Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Hijrah 1431H,, Bersedia ke 2010M

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman…!!

Sejarah Ringkas Hijrah

UMUMNYA hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ini adalah makna dari segi makaniyah (tempat). Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah SAW berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi.
Mengenai hijrah ke Yathrib, Rasulullah SAW ada menceritakan dalam hadisnya yang bermaksud:
“Aku melihat dalam tidurku aku berhijrah dari Makkah ke satu tanah yang banyak pokok kurma. Pada mulanya aku menyangka Yamamah atau Hajar, rupa-rupanya ia adalah Madinah, iaitu Yathrib.” – (Hadis riwayat Bukhari)

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah.

Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib).

Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar.

Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah.

Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

Jika dari sudut Makna Ma'nawiyah( tersirat), hijrah adalah dari sikap ang negatif kepada sikap yang positif.. Dari malas berdakwah, kepada rajin berdakwah.. dan hijrah ini adalah yang terpenting dalam membentuk peribadi shaksiyah Muslim kita.. Hijrah untuk melawan hawa nafsu kita... Dan dalam sirah Hijrah Rasulullah juga pekara sebegini tersirat. Seperti Meninggalkan kecintaan kekayaan dunia di mekah menuju madinah.. Ini adalah Hijrahnya sahabat Rasulullah, Usman Affan, Abdur Rahman Auf dan juga Abu Bakar As-Siddq...

Jadi persoalnanya, Adakah kita dapat memahami erti Hijrah dari sudut makaniyah dan Ma'nawiyah?

Adakah kita sudah mengimplimentasikan dalam kehidupan kita?

Adakah kita sudah benar-benar berHIJRAH....

Ayuh berhijrah menuju ALLAH...

selamat menyambut Maal Hijrah 1431H..

Dan Selamat Tahun Baru 2010M....

BERSIAP UNTUK HIJRAH!!!

Salam buat pengunjung dan pembaca halaqah borneo!

Semoga kita semua dalam Rahmat Allah Ta'ala... akhi wa ukhti, kehidupan ini terasa semakin singkat. Setahun rasanya, bagaikan sebulan, sebulan rasanya bagaikan seminggu, seminggu rasakan bagaikan sehari... Sungguh cepat masa meninggalkan kita...

Teringat ana satu hadis dalam sebuah buku 40 hadis tentang peristiwa akhir zaman. Hadis ini di riwayatkan oleh Tarmidzi yang berbunyi," Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".

Masya Allah, memang benarlah apa yang Rasullah sabdakan... dan itulah yang ana rasakan sekarang... Ya Allah moga setiap detik waktuku diisi dengan kebaikan... Amin..

Sedar tak sedar, kita akan meninggalkan tahun 1430H dan akan memasuki tahun baru Islam 1431H pada 18 December ini.. Adakah setahun yang lalu kita dapat isi dengan kebaikan atau kita isikan jiwa kita dengan perkara yang tak berfaedah.... hanya kita sahaja yang tahu... ana sediri merasakan masih banyak perkara yang belum sempat ana selesaikan pada tahun ini, masih banyak perkara yang tak sempat nak settelkan... subhanallah, moga ana masih ada waktu untuk menyelesaikannye sebelum tahun depan..

Kali ini ana tak nak posting panjang2, cuma ana nak berkongsi sedikit satu video yang agak menarik, dan memang menarik pun.. Video tentang jom kita berHALAQAH atau join USRAH... Ana tak tahi nak kredit video ni pada siapa, tapi semoga yang buat video ni dapat pahalanya.. Apa-apa pun video ni menjadi menarik sebab dia di edit dari video TRANSFORMERS...

Ana harap antum yang melihat dapat mengambil ikhtibar dan bersemangat utk approach madu' ke HALAQAH atau ke USRAH.... Ayuh kawan-kawan semangat berdakwah deh !!!!.





Salam Hijrah dari HALAQAH BORNEO
3 hari lagi utk tahun baru Hijrah 1431H
28 Zulhijjah 1430H/ 15 Dec 2009

Drama NURKASIH

Salam kepada semua pembaca dan penziarah Halaqah Borneo (HB).. Alhamdulillah pada kali ini ana nak berkongsi sedikit tentang sebuah drama siaran TV3. Drama ni slalu disiarkan setiap malam jumaat di tv3.. Drama NURKASIH.. itulah sebuah drama yang menjadi sebutan dan bualan hangat setiap lapisan generasi dan juga masyarakat...

Kalau zaujah ana, dia bagitau kalau di pejabatnya semuanya sibuk bercerita tentang drama NURKASIH ni.. tertanya-tanya, ... "eh, apa yang akan terjadi pada nur kalau Adam mati?...", "kesian tengok nur...", "jahatnye si sarah tu, hmmm geram betul dengan perangai dia.." dan bermacam-macam lagi dialog mereka tentang NURKASIH ni...

Kalau ana pulak, adalah satu ketika kat Warong 2000, tengah makan ngan zaujah, ana order nasi goreng kampung... tapi akak si tukang masak tu lambat betul masak... takut tertinggal scene NURKASIH... skit-skit tengah masak keluar, nak tengok apa yang berlaku... dan kalau kat pejabat ana pun sama.. kalau pergi pejabat am... mesti dengar punye akak-akak admin cerita pasal NURKASIH... sungguh hebat drama ni....

Sehingga menjadi tanda tanya bagi kami berdua.. nak tengok kat rumah kami tak de tv... tapi kami cubalah cari guna internet.. akhirnya dapat juga tengok kat tv3 online.. tapi kami tgk pun taklah dari awal hanya beberapa episod sahaja... tapi banyak juga ikhtibar yang dapat kami ambil dari cerita ni.. cerita ni nak kata 100% islamic tak juga, tapi boleh kata 80% islamic.. byk pengajaran buat ibubapa bagi mendidik anak, buat anak2, buat suami isteri dan juga jiran masyarakat..... tu yang dpat kami simpulkan, walaupun cerita ni melihatkan cinta, tapi elemen cintanye sangat bagus.. cinta Allah, ibu bapa, agama, isteri, suami, adik beradik... subhanallah....

Tapi, drama ni dah lama habis dah, dah 2 minggu habis.. tapi sungguh hebat penangannye.. sekarang pun dah dikeluarkan DVD NURKASIH... kat bawah ni ada beberapa pengajaran yang boleh diambil dari drama NURKASIH ni.... moga kita dapat abil ikhtibar bukan hanya sekadar melihat drama ini sebagai suka2 je tapi tak dapat ibrah...




Perihal Anak Muda

”Kalau saya jadi Sarah, saya pun akan jadi seperti itu”, komen adik di sebelah.

Saya kurang memahami. ”Seperti yang bagaimana?”.

”Lihatlah cara ibu bapa mereka melayan Sarah dan kakaknya. Jauh berbeza”, komen yang lahir dari hati seorang anak muda.

”Ye tak ye juga”, hati kecil saya mengakui.

Jika saya membuat bancian, pasti ramai yang amat tidak menyukai watak Sarah. Tidak terkecuali watak Adam di awal cerita. Geram, marah, benci! Jauh berbeza dengan watak Aidil dan Nur Amina.

Ironinya, Sarah dan Adam dibesarkan dalam sebuah keluarga berpendidikan agama. Namun, seperti lirik lagu, iman tidak dapat diwarisi.

Terdapat beberapa persamaan antara watak Adam dan Sarah yang berperang dengan jiwa muda. Sifat terburu-buru, tidak sabar. Sifat melawan, tidak mahu mendengar kata. Sekalipun ibu bapa telah berusaha dan berdoa, sikap mereka tidak bertukar.


Paradigma Uda dan Dara

”Adam jahat! Adam anak setan!”, kata-kata Adam sewaktu kecil yang menempah tamparan daripada Mak Jah.

Begitulah paradigma yang terbentuk dalam diri Adam. Dia seorang yang jahat. Lebih-lebih lagi apabila Ustaz dan Mak Jah mendidik Adam dengan kekerasan. Mereka sendiri mengakuinya tatkala berbicara di kamar tidur.

”Mungkin cara didikan kita pada Adam silap. Selalu sangat dipukul. Jadi bebal anak tu”, luah Mak Jah, naluri seorang ibu berbicara.

Sekalipun Adam kelihatan `jahat`, masih terselit ketaatannya pada ibu bapa.

Ketika Ustaz sakit, Adam tetap pulang selepas dipujuk Aidil. Selain itu, niat Adam untuk pulang segera ke Australia dibatalkan apabila Ustaz jatuh sakit sekali lagi. Babak di kampung diakhiri dengan Adam mengikut kehendak bapanya, berkahwin dengan Nur (kisah dia mengabaikan Nur satu perkara lain).

Berbeza dengan watak Sarah. Salah satu paradigma Sarah ialah mabuk bercinta tidak berbalas. Cinta buta. Selepas berusaha sedaya upaya mendapatkan cinta, barulah Sarah tersedar, ”Buruk sangat ke Sarah mak?”, tanya Sarah pada diri sendiri sebenarnya. Pertanyaan ketika di episod akhir.

Kata orang, hendak dijadikan cerita. Kata saya, lihatlah, penulis tidak menjadikan cerita sia-sia!

Menganjak Paradigma

Bayangkan watak Adam dan Sarah, paradigma mereka telah terbentuk hampir 20 tahun. Maka, untuk mengubah paradigma mereka ke arah yang positif, tentunya mengambil masa yang lama. Paradigma tidak berubah sekelip mata. Dengan izin Allah jua.

Paradigma seseorang terbentuk sejak lahir. Banyak faktor yang mempengaruhi lalu membentuk persepsi. Ibu bapa, kawan-kawan, persekitaran dan media antara faktor yang menyumbang.

Menariknya, anjakan paradigma Adam dan Sarah bermula dengan ujian. Ujian terus dari Allah swt. Adam kehilangan anak sulungnya bersama Katrina. Kemudiannya Adam dipenjara. Sarah pula ditimpa kemalangan merempuh cermin.

Hidayah itu datang dengan pelbagai cara. Terpulang kepada individu melihatnya dengan mata hati. Hidayah melalui pencarian. Hidayah melalui ujian!

Pencarian Diri Bermula

Ujian yang menimpa Adam dan Sarah merupakan faktor luaran, sesuai sebagai permulaan untuk menganjak paradigma. Namun, tidak menjamin usaha untuk terus mengubah diri ke arah kebaikan. Jelas mesejnya bahawa untuk berubah, bergantung kepada individu. Adam dan Sarah perlu mencari selepas mereka di uji!

Pencarian diri Adam diceritakan dengan panjang lebar berbanding Sarah yang `insaf` dihujung cerita.

Secara umumnya, pencarian Adam mengenal diri dan Islam perlu dimulakan dengan diri sendiri walau penuh rintangan. Usaha dimulakan sedikit demi sedikit, syaratnya istiqamah.

Adam memulakan pencarian tanpa bantuan abangnya Aidil. Bahkan, Adam menyedari, dia bertanggungjawab untuk mendidik Katrina, dirinya perlu berubah dahulu. Selain rintangan dari dalam diri, Adam perlu berhadapan dengan Katrina yang terkejut dengan perubahannya. Begitulah pencarian Adam bermula. Sunnah orang berjuang. Berjuang menentang diri sendiri. Berjuang menempuh rintangan.

Namun, Adam berusaha sedikit demi sedikit. Asalkan istiqamah. Sekali-sekala Adam terbabas. Katrina menjadi mangsa `kekasarannya`. Namapun terbabas, segalanya pulih bahkan bertambah baik apabila Adam menyedari kelemahannya. Kembali ke atas track sebenar.

Membentuk Diri

Setelah beberapa ketika mencari diri dan dalam masa yang sama cuba mengubahnya, sampailah ke satu tahap, Adam mampu untuk membetulkan kesilapan lamanya. Kesilapannya terhadap Nur Amina. Kesilapan terhadap ibu, ayah serta abangnya.

Tanpa ujian sebagai permulaan, tanpa pencarian diri dan Islam, sukar buat Adam untuk menjatuhkan ego sendiri bagi membentuk diri ke arah yang lebih baik. Malah, membaiki kesilapan lalu. Sukar.

Perubahan diri Adam berperingkat-peringkat. Adam tidak menjadi anak serta suami yang soleh sekelip mata. Bergantung kepada masa. Bergantung kepada izin Allah jua. Namun, Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya. Bahkan Allah lah yang paling dekat tatkala hambaNya memohon padaNya. Cuma, hamba ini yang alpa berusaha. Astaghfirullah!

Walaupun pada awalnya kaki Adam tersangkut untuk melangkah bersama ayah dan abangnya ke syurga, dia kemudiannya berusaha. Lalu Allah redha mengizinkan.

Sarah pula menjatuhkan egonya apabila benar-benar redha untuk melepaskan Aidil. Aidil yang cukup bertakhta di hatinya sehinggakan lupa bahawa pemilik mutlak hati seorang hamba adalah tuannya, Allah swt.

”Kak Nur kahwinlah dengan abang Aidil, Sarah tak kesah”, jelas keikhlasan diwajah Sarah dihujung cerita. Berbeza dengan dirinya yang bermuka-muka pada awalnya. Tanpa dinafikan, yang Maha Mengetahui ikhlas hanyalah Allah swt.

Berapa peratuskah `Sarah` dalam diri kita?

Aplikasi Buat Anak Muda

Mungkin kita tidak dilahirkan dalam keluarga ustaz mahupun imam seperti Adam dan Sarah. Namun, jangan kita lupa. Syarat untuk berubah adalah diri sendiri!

Apabila balighnya anak Adam itu, maka mereka mampu berfikir. Mampu untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Mampu untuk mencari diri dan Islam.

Buangkan tabiat menyalahkan ibu bapa, menuding jadi pada persekitaran dan media. Kita punya kuasa dan kawalan terhadap diri masing-masing. Berperanglah dengan diri sendiri untuk berubah. Berjuanglah walaupun sukar kerana kesukaran itulah sunnah.

Apabila wujud kemahuan untuk berubah, jangan mudah menyerah kalah. Membina diri ibarat membina bangunan. Andai tergopoh-gapah dan menggunakan short-cut, alamatnya robohlah. Tidak bertahan lama!

Sama-sama kita bersabar, jiwa muda. Selepas membina, cabaran untuk mempertahankannya pula. Mempertahankan iman dan Islam sehinggalah kita mati kelak.

Setiap Manusia Punya Kebaikan

”Sejahat mana pun seorang manusia, dirinya masih punya kebaikan”, tazkirah ayah pada suatu petang.
”Masih ingat cerita seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang? Apabila bertanya kepada seorang ulama`, bagaimanakah dirinya hendak bertaubat. Ulama` itu menjawab, lelaki itu tiada harapan, hanya layak ke neraka.”

”Maka beranglah lelaki tadi lalu dibunuhnya ulama` itu, mencukupkan 100 orang. Kemudian, lelaki itu berjumpa ulama` yang kedua. Soalan yang sama diajukan. Jawapan berbeza diberikan.”

”Kamu masih punya harapan untuk bertaubat kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang. Taubat nasuha”, begitulah berbezanya jawapan ulama` kedua. Jawapan penuh dengan kasih sayang. Dengan izin Allah jua Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Lihatlah manusia dengan kasih sayang. Kata orang, ”Hate the sin, not the sinner”.

Samada melihat orang disekeliling kita, mahupun kita melihat diri sendiri. Seburuk manapun, setiap diri punya kebaikan di dalam hati. Yakinlah.

Ujian datang dan pergi. Mata hati yang celik membuatkan diri mencari. Akhirnya membentuk diri. Sebelum pulang menuju ilahi.

Syaratnya diri sendiri!

p/s: dipetik dari link iLuvislam.com tulisan ZaffanKhalid

post by al-fateh,
11 December 2009/ 24 Zulhijjah 1430H

Saat Pemergianmu

Salam Pembaca dan penziarah Halaqah Borneo...



Semalam sempat menziarahi nenek kawan yang sedang sakit. Dan pagi tadi kawan tu memaklumkan lagi yang neneknya sedang nazak..Biler pergi melihat jasad yang sedang berbaring, mata si nenek tua tu nampak begitu sayu..tangan nya memegang erat tangan anaknya(makcik kawan)...sayu rasa di hati..dan di hujung kaki nenek tua itu adanya anaknya yang sulong memicit-micit kaki ibunya..sempat juga bertanya pada makcik2 tu sbb mereka pun dah kelihatan agak berusia dlm 60'an mungkin..andaianku.."Berapa umur nenek?" jawab makcik(anaknya yang sulong)"tak tau pulak" Aku dan zauj tersenyum...yer laah orang dah berusia..namun di garis wajah mereka, berwajah sedih. Namun sangat melayan kami sebagai tetamu.. suka lihat keluarga ini. Makcik yang satu lagi pun menjawab "Dalam 100 tahun.." Masya Allah panjang betul usia nenek tua ini..

Di luar bilik nenek tua itu, tetamu datang dan pergi...anak-anak dan saudara mara berkumpul menziarahi nenek ini. Cucu-cucu sedang bermain2 menghiburkan tetamu yang hadir...besar keluarga ini. Kawan ku itu mempunyai 10 orang adik-beradik...ramai betol...ada jugak kawanku yang adik-beradiknya 15 orang...subhanallah!

Pabila berbual-bual dengan ibu kawan ku di luar bilik...ibu tu berkata bahwa kawanku itu adalah cucu kesayangannya..hatiku berkata"patutlah dia sukar utk keluar, neneknya nak jugak dia yang jaga" ibunya berkata sejak dari kecil dia dah biasa tidor bersama si nenek..ehe..

Aku tak sempat menikmati adanya nenek! huhu hanya wajah nenek di gambar pasport hitam putih yang pernah ku lihat. Kata ayah, nenek(ibu pada ayah) orang nyer sangat tersusun dan tegas.. Kata ibuku pula nenek(ibu kepada ibuku) nenek seorang yang penyabar dan penyayang..dan sangat pandai memasak! ada lagi resepi masakan yang tak sempat ibuku pelajari ehe..(ibu ku ni kadang2 jadi tukang masak kat kg dulu2 sekarang dah tak berapa sihat).banyak ujian nenek ku sebelah ibu sehingga di saat kematiannya moga Allah merahmatinya. Nenek ku meninggal ketika ibu mengandungkan ku.

Owh setelah menikah, aku jua dihadiahkan keluarga zaujku yang cekap betul memasak! ehe..ibuku yang sangat penyabar, kak de' (cepat , tangkas dan sedap), kak long, ateh(rendang yg sangat sedap)

Cakap pasal makanan lak ehe...ibu pernah bagitahu pada ku, bila memasak jgn kedekut, buat sesedap mungkin dan masak dengan penuh kasih sayang...kasih sayang Allah.

***
Ooops bukan nak cerita pasal makanan...tetapi mengenai usia

Teringat dengan Anas Bin Malik antara sahabat yang dikurniakan Allah panjang usia dan anak yang ramai.

Usia lanjut merupakan sebuah keistimewaan.

Dalam sebuah hadits qudsi Rasulullah SAW menyampaikan firman Allah SWT, "Demi kemuliaan-Ku, keagungan-Ku, dan kebutuhan hamba-Ku kepada-Ku, sesungguhnya Aku merasa malu menyiksa hamba-Ku, baik laki-laki maupun perempuan, yang telah beruban karena tua dalam keadaan muslim".

Dalam hadits lain beliau bersabda, "Sebaik-baik diantara kalian ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya". (HR At-Tarmidzi).

An-Nahl ayat 70,
"Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu. Dan diantara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah, supaya tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa".

Rasulullah SAW selalu berdo'a, "Aku berlindung kepada-Mu dari usia yang paling hina".

***
Suatu kali Ma'an bin Zaidah mendatangi Al-Makmun.
Makmun bertanya, "Bagaimana keadaanmu di usia tua renta ini?".
Ia menjawab, "Aku bisa jatuh hanya karena tersandung kotoran unta, dan cukup diikat hanya dengan sehelai rambut".

"Bagaimana keadaanmu dalam makanan, minuman dan tidurmu?"

Ia menjawab,"Bila lapar, aku marah; dan bila makan, aku merasa jengkel. Bila berada di antara orang-orang, aku mengantuk; dan bila di atas kasurku, aku terjaga".

"Bagaimana keadaanmu dengan para wanita?"

Ia menjawab, "Kalau wanita yang buruk rupa, aku tidak menginginkan mereka; sedangkan para wanita yang cantik tidak menginginkanku".

Makmun berkata, "Kalau begitu tidak pantas orang sepertimu dianggap muda".
"Lipat gandakanlah imbalan untuknya dan haruskanlah ia menetap di rumahnya. Biarkan masyarakat yang mengunjunginya, dan jangan biarkan ia mengunjungi siapapun".

***
Moga kita termasuk orang yang diberkahi usianya. dan termasuk dalam hadits Nabi, "Sebaik-baik kalian adalah yang panjang umurnya dan baik amalnya".

Namun jika usia kita tidak panjang, ia tetap diberkahi dan tetap di dalam perkiraan Allah. Sepertinya Umar Abd Aziz.

note:

dulu ramai yang tak setuju, bila ku mencadangkan ini dan ini. kerna pd ketika itu, aku sorg yg berkerjaya. aku ttp sbar sbb aku perlukan tarbiyah. alhmdulilah ramai yang dah terbuka. namun spatutnya kita perlu mengambil tahu mengapa mereka meminta ini dan itu, selagi mereka masih berusaha utk dalam tarbiyah dan dakwah itu sendiri, kita harus menunaikan hak mereka. di segenap status manusia.

moga allah mengampuni kita kerana selalu berbuat silap dan mungkin menzalimi..ya allah berkahilah usia ku yang menuju alam 30.

Mengadu-ngadu(2)

Salam Pembaca dan penziarah Halaqah Borneo...

.....sambungan......

aku masih adanya penyakit yang adakala menghambat utk ku berbuat itu dan ini…ingatlah kisah Nabi Ayyub yang menderita penyakit selama 18 tahun, maka Ayyub berdoa,

83. Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), Sesungguhnya Aku Telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang di antara semua penyayang".

Lamanya Ayyub sakit sehingga menyebabkan orang benci menziarahinya..hanya 2 orang saudara dekatnya yang setia. Hurm…ketika aku sakit , tidak ada yang ziarah…alhmdlh suami masih ada menemani..ketika belum menikah hanya beberapa akhwat jua yang sanggup menjagaku…maka kisah Ayyub menjadi pengajaran buatku. Allah menjawab pengaduan Ayyub,

84. Maka kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.

Isk…isk!..kita mengadu lagi dan aku mengadu lagi..ketika aku berada dalam kesempitan ruang..ruang hati..kusut dan gelap!...tak tahan! Dan marah!..argh….mengapa kita semua bersikap begini…kenapa masalah ku tak selesai2…huhu!

Kisahnya Yunus menjadi jawapan,

87. Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), Maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap[967]: "Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, Sesungguhnya Aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."
[967] yang dimaksud dengan keadaan yang sangat gelap ialah didalam perut ikan, di dalam laut dan di malam hari.
88. Maka kami Telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari pada kedukaan. dan Demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman.

Aku sangat kepingin(berkehendakkan) zuriat…jangan biarkan kami berdua…tanpa pewaris yg soleh/solehah…bola-bola mata ku hangat..kerana bila ada yg bertanya mengenai zuriat,ia sangat menguji ketahanan air mataku dari mencurah!..ya Zakaria…moga ku tabah seperti mu…dan kurniaan Allah padamu jua menjadi harapan buat ku,

89. Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[968] dan Engkaulah waris yang paling Baik[969].
90. Maka kami memperkenankan doanya, dan kami anugerahkan kepada nya Yahya dan kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada kami dengan harap dan cemas[970]. dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada kami.
968] Maksudnya: tidak mempunyai keturunan yang mewarisi
[969] Maksudnya: Andaikata Tuhan tidak mengabulkan doanya, yakni memberi keturunan, Zakaria menyerahkan dirinya kepada Tuhan, sebab Tuhan adalah waris yang paling baik.
[970] Maksudnya: mengharap agar dikabulkan Allah doanya dan khawatir akan azabnya.

Dan sebelum ke akhir kali, ku dan pasti yang lain bermohon moga kami bersatu dengan kesatuan yang benar..yang qiyadiya ikhlas dan rahmatan..bukan yang lari dari tribulasi dari jalan dakwah..membina pecahan-pecahan..dan jundi-jundinya orang2 yang khusyuk, awwabin, shabirin dan a'bidin.

86. Ya'qub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah Aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan Aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya."

Ya, Allah kami dijelaskan itu dan ini dan masih lagi dijelaskan…maka aku berdoa..moga niatnya adalah utk menyatu..bagi yang terpecah…utk menjernih bagi yang kabur…utk membersih bagi yang kotor…utk menguat bagi yang melemah..utk membaiki bagi yg tersilap..utk menyusun dan merancang bagi yang kekalutan..utk berbuat dengan benar bagi yang berbuat atas kepentingan bukan keranaNya.

33. Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih Aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu Aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah Aku termasuk orang-orang yang bodoh."

Mustafa masyhur berkata
"Sebenarnya memisahkan diri atau keluar dari shaf hanya akan merugikan pembelot. Jamaah akan tetap beruntung. Pembelotan akan membersihkan shaf dari orang-orang yang berwatak pemecah atau orang-orang yang tidak memelihara persatuan.
…Dengan pertolongan Allah, jemaah tetap berjalan dengan baik…dengan kita ataupun tanpa kita!Tidak perlulah kita bersedih dengan nasib shaf kita. Tetapi kita patut bersedih buat kita dan orang yang kita cintai..kerana…kita mendapatkan berkah dan kebaikan jemaah."

Hassan Al Banna mengatakan,
"Kalau anda tidak bersama dakwah, maka anda tidak akan bersama dengan selainnya, sedang dakwah kalaupun tidak dengan anda, ia akan bersama selain Anda, dan jika Anda berpaling, maka Allah pasti akan menggantikan anda dengan generasi baru yang tidak seperti Anda

Bagiku, kadang2 tidak mengetahui itu lebih baik..namun bila tidak tahu bagaimana utk buat pilihan..layakkah aku/kami yang membuat pilihan sedangkan aku sendiri bukan yang berhak..kesian! huhu..fitnah itu ada banyak macam namun setakat apa yg dijalani hidup sekarang fitnah ‘orang’ yang berilmu itu lebih dahsyat..takut dan khuatir..moga Allah mengampuni dosa kita..yang masih kurang amal nasihat! Yang memberi nasihat dan yang menerima nasihat!

Alhamdulilah ana (niatku pendek sahaja utk korbanku!...dekatkanlah aku padaMU) dan zauj dimurahkan rezeki utk berkorban tahun ini…it’s so miracle! Perasaan ku meronta2..sangat gembira!Aku tak dapat kediaman dunia kali ini, tapi aku yakin..dan jua zaujku..ia adalah tanamn di akhir kelak! Kita sedang menanam tanaman2 di kehidupan yang abadi!Korbankanlah perasaan duniawi!

Allahu Akbar!

Mengadu-ngadu?

Salam Pembaca dan penziarah Halaqah Borneo...

Wahai hati yang berusaha dalam merapatkan diri padaMU!

Adakah kamu masih tidak bergantung padaNya? Padahal dia telah berfirman,

77. Katakanlah (kepada orang-orang musyrik): "Tuhanku tidak mengindahkan kamu, melainkan kalau ada ibadatmu. (Tetapi bagaimana kamu beribadat kepada-Nya), padahal kamu sungguh Telah mendustakan-Nya? Karena itu kelak (azab) pasti (menimpamu)".

Mengapa pengaduan kita perlu kepadaNya? Pasti keranaNya segala kesulitan, keresahan, kelemahan, kegalauan hati itu dileraikan, dilapangkan, dimudahkan dan disenangkan serta dibahagian oleh Allah sahaja… ya sungguh ku yakin pada Mu ya Allah Kerana jika kita mengadu kpd para ikhwan/akhwat/ibu/ayah/abg2 dan kakak…etc( ada ker mengadu pada kucing/kreta/lain?)dan tidak mengendahkan kita, eg ketika kita bertanya mana ukhuwwah? Ketika kita bertanya-tanya dan terus bertanya-tanya mengapa ini mengapa itu…boleh-boleh saja kita bertanya kepada manusia…(ya sekadar mana manusia akan menjawab pengaduan kita dan pertanyaan kita…adakah benar-benar memuaskan hati?) Kitalah yang perlu berlumba-lumba berbuat baik!

Ikhlas!Setiap diri kita harus menghargai sikap setiap orang.. ya ada yang berkata

“argh..masin betul makanan Sarawak ni!”(terasa gak ana..ehe) …orang yg sgt memilih mknnyer

Ada gak yang berkata “aduh tak jdi lah nak jumpa, susah betul nak cari parking”…org yg tak thn dn bersbr

Ada pulak yang berkata “ala..dia dah tak mcm dulu..lain dah skrg…”..org yg blm menerima prbhn org

Ada pulak yang mengadu”eleh, contac masa utk ajak program jer…time lain tak der pulak!”org yg tak sedar mungkin dia sendiri pun begitu..ekeke

mmm…byk lagi ..la…

Pastinya bab ukhuwwah itu tetap menjadi amal yang perlu muntij yang perlu kita berbuat..kita sama-sama kea rah amal yang muntij…bukan mudah…sekali lagi kan allah berfirman,

77. Katakanlah (kepada orang-orang musyrik): "Tuhanku tidak mengindahkan kamu, melainkan kalau ada ibadatmu. (Tetapi bagaimana kamu beribadat kepada-Nya), padahal kamu sungguh Telah mendustakan-Nya? Karena itu kelak (azab) pasti (menimpamu)".

Allah akan mengindahkan kita(melayani kita) jika kita beribadah padaNya…lalu bagaimana peribadatan kita pada Allah?

Kita ambil amal yg mudah..Bagi ana sendiri agak sukar jua…pelik jugak!

Iaitu zikir! Bagi yang kebiasaan subhanallah moga aku menuruti kalian!

Ketika kita menjadi pimpinan dan keputusan kita menyangkut ramai nya orang, aku teringat kisah Nabi Noah,

10. Maka dia mengadu kepada Tuhannya: "Bahwasanya Aku Ini adalah orang yang dikalahkan, oleh sebab itu menangkanlah (aku)."
11. Maka kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah.

Allah berkata,

75. Sesungguhnya Nuh Telah menyeru Kami: Maka Sesungguhnya sebaik-baik yang memperkenankan (adalah Kami).
76. Dan kami Telah menyelamatkannya dan pengikutnya dari bencana yang besar.
Dan sememangnya Allah memperkenankan pengaduan Noah
76. Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa, dan kami memperkenankan doanya, lalu kami selamatkan dia beserta keluarganya dari bencana yang besar.

…mengadu lagi…(bersambung)

Flowers Are Red


Salam to all Halaqah Borneo fans... if i can say that... and Salam Aidil Adha to all my members , ikhwah wa akhwat and all the readers..

This time, i just want to share about one song. This song i heard (in IKIM.fm Radio) while i driving on my way to Unimas after i ate with my beloved zaujah at Kuching.. This song is very nice to hear.. because there was a child sang togehter with Zain Bikha.. there are so cute to hear the child's voice...

Actually the song was originally sung by Harry Chapin with different verse of voice.. And then, it was sung back by Zain Bikha, Rashid Bikha, Mohammed Bikha, Dawud Wharansby Ali.

This song was told about how a teacher teach their students and how the students want to expand their creativity. The teachers should not blame the student if they have their own creativity, but should respect and give a motivations.. so the student will be like Adi Putra.. hehehe.... Then students also should follows and obey teachers direction if there was not wrong in Syariah Islamiyah...

A law is a guideline to be carried out by teachers. In the end, it is the teachers who interpret and act on the law. This song clearly illustrates a problem with interpreatuation.

And if quality education is truly a priority, situations like this should be non-existent.

Frankly, if teachers feel constricted by educational legislation, they should exercise their rights as active members of society and do something about it. Don't pass on mistakes of the past onto the generations of the future.

It's such a shame how true this song is. Creativity is almost always pushed back by teachers it's terrible. Fitting into pure logic and labels ruins the imagination and suppresses peoples ingenuity. It's so sad that it seems people can't be unique anymore. I think teachers everywhere should listen to this song and learn the message behind it before they teach their children.

Masya Allah, this Zain Bhikha has a beautiful voice and his diction is really nice...His voice together with the childs is very sweet. Peace and Love to All especially to our Palestinian Brothers and Sisters who are such divine inspiration for all of us considering their daily life Trials and Tribulations.




the lyrics: (original from Harry Chapin)

A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"

And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said "You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...

"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...

"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said "It's for your own good
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"


Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"

This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one

Post by:
Al-Fateh
30 Nov 2009
13 Zulhijjah 1430H

Salam Aidil Adha 1430H




Salam kepada Semua Pembaca Halaqah Borneo..

Ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430H kepada ibu dan ayah kami, saudara mara kami, semua kenalan ana Di Halaqah Borneo, Ikhwah wa akhwat (zaujah ana) dan semua muslimin dan muslimat....
Semoga Pengorbanan Agung Nabi Ibrahim dan Keluarganya menjdi ikhtibar buat kita bersama.

Semoga kita dapat Qurbankan nafsu amarah kita,
Kita Qurbankan nafsu lawamah kita,
Kita Qurbankan sikap malas kita utk taat pada Allah,
Kita Qurbankan sikap ego, sombong, riyak, benci, hasad dan semua sifat mazmumah kita,
Kita Qurbankan masa kita utk agama Islam, kita Dakwah sungguh2 dan belajar sungguh2,
Kita Qurbankan keinginan yang tidak perlu utk kita gapai kejayaan Islam..

Itulah sebenarnya erti Pengorbanan yang kita boleh singkapi daripada Hasil Pengorbanan Agung Nabi Ibrahim..

Bukannya, tiba Hari Raya Qurban, Kita sibuk nak lawan siapa yang paling banyak lembu di Qurbankan.. atau sebagainya.. tapi isi kandung tersirat dari sirah nabawiayh itu adalah yang penting utk koita ambil jadikan tauladan dan ikhtibar. Bak kata ustaz tamri selaku pengerusi forum penghayatan Qurban di Masjid Desa Ilmu, "Baca Sirah, Petik Ibrah". Semoga kita semua dapat petik Ibrah Nabi Ibrahim dan Keluarganya..

Alhamdulillah kali ini ana berhari raya di Sarawak sahaja, Di Kota Samarahan je dengan Zaujah dan Ikhwah yang tak balik.. Alhadulillah dapatlah anabuat sedikt jamuan utk ikhwah yang ada, dan petang tu ana dan zaujah juga bergotong -royong utk menolong melapah daging di Masjid Desa Ilmu... Dakwah masyarakat akan bermula...... kalau nak tenggok gambar boleh layari blog sahabat ana di Pena Mujahid

Ana dan zaujah bertekad untuk menyimpan duit setiap bulan, bagi melaksanakan ibadah Qurban pada tahun Hadapan.. Insya Allah, jika kumpul RM 50 Sebulan pun dah cukup utk buat Qurban.. Kalau 10 bulan dah RM 500, jadi dah boleh dapat satu bahagian.. Tapi syukur juga atas rezeki Allah, ana dan zaujah tahun ni dapat buat ibadah Qurban, tapi melalui EZ Qurban yang selalu promote kat IKIM.fm... Moga Qurban kami diterima Allah... Bagi pembaca Halaqah Borneo dan ikhwah wa Akhwat yang tak berkesempatan Qurban tahun ni.. Jom tanam Azam.. kita kumpul duit setiap bulan RM50, supaya tahun depan dapat Qurban...Insya Allah... Amin

Barakallahufikum....



Salam Aidil Adha 1430H
Dari Al-Fateh wa Ababbel

Pesanan Buat Adik

Assalamualaikum ...

Ya ukhti fillah ,

Salam kepada mu, rahmat dan berkatNya...untuk adikku. Kita mengucapkan asSalam kerena kita mengerti ia adalah satu kalimah yang agung.Itulah doa yang sempurna ku doakan kepada mu moga dirimu sejahtera dalam keredhaan Allah.

Ketahuilah orang yang paling ku cintai adalah orang yang yang kulihat dengan hati ku di mana hati itu adalah tempatnya rahmat, cinta dan kehidupan. Ini wasiat untukmu wahai adikku. Jadilah kamu jelmaan untuk alhaq, kebenaran, untuk perasaan, untuk sifat malu, dan untuk keindahan.Sifat malu berkuasa untuk menawan hati dan keindahan itu pula tersinar dalam keserian wajah.

“Tanda-tanda mereka, tampak pada muka-muka lantaran bekas sujud”[Al-Fath:29]

Jua dalam [At-Tahrim:8], “Sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan sebelah kanan mereka”

Itulah keindahan alhak. Sifat malu itu adalah keindahan orang yang pemalu, tetapi bersinar..ya , bila ia berkata-kata ia menarik dan meanwan hati dan jiwa.

Kata Rasullah,

“Sifat malu itu baik semuanya dan tiap-tiap agama mempunyai akhlaknya dan akhlak agama ini ialah sifat malu”

Buat adikku kebanyakan masyarakat di sekeliling kita telah hilang rasa malu...mungkin pun kita jua sbb kita hidup dengan masyarakat...ya..kita malu tidak bertempat..ya utk hadir bersama program yg islami…mungkin masih ada rasa segan duduk dlm halaqah…ataupun malu bertanya dan menyampaikan di dalam halaqah…kita dan saya sendiri kena berubah!

Ingatlah wahai adikku,

Manusia yang memberikan kebaikan (al-khair), dia sangat bercita-cita padanya dan menunggu-nunggu kebaikan itu…

Wahai adikku yang dirahmati Allah,

Jadi cuba lihat ke dalam hati adik2…adik ada mempunyai bakat itu…kita mesti menjadi lilin untuk manusia dan menjadi pendukung dakwah kerana kita sebenarnya telah dikurniakan Allah sifat yang baik dan akhlak yang mulia…

Moga kita sama-sama di puncak kebersihan…seseorang yang berbicara dengan perasaan yang jahiliyah ataupun kurang baik…dia takkan berdiri di atas tapak yang sama dengan perasaan yang bersih dan suci….

Dakwah yang saya cita-citakan juga org2 lain cita-cita2 kan…sangat memerlukan kebersihan hatimu dan saya…Agar hati kita dapat memberi dan menerima kesabaran serta bertahan dalam kesabaran, mudah memaafkan dan bertoleransi, sanggup turun ke golongan yang rendah, dan jua sanggup juga membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi..

Hidup ini tidak lama…Saya dan yang lain akan mengucapkan selamat tinggal hidup…ya kita pasti menyerahkan dakwah ini pada para pemuda/i yang bersih hatinya…Allah mengetahui jika kita mencintai dunia ..maka kita cinta kerana Allah

[Luqman :34], “Dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti)apa yg dpt diusahakannya besok. Dan tidak seorangpun yg dpt mengetahi di bumi mana dia akan mati.”

Realisasikanlah cita-cita ini dalam dirimu…dengan jauhkan hatimu dr segala dendam, dengki, hasad dan sombong..Bersikanlah ia lakasana air di dalam awan dan sucikanlah ia spt mana salji yg turun menyentuh bumi…

Wallahuallam,

Dakwah dan Cinta ke Jalan Allah

nota:

Jazakamullahu khair kerana antunna telah mulai menghantar mutabaah..wlpn antum masih baru lg..sangat tidak disangka-sangka…liqo’ wida’ itu sangat memberi kesan pada diri ana dan antum jua subhanallah! Walaupun diri, ruh ini sangat melemah tp cuba menelaah lebih banyak lagi..tidak menyekat utk mencari maklumat.. Ku mohon kepada Allah, moga Allah menjernihkan hati-hati kita…supaya setiap pilihan adalah yg terbaik utk kita…teringat kata seorang ummi pada banatnya…”Setiap keputusan yang kita buat ada akibatnya, apa yg penting adalah bagaimana kita mengatasi akibat yg telah kita lakukan!”…ini kata seorang zauj pada zaujahnya sebelum zaujnya meninggal dunia “Perubahan memerlukan masa, takkan terbina sebuah rumah dalam sehari!”

Nasyid Mars Korsad – Izzatul Islam


Ini adalah lagu REHLAH QIYADI 2009

menapaki langkah langkah berduri
menyusuri rawa lembah dan hutan
berjalan di antara tebing curam
semua dilalui demi perjuangan

letih tubuh di dalam perjalanan
saat hujan dan badai merasuki badan
namun jiwa harus terus bertahan
karena perjalanan masih panjang

kami adalah tentara Alloh
siap melangkah menuju ke medan juang
walau tertatih kaki ini berjalan
jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

wahai tentara Alloh bertahanlah
jangan menangis walau jasadmu terluka
sebelum engkau bergelar SYUHADA
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah


Video Mars Korsad Version Palestine



Video Mars Korsad Version Ikhwah PKS







Di post oleh:
Al-Fateh
13 November 2009/ 25 Zulkaedah 1430H

Kita Harus Kembali



Salam Semua.. Semoga Allah memberikan kita semangat utk berjuang demi AgamaNya setiap hari.. Hari ini ana rasa sangat bersemangat untuk mendengarkan lagu nasyid berirama Jihad... Jadi hari ni ana nak berkongsi sedikit lagu Izzatul Islam dalam blog Halaqah Borneo...

Moga kita kembali kepada Islam dengan sebenarnya (syummul). Kerana dengan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah kita akan dapat mencapai kejayaan di dunia mahupun di akhirat. jadi marilah kita Back to Quran...

Semoga Semua Pengunjung dan pembaca setia Halaqah Borneo (HB) semakin bersemangat hari ini dan terus bersemangat setiap hari.. Ayuh para pemuda dan Syabab anda adalah pewaris Dunia dengan menaikkan Izzah Islam. Jangan Biarkan kekuatan dan kemampuan yang kita miliki disalah gunakan. Kita letakan kekuatan kita sebagai pemuda utnuk berjuan di Jalan Allah untuk menjadikan Islam tinggi dari yang lain. Maka ayuhlah kita perbaiki diri kita setiap hari, kita tarbiyah diri kita dengan iman dan islam. Hidupkan diri kita dengan nilai-nilai tarbiyah dan janganlah kita membazir masa muda kita dengan perkara yang tidak berfaedah..

Ayuh akhi wa ukhti, muslim dan muslimat kita isikan masa kita dengan Tarbiyah Islam yang Syummul... ayuh kita ber HALAQAH... Ayuh dengarkan lagu KITA HARUS KEMBALI....



Dipost oleh:
Al-fateh
10 November 2009/22 Zulkaedah 1430H

Tentang Hijjab Al- Hawwa'



Salam Pembaca Halaqah Borneo (HB). Semoga anda semua sihat. Kali ini ana ingin berkongsi tentang Hijjab al-Hawwa ( Tudung Wanita)...

"Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah
menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki".

Jika kita dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Allah berfirman dalam surah An-Nurr, 24 ayat 31:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".


Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang (bermula era tudung 2000) telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah IPTA/S dan hinggalah kepada pekerja pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Malah ada juga pereka fesyen ini terdiri daripada golongan lelaki, bah kan golongan lelaki lembutlah yang paling beria utk mereka tudung yang terkadang kurang sopan dan menampakan aurat.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. ada gaya tudung Wardina, ada gaya tudung fesyen wahida, ada fesyen tudung gaya Ikin Mawi dan ada juga gaya tudung ala Siti Nurhaliza. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, tidak menggunakan warna yang terlalu menyerlah (oren, peach, hijau pisang) dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.



Pelbagai Gaya Tudung ( Kurang ikut Syariat)


Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. Kadang-kadang sanggup berhabis duit utk beli tudung pelbagai fesyen, hingga berhutang pun ada...

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. dan yang paling sedih ada juga yang bertudung litup (Labuh) juga melakukan maksiat seperti bercouple, memegang tanggan lelaki.. Dan ini juga fitnah kepada Islam.. Sedih jika dilihat.. Mungkin saja kurang ditarbiyah atau tak ditarbiyah dengan baik..

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polan itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.



Gaya tudung standard dalam Islam
(Syariat)

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian. dan berbanggalah dengan tudung yang anda pakai juga boleh jadi sebagai ejen utk orang bukan islam tertarik utk memahami Islam. Yang penting tudung tu mengikut syariat islam. Wallahu alam...

diadaptasi dan ditambah perisa dari : website darulnuman

Sedikit VIDEO tentang wear your Hijjab al-Hawwa'



Dipost oleh:
Akh Azryn Al-Fatih
9 November 2009/ 21 Zulkaedah 1430HAlign Center