Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Inilah Tarbiyyah KITA

Salam semua pembaca HB... Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah... semoga Allah bersama dengan kita orang2 yang sabar dan orang yang bersungguh dalam melakukan Amal Islam dan menegakkan Kalimah ISLAM ini.

Insya Allah kali ni, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai nikmat dan Indahye hidup dalam Tarbiyyah ISLAMIYAH....


Usrah @ Halaqah KITA



Brothers and Sisters,

Sesungguhnye nikmat Tarbiyyah Islamiyah ini tidak dapat diungkapkan dengan kata2... kerna ianya sangat berbeza.. ibarat nye jika kita katakan Laksa Sarawak sedap, ianya hanya dapat dirasakan bagi yang sudah merasai Laksa Sarawak... tetapi yang hanya mendengar ia hanya dapat menduga sahaja rasa Laksa Sarawak itu, kerana ia belum merasainye...

Tarbiyyah Islamiyah juga perlu berterusan dan istiqamah, samaada kita bersama kawan2 seusrah @ sehalaqah atau kita bersendirian. Mutabaah ibadah (amalan ibadah kita) juga perlu dijaga setiap masa, bukan bila hanya mengikut musim dan mengikut aktiviti bersama. Kerana Tarbiyyah Islamiyah ini tidak akan berhasil jika kita tidak istiqamah dan juga berusaha menambah kualitinya.



Mukhayam Sarawak KITA


Begitulah yang dapat digambarkan dengan Tarbiyyah Islamiyah ini... jap, tahu ke apa maksud Tarbiyyah Islamiyah???
hmm...., kalau belum tahu saya bagitau....

Ikhwah dan Akhwat sekalian,

Tarbiyyah:

Tarbiyyah dari segi bahasa berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan. Manakala dari segi istilah, perkataan Tarbiyyah membawa pengertian cara terbaik (ideal) dalam berinteraksi dengan fitrah manusia (secara fitrah, tanpa paksaan), baik secara langsung (berupa kata-kata) mahupun secara tidak langsung (berupa keteladanan, sesuai dengan sistem dan wasilahnya yang khas) untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju keadaan yang lebih baik.

Tarbiyyah Islamiyyah:

Tarbiyyah Islamiyyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Sumber-sumber ini adalah sumber-sumber Rabbani. Atau dalam pengertian yang lebih khusus Tarbiyyah Islamiyyah bererti proses mempersiapkan individu dengan persediaan yang menyentuh seluruh aspek kehidupannya, meliputi: rohani, jasmani dan aqli (akal fikirannya). Ianya bersifat integral dan komprehensif. Tarbiyyah Islamiyah adalah proses penyediaan manusia yang soleh , yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, matlamat, ucapan dan tindakannya secara menyeluruh. Keseimbangan di sini bermaksud jangan sampai kemunculan suatu potensi menyebabkan lenyapnya potensi yang lain.

Dengan proses tarbiyyah inilah generasi sahabat dididik oleh Rasulullah s.a.w. sehingga berjaya melahirkan Generasi Rabbani yang mendapat jolokan dan pujian daripada Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud:

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”(Ali ‘Imran: 110)

Dengan meneliti dan menghayati Generasi Rabbani ini pula, kita akan lebih memahami pengertian tarbiyyah secara mendalam dan praktikal. Oleh itu salah satu sarana utama didalam memahami dan menghayati serta melaksanakan tarbiyyah ini ialah Sirah.

Tanpa penghayatan sirah, kita hanya mampu melihat tarbiyyah dan konsep dan pengertian yang kaku dan baku. Kita mungkin menganguminya tetapi tidak mampu menterjemahkannya dalam kehidupan seharian. Kerana Tarbiyyah ini bukanlah hanya teori dan retorika, ianya bersifat praktikal.


Rehlah (R.U.H.I) KITA

Bro and sis,

Insya Allah, kehidupan ini perlu diisikan dengan nilai-nilai Tarbiyah Islamiyah yang suci, murni dan sebenar. Ini adalah kerana kita ingin melahirkan individu muslim yang mempunyai Akhlak yang mulia hasil dari Tarbiyyah Islamiyah ini. Kita tidak mahu lahirnya individu muslim yang salah faham akan nilai tarbiyyah. Alhamdulillah didalam buku keluaran Pustaka Buku Putih KITA, bertajuk, "Tarbiyyah Islamiyah dan Madrasah Hassan Al-Banna" karangan Dr Yusuf Qardawi menyatakan bahawa nilai Tarbiyyah Islamiyah ini perlu difahami secara teori dan juga diamalkan secara praktikal.

Moga kita dapat mengisi kehidupan ini dengan mengenali ISLAM yang syumul dan sebenarnya, Moga kita sentiasa menyeru manusia kepada ALLAH dan mengajak kawan-kawan kita kepada ISLAM bukan kepada diri kita atau kepada kepentingan diri atau institusi kita. Ikhlaskan niat kita, agar semua manusia dapat mengenali ISLAM dan juga merasai nikmatnye Tarbiyyah Islamiyah Ini...


Akhi wa ukhti,

Kita perlu tanam cita2 dan harapan agar semua manusia dapat menikmati Indahnye dan manisnye Tarbiyyah ini, kerana mereka berhak menerima Tarbiyyah Islamiyah. Kita juga perlu medakwahi mereka secara fitrah, dengan mengenalkan ISLAM kepada mereka terlebih dahulu daripada yang selainnye, kita juga harus mendekatkan mereka dengan Nilai2 ISLAM sebenar seperti, baca Al-quran, baca Mathurat dan sebagainye, malah kita harus memperlihatkan Akhlak yang baik, kerana ini akan mencerminkan ISLAM yang sebenar kepada mereka yang akan di Tarbiyyah Islamiyah.

Moga ikhwah dan akhwat terus memburu cinta Allah dan terus memahami Tarbiyyah Islamiyah ini dan melaksanakan amal Islam dengan Ikhlas... Ingatlah sampaikan Dakwah ini dengan Hikmah dan Bijaksana dan secara Fitrah, agar ISLAM lebih mulia.. dan buanglah segala kepentingan diri kita sendiri, kerana kita hanya menyeru manusia kepada ALLAH.

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Surah Yusuf, 12:108)






"Give the best, and we will get the best, Let's us change our self in Tarbiyyah Islamiyah"

**************************************************
Akhi Azrin Al-Fateh
Sepetang di Bunga Seroja...

Kenali Penulis lebih lanjut di FB: Gr-Engr Mohd Azrin

IKRAMTeens

Salam sekadar perkongsian buat anda semua.. terutamanya remaja di sekitar Sarawak... Moga bermanfaat buat semua..






1. Apa itu IKRAMTeens

IKRAMTeens ialah sebuah Kelab Remaja di bawah naungan Pertubuhan IKRAM Malaysia ( IKRAM ). IKRAMTeens ditubuhkan pada 12 Disember 2010.

2. Falsafah IKRAMTeens

a) IKRAM – Merujuk kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia
b) Teens – bahasa kontemporari yang merujuk kepada Remaja.


3. Misi

Misi IKRAMTeens ialah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, memiliki ciri ciri unggul dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan, mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.


4. Motto


“Menyerlah Jauh daripada Biasa”

IKRAMTeens berhasrat melahirkan Remaja yang Menyerlah jauh daripada Biasa, remaja yang sentiasa berkualiti dari aspek amal ibadah, remaja yang lebih mantap kepimpinannya, Remaja yang berakhlak setiap masa, berupaya member manfaat yang banyak buat ummah dan masyarakat, remaja yang berwawasan tinggi, Kreatif, inovatif dan berinisiatif, semua ini sesuai dengan firman Allah swt :

“kamu adalah ummat yang terbaik ( Menyerlah jauh daripada biasa ) yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maaruf, dan mencegah dar yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakkan mereka adalah fasik “ ( Ali Imran – 110 )


4. Objektif IKRAMTeens

● Menggerakkan remaja ke arah penghayatan islam yang tulen dan sejati serta berakhlak mulia.
● Melahirkan barisan remaja yang memiliki ciri-ciri islamik, unggul dan kontemporari bersedia untuk menghadapi cabaran semasa.
● Menyediakan remaja yang berkepimpinan dan berwawasan tinggi untuk menerajui barisan kepimpinan ummah, masyarakat dan negara.
● Mewujudkan remaja yang mampu menyantuni, berinteraksi, memberi manfaat dan menyumbang kepada masyarakat serta institusi nya.

5. Struktur institusi

● Beroperasi diperingkat Pusat, Negeri dan Daerah.
● Satu institusi dibawah Sekretariat Remaja IKRAM Pusat ( SRIP )

6. Syarat Keahlian institusi

● Terbuka kepada semua remaja islam berumur antara 12 hingga 19 tahun.
● Masih bersekolah (merujuk kepada umur 18 & 19).
● Mengisi borang keahlian ( termasuk secara online )
● Membayar wang pemprosesan.
● Mendapat kebenaran dari ibu bapa.
● Keahlian mengikut negeri.

** Kad ahli akan dikeluarkan
** Remaja bukan Islam boleh bersama dengan menjadi ahli FiT (Fan IKRAMTeens )


7. Aktiviti yang akan dijalankan – mempunyai ciri dan merangkumi aspek mental, jasad dan rohani (MENTaRi)

● Pembangunan Sakhsiah
● Pembangunan Ilmu dan Minda
● Pembangunan Amal
● Kecemerlangan Akademik
● Pembangunan Kemahiran Diri
● Pemimpin dan Kepimpinan
● Bijak IT dan Celik Media
● Perkhemahan dan aktiviti lasak
● Sukan dan rekreasi.
● Hiburan, Seni dan Kebudayaan
● Survival hidup / Kendiri
● Penulisan dan penerbitan
● Prihatin Masyarakat
● Program Kesedaran Ummah Antarabangsa
● Interaksi antara Kaum dan Agama
● Amar maarof nahi mungkar
● Masjid Mesra Remaja


8. Faedah keahlian

● Mendapat bimbingan yang berterusan untuk peningkatan kualiti diri dan akademik.
● Berpeluang menonjolkan bakat, kepimpinan dan mengembangkan idea serta potensi melalui aktiviti yang dijalankan.
● Berpeluang untuk mengenali dan saling berinteraksi bersama ahli.
● Meneruskan aktiviti dalam Belia IKRAM dan Mahasiswa IKRAM

9. Permohonan Ahli – Sila dapatkan borang keahlian IKRAMTeens di cawangan daerah IKRAMTeens.


**************************
Akhi Azrin Al-Fateh
Jika berminat boleh hubungi saya :)

Indahnye Tarbiyyah..... coming soon =)

Salam buat semua yang disayangi dan dirindui =).... Jangan stress ye.....

Minggu Exam sedang berjalan.... ada suka dan duka yang dilalui... banyak benda Allah tarbiyah penulis minggu ni...

Anak2 usrah bertemu dan bermesra... makan sama ngan anak usrah dan rabtul am (kawan2 anak usrah)..tetiba kena bagi pengisian Daurah Katibah (stdy exam tak lagi..hehe), jumpa ikhwah2 kat masjid baru warna merah (masjid warna UPM)... jalan2 malam sebelum nak exam esok (anak usrah exam 8.30 pagi balik jalan kul 11pm...huhu).. pergi ke ibooks jumpa ikhwah lain, tukar pandangan ngan kawan2.... jumpa supervisor sporting.... sharing maring ngan anak2 usrah..... duduk2, makan2 ngan ahli BADR.... suka duka cerita ngan kartunis, candidate PhD ngan ahlu BADR.... nak gi concert Freedom for Palestin anjuran Aqsa Syarif (ahad malam ni), sempat nak tulis blog (huhu) dan byk lagi....

semua ni dilalui masa exam... sedih dan ceria semuanya berbaur.... indahnye Tarbiyah Islamiyah...

Semakin nak cuti semakin rapat ukhuwah kami, walaupun kami nak exam.. tak lupa gak adik2 asasi kat Borneo tu... siap ber'FB" dan ajak ana gi "Mukhayam Dakhili"... tapi mungkin tak dpat join mereka sebab masih berada di semenanjung@Malaysia....

Semuanye indah kerana berada dalam sistem Tarbiyyah Islamiyah... nantikan gambar2 indah dari penulis bila dah hbs exam br dapat upload... Doakan ye penulis dapat score 4.00 untuk sem ni (harapan tinggi..hehe)...


sedikit teaser pictures sepanjang minggu b4 and study week dan minggu semasa exam..... (tips ana, study2 jgk... Tarbiyyah jgn lupa.... so study, relax, ukhuwwah pasti mumtaz!!!)



































p/s: if rajin adalah video dari TheAFWAstudios nanti...hehe


*****************
Azrin Al-Fateh

Study Week !!!

Salam semua.... moga dibawah limpahan Rahmah dan kasih sayang Allah.... Insya Allah, just simple word from the picture....

Just for all, who will sitting for their Final exam this semester, Fa'iza Azamta, fatawakkal Ala Allah... (3:159)


Ok Study betul2 ye!!!!



Letakkan matlamat untuk sem ni k!!!

Insya Allah, moga Allah membantu kita dalam meraih kejayaan dunia.. Ingat kita belajar kerana Allah... Moga Allah memberikan yang terbaik setelah sepenuh usaha kita lakukan... Jangan lupa untuk tambah amal ibadah kita seperti:

1. Baca Al-Quran
2. Solat malam/ Qiamulail
3. Riadah
4. Berukhuwah
5. Solat Sunat Dhuha
6.Zikir mathurat
7. Jaga solat fardhu berjemaah dan diawal waktu
8. Belajar dengan fokus


Ingat, jangan STADO!!!


May Allah help us for what we doing... Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.(40:60)... Doakan penulis juga ye... :)


*************
Azrin Al-Fateh

Last Weekend...

Salam brothers and sisters....
Alhamdulillah it was a best weekend with all of us come together to feel the Ukhuwwah... Grab the knowledge and reconstruct and revive our Iman and Taqwa... and also improve our Amal...

My Brothers,
remember,
Brotherhoods, the foundation of Glory





Brought to all members of Handzalah Troopers
by: Handzalah Project™






Brought to all members of Badar Troopers
by: AFWA Studios™


May Allah bless us for the thing that we have done. Guided us to the road of Jannah... and for all members of Handzalah Project and Badar Troopers, may us still Istiqamah and Tsabat in this Tarbiyyah because of Allah's Love.

Fikratuna


Salam Kepada Semua pembaca Halaqah Borneo.... Moga dalam keadaan Sihat.....

Penulis sempat berjumpa dengan seorang ustaz, dan kemudian didalam program itu, dia bertanya tentang Fikrah Kita. Maka harini penulis
ingin berkongsi sedikit tentang Fikratuna @ Fikrah Kita....Adakah anda tahu sejauh mana fikrah yang kita inginkan daripada seorang Al-akh yang telah di Tarbiyyah???





FIKRAHTUNA
As-Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna

Hari Rabu 12 Feb merupakan tarikh syahidnya Imam al Banna yang cemerlang kehidupannya, yang "pendek tetapi panjang" (1906 - 1949) rahimahullahutaala dengan asasnya yang kuat semenjak kecil, pembentukkannya yang tinggi, pembinaannya yang bertambah kemuncak dari hari kehari bahkan detik demi detik. Pembinaan dakwah berlaku melalui tangannya, sebagai satu gambaran daripada aktivitinya yang tertegak di atas kefahaman yang luas dan mendalam, yang disandarkan kepada keikhlasan yang mendalam, ketepatan yang unggul dalam usaha untuk merealisasikan amalan yang tersusun (berorganisasi) dan lantas melaksanakannya. Justeru itu maka telah terkumpullah untuk dakwah ini rukun-rukun kejayaan yang terpenting dan terlaksanalah baginya ufuk-ufuk penyebaran perkembangan, dan kaedah-kaedah tajdid (reformasi), bahkan ianya satu ijtihad yang jitu.

Di antara tanda-tanda yang paling nyata yang telah dibentangkan dengan jayanya dalam kehidupan al Imam al Mujaddid ini adalah seperti berikut:

1. Gerakan Yang Meluas Lagi Cemerlang

Al Imam telah menyempurnakan gerakannya ke bandar-bandar, ke pelusuk kampung, ladang, masjid, bahkan ke kedai-kedai kopi serta di tempat perkumpulan orang ramai. Dan maklumat hal ehwal keadaannya memanifestasikan sabda Rasulullah saw "biarkan aku dengan manusia". Maka beliau telah menziarahi 3,000 kampung ataupun lebih sebagai penceramah, jurubicara dan penasihat yang cemerlang. Membangkitkan manusia drp. tidur mereka, memperbaharui harapan di dalam diri dan pemimpin mereka. Beliau berhubung dengan pemimpin tanpa mengabaikan golongan bawahan. Beliau juga menyeru syeikh dan para ulama ke arah asas kefahaman yang baru kepada Islam yang ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jelas. Beliau tidak mencuaikan masyarakat umum, begitu juga beliau memberikan tumpuan kepada pemuda/remaja bahkan berusaha menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang sukar dengan berperingkat-peringkat serta penguasaan. Adapun tumpuannya yang setempat adalah Mesir dan tumpuannya yang secara lebih luasnya adalah kepada dunia Arab dan Islam. Manakala tumpuannya yang universal dan terbesar adalah kemanusiaan dan Ustaziatul `alam (orde dunia), sehinggalah semuanya dineutralkan lalu menjadi suatu tumpuan sahaja tetapi mengandungi berbagai-bagai aspek.

2. Tidur Yang Sedikit.

Adapun waktu menurut beliau adalah kehidupan dan waktu pada fahamannya tidak terhenti kepada batas-batas material iaitu emas semata-mata. Beliau juga tidak bersikap birokratik dari segi kedudukan pangkat dan jawatan, bahkan ia tidak mensia-siakan walau satu detik kehidupannya pada perbualan kosong dan terlalu banyak soal jawab terutamanya pada perkara yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Beliau begitu asyik dengan dakwahnya sehingga beliau tidak tidur malam kerana cintakannya, berfikir untuknya, membuat perancangan baginya, memperkembangkan matlamat dan metodologinya. Kerana itu terbitlah risalah-risalahnya seperti: Da'watuna, ila ayyi syaiin nad`un nas, dakwatuna fi turin jadid, Ilas syabab dsbnya. Untuk memperkuatkan lagi perkembangan dan titik tolak (perjuangan fikrah dakwahnya). Beliau tidak berhenti disebabkan kesesatan serta tidak disibukkan dengan urusan titik bengik. Beliau juga tidak terbeban dengan kerehatan jasad seperti tidur dan bersantai, kerana da'wah pada hematnya adalah ruh yang mengalir di dalam ummat yang dihidupkan oleh al Quran.

3. Luas Ilmu Serta Menghormatinya (ilmu)

Imam al Banna berusaha untuk mengembalikan penyebaran Islam dengan seluruh sifat-sifat syumul (kesempurnaan), rabbani (bersumber dengan sumber-sumber ketuhanan) dan universal. Pernah diceritakan oleh orang yang memeriksa perpustakaan beliau setelah puluhan tahun shahidnya beliau, tentang betapa banyak, menakjubkan serta mendalam komentar-komentar yang beliau tulis di pinggir-pinggir perpustakaan tersebut dari apa yang telah dibaca dari buku-buku mengenai politik, ekonomi, sosial, sejarah, geografi, peperangan, perjanjian-perjanjian, hubungan antarabangsa, ugama-ugama da'wah dan sebagainya. Beliau begitu cintakan ilmu dan para ulama'. Suasana kemunduran didalam ummat telah merisaukan beliau, begitu juga pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Islam yang menunjukkan kepada kejahilan dan sikap tidak ambiltahu. Kerana itu beliau telah menekankan di dalam Risalah Ta'alim: "Islam membebaskan aqal serta menggalakkan pengkajian alam semesta, juga meninggikan taraf ilmu dan ulama'. Ia juga mengalu-alukan segala yang baik lagi bermanfaat dari setiap sesuatu. Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mu'min, dimana sahaja dia menjumpainya, dialah yang lebih berhak terhadapnya."

4. Keikhlasan dan Kecintaan Terhadap Da'wah

Al Banna mempunyai kelebihan dengan kerohaniannya yang tinggi yang mengatasi individualiti, ciri-ciri peribadi, parti-parti, puak-puak, bahkan seluruh penyakit-penyakit hati yang lain. Tidak terkumpul di dalam hatinya melainkan rasa cinta kepada da'wah, suatu cinta yang tidak meninggalkan sebarang waktu di dalam jiwa melainkan akan sibuk dengannya, tidak juga suatu ruang kosong melainkan akan dipenuhinya. Beliau disibukkan oleh fikrah dan da'wah didalam berlalunya waktu, maka beliau berusaha kearah mematangkannya (fikrah dan da'wah) dengan meletakkan serta memperbaharui objektif dan matlamat. Kemudian beliau menggariskan wasilah (method) dan alat (strategi). Lalu beliau melintasi batas-batas taqlid, tapi menghormati ikutan tersebut. Sebagaimana beliau juga berusaha menyinambungkan proses tajdid disamping menghormati ufuk-ufuk linkungan dan martabat ketinggian. Beliau meningkat dengan banyak di dalam hidupnya, kerana beliau memahami hakikat bahawa "sesiapa yang sama dua hari (dalam hidupnya) maka dia telah tertipu". Beliau mengambil berat terhadap ummat seluruhnya dengan sebenar-benarnya, sehingga tanahair islam pada hemat beliau dan ikhwan muslimin adalah seluruh bumi yang ada padanya muslim, kerana pemahaman yang baik terhadap sabda rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang tidak mengambilberat terhadap urusan orang islam bukanlah dari golongan mereka."

5. Memberikan sifat dan neraca sukatan

AlImam alBanna telah meletakkan sejumlah neraca sukatan untuk mengukur kadar iltizam, kefahaman, akhlaq yang baik, serta perlaksanaan beban da'wah. Di antara neraca dan kayu ukur yang terpenting adalah rukun-rukun bai'ah yang sepuluh: Faham, ikhlas, amal, jihad, tadhiyah (pengorbanan), taat, thabat (teguh), tajarrud (tumpuan penuh), ukhuwwah dan thiqah (kepercayaan). Begitu juga : "Wajibat al akh al muslim" (Kewajiban akh muslim) iaitu 38 kewajiban. Begitu juga "Simat al akh al muslim" (Tanda-tanda akh muslim) iaitu: sejahtera aqidah, sahih (betul) ibadah, teguh akhlaq, kuat badan, akal yang berpengetahuan, berjihad terhadap hawanafsunya, berorganisasi dalam urusannya, menjaga waktu, mampu menyara diri, serta bermanfaat kepada orang lain.

Sesungguhnya kami, dalam bicara yang cepat (ringkas) ini, tidaklah mencatitkan sejarah untuk lelaki ini (alBanna). Sehingga hari ini belum ada sebarang catatan sejarah yang layak untuk Imam mujaddid ini. Kami juga tidak berniat memuji-muji alImam yang unggul ini, bahkan kami tidak merasakan beliau perlu kepada pujian dari kami, tetapi kami ingin untuk menggambarkan beberapa pengajaran dari gambaran peribadi penda'wah yang unggul ini untuk sesiapa yang ingin mengambil pengajaran darinya, pada waktu yang bersangatan kegelapan kemunduran, penindasan serta berceraiberai yang dilalui oleh ummat. Sesungguhnya AlImam al Banna -rahimahullah- berada setapak kedepan didalam memahami golongan salaf, dan dia adalah model imam golongan khalaf. Beliau membangkitkan alam Islami dari tidurnya tanpa mempunyai sebarang mekanisma pemerintah dan menteri-menteri di dalam tangannya. Sehinggalah hari ini berkumandanglah suara Islam yang benar melaungkan disegenap tempat: "Islam Adalah Agama dan Negara", selepas dari keadaan di mana Ibadah di sudutkan di penjuru-penjuru masjid sahaja, ataupun aqidah yang di simpan disudut-sudut hati, dan perasaan di dalam jiwa semata-mata.

Betapa indahnya tulisan beliau semasa memberi amaran tentang pemberian tanggungjawab yang tidak disertakan dengan aspek ruhi, (Beliau begitu menekankan setiap tarbiah hendaklah rabbani dan ruhi) beliau juga menyeru untuk meningkatkan ukhuwwah dari tahap percakapan dan teori kepada tahap perlakuan dan amal perbuatan, dan di dalam pembentukan usrah-usrah Islamiah disandarkan kepada tiga rukun : Taaruf (saling kenal mengenali), Tafahum (saling faham memahami) dan Takamul (saling lengkap melengkapi).

6. Bersyukur Semasa Menghadapi Tribulasi Dan Positif Dalam Amal

Ustaz alBanna menceritakan dalam "Muzakkirot adda'wah wad da'iah" beberapa contoh tipudaya yang hina yang telah dilaluinya semasa zaman pembelajarannya dengan sebab kecemerlangan beliau mengatasi rakan pelajar yang setengahnya lebih berusia dari beliau. Sehinggakan salah seorang dari mereka telah mencurahkan keatas muka dan tengkok beliau sebotol campuran peluntur (asid) yang pekat semasa beliau tidur untuk menghalang beliau dari menduduki peperiksaan akhir tahun pengajian, tetapi anihnya, alBanna telah berjaya dalam peperiksaan tersebut. Beliau menganggap itu sebagai ni'mat serta kelebihan dari Allah yang wajib diterima dengan kesyukuran dan kesyukuran pada hemat beliau adalah memberikan kemaafan. "Dan barangsiapa yang memberi kemaafan dan berlapang dada, maka ganjarannya pada Allah".

Beliau juga telah membentangkan banyak contoh tipudaya yang hina ini di dalam kehidupannya sebagai penda'wah, juga dorongan kekerasan dari golongan yang mengintip da'wah serta membencinya. Mereka telah melemparkan tohmahan bahawa beliau mengadakan bid'ah di dalam agama, mengendalakan masjid-masjid, memerangi Islam, serta memberikan fatwa dengan batil semasa beliau berusaha untuk melaksanakan sunnah dengan menunaikan solat sunat hariraya di tanah lapang. Begitu juga mereka melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap beliau dan al Ikhwan selepas daripada ceramah yang beliau sampaikan tentang Isra' dan mi'raj dengan menda'wa bahwa ikhwan muslimin menginkari isra' dan mi'raj serta mengatakan bahwa peristiwa tersebut bukanlah mu'jizat, serta berlaku dengan ruh sahaja tidak dengan badan, lalu mereka telah keluar dari ijma' umat Islam serta apa yang telah diterima oleh para imam.

Bahkan ada juga yang menuduh bahwa alBanna menjadi "ilah" yang di sembah oleh al ikhwan. Akan tetapi, pendirian al Banna dalam menghadapi tohmahan-tohmahan tersebut adalah dengan memberikan contoh tauladan melalui amalan secara serius menentang kebatilan--kebatilan tersebut. Beliau berkata: "Sibukkan manusia daripada pemikiran yang salah dengan (memberikan atau mengajar) pemikiran yang benar". Sebenarnya, alBanna sedar serta yaqin bahawa hakikat berda'wah adalah manusia akan mengata-ngata keatasnya dengan kebatilan.

Semoga Allah merahmati Al-Banna dengan rahmat yang luas serta menyempurnakan ganjaran bagi beliau, juga meneguhkan kita di atas jalan hak dan kekuatan selepas dari pemergian beliau.



Sumber daripada: Fikrah Kita, Imam Hassan Al-Banna

Aku menyesal kawin....

Salam Ceria Semua Pembaca Halaqah Borneo....

Saat ana nak baca cerita ni kat FB, ana tgk tajuk je dah cukup 'catching'... bila baca je, mmg best cerita ni.. ada unsur dakwah dan tarbiyyah, lucu dan seloka rumah tangga... bak kata pakcik Hishamuddin Alham... "apa yang dipaparkan walaupun rekaan .... tetapi benar sekali isinya ... tak caya tanya orang tua-tua yang sudah bertahun-tahun berkahwin."

Inilah ceritanya.... :)



*******************************
Ini cerita aku.. Aku baru aje kawin, dengan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pun dia. Tapi mak punya pasal kan, aku terpaksa "follow" je la. Arghh, menyesal betul kahwin....

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku saja nak tidur pukul berapa, nak bangun pukul berapa. Kadang-kadang sampai tengah hari tidur, sampai terlepas kuliah.... haha. Tak ada orang marah pun. Lecturer pun tak marah.

Tapi sekarang, nak tidur lewat sikit aje ada orang sound. "Jom la bang tidur...". Kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku aje nak makan pukul berapa, nak makan apa. Boleh makan sedap-sedap, sebab beli di kedai.. Tapi sekarang, huhu.. Macam budak kecil aje, kena ikut jadual makan! Dah lah kadang-kadang dia masak masin lah, pahit lah.. Lepas tu kadang-kadang dia bagi aku makan sayur banyak-banyak. Tak makan nanti kecil hati pula, lepas tu tulis pada status facebook dia. Arghh, menyesal betul kahwin..

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku aje nak "shopping" bila, kat mana, nak beli apa.. Kira berbelanja tanpa waswas lah. Tu yang shopping kejap saja melayang 2-3 ratus sekelip mata. Hohoho.. Tapi sekarang, nak pergi shopping je, dia dah siap dengan lis barang nak beli. Tak ada dalam lis, tak boleh ambil!! Dah lah berjam-jam pusing.. Leceh betul lah orang perempuan ni. Muka dia tak payah cerita lah, memang ceria je kalau masuk 'shopping mall'. Aku je yang muka 'tension'. Arghh, menyesal betul kahwin...

Kalau dulu masa belum kahwin, rambut aku ni macam-macam 'pesen' la boleh buat.. Ala Korea boleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pun boleh buat, tak da orang 'sound'. Tapi sekarang, panjang sikit je kena 'sound'.. panjang sikit je kena 'sound'.. Dia kata tak 'hensem' lah, tak kemas lah.. Tak gunting nanti dia tak nak gosok baju aku pula. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan di JUSCO, ada lah seorang awek comel melintas depan kami. Aku pun terpandang 'awek' tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta bini aku (mentang-mentang la aku 'hensem'..). Apa lagi, menjerit la aku kat situ.

Mahu nya tak kuat, satu foodcourt tengok kami, termasuk 'awek' tadi.. Arghh pertama kali kut rasa malu macam tu. Rasanya muka aku lagi merah dari sos cili atas meja (andaian) . Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian lah kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang 'bestnya', sekarang aku dah tak payah basuh baju, gosok baju sendiri.. Semua dah 'ready made'. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku tak berapa suka. Kalau dulu masa belum kawin, sekali 'iron' baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tak nak iron lagi! (Oppss kantoi..). Lepas tu baju-baju bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tidur atas kain baju ni (padahal malas kemas). Sekarang... hehehe.

Lagi yang best, masa aku demam ke, tak sihat ke, rasa diri ni macam dihargai je.. Yelah, kira ada orang 'take care' la. 'Total care' !! Hehehe.. Kalau masa belum kahwin dulu pandai-pandai lah bawa diri kalau demam. Huhu, ..

Lepas tu kan, sekarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding dengan dulu, hmm.. tak produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hati ku. Maklum lah kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ada yang tolong ingatkan. Ini lah pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tidur lambat

Boleh lah abang bangun awal-awal pagi.. kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalau abang tak bangun juga,

'ayang' cubit je peha abang

abang tak kan marah..

Lagi abang sayang ada la..


Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok sekarang abang dah nak gemok da

Tak ada la kurus je macam mula-mula kahwin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?

Ayang takut orang lain berkenan kat abang ya?

Jangan bimbang atau ragu ok,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..


Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong 'iron' baju abang

Sebab abang memang 'allergic' sikit bab gosok baju

Jangan risau la nanti abang gunting rambut..

Sekarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut dah kemas, baju dah kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pun terjaga, badan pun berisi juga

Argghh, menyesal betul kahwin LAMBAT!!!

(cerita rekaan yang mungkin ada kena mengena dengan sesiapa)


Dipetik dari: Website IKRAM JOHOR

Nukilan:

Mohd. Bakheet

Pemuda IPT




Dipost kembali oleh:

Bro Al-Fateh

Ila Syabab, Kepada Pemuda

Salam Pembaca Halaqah Borneo.... Moga dibawah lindungan Rahmat Allah... Dan moga kita sentiasa melaksanakan amal-amal mulia di setiap detik masa kita..



"Pemuda Borneo"
credit to enciknombor8.blogspot.com



"Pemuda SerPang"
credit to Handzalah Project ™



ILA SYABAB
Nukilanku buat Pemuda-Pemuda yang Ikhlas...
(Especially Pemuda MarQuee, Pemuda SerPang dan Pemuda Borneo)


Ila Syabab....
Antum Ruhul Jadid
Fil Jasadil Ummah

Kepada pemuda yang Berjiwa Besar,
Mempunyai Cita-Cita Besar,
Memiliki Matlamat yang Besar dan Jelas,
Menjadikan ISLAM sebagi yang Utama...

Kini Kita sudah tiada masa...
Usah berpaling semula kebelakang,
Usah kembali kepada Zaman Jahiliyyah Kita dahulu...

Orakkan langkah kita kehadapan..
Sentiasa meletakkan Allah sebagai Matlamat Kita
dan Islam sebagai Risalah dan Cara Hidup Kita..
Mencontohi sunnah Terbesar Nabi Muhammad...

Jadikan Tarbiyyah sebagai perkara Utama..
Mendidik Jiwa dengan Fikrah Islam Sebenar,
Dakwah sebagai Amal Ikhlas Kita,
Mencari Redho sang Pencipta...

Agar Kita semua berjumpa
Di Syura Allah yang kekal Abadi
Kuatkan Ukhuwwah Kita
Satukan Wehdahtul Fikrah Kita
Kejayaan Islam pasti Menjelma
Dengan Hamassah Kita
dan Hikmatus Syuyukh Kita

Ingatlah kerana Antum
Kerana Antum...
Ruh baru dalam Jasad Ummah ini
Antumlah Pemuda yang dinantikan....
Oleh Umat Islam Ini...

Allahu Akbar!!!




BADAR TROOPERS ™
Membentuk Peribadi Muslim,
Membina Generasi Quranic,
Melahirkan Rijal Dakwah

Video by: AFWA Studios ™


-----------------------------------
Akhi Azrin Al-Fateh
Bumi Allah

Antara Hari ini dan Esok???

Salam semua pembaca Halaqah Borneo..... Sekadar peringatan buat kita bersama....

Antara Hari ini dan Esok???

Mana yang paling ramai suka???

Mana yang lebih tahu???

Mana yang kawan2 kita 'excited'???

Mana satu yang kawan2 kita paling banyak sebut namanya???

Mana yang lebih bersungguh utk di sambut???

Anda yang menentukan....


Antara Hari ini dan Esok...

Pilihan bijak di tanggan anda!!!




Hari ni kita BOIKOT HARI VALENTINE.....
Esok Kita Sambut Maulidur Rasul....




Bro Al-Fateh,
Serdang, Selangor


KOSMIK 2011

Salam semua pembaca HB...Moga dalam Redho Allah...amin

Alhamdulillah dikesempatan ini ingin di kongsikan beberapa video semasa Konvesyen Siswa IKRAM (KOSMIK) 2011 yang lepas bertarikh 21-23 Januari 2011.. Ia dihadiri oleh Muharik2 'DK' dari Seluruh Pelusuk dunia...

Moga KOSMIK ini menjadikan Momentum 'DK' diawal tahun ini akan terus berkobar2 sehingga akhir tahun ni.. Dan moga Resolusi yang telah dipersetujui akan dicapai dan KPI IKRAM juga akan terlaksana dan tercapai...Amin, Mohon doa antum semua....

Lagu Tema: KOSMIK 2011






KONSIS
2 KOSMIK



Video ni, menambah semangat ana dan juga menitiskan airmata syukur ana...
Moga kami tsabat di Jalan ini dengan panduan Hikmatus Syuyukh buat kami para Hamasyatus Syabab



Just to Quote kata2 Qudamak Dakwah semasa KOSMIK
...
lebih kurang kata2nye :)

"Apalah ada pada nama, biarpun KONSIS sudah bertukar KOSMIK yang penting adalah isi pada nama itu iaitu Dakwahnye tetap segar dan melaju" [UFS]


"Antum adalah golongan Mahasiswa, golongan yang mampu construct the best Ummah menjadi golongan Rabbaniyah dengan Tarbiyyah dan Takwin, Juga dengan tanzhim yang mempunyai Qaid yang Rashid dan Jundiyah yang Taat. [Ust Dr MFA]


"Ana tak kisah orang tak kenal ana, sebab ana tak masuk TV dan Radio, tapi ana kisah kalau dakwah Islam ni orang tak kenal melalui ana" [UFS]



"Kita harus membersihkan hati, berlapang dada dan meningkatkan iman kita pada Allah, kerana dengan ukhuwwah kita sesama ikhwah akhwat, Allah akan menurunkan berkat dalam dakwah dan jamaah ini, Ukhuwwah Teras Kegemilangan" [UWH]


"Kita perlu bersungguh dalam tarbiyyah dan men'takwin orang berada dalam sistem tarbiyyah ini, kerana kita tidak mahu program saja besar, tapi kemudian tiada followup mahupun orang tidak ditarbiyyah dan tiada pemeringkatan dalam diri" [Dr A]



**************
Bro Al-Fateh
Ser,Pang
Selangor

Dakwah.Info

Salam Semua Pembaca Halaqah Borneo (HB)....





Alhamdulillah penulis HB diberi peluang untuk ber'kongsi' artikel dan maklumat didalam satu laman web yang Islamik dan penuh informatik dari sudut Dakwah Haraki Kontemporari dan juga dalam info melengkapkan sisi Tarbiyyah kita..

Insya Allah dengan ini penulis HB ingin menjemput para pembaca HB untuk rajin2 singgah juga ke laman web http://dakwah.info/. Insya Allah moga menambah maklumat dan bekalan dalam dakwah dan tarbiyyah kita... Insya Allah...


screenshot Dakwah.Info



Jom jadi fan dan like facebook dakwah.info




*****************
Oleh: Bro Al-Fateh
Selangor, Malaysia

Cerita Pemuda MarQuee

Salam semua pembaca Halaqah Borneo (HB)...


Ayuh Syabab!!!, Ayuh Pemuda!!!

Alhamdulillah, penulis diberi peluang sekali lagi untuk menghasilkan karya multimedia. Hasilnye pun tak seberapa hebat seperti hasil2 karya dari orang2 yang memang dah expert. Tapi Alhamdulillah dapat juga terhasil video ini dengan bantuan "orang2" yang disayangi...

Terima kasih juga kepada Sis Ababeel kerana memberikan software untuk menghasilkan video ini. Sebenarnya video ini adalah video yang kedua yang dihasilkan oleh Al-Fateh wa Ababeel studios, (AFWA) Studios. Video pertama adalah video "Kenangan KITA 2010" yang dibuat khas untuk adik2 Foundation di Borneo... Dan video kedua ini "Cerita Pemuda MarQuee" khas buat sahabat di Tanah Malaya ini.

Jadi untuk yang kedua ini harapnye dapat memberikan manfaat kepada yang melihatnya. Video ini telah ditayangkan pada program ISK marQuee tempoh hari.

Insya Allah dibawah adalah video kedua yang telah dihasilkan:



"Cerita Pemuda MarQuee"

Created by: AFWA Studios
Published by: TheAFWAstudios
Special for: MarQuee Publication


*******************
Post by: Bro Al-Fateh
Selangor, Malaysia

Puasa Tasu'a dan Assyura

Salam semua pembaca Halaqah Borneo... Jom kita pakat ramai2 berpuasa dalam mengamalkan sunnah Rasulullah ini... :)



Selamat Berpuasa Tasu'a (9 Muharam) = 15 Disember 2010
&
Selamat Berpuasa Asyyura (10 Muharam) = 16 Disember 2010


Beberapa hadis mengenai Puasa Tasu'a dan Assyura
----------------------------------------------------------------------------------

عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).


عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)


وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).




*******************
Al-Fateh
Seusai Usrah Henshin
10.25pm
14/12/10