ISU #1 : Faiz Shahlan Charity Fund

Assalamualaikum brothers and sister...
 
ISU #1 yang akan dibawakan oleh HalaqahBorneo (HB) mengenai Faiz Shahlan Charity Fund (FSCF). Charity fund ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung kos rawatan yang ditanggung oleh keluarga Encik Shahlan... Bagi HB, ini adalah satu usaha murni yang perlu disuburkan dikalangan mahasiswa yang perihatin dengan sahabat mahasiswa lain yang ditimpa musibah. HB ingin memuji sikap sukarelawan yang menganjurkan (FSCF) ini kerana ini membuktikan ukhuwah islamiyah dan merealisasikan hadis Rasulullah iaitu,
 
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan saling berempati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya merasakan sakit maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam.” (HR. Muslim)
 
Maka dengan rasa ukhuwah islamiyah yang ikhlas dan benar ini, HB menyeru agar kita sama2 menyumbang ke (FSCF) agar dapat meringankan beban mereka. Moga kita sama2 dapat membantu saudara mahasiswa kita. Semoga Sedakah dan infaq kita dibalas oleh Allah seperti dalam firmanNya,
 
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji / sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai (bulir), pada tiap-tiap tangkai pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah, 2:261)
 
 
 
 
Berikut adalah butiran mengenai kempen  (FSCF) ini:
 
 

Faiz Sahlan Charity Fund (8 - 19 hb Oktober 2012)
Kempen Faiz Sahlan Charity Fund (FSCF) ini digerakkan atas dasar keprihatinan beberapa orang sahabat karib Faiz Sahlan. Kempen berbentuk 'fund raising' ini bertujuan untuk meringankan beban ...
kos rawatan yang ditanggung. Terbuka kepada warga UNIMAS atau bukan warga UNIMAS. Semoga kebaikan kita dapat membantu beliau.

-Bantuan anda kini boleh disalurkan melalui
1) terus kepada ayah beliau: Encik Sahlan Bin jahari: 013-8547337

2) Pengarah FSCF: Zahidi Zakaria: 0134091979

3) akaun RHB: 16241 0000 2979 0 Haris Sharim: 010 5912309

-Pegawai audit bagi kempen 'fund raising' ini:
Encik Mohd Azrin bin Mohd. Said: Gr-Engr Mohd Azrin,
Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan UNIMAS
**Update kutipan akan kami post di Fb stiap malam mulai 9hb oktober 2012

4) kami juga akan mengerakkan tabung kutipan di setiap kolej sekitar UNIMAS termasuk di kolej perubatan kampus Kuching.

Kami akan 'publish'kan senarai beberapa orang sukarelawan kami, bagi memudahkan anda menyalurkan bantuan dlm jngka masa terdekat.

Yang benar:
Mohamad Abid Kamaruzzaman, Setiausaha FSCF &
Amirulhasan Mat Sulaiman, Bendahari FSCF

Moga ukhuwah terus bersemi: "Ukhuwwah Teras Kegemilangan"
------------------------------------
 
Bro Al-Fateh
HB Editor 

 

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..