubah : 42)

Dakwah mesti difahami sebagai aktiviti mulia di muka bumi.

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata ‘sungguh aku termasuk di antara orang-orang yang berserah diri.” (QS Fusshilat : 33)


Oleh kerana itu dakwah hendaklah dilakukan dengan :

  1. Kesedaran.
  2. Ilmu.
  3. Hikmah.
  4. Kefahaman.
  5. Pandangan yang luas.

Sejarah para Rasul telah memberi bekalan yang cukup untuk kita fahami bahwa perjalanan dakwah yang panjang dan berat akan terasa lebih menarik, dinamik dan mudah bila kita mengambil contoh daripada mereka.

Beberapa contoh yang boleh dipelajari antara lain :

1. Memberi keutamaan pembahasan kepada masalah Tauhid (Aqidah)

“Dan tidaklah kami mengutus sebelummu ( wahai Muhammad ) seorang Rasulpun melainkan kami wahyukan kepadanya bahwa sesungguhnya tiada Ilah yang (berhak disembah) melainkan aku, oleh kerana itu beribadahlah kepadaKu.” (QS Al-Anbiyaa’: 25)

2. Menggunakan adab yang baik seperti lemah lembut, juga tidak berharap perubahan objek dakwah terlalu cepat atau secara terus, tapi memberikan kesempatan kepada mereka untuk memikirkan dan menganalisa diri mereka sendiri.

Allah swt berfirman :

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, kerana dia benar-benar telah melampaui batas, maka bicaralah kamu berdua kepadanya ( Fir’aun ) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia sabar atau takut.” (QS Thaha : 43 – 44)

Allah perintahkan Musa as dan Harun as untuk menyeru Fir’aun dengan lemah lembut.

Jika dengan Fir’aun yang zalim dan sombong itupun para Rasul yang mulia disuruh oleh Allah untuk bersikap lemah lembut apalagi kepada orang yang tidak sezalim dan sesombong Fir’aun, sudah semestinya kita lebih bersikap lemah lembut. Selain itu kita jangan lupa berdoa kepada Allah dan mengenal kelemahan diri.

Dalam ayat lain Allah swt berfirman :

“Dia Musa berkata Ya Rabbku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskan kekeluan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu Harun saudaraku, teguhkanlah kekuatanku, dengan adanya dia ( Harun ) dan jadikanlah dia teman dalam urusanku.” (QS Thaha : 25 – 32)

"Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS An-Nahl : 125)

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu . Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." (QS Ali Imran : 159)

3. Memberi ketenangan dan kekuatan dalam berpegang teguh pada kebenaran.

Dalam sejarah para Rasul, kita melihat mereka di zalimi dengan berbagai cara oleh umatnya. Kezaliman ini mereka terima kerana sikap istiqamah mereka terhadap kebenaran.

Allah khabarkan perkara ini dengan dengan maksud yang jelas seperti dalam ayat berikut :

“Dan semua kisah Rasul-rasul kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) agar dengan kisah itu kami teguhkan hatimu (untuk menguatkan kamu) dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.” (QS Hud : 20)


CONTOH PERLAKSANAAN DAKWAH

Mari kita susuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang pengikut Imam Hasan Al Banna yang sentiasa menjalankan tugas dakwahnya tanpa apa-apa keluhan walau sedikitpun.

Dialah yang disebutkan oleh Imam Hasan Al Banna di dalam Risalah Muktamar Kelima sebagai berikut :

“Sedikit sekali orang yang tahu ketika salah seorang pendakwah Ikhwan keluar dari tempat kerjanya pada hari Khamis petang, tiba-tiba sudah berceramah di Al Minya pada waktu Isya’. Di hari Jumaat ia menyampaikan khutbah di Manfaluth, Jumaat petangnya pula berceramah di Asyut dan setelah Isya’pada hari itu ia sudah berdakwah di Suhaaj. Kemudian ia kembali pada kebiasaannya iaitu pagi-pagi buta di hari berikutnya ia sudah berada di tempat kerjanya di Kaherah mendahului pekerja-pekerja lain.

Empat pertemuan besar di berbagai kota yang berjauhan mampu dijangkau oleh seorang pendakwah Ikhwan dalam waktu tiga puluh (30) jam, lalu ia kembali ke rumahnya dengan jiwa yang tenang dan hati yang damai seraya memanjatkan pujian ke hadhrat Allah atas taufiq yang dianugerahkan kepadanya dan tidak ada yang mengetahui perkara itu kecuali mereka yang mendengarnya.”

Dalam kisah ini, kita lihat bagaimana beliau sentiasa berpindah dari satu kota ke kota yang lain untuk menunaikan amanah dakwah dan setelah beliau menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya, ia merupakan orang yang pertama sekali tiba ke tempat kerjanya malah, ia yang membukakan pintu pagarnya.

Suatu ketika ia pernah mengalami keletihan hingga tertidur di atas sofa di rumah Zainab Al-Ghazali semasa beliau diutus untuk berbincang dengannya.

Melihat keadaan tubuhnya yang keletihan dan kepenatan itu, tuan rumah membiarkan tetamunya tertidur sampai ia terjaga.

Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail meminta izin untuk bergegas ke kota lain pula. Disebabkan keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali menghulurkan wang untuk beliau naik teksi.

Abdul Fattah Abu Ismail mengembalikan wang tersebut sambil mengatakan :

“Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.”

Zainab pun menjawab,

“Saya sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta-kereta mewah, tapi saya tetap dapat memikul dakwah ini dan saya pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Oleh itu, gunakanlah wang ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirehat sejenak.”

Ia pun menjawab,

“Berbahagialah ibu. Ibu telah berjaya menghadapi ujian Allah swt berupa kenikmatan-kenikmatan itu, namun, saya khuatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih di atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kenderaan awam sahaja.”

Itulah contoh orang yang telah membuktikan kesetiaannya kepada dakwah lantaran keyakinannya terhadap janji-janji Allah swt. Janji yang tidak akan pernah dimungkiri sedikit pun. Allah swt telah banyak memberikan janjiNya kepada orang-orang yang beriman yang setia pada jalan dakwah berupa berbagai anugerahNya sebagaimana yang terdapat dalam Al-Qur’an :

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (QS Al-Anfal : 29)

Dengan janji Allah swt tersebut, orang-orang beriman tetap bertahan mengharungi jalan dakwah ini kerana mereka pun tahu bahwa perjuangan yang berat itu sebagai kunci untuk mendapatkannya.

Semakin berat perjuangan ini semakin besar janji yang diberikan Allah swt kepadanya. Kesetiaan yang bersemayam dalam diri mereka itulah yang membuat mereka tidak akan pernah menyalahi janjiNya dan mereka pun tidak mahu merubah janji kepadaNya.

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya).” (QS Al Ahzab : 23)

Pernah berlaku kepada seorang pejuang Palestin yang telah bertahun-tahun meninggalkan kampung halaman dan keluarganya untuk mendapatkan sokongan dunia dan dana dalam satu wawancara beliau ditanya:

“Apa yang membuatkan anda dapat bertahan meninggalkan keluarga dan kampung halaman dalam waktu yang cukup lama?”

Jawabnya,

“Kerana perjuangan dan jika bukan kerana dakwah dan perjuangan, kamipun mungkin tidak akan dapat bertahan lama.”

Dengan perjuangan itulah kemuliaan hidup mereka lebih bererti untuk masa depan bangsa dan tanah airnya.

Aktivis dakwah sangat menyakini bahwa kesabaran yang ada pada dirinyalah yang membuatkan mereka tabah menghadapi berbagai rintangan dakwah.

Jika dibandingkan apa yang kita lakukan serta yang kita dapatkan sebagai risiko perjuangan di hari ini dengan keadaan orang-orang terdahulu dalam perjalanan dakwah ini, belumlah dikira seberapa.

Pengorbanan kita di hari ini masih sekadar :

1. Pengorbanan waktu untuk dakwah.

2. Pengorbanan tenaga dalam amal kebaikan untuk kepentingan dakwah.

3. Pengorbanan sebahagian kecil dari harta kita yang banyak.


Namun cuba kita lihat pengorbanan orang-orang yang terdahulu, ada yang :

1. Dicakar dengan sikat besi.

2. Digergaji tubuhnya.

3. Diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah, lalu kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencangnya hingga robeklah badan orang itu.

4. Dibakar dengan tungku api yang berisi minyak panas.


Mereka dapat menerima risiko kerana kesabaran yang ada pada diri mereka.

Kesabaran adalah kenderaan pertahanan orang-orang yang beriman dalam meniti perjalanan ini. Bekalan kesabaran mereka tidak pernah berkurang sedikit pun kerana keikhlasan dan kesetiaan mereka kepada Allah swt.

“Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. (QS Ali Imran : 146)

Bila kita memandang kehidupan generasi pilihan, kita akan menemui kisah-kisah agung yang telah menyuburkan dakwah ini.

Muncullah satu pertanyaan besar yang seharusnya kita tujukan pada diri kita ketika ini iaitu :

Apakah kita dapat menyemai dakwah ini menjadi subur dengan perjuangan yang kita lakukan sekarang ini ataukah kita akan menjadi generasi yang hilang dalam sejarah dakwah ini?

Marilah kita benar-benar insafi bahwa dakwah ini tidak akan mampu dipikul oleh orang-orang yang manja dan yang mempunyai sikap bermudah-mudah kerana sebenarnya hanya perjuangan gigih tanpa mengenal penat lelah seseorang aktivis dakwah merupakan kenderaan yang akan menghantarkan kepada kejayaan.

Semoga pelajaran di atas menjadi catatan kita, para pendakwah dan bagi jiwa-jiwa yang bergelut dalam bidang dakwah serta memohon semoga Allah menghimpunkan kita dalam kebaikan.



Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan cobaan yang muncul dalam perjuangan dakwah ini kerana sesungguhnya ia adalah tabiat asasi jalan ini. Limpahkanlah kesabaran yang tinggi kepada kami sehingga kami tetap berada dan berjalan di atas jalan ini samada kami gugur syahid di atasnya atau mendapat kurniaan kemenangan ke atas musuh-musuhMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen



Sumber dipetik daripada:

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali

JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

---------------------------------------------------------------------------

Boleh ke website Rasmi IKRAM:
http://www.ikram.org.my

Add and LIKE Facebook IKRAM:
FB IKRAM

-----------------------------------------------------------------------------------------

Moga mendapat Ikhtibar yang banyak melalui Artikel ini...Henshin!!!

Akh Azrin Al-Fateh

Semalam....Murabbiku berpesan....



Salam kepada semua pembaca Halaqah Borneo (HB).... Moga anda semua dibawah lindungan Rahmat Allah di segenap ketika...


Semalam, Murabbiku Berpesan....
Akhi, dalam tarbiyyah dan Dakwah ini sangat-sangat diperlukan orang-orang yang mempunyai KEFAHAMAN yang benar dan Jelas.. Maka akhi bacalah banyak-banyak buku-buku fikrah yang kita sedang kembangkan.. jangan lepas utk membeli dan menbaca buku-buku fikrah ini.


Semalam, Murabbiku Berpesan....
Akhi, dalam tarbiyyah dan Dakwah ini sangat-sangat diperlukan orang-orang yang IKHLAS dalam amal, perjuangan, perbuatan, kata-kata dan akhlaknya.... jangan ada sifat sombong dalam diri sendiri kerana merasa hebat dengan amal dakwah yang telah dilakukan... Kerana Allah sangat benci dengan orang yang sombong, Jangan merasakan diri kitalah yang terhebat dan paling banyak beramal... kerana kelak nanti akan lupuslah segala amal dakwah kita kerana timbul perasaan sombong dan riak...

Semalam, Murabbiku berpesan....

Akhi, Dalam tarbiyyah dan Dakwah ini sangat-sangat diperlukan orang-orang yang INDIBATH atau DISIPLIN. Kita perlu berdisiplin dalam amal dakwah dan tarbiyyah, dan kita juga diperlukan untuk sangat berdisiplin bila mana kita sudah berada dalam Jamaah... Kerana apa akhi???... kerana Jamaah semakin membesar dan mencambah, jika kita tak berdisiplin, maka kita sendiri yang akan merosakkan bangunan Jamaah itu.. maka kita juga yang bertanggungjawab atas kerobohan Jamaah itu... Kita semua kena disiplin dengan Amal Dakwah.. disiplin dengan Masa, hatta berdisiplin dalam amal-amal fardi dakwah kita...


Semalam, Murabbiku berpesan....

Akhi... dalam tarbiyyah dan Dakwah ini sangat-sangat diperlukan orang yang berdakwah untuk mengajak dan menyeru manusia kepada Allah dan Islam... Sangat-sangat diperlukan orang yang berdakwah untuk menjadikan Dakwah ini Sebagai RAHMATALLIL ALLAMIN.... Dakwah ini adalah untuk semua, Semua orang yang masih mahu berislam, semua orang yang masih ada kesucian hati, malah untuk semua insan didunia ini... maka jadikan dakwah ini boleh diterima oleh semua aspek dan golongan manusia.... Tak kisah dia pelajar, orang berniaga dan macam-macam lagi...

"Pengalaman kami (al-fateh wa ababeel) Sendiri semasa ISK di Sibu... masya Allah, ana bertemu dengan seorang murabbi yang pendidikannya darjah 6 je.., berjual dipasar malam, Tapi Allah muliakan dia dengan Tarbiyyah.. Orang-orang hormat dengan akhi ini. Bahkan ada juga yang ikut tarbiyyah orang-orang biasa.... cikgu2... ada anggota (penjaga keamanan), ada anggota (penyelamat)...Masya Allah... tidakkah itu menunjukkan dakwah sebagai RAHMATALIL ALAMIN???.... "





Semalam, murabbiku berpesan....

Akhi... kita ditarbiyyah ini adalah untuk mentarbiyyah manusia yang boleh bermanfaat untuk manusia... Bukan untuk madrasah tabiyyah kita sahaja... jangan jadikan kita 'exclusive'.. Kita tarbiyyah manusia agar mereka yang ditarbiyyah ini bisa mencorakkan masyarakat yang berada disekelilingnya dengan rahmat tarbiyyah dan dakwah itu...

Murabbiku berpesan...

Akhi, ada seorang ikhwah ni, Akhi Halil, Subhanallah dimana dia berada disitu dakwah bercambah dan subur... maka bagus kalau dapat jadi seperti akh ini...Walaupun seorang engineer kerajaan... dia tetap menyumbang untuk dakwah dan Islam...




makanya akhi... semuanya bermula dengan KEFAHAMAN, KEIKHLASAN, DISIPLIN dan MISI YANG BESAR(RAHMATALIL ALAMIN)...

Jazakallah Murabbiku atas pesananmu...... Aku akan sematkan dihati dan amalkan dalam perbuatanku untuk menjadi bekal Dakwah Kami dan Kita....


Hakikat UKHUWAH yang Sebenar...



Salam kepada semua pembaca Halaqah Borneo, ikhwah dan akhwat sekalian yang bersemangat untuk mewujudkan ukhuwah yang benar dan sempurna diantara mereka dan juga kepada setiap insan yang ana rindui dan ana cintai kerana Allah.. lama sudah tak menulis malah berjumpa dengan antum semua....

Dalam minggu lepas dan minggu ini... timbul satu persoalan dalam diri ana.. Persoalan ini timbul kerana ada beberapa pekara yang berlaku dan menyebabkan ana tertanya-tanya... Apa makna UKHUWAH????
Kerana ana musykil.. kita berukhuwah atas apa???.. adakah atas Jemaah?? adakah atas persatuan islam yang sama?? (jika tak sama maka tak de langsung ukhuwah), adakah atas minat yang sama??? adakah atas kelebihan seseorang ikhwah atau akhwat itu??? (jika memerlukan sesuatu baru teringat kat mereka?? atau jika mereka dah tak de kelebihan maka dilupakan?????.... Masya Allah ana sangat binggung dengan makna UKHUWAH yang sebenar... mengapa ini terjadi????

Alhamdulillah akhirnya ana ketemui, segala persoalan ana telah terjawab dengan membaca blog ikhwah KITA di UK.... Akhirnya ana kemtemui apa sebenarnya makna dan hakikat Ukhuwah yang sebenar.. ia diterangkan oleh mursyidul Am IM yang lepas, Dr Mohd Mahdi Akif.... now i'm realize...

***********************


Segala puji hanya milik Allah, solawat dan salam atas Rasulullah saw beserta keluarganya dan para sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya.

Wahai saudaraku sekelian : sungguh Islam telah memberikan perhatian penuh akan adanya ikatan yang kuat pada sendi-sendi ukhuwah yang melahirkan di dalamnya cinta kerana Allah SWT dan menjadikan ukhuwah sebagai wasilah pengikat jiwa dan hati dan merupakan dasar pokok-pokok keimanan yang tidak akan sempurna keimanan seseorang kecuali dengannya dan tidak akan dapat direalisasikan kecuali dengan keberadaannya; bahkan dijadikan sebagai ikatan yang paling erat dari pokok-pokok keimanan dan kesempurnaan nilai-nilainya.

Allah swt berfirman:

“Hanyalah orang-orang beriman yang bersaudara”. (QS Al-Hujurat :10).

Dan Nabi saw bersabda:

“Seorang muslim adalah saudara dengan muslim lainnya, tidak boleh menzaliminya, tidak membiarkannya, tidak merendahkannya dan tidak menghinakannya” . (Muttafaq alaih).

Dan Nabi saw juga bersabda:

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, cinta kasih dan empati adalah seperti satu tubuh, jika salah satu tubuh darinya mengadu pada suatu penyakit maka anggota tubuh lainnya akan merasa sakit dan demam”. (Muttafaq alaih)

Oleh kerana itulah di antara salah satu rukun dari rukun bai’ah kita adalah ukhuwah, dan di antara salah satu dasar perbaikan sosial secara universal yang dibawa oleh Islam adalah memproklamasikan adanya ukhuwah di antara umat manusia.

Makna Ukhuwah Menurut Kami

Imam al-Muassis (perintis) Hasan Al-Banna semoga Allah merahmatinya berkata:

“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah : mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya, dan ukhuwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran, kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta, dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar(mengutamakan saudaranya).

“Dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung”. (QS Al-Hasyr : 9)

Al-akh yang jujur adalah yang melihat saudaranya lebih utama daripada dirinya sendiri; kerana jika tidak dengan mereka maka dirinya tidak bersama dengan yang lainnya dan jika mereka tidak bersama dengannya maka mereka akan bersama dengan yang lainnya;

“Sesungguhnya serigala akan makan kambing yang tersesat sendirian”. (HR Abu Daud dan ditashih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

dan nabi saw bersabda:

“Seorang mu’min terhadap mu’min yang lainnya seperti bangunan, saling memperkukuh sebahagiannya dengan sebahagian lainnya”. (Muttafaq alaih).

“Dan orang-orang beriman laki-laki dan wanita sebahagian mereka menguatkan sebahagian lainnya”. (QS At-Taubah : 71).

Demikianlah Yang Seharusnya Berlaku

Ukhuwah menurut kami adalah agama, dan jamaah ini masih terus :

1. Bercita-cita dan bersemangat untuk mewujudkan ukhuwah yang benar dan sempurna di antara mereka.

2. Bersungguh-sungguh untuk tidak mengeruhkan kemurnian dan kesucian hubungan mereka sedikitpun.

3. Menyedari bahwa ukhuwah dalam agama adalah sebaik-baik wasilah yang dapat mendekatkan diri dengannya kepada Allah.

4. Tetap memelihara kemuliaan darjat yang tinggi.

5. Bercita-cita untuk sentiasa memperhatikan hak-haknya sehingga mampu membersihkan hal-hal yang boleh mengeruhkan suasana dan dari bisikan-bisikan syaitan dan para ulama telah menjadikan serendah-serendah darjat ukhuwah adalah berinteraksi dengan saudaranya dengan apa yang dicintai dalam berinteraksi dengannya.

Dan di antara hak-hak ukhuwah adalah sabar terhadap kesalahan al-akh sampai dirinya mampu mengembalikannya kepada kebenaran tanpa diperbesarkan (disiarkan) akan kesalahannya atau menyebarkan kesalahan dan kekeliruannya.



Abu Darda berkata:

“Jika saudara kamu berubah dan bertingkahlaku berbeza dari apa yang ada dalam dirinya maka janganlah ditinggalkan kerana hal tersebut; kerana boleh jadi saudara kamu bengkok (salah) pada suatu ketika namun lurus kembali pada ketika yang lain”.

Ibrahim An-Nakha’i berkata:

“Janganlah engkau memutus hubungan saudara atau meninggalkannya di sisi serigala, kerana boleh jadi suatu kali dirinya salah namun esoknya dapat ditinggalkan” .

Dalam atsar yang lain disebutkan:

Nabi Isa berkata kepada al-hawariyun: Bagaimana kamu memperlakukan saudara kamu jika melihatnya tidur lalu angin bertiup dan menyingkap pakaiannya? Mereka menjawab: akan kami singsingkan bajunya dan menutupinya. Nabi Isa berkata: namun kamu akan menyingkapkan auratnya! Mereka berkata: Maha suci Allah! Siapakah yang melakukan demikian? Beliau berkata: Salah seorang dari kamu yang mendengar ucapan tentang saudaranya kemudian ditambah-tambah olehnya dan disebarkannya dengan sesuatu yang lebih darinya”.

Dan bahkan pada ketika berbeza pendapat dengan saudaramu yang lain, maka ikatan ukhuwah seharusnya mampu melindungi mereka dari terjadinya saling membuka aib atau menyebarkan syubhat atau membuat cerita bohong dan hendaknya mereka memelihara ungkapan seorang ulama fiqh iaitu Imam Syafi’i semoga Allah merahmatinya:

“Orang yang merdeka adalah orang yang mampu melindungi kasih sayang sesaat, dan patuh pada orang yang memanfaatkannya ucapannya”.

Dan disebutkan : Jika terjadi ghibah (umpatan) maka hilanglah ukhuwah.

Begitu indah dan lembut ungkapan seorang salaf yang menyampaikan nasihat kepada saudaranya :

“Sampaikanlah kepada saya; saya telah jahat seperti yang engkau katakan
Kerana itu, di manakah kasih sayang dalam ukhuwah
Atau jika kamu jahat sebagaimana aku jahat
Maka, dimanakah kurniamu dan kasih sayangmu”

Dan bukanlah bahagian dari akhlak seorang akh muslim ketika ia selalu menceritakan sebab-sebab keaiban pada ketika ia berbeza pendapat dengan saudaranya atau yang lainnya, atau berusaha meremehkan kelebihannya, atau menghina perbuatan dan pemberiannya.

Al-Faruq, Umar bin Al Khattab memberikan satu nasihat: “Janganlah cintamu dijadikan sebagai bebanan, dan jangan jadikan pula marahmu sebagai kehancuran. Kemudian ada yang bertanya: apakah maksudnya? Umar berkata: “Jika kamu mencintai, jangan berlebihan seperti cintanya seorang bayi pada sesuatu secara berlebihan, dan jika kamu marah maka jangan membuatkan kamu senang dengan hancurnya saudara kamu dan celaka”. (HR Bukhari dalam kitab Al Adab)

Hasan bin Ali berkata:

“Janganlah kamu berlebihan dalam mencintai sesuatu, dan jangan pula berlebihan dalam membenci sesuatu, dan barangsiapa yang menemukan pada saudaranya tanpa (penutup) maka janganlah disingkap lagi”.

Dan di antara hak-hak ukhuwah adalah memberikan nasihat dengan adab-adab syar’i :

1. Jangan diceritakan di depan umum.

2. Jangan disakiti dihadapan khalayak ramai dan pada suatu institusi.

3. Jangan diungkap rahsia dirinya.

4. Jangan dibuat-buat cerita yang dusta.

5. Tidak dibenarkan penggunaan segala cara terhadap suatu kesalahan.

6. Tidak ada “mujamalah” dalam menghitung suatu kebenaran.

7. Tidak cenderung kepada sakit hati dan kemenangan kepada hawa nafsu.

8. Harus dengan nasihat yang aman dan benar serta jujur.

9. Bebas dari tuduhan.

10. Ditunaikan sesuai dengan amanah.

11. Diiringi dengan kasih sayang.

12. Mampu menumbuhkan perasaan ukhuwah.

Ukhuwah Adalah Rahsia Kekuatan Dakwah kita

Sesungguhnya ukhuwah yang kami sebutkan hak-haknya, wahai saudaraku adalah sebuah batu yang mampu menghancurkan gelombang konspirasi dan usaha menguasai dakwah kita yang penuh berkah ini dan ia merupakan titik awal sebuah kemenangan.

“Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu) . Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongan- Nya dan dengan para mu’min, dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana. Hai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mu’min yang mengikutimu” . (QS Al-Anfaal : 62-64)

Wahai saudaraku : Sungguh nabi saw telah memberitahu kita dengan jelas dan terang:

“Jauhilah kamu akan buruk sangka, kerana buruk sangka adalah sedusta-dusta ucapan, dan janganlah kamu saling menduga-duga, jangan saling mengintai, jangan saling hasad, jangan saling berkonspirasi, jangan saling benci (marah), namun jadilah kamu hamba Allah yang saling bersaudara”. (Muttafaq alaih).

Umat Islam di zaman awal memahami dari Islam akan makna ukhuwah ini, meresap ke dalam aqidah dan agama Allah secara kekal akan perasaan cinta dan bersatu serta berkasih sayang dan fenomena yang paling mulia adalah ukhuwah dan ta’aruf sehingga seakan-akan mereka menjadi peribadi yang satu, satu hati, satu tangan, maka Allah pun mewujudkan pada mereka kemenangan, kemuliaan dan kejayaan.

Oleh kerana itu, marilah kita berpegang teguh pada ukhuwah yang kekal ini yang niscaya tidak akan hilang sekalipun dunia akan hancur, sekalipun hari-hari akan hilang dan berlalu namun ukhuwah akan tetap kekal sepanjang masa dan hendaklah kita terus memelihara dan bercita-cita untuk menunaikan hak-hak ukhuwah ini, merasakan nilai-nilainya, menjaga wirid Rabithah setiap hari.

Semoga Allah tetap bersama kamu dan tidak menyia-nyiakan perbuatan kamu.

Allah Maha besar dan segala puji hanya milik Allah.

Muhammad Mahdi Akif

**********************************

" Moga Ukhuwah akan terus bersemi kerana Allah untuk Dakwah"

Al-Fateh