Akhi wa ukhti... tiba-tiba teringat kata-kata Syaikhut Tarbiyah di Indonesia, Iaitu Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah (1953-2005).. Ana teringat kata-kata dia dalam Filem Sang Murabbi: Mencari Spirit Yang Hilang.
Pesan Sang Murabbi;
Ust Rahmat Abdullah
(1953-2005)
Sebagai Murabbi jangan hanya meniupkan api semangat, tetapi tidak menjalarkan ruh Islam dalam tindakan dan akhlak mereka. Walaupun kita tahu, bahawa untuk tarbiyah manusia, memang memerlukan masa yang sangat lama, maka jangan ada rasa putus asa, malah sabar dan bersikap optimis dengan mutarabbi kita... kerana kefahaman itu akan difahami secara berperingkat... dan tarbiyah perlulah konsisten dan juga muntijah..
Pesan dari Buku ‘kisah-kisah para Murabbi’:
Tarbiyah itu merupakan pembentukan keperibadian, bukan hanya dari sisi akademik dan fikrah sahaja. Perlu adanya transfer ruhiyah. Ada pembentukan maknawiyah. Ada sisi pengarahan perilaku, Ada bentuk keteladan dan qudwah sehingga semuanya akan berlaku secara intergratif dan terpadu.
Dan itulah tarbiyah kita.
Selain dari berusaha mencari sumber ilmu yang ada, berusahalah jugalah membekaskan kefahaman itu pada jiwa diri kita dan anak binaan kita..
bagaimana mampu kita bawa manusia kepada Allah sedangkan kita sendiri jauh dari Nya?
************************************************
Akhir sekali, Hayatilah kata-kata bernas dari Al-Marhum Ust Rahmat diatas tadi,
2 Pekara yang harus selalu Kita ingat:
a). Kesalahan yang kita lakukan pada orang lain
b). Perbuatan baik yang orang lakukan pada kita
2 Pekara yang harus segera Kita lupakan:
a). Kesalahan orang lain lakukan pada kita
b). Perbuatan baik yang kita lakukan pada orang lain
*********************************************************
Moga kita dapat Ibrah dan semangat dari Pesan Sang Murabbi ini...
Azryn Al-Fateh
3 March 2010/17 Rabiul Awal 1431H
Fakulti Kejuruteraan
* ana ada ambil skit ayat-ayat dari blog Ukhti Muharikah, jzkk ukhti..
Hmm.. baguslah.. teringat cerita sang Murabbi.. Jazakallah Akhi..
Moga Dakwah semakin berkembang di Borneo dengan Daie yang Ikhlas dan Sabar serta Bersemangat Pemuda... AMIN..
Kami Doakan dari kejauhan benua...