Salam Pengungjung Halaqah Borneo..
Alhamdulillah harini ana rasa tenag sikit selepas dengar lagu yang syahdu ni.. Lagu jalan Dakwah ni sangat menyentuh hati ana. Walaupun sebelum ni ana rasa sangat sedih, tapi kini ana dah rasa sedih happy... Lagu ni banyak maksud yang tersirat.. ia juga berkaitan dengan kehidupan ana sebagi ikhwah penerus dakwah...
Akhi.. walau apapun berlaku pada kita.. yang penting kita kena teruskan dakwah kita.. banyakkan berdoa kepada Allah agar dapat terbinanya satu ummah...
Lagu ni akhi, ianya akan menyedarkan kita tentang kehidupan kita sebagai hamba Allah yang mengukir jalan kehidupannya dengan DAKWAH.. maka pastinya dalam jalan itu ada Onak dan duri, ranjau dan cabaran serta ada juga keindahan dan kemanisan ukhuwah yang akan menjadi Memoar kita semua...
Jadi akhi, mari dengarkan lagu ini dan hayatilah ye.... cuma dalam youtube tu gambar ikhwahlah, tapi ana tak tahulah ikhwah mana, tapi insya Allah ikhwah di luar negara kot!!...Brotherhood's Day tajuknya... Apa-apa pun jon dengarkan lagu ni yang sangat bermakna bagi ana dan semua pengungjung HALAQAH BORNEO...
JALAN DAKWAH oleh ALARM ME
Lagu boleh dengar disini: Jalan Dakwah – Alarm me
Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiyyah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa
Dari dewan selesa ke jalanan yang berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama Islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah
Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa
Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya Rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
Berbekalkan Islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yang Esa
Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita
Sekian,
Akhi Azrin Al-Fateh
18 Syawal 1430H/ 7 Oktober 2009
Permata ‘Akal Budi’ yang Hilang
1 day ago
bila kita cintai dakwah,byk kemungkinan...
kita mungkin kena tinggalkan zauj, anak, ibu, ayah...jika perhiasan dunia ini menyebabkan kita jatuh...
ini lagu mula-mula ana jatuh hati dengan tarbiyah dan dakwah 2003...