Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Showing posts with label Ikhtibar. Show all posts

Kisah TOMATO

Salam semua pembaca Halaqah Borneo...

Maaf lama tak post, still busy dengan urusan masing.... Moga dapat diselesaikan dengan segera..

Rasa terpanggil nak share satu video pendek hasil karya adik2 ikhwah kita di beijing China..
Cerita mengenai ukhuwah dan saling memaafkan... kisah ini memang selalu berlaku kepada kita secara sedar atau tidak, yang penting saling memaafkan dan bersegeralah ke arah kebaikan..

Petikan dari Ayat AlQuran:

[133]
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

[134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

[135]
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

[136]
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Ali-Imran:3:133-136



Kisah TOMATO




Kekadang ana rasa video ni kene je dgn pengalaman tarbiyyah ana dulu2.. Rindu saat itu masa kita sama2 mula menggerakkan dakwah di bumi kenyalang ini... Rindu pada kasih sayang kita kerana Allah bersama2 ikhwah awwalun.... Antum sangat ana sayangi kerana Allah..

Moga kita semua tsabat di Jalan Tarbiyyah Ini..
Kita terus istiqamah dan istimrar menuju Redha Allah.... seperti Motto yang kita selalu nasyidkan... "Ukhuwwah Teras Kegemilangan"

mengalir air mataku, walaupun dah lebih 3 kali tgk video ni..huhu....

"Ukhuwwah Teras Kegemilangan"
Azrin Al Fateh
Serdang, Selangor

Ibrah Angry Birds


Salam semua.. walaupun saya tidak main game ni.. cuma saya nak share je dari apa yang saya dapat dari kawan2 saya yang kreatif sangat dlm menilai dan menganalisis game ni... Moga bermanfaat.. tak bermakna ini menyuruh kita untuk selalu main game dan minta anda untuk membazir masa kehiupan anda.


Angry Birds



salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple

yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama

semuanya suka bermain game ini

tidakkah anda pernah tertanya-tanya?


Kenapa?

Apa yang best sangat game ni?

Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka


sedar x kita...


jawapannya sebab....


Angry Birds....

dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah



1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)



antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban

menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka

iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan

mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri

tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?

yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!

yang putih pula?

sanggup mengorbankan anaknya!

itu bukanlah satu pengorbanan yang senang

menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad

segala-galanya untuk mencapai satu matlamat

menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..." (At-Taubah 9:111)




2) Amal Jamaie


dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh

burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan

malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan

maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah

untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu





3) Tanzim (organisasi) yang tersusun


tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?

tidak diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza

setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza

jadi diorang susunsape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu

kenapa?

sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"






4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)


bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?

diorang susun dengan menilai

bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu

maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya

yang reti potong kayu pergi serang kayu

yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu

dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka

untuk detect, apakah kelemahan musuh kita

dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza

bagaimanakah kita ingin menyusun strategi

untuk mencapai ustaziyatul alam

eh silap

untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat





5) Taat


dan sebagai qiyadah

perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang

adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas

dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan

pasti tidak ada orang yang nak main

dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh

jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas




6) Ukhuwah


lastly

kena faham

bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat

itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang

mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya

mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka

kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara

seperti mana kita umat Islam bersaudara

jika salah satu daripada saudara kita sakit derita, kita turut merasakan penderitaannya

dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita

daripada musuh yang nampak di dunia

dan juga musuh yang tidak nampak

yang menarik kita ke api neraka

kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita

sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang

kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam

tidak akan wujud game Angry Birds

jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka

begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam

malahan mustahil akan menang gerakan Islam

jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat" (An-Nasr 110:1-3)


sedarlah

pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam

dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna

semua yang di baca tadi

adalah pengajaran daripada Angry Birds

tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat

iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih

kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza

dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...

***********************


Tak bermakna ini menghalal kita utk main game ye.. just ibrah je...



"Ukhuwah Teras Kegemilangan"
Akhi Azrin Al-Fateh

halaqahborneo.blogspot.com

TheAFWAstudios


p/s: main game boleh membazir masa anda dan masa kehidupan anda....hehehe

Salam Kembali....

Salam semua.... maaf lama tak update... rasanye tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat, ikhwah dan akhwat...




Dikesempatan kali ini kami bro Al-Fateh dan sis Ababeel, ingin menyusun 10 + 10 jari jika ada tersilap tulis dan tersalah bahasa dan tutur kata, semoga kita saling memaafkan dan membina semula hubungan dan jambatan2 ukhuwah islamiyyah ini...



Alhamdulillah kami diberikan peluang setiap kali menyambut syawal, kami akan menyambut 2 kegembiraan, pertama menyambut syawal yang mulia dan yang kedua menyambut ulangtahun perkahwinan kami setiap 8 Syawal... Alhamdulillah..

Semoga ikatan kasih sayang ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan ke syurga abadi... semoga ikatan kasih ini Ikhlas kerana Allah dan hanya untuk Allah semata...

Insya Allah, kami ingin kongsikan sedikit video yang dapat kami hasilkan dari sedikit ilmu yang saya belajar dari seorang pakar video di Malaysia... iaitu Sis Diyana.

Anniversary Love Poem:

Each Year I LOVE You



Moga kita semua saling mencintai kerana Allah... amin ya Rabb




Jazakallah khuairan...
Bro Al-Fateh
Selangor

Solat Witir @ Ramadhan

Salam pembaca halaqah borneo (HB) semua.. selamat berpuasa... disini saya nak berkongsi soklan2 popular ketika bulan Ramadhan... salah satunye... ialah solat Sunat Witir... berikut adalah soklan ikhwah dan juga jawapan dari ustaz Ahmad.




1) Assalamualaikum ustaz,
bolehkah kita melakukan 2 kali solat sunat witir dalam satu malam. Contohnya, selepas sunat tarawih saya terus melakukan sunat witir namun begitu pada pertengahan malam saya bangun untuk melakukan tahajud seterusnya witir. Adakah betul cara pelaksanaan ibadah ini???

2) Assalamualaikum ustaz,saya agak keliru dengan persoalan yang berkaitan dengan solat sunat witir. Ada yang mengatakan bahawa witir itu penutup yang bermakna penutup ibadah kita pada malam itu. Jadi, jika kita berniat untuk beribadah lagi (selepas terawih di rumah seperti qiam etc) maka tidak perlu buat solat witir. Saya kurang arif pada ketika saya mendengarkan perkara tersebut maka saya tidak bertanyakan dari mana sumber itu berasal. Monta panduan dan huraian sedikit daripada ustaz. Salam Ramadhan.



Jawapan:

:الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله , وبعد

Pertamanya perlu diketahui di sini bahawa hukum melakukan solat witir adalah sunat muakkad. Persoalan yang ditimbulkan di sini ialah mengenai seseorang yang ingin melakukan solat sunat di rumah selepas dia mengerjakan solat terawih di masjid. Adakah dia perlu menangguhkan solat witir di masjid dan mengerjakan solat witir tersebut di rumah sebagai penutup solat malam, atau dia boleh melakukan solat witir selepas solat terawih dan menyambung solat-solat sunat di rumah walaupun telah mengerjakan solat witir di masjid?

Jika selesai sunat terawih dan anda tidak menunaikan solat witir kerana ingin mengerjakannya di rumah sebagai penutup kepada solat-solat sunat anda, maka ia adalah benar dan tidak menjadi persoalan di sini.

Yang menjadi perbahasan ulama ialah bagi mereka yang telah mengerjakan solat witir selepas solat terawih di masjid dan selepas itu ingin menyambung ibadat solatnya di rumah. Adakah dia boleh melakukan solat sunat tambahan kerana telah melakukan solat witir sedangkan solat witir dianggap sebagai penutup solat malam.

Permasalahan ini termasuk dalam masalah khilaf (masalah yang diperselisihkan ulama).

Ringkasnya, pandangan ulama dalam masalah ini adalah seperti berikut:

1) Jika seseorang telah melakukan solat witir dan kemudian dia ingin mengerjakan solat-solat sunat yang lain, maka dia boleh terus sahaja mengerjakan solat-solat tersebut dan tidak perlu mengulangi witirnya. Antara sandaran pendapat ini ialah:

عن أم سلمة أنه صلي الله عليه وسلم كان يركع ركعتين بعد الوتر وهو جالس
(رواه أحمد وأبو داود والترمذي وغيرهم)

Maksudnya: Daripada Ummu Salamah r.a, "Bahawa nabi saw pernah mengerjakan dua rakaat lagi sesudah witir dalam keadaan duduk. (riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dll)
Daripada hadis di atas jelas menunjukan boleh melakukan ibadat solat bagi mereka yang telah melakukan solat witir. Dia tidak perlu mengulangi solat witirnya berdasar hadis di bawah.

عن علي أنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: لا وتران في ليلة
(رواه أبو داود والنسائ والترمذي وحسنه)

Maksudnya: Daripada Ali r.a bahawa dia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Tiada dua witir dalam satu malam". (riwayat Abu Daud, An-Nasaai, Tirmizi dan dia menganggapnya sebagai Hasan).

2) Pandangan yang kedua pula ialah dia perlu terlebih dahulu menggenapkan witir yang awal dan selepas itu barulah dia mengerjakan solat-solat sunat yang ingin dilakukan. Akhirnya dia menutup solatnya dengan witir yang baru. Antara sandaran kepada pendapat ini ialah hadis berikut:

Daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah telah bersabda: "Jadikanlah witir sebagai akhir sembahyangmu di malam hari". (riwayat Jamaah kecuali Ibnu Majah)

Sebagai kesimpulan, permasalahan ini berlaku khilaf di kalangan ulama. Setiap pandangan mempunyai hujah masing-masing dan kedapatan hujah-hujah lain yang tidak disebutkan di sini. Beramallah dengan mana-mana pandangan di atas dalam keadaan anda mengetahui sandaran dan hujahnya. Saya akhiri jawaban ini dengan membawa hadis nabi seperti berikut:

عن أبي مسعود الأنصاري رضي الله عنه قال: كان رسول الله صلي الله عليه وسلم يوتر أول الليل
وأوسطه وآخره (رواه أحمد بسند صحيح)

Maksudnya: Daripada Abi Mas'ud al-Ansori r.a bahawa dia telah berkata: Adalah Rasulullah saw telah melakukan solat witir di awal malam, di pertengahan malam dan juga di akhir malam. (riwayat Imam Ahmad dengan sanad yang sahih)

Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan:
1) Fiqh sunnah
2) Pelbagai

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS


Sekadar berkongsi..
Jzkk akhi Fariz Danial
*********************
Azrin Al-Fateh

Suratku kepada suami muslim yang mulia [CP]


Khas buat para suami dan bakal suami.... Penulis HB hanya Copy & Paste, untuk manfaat bersama...



Assalamu’alaikum wr.wb.

Aku suka memanggil kamu dengan nama di atas. Ia bukan satu panggilan tradisi, sebaliknya ia satu panggilan yang disukai dan digemari Rasulullah s.a.w.. Aku akan beritahu kamu selepas ini dengan izin Allah, kenapa nama ini dipilih.

Adapun sebab aku menulis surat ini ialah beberapa aduan daripada akhawat anggota jamaah IM telah sampai kepadaku. Begitu juga aduan daripada akhawat yang bukan anggota IM. Meskipun aku rasa bertuah kerana diberi peluang hadir di muktamar akhawat yang diadakan beberapa minggu yang lalu di dewan muktamar university al-Azhar di bawah slogan: al-mar’ah al-Misriyyah… min athaurah ila an-nahdhah (Wanita Mesir.. dari revolusi kepada kebangkitan memajukan negeri), dan aku telah berbicara kepada mereka tentang kewajipan wanita di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, tetapi kita mesti tahu bahawa di sana terdapat hak-hak mereka daripada lelaki yang merupakan tanggungjawab aku dan tanggungjawab kamu.

Sesungguhynya aku memilih untuk berbicara kepada kamu secara langsung, mengingatkan kamu peranan yang dipikulkan Allah ke atas bahu kamu, yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu ketika baginda berada di ambang kematian. Ia merupakan wasiat terakhir yang paling berharga pernah diungkapkan oleh orang yang berwasiat.

Tuhan yang memiliki kebesaran berpesan kepada kamu supaya menjadikan hubungan kamu dengan isteri kamu bertunjangkan mawaddah dan rahmat, dibaluti kesedaran akan masuliah (pertanggungjawaban). Maka kamu adalah pengemudi bahtera keluarga. Kepimpinan kamu adalah kepimpinan yang berupa pertanggungjawaban, bukan penghormatan. Tuhan kamu berpesan supaya kamu jangan lupa kerana jika kamu lupa, kamu akan dilupakan. “… dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Al-Baqrah:237). Al-fadhl ialah kamu memberi lebih banyak daripada kamu meminta, kamu mengambil hak kamu lebih sedikit daripada yang sepatutunya.

Dia berkata kepada kamu, bahawa kamu melindungi isteri, anak-anak daripada kemudaratan dan perkara yang membahayakan sama ada dari aspek kebendaan dan maknawi, juga usaha kamu membawa manfaat kebendaan dan maknawi kapada mereka merupakan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kamu sejak mula dijadikan ayah kamu Adam dan ibu kamu Hawwa sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.” (Ta Ha:117)

Dan Rasulullah Musa a.s. telah merealisasikannya secara amali, sebagai mematuhi tuntutan Ilahi yang penuh dengan hikmah yang sangat mendalam maknanya “Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan.” (Ta Ha:10). Ayat ini mahu menyampaikan bahawa Musa seoalah-olah berkata kepada keluarganya: kamu tunggu di sini! Aku akan meninjau keadaan sekitar untuk mengelakkan kamu daripada bahaya dan perkara yang memudaratkan. Dan aku akan bawa kepada kamu perkara yang bermanfaat dari segi maddi dan maknawi.

Dan Allah juga telah menjadikan ikatan hubungan suami isteri ini dengan aqad yang kukuh yang diikat sendiri oleh kamu. Kamulah yang wajib memeliharanya. Allah akan menghisab kamu faktor-faktor yang menjadi ikatan itu kekal kukuh atau terburai “Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?” (an-Nisaa’:21)

Adapun kesalahan wanita atau keaipan mereka, ia seumpama keaipan kamu dan kesalahan kamu. Kedua-dua kamu perlukan kesabaran untuk merawatnya. Namun tali kekangannya tetap berada di tangan kamu agar kapal ini hanya dikemudikan oleh seorang individu sahaja. Urusan keluarga bukan tempat untuk berebut kuasa atau beradu tenaga untuk jadi ketua sabagaimana yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan musuh-musuh kemanusiaan untuk mencarikkan ikatan yang suci ini. Mereka cuba menyalakan api pertentangan antara lelaki dan perempuan dengan mengunakan setengah kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian suami dan mengaitkan kesalahan itu dengan sistem Islam, syariah rabbaniah yang telah meletakkan tanggungjawab kepimpinan di bahu lelaki, semua lelaki ke atas semua wanita, demi memelihara kesejahteraan masyarakat.
Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan dengan ringkas dan padat semua sistem-sistem yang diperlukan oleh manusia. Semua itu tersimpul di dalam beberapa ayat yang sangat ringkas. “Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (Maksud al-Lail:1-3)
Malam dan siang, lelaki dan perempuan, saling bergandingan, lengkap melengkapi. Bukan berebut dan bersaing. Tiada kelebihan yang satu ke atas yang lain kecuali dengan melaksanakan peranan masing-masing.

Sebagai contoh, lihat isteri Firaun. Firaun mendakwa dirinya sebagai tuhan. Namun dakwaan itu sedikitpun tidak menjejaskan iman isterinya. Sebaliknya dua orang wanita lain yang menjadi isteri kepada dua orang nabi yang mulia, tidak mendapat apa-apa kelebihan di sisi Allah di sebabkan keingkaran mereka. Dan Maryam pula, seorang wanita solihah yang tidak bersuami. Jadi setiap individu mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Ia dihisab secara berasingan daripada pasangan masing-masing. Setiap orang mempunyai masuliah fardiah yang tidak boleh dipikul oleh orang lain.

Ketika Nabi s.a.w. menyebut bahawa wanita seperti tulang rusuk yang bengkok, itu tidak bermakna keaipan bagi wanita kerana wanita tidak menciptakan dirinya sendiri. Dari sisi lain kita dapati tulang rusuk yang bengkok itulah sebenarnya bentuk yang paling baik dan paling ideal. Kalaulah tidak kerana tulang rusuk itu bengkok, jantung tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan dapat menjalankan pungsinya membekalkan darah ke seluruh anggota. Sepasang paru-paru juga begitu. Jika tulang rusuk tidak bengkok, seluruh tubuh tidak dapat bernafas, insan tidak akan hidup sihat dan sejahtera, tidak akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya.

Justeru, Allah Azza wa Jalla berkata, ketika kamu tidak suka kepada sesuatu perkara yang ada pada isteri kamu – kesempurnaan itu hanyalah milik Allah jua - kamu juga tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Dalam kontek ini Allah berfirman maksudnya: “… Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa’:19)

Rasulullah s.a.w. pula telah menghuraikan perkara ini dengan terperinci dan praktikal yang kamu boleh laksanakan dengan segera. Kamu yang mesti laksanakan, bukan dia (isteri kamu) kerana kamu adalah pengemudi, kamu yang bertanggungjawab. Baginda bersabda maksudnya: “Janganlah seorang mu’min itu (suami) membenci seorang mu’minah (isterinya) kerana boleh jadi dia tidak suka pada sesuatu perangainya, dia suka perangainya yang lain”. Maksudnya di sini, jika kamu melihat sesuatu yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip iman, maka kamu mesti mengubah mood kamu sendiri, sehingga kamu dapat melihat dan mengiktiraf kelebihannya dari aspek yang lain yang pastinya terlalu banyak yang kamu sukai. Maka dengan itu perasaan benci dengan segera akan bertukar menjadi sayang.

Aku ingin mengingatkan kamu satu maklumat yang simple yang kadang-kadang kita lupa. Tidakkah zakat fitrah isteri kamu, anak-anak dan khadam kamu yang bayar walaupun isteri kamu seorang yang kaya raya? Itu merupakan lambang pertanggungjawaban yang dipikulkan ke atas kamu kerana itu bukan zakat harta. Zakat harta yang dimiliknya adalah tanggungjawab dia sendiri. Dia yang mesti tunaikan secara berasingan daripada kamu. Awas kamu! Jangan ambil sedikitpun daripada hartanya tanpa izinnya dan jangan halang dia berbuat baik kepada keluarganya mengikut sukanya. Jika kamu berbuat demikian maka hisab kamu di sisi Allah amat sukar. Allah mengharamkan kezaliman ke atas diriNya dan menjadikan kezaliman itu haram ke atas sesama hambaNya.

Jadilah kamu orang yang sentiasa setia kepada isteri kamu kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa setia kepada isterinya Khadijah r.a., kesetiaan yang sungguh indah sehingga selepas Khadijah meninggal dunia. Ia menjadi contoh bagi seluruh umat manusia. Begitu juga baginda tidak menyembunyikan perasaan cintanya kepada Aishah r.a. ketika baginda ditanya siapakah manusia yang paling baginda cintai. Maka dengan spontan baginda menjawab dengan terang dan tegasa: “Aishah!” Lalu sahabat berkata bahawa mereka bukan tanya tentang wanita, dan sekali lagi baginda menjawab: “Ayahnya!”. Baginda tidak berkata “Abu Bakar”, sebaliknya berkata: “Ayahnya”. Ia memberikan gambaran hubungan mesra dan intim antara baginda dan Aishah dan secara tidak langsung menggambarkan kedudukan Abu Bakar di sisi baginda.

Adakah kamu fikir ada ungkapan yang lebih indah daripada ini bagi menggambarkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya? Unggkapan yang begitu tulus lahir dari bibir suami pastinya mampu memadam apa-apa kesilapan dan perselisihan antara kamu berdua.
Seandainya masalah yang kamu hadapi, na’uzubillah, sudah sampai ke tahap bercerai, dan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah, isteri yang diceraikan itu berhak tinggal di rumah kamu, hak yang ditentukan sendiri oleh Allah, agar dengan keberadaannya di rumah itu, hati kamu dan hatinya akan jadi lembut, dan perselisihan yang berlaku sebelumnya akan lebur. Tidakkah kamu nampak, dalam keadaan yang begitu genting sekalipun, Allah tetap menghendaki kamu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Perhatikan ayat-ayat berkaitan dengan talaq, kebanyakannya dibasahi dengan ciri-ciri kelembutan dan kebajikan. Lihat surah at-Talaq ayat 1 hingga 3.

Akhirnya jangan kamu lupa wasiat perpisahan kekasih kita s.a.w. “Hendaklah kamu berpesan agar berbuat baik kepada wanita…”. Sungguh mengkagumkan, wasiat ini digandingkan dengan wasiat supaya menjaga solat. Tidakkah kamu rasa bahawa ia merupakan suatu perkara yang sangat penting?

Justeru, wahai saudaraku para suami, di manapun kamu dan dalam keadaan apapun, maka setia dan setialah kepada isteri kamu! Berbuat baik dan berbuat baiklah kepada isteri kamu! Beri perhatian dan beri perhatianlah kepada perasaan isteri kamu! Berbakti dan berbaktilah kepada keluarga isteri kamu! Bantu dan bantulah isteri kamu untuk berbakti kepada keluarganya. Bawalah isteri kamu memikul bersama kamu beban keluarga dan beban dakwah. Jadikan dia sandaran belakang kamu supaya dia dapat berjalan seiring kamu sambil membawa risalah dakwah yang diwajibkan Allah ke atas kamu.

Awas dan awas daripada mengambil hartanya tanpa kerelaannya. Adapun jika dia rela, Allah telah jelaskan hukumnya di dalam firmanNya yang bermaksud: “… Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (An-Nisaa’:4)

Ingat neraka dan neraka! Selamatkan isteri kamu darinya. “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka…” (At-Tahrim:6)

Ingat syurga dan syurga. Bawalah dia bersama kamu serta anak-anaknya. “Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;” (Ya Sin:56)

Dan ingatlah juga bahawa orang yang terbaik dalam kalangan kita ialah yang paling baik kepada isterinya. Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. orang yang paling baik kepada isterinya dalam kalangan seluruh umat manusia. Maka adakah kita mencontohinya?

Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menamakan kamu suami yang mulia (zauj karim) selama kamu melaksanakan wasiatnya yang bermaksudnya: “Tidak memuliakan wanita kecuali orang (suami) yang mulia, dan tidak menghina wanita kecuali orang yang tercela!”. Maka jadilah kamu wahai saudaraku suami muslim yang mulia. Semoga Allah berkati kamu pada isteri kamu, harta kamu dan anak-anak kamu. Semoga Allah rahmati ibu bapa kamu dan ibu bapa isteri kamu sama ada mereka masih hidup di dunia ini atau telah berpindah ke alam abadi. Semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebaikan dunia dan akhirat. Semoga Allah berkati zuriat kamu berdua.

Sesungguhnya aku telah berbicara kepada para isteri dalam muktamar lepas dengan membawakan satu Hadis yang menjamin pahala untuk mereka, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redanya kamu kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.

Aku berharap kamu tidak lupa kepada kami dalam doa-doa kamu yang baik-baik.
Was-salamu’alaikum wr.wb.

Saudara kamu,
Dr. Muhammad Badi’
Murshid Am Ikhwan Muslimin.

Daripada blog: Ustazah Maznah Daud (Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia)

Link artikel asal:

Jaulah Rentap KITA 2011

Salam semua pembaca Halaqah Borneo... Moga dibawah limpahan rahmat Allah...

Kami ingin mengucapkan ribuan Jazakallah kepada Ikhwah2 yang terlibat dalam MISI RENTAP 2011 pada 24- 27 Jun 2011 di sekitar bumi Sarawak...



Tahniah kepada Henshin production..... Moga Ukhuwah kita yang sudah tersemai di Bumi Sarawak, menjadi dalil dan bukti hati kita telah disatukan oleh Allah disini... banyak tarbiyyah yang kita dapat sepanjang jaulah dalam MISI RENTAP 2011 ini... Inilah wasail Tarbiyyah yang kita lalui, yang akan mematangkan kita akan erti Tarbiyyah dan Dakwah yang sebenar..

Akhi sekalian, tarbiyah adalah sesuatu yang hidup dalam jiwa2 kita... dan Inilah tarbiyyah yang kita lalui sepanjang Misi Rentap yang akan menghidupkan hati2 dan jiwa2 kita... Kita mesti bersyukur kerana Allah memberi kita peluang untuk merasai nikmat Tarbiyyah ini...

Insya Allah VIDEO yang dibuat KHAS oleh Amar HENSHIN menjadi kenangan kita bersama.. andai ada ketika dan masa kita sedang futur lihatlah kembali VIDEO JAULAH RENTAP ini.. agar ia menguatkan semula diri kita dan mengimbau semula IKRAR Pemuda RENTAP yang kita lafazkan bersama akhi Firdaus Shah...

Ingatlah Hadis Ini:

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسْ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

[رواه البخاري ومسلم]

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahu 'anhu, pembantu Rasulullah saw dari Rasulullah saw, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ingatlah ikhwah sekalian, agar kita saling menguatkan setiap seorang dengan tarbiyyah ini untuk terus berlangsung dalam jiwa2 kita.. selalulah menasihati ikhwah2 agar terus ikhlas dan terus bersemanagat dalam menyusun amal2 tarbiyyah diri terutama Tarbiyyah Dzatiyah (Tarbiyyah Diri Sendiri) kerana tarbiyyah dzatiyah ini adalah yang terpenting ketika masa cuti semester yang panjang ini..

Di kesempatan ini, ana juga ingin mendoakan dan mengingatkan anak2 usrah ana di UPM terutama Group Henshin, Group Handasah agar dapat mengikuti segala perencanaan tarbiyah yang telah disusun oleh KITA sepanjang cuti.. Jangan lupa Liqa Zon KITA.... Moga ia menguatkan Iman dan Taqwa kita.... Begitu juga dengan ikhwah2 lain ( Group2 KS, ASPER, G6, G7, MixRah, Hawariyyun) sentiasalah contact2 untuk saling tazkirah untuk kita bersama.

Firman Allah:

"Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." [103: 2-3]

Semoga kita terus Istiqamah di Jalan Dakwah ini, Kita terus Istimrar dalam amal Tarbiyyah Pemuda Kita dan kita terus Tsabat di Jalan Dakwah dan Tarbiyyah ini...

Misi RENTAP = Rencana Tarbiyyah Amal Pemuda!!!





Misi RENTAP = Rencana Tarbiyyah Amal Pemuda!!!



*****************************

Akhi Azrin Al-Fateh
Merindui yang merindui...
Menyayangi yang menyayangi...

Mengasihi yang mengasihi...

Mentarbiyyah yang mengingini
....

Inilah Tarbiyyah KITA

Salam semua pembaca HB... Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah... semoga Allah bersama dengan kita orang2 yang sabar dan orang yang bersungguh dalam melakukan Amal Islam dan menegakkan Kalimah ISLAM ini.

Insya Allah kali ni, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai nikmat dan Indahye hidup dalam Tarbiyyah ISLAMIYAH....


Usrah @ Halaqah KITA



Brothers and Sisters,

Sesungguhnye nikmat Tarbiyyah Islamiyah ini tidak dapat diungkapkan dengan kata2... kerna ianya sangat berbeza.. ibarat nye jika kita katakan Laksa Sarawak sedap, ianya hanya dapat dirasakan bagi yang sudah merasai Laksa Sarawak... tetapi yang hanya mendengar ia hanya dapat menduga sahaja rasa Laksa Sarawak itu, kerana ia belum merasainye...

Tarbiyyah Islamiyah juga perlu berterusan dan istiqamah, samaada kita bersama kawan2 seusrah @ sehalaqah atau kita bersendirian. Mutabaah ibadah (amalan ibadah kita) juga perlu dijaga setiap masa, bukan bila hanya mengikut musim dan mengikut aktiviti bersama. Kerana Tarbiyyah Islamiyah ini tidak akan berhasil jika kita tidak istiqamah dan juga berusaha menambah kualitinya.



Mukhayam Sarawak KITA


Begitulah yang dapat digambarkan dengan Tarbiyyah Islamiyah ini... jap, tahu ke apa maksud Tarbiyyah Islamiyah???
hmm...., kalau belum tahu saya bagitau....

Ikhwah dan Akhwat sekalian,

Tarbiyyah:

Tarbiyyah dari segi bahasa berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan. Manakala dari segi istilah, perkataan Tarbiyyah membawa pengertian cara terbaik (ideal) dalam berinteraksi dengan fitrah manusia (secara fitrah, tanpa paksaan), baik secara langsung (berupa kata-kata) mahupun secara tidak langsung (berupa keteladanan, sesuai dengan sistem dan wasilahnya yang khas) untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju keadaan yang lebih baik.

Tarbiyyah Islamiyyah:

Tarbiyyah Islamiyyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Sumber-sumber ini adalah sumber-sumber Rabbani. Atau dalam pengertian yang lebih khusus Tarbiyyah Islamiyyah bererti proses mempersiapkan individu dengan persediaan yang menyentuh seluruh aspek kehidupannya, meliputi: rohani, jasmani dan aqli (akal fikirannya). Ianya bersifat integral dan komprehensif. Tarbiyyah Islamiyah adalah proses penyediaan manusia yang soleh , yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, matlamat, ucapan dan tindakannya secara menyeluruh. Keseimbangan di sini bermaksud jangan sampai kemunculan suatu potensi menyebabkan lenyapnya potensi yang lain.

Dengan proses tarbiyyah inilah generasi sahabat dididik oleh Rasulullah s.a.w. sehingga berjaya melahirkan Generasi Rabbani yang mendapat jolokan dan pujian daripada Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud:

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”(Ali ‘Imran: 110)

Dengan meneliti dan menghayati Generasi Rabbani ini pula, kita akan lebih memahami pengertian tarbiyyah secara mendalam dan praktikal. Oleh itu salah satu sarana utama didalam memahami dan menghayati serta melaksanakan tarbiyyah ini ialah Sirah.

Tanpa penghayatan sirah, kita hanya mampu melihat tarbiyyah dan konsep dan pengertian yang kaku dan baku. Kita mungkin menganguminya tetapi tidak mampu menterjemahkannya dalam kehidupan seharian. Kerana Tarbiyyah ini bukanlah hanya teori dan retorika, ianya bersifat praktikal.


Rehlah (R.U.H.I) KITA

Bro and sis,

Insya Allah, kehidupan ini perlu diisikan dengan nilai-nilai Tarbiyah Islamiyah yang suci, murni dan sebenar. Ini adalah kerana kita ingin melahirkan individu muslim yang mempunyai Akhlak yang mulia hasil dari Tarbiyyah Islamiyah ini. Kita tidak mahu lahirnya individu muslim yang salah faham akan nilai tarbiyyah. Alhamdulillah didalam buku keluaran Pustaka Buku Putih KITA, bertajuk, "Tarbiyyah Islamiyah dan Madrasah Hassan Al-Banna" karangan Dr Yusuf Qardawi menyatakan bahawa nilai Tarbiyyah Islamiyah ini perlu difahami secara teori dan juga diamalkan secara praktikal.

Moga kita dapat mengisi kehidupan ini dengan mengenali ISLAM yang syumul dan sebenarnya, Moga kita sentiasa menyeru manusia kepada ALLAH dan mengajak kawan-kawan kita kepada ISLAM bukan kepada diri kita atau kepada kepentingan diri atau institusi kita. Ikhlaskan niat kita, agar semua manusia dapat mengenali ISLAM dan juga merasai nikmatnye Tarbiyyah Islamiyah Ini...


Akhi wa ukhti,

Kita perlu tanam cita2 dan harapan agar semua manusia dapat menikmati Indahnye dan manisnye Tarbiyyah ini, kerana mereka berhak menerima Tarbiyyah Islamiyah. Kita juga perlu medakwahi mereka secara fitrah, dengan mengenalkan ISLAM kepada mereka terlebih dahulu daripada yang selainnye, kita juga harus mendekatkan mereka dengan Nilai2 ISLAM sebenar seperti, baca Al-quran, baca Mathurat dan sebagainye, malah kita harus memperlihatkan Akhlak yang baik, kerana ini akan mencerminkan ISLAM yang sebenar kepada mereka yang akan di Tarbiyyah Islamiyah.

Moga ikhwah dan akhwat terus memburu cinta Allah dan terus memahami Tarbiyyah Islamiyah ini dan melaksanakan amal Islam dengan Ikhlas... Ingatlah sampaikan Dakwah ini dengan Hikmah dan Bijaksana dan secara Fitrah, agar ISLAM lebih mulia.. dan buanglah segala kepentingan diri kita sendiri, kerana kita hanya menyeru manusia kepada ALLAH.

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Surah Yusuf, 12:108)






"Give the best, and we will get the best, Let's us change our self in Tarbiyyah Islamiyah"

**************************************************
Akhi Azrin Al-Fateh
Sepetang di Bunga Seroja...

Kenali Penulis lebih lanjut di FB: Gr-Engr Mohd Azrin