Dengan namaMu yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Kemurahan dan kasih sayang Allah meletakkan kita sebagai salah seorang individu sebagai khalifah Allah. Nukilan zauj (suami )ana...
Cahaya kasih suami dan isteri
Carilah dalam benak hati
ikhlaskan hati menentukan nya
jgn paksa ia menentukan
andai jiwa masih tak keruan
carilah illahi tanyakan jawapan
baru hati yakin dan ikhlas
kerana tuhan telah menentukan
Redhakan jiwa dengan ketentuan
andai kita Hamba Tuhan
tapi jangan lupakan usaha
kerana tuhan suka pada manusia yang sering berusaha
tiada erti putus asa dlm kehidupan
cuma ada lelah sahaja
jadi Cinta boleh dibina
andai jiwa yakin padaNYa
teruskan Cinta jika ada rasa Sayang dijiwa
Baru bercambah Kasih dan mesra
kerana Nurkasih bukan direka
ia datang dari Jiwa yang Luhur
Nurkasih Suami dan Isteri adalah RahmatNYa
yang akan membawa Mawaddah dalam Rumahtangga
Yakinlah isteriku...
Nurkasih kita pasti terbina
andai kita percayakan Tuhan
akan kuasa Cinta Manusia
yang bercinta kerana sang Pencipta..
Nurkasih..hanya pada yang ikhlas
pada yang mencari redha tuhannya
Nurkasihku....
NURKASIHKU DIJIWA...
Nukilan Mohd Azrin bin Mohd Said
Jumaat, 9 oktober 2009
20 Syawal 1430
buat isteri tercinta
Aishah Arsad
Sekian,
dipost oleh:
Ukti Ababeel
Permata ‘Akal Budi’ yang Hilang
2 days ago
Ku mohon ar-rahman dan ar-raheem dr mu allah, pada diriku...
sangat ku mencintai suami ku...tapi tidak pandai aku melantun rasa, bersikap manja, melafazkan kalimah berkat, apatah lagi nyanyian cinta...sekadar doa ku ketika di hadapan kaabah mu satu ketika dulu..menjadi imam buatku selamanya kerana tidak ramai yang sanggup menikahiku dengan usiaku yang jauh dari usia muda mu...apatah lagi melayani karenahku, terhadnya masaku ...pengorbanan...kasih sayangnya menyebabkan hati ku selalu merinduinya...walaupun tidak dapat kunyatakan padanya..
Moga Allah memberi balasan yang terbaik buat suamiku...
kesudianmu menjadi teman rapatku,
selalu menukar marahku pada senyuman mahalku,
menjadikan diri sedih menjadi bahagia,
mengetuk pintu malas pada rajin berusaha,
mengurut fizikal kurusku ketika lelah selalu mendatang
menenangkan nafasku...bila
tak keruan
moga ku lebih kuat bekerja untukMu,
menemani ku setiap kerja rumahku..
memasak bersama...menyapu bersama...mengemas bersama...berkebun bersama...mencari 'benih' pewaris agama bersama
di setiap kesusahan dan kesenangan kau berusaha untuk bersama denganku
ooh...walaupun baru sekarang bertemu ramainyer lelaki
kau tetap yang teristimewa bagi ku..
runtuhkanlah ya allah penghambat kasihku pada suamiku..sangat-sangatku bermohon padaMU..