Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Archive for March 2011

Last Weekend...

Salam brothers and sisters....
Alhamdulillah it was a best weekend with all of us come together to feel the Ukhuwwah... Grab the knowledge and reconstruct and revive our Iman and Taqwa... and also improve our Amal...

My Brothers,
remember,
Brotherhoods, the foundation of Glory





Brought to all members of Handzalah Troopers
by: Handzalah Project™






Brought to all members of Badar Troopers
by: AFWA Studios™


May Allah bless us for the thing that we have done. Guided us to the road of Jannah... and for all members of Handzalah Project and Badar Troopers, may us still Istiqamah and Tsabat in this Tarbiyyah because of Allah's Love.

Fikratuna


Salam Kepada Semua pembaca Halaqah Borneo.... Moga dalam keadaan Sihat.....

Penulis sempat berjumpa dengan seorang ustaz, dan kemudian didalam program itu, dia bertanya tentang Fikrah Kita. Maka harini penulis
ingin berkongsi sedikit tentang Fikratuna @ Fikrah Kita....Adakah anda tahu sejauh mana fikrah yang kita inginkan daripada seorang Al-akh yang telah di Tarbiyyah???





FIKRAHTUNA
As-Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna

Hari Rabu 12 Feb merupakan tarikh syahidnya Imam al Banna yang cemerlang kehidupannya, yang "pendek tetapi panjang" (1906 - 1949) rahimahullahutaala dengan asasnya yang kuat semenjak kecil, pembentukkannya yang tinggi, pembinaannya yang bertambah kemuncak dari hari kehari bahkan detik demi detik. Pembinaan dakwah berlaku melalui tangannya, sebagai satu gambaran daripada aktivitinya yang tertegak di atas kefahaman yang luas dan mendalam, yang disandarkan kepada keikhlasan yang mendalam, ketepatan yang unggul dalam usaha untuk merealisasikan amalan yang tersusun (berorganisasi) dan lantas melaksanakannya. Justeru itu maka telah terkumpullah untuk dakwah ini rukun-rukun kejayaan yang terpenting dan terlaksanalah baginya ufuk-ufuk penyebaran perkembangan, dan kaedah-kaedah tajdid (reformasi), bahkan ianya satu ijtihad yang jitu.

Di antara tanda-tanda yang paling nyata yang telah dibentangkan dengan jayanya dalam kehidupan al Imam al Mujaddid ini adalah seperti berikut:

1. Gerakan Yang Meluas Lagi Cemerlang

Al Imam telah menyempurnakan gerakannya ke bandar-bandar, ke pelusuk kampung, ladang, masjid, bahkan ke kedai-kedai kopi serta di tempat perkumpulan orang ramai. Dan maklumat hal ehwal keadaannya memanifestasikan sabda Rasulullah saw "biarkan aku dengan manusia". Maka beliau telah menziarahi 3,000 kampung ataupun lebih sebagai penceramah, jurubicara dan penasihat yang cemerlang. Membangkitkan manusia drp. tidur mereka, memperbaharui harapan di dalam diri dan pemimpin mereka. Beliau berhubung dengan pemimpin tanpa mengabaikan golongan bawahan. Beliau juga menyeru syeikh dan para ulama ke arah asas kefahaman yang baru kepada Islam yang ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jelas. Beliau tidak mencuaikan masyarakat umum, begitu juga beliau memberikan tumpuan kepada pemuda/remaja bahkan berusaha menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang sukar dengan berperingkat-peringkat serta penguasaan. Adapun tumpuannya yang setempat adalah Mesir dan tumpuannya yang secara lebih luasnya adalah kepada dunia Arab dan Islam. Manakala tumpuannya yang universal dan terbesar adalah kemanusiaan dan Ustaziatul `alam (orde dunia), sehinggalah semuanya dineutralkan lalu menjadi suatu tumpuan sahaja tetapi mengandungi berbagai-bagai aspek.

2. Tidur Yang Sedikit.

Adapun waktu menurut beliau adalah kehidupan dan waktu pada fahamannya tidak terhenti kepada batas-batas material iaitu emas semata-mata. Beliau juga tidak bersikap birokratik dari segi kedudukan pangkat dan jawatan, bahkan ia tidak mensia-siakan walau satu detik kehidupannya pada perbualan kosong dan terlalu banyak soal jawab terutamanya pada perkara yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Beliau begitu asyik dengan dakwahnya sehingga beliau tidak tidur malam kerana cintakannya, berfikir untuknya, membuat perancangan baginya, memperkembangkan matlamat dan metodologinya. Kerana itu terbitlah risalah-risalahnya seperti: Da'watuna, ila ayyi syaiin nad`un nas, dakwatuna fi turin jadid, Ilas syabab dsbnya. Untuk memperkuatkan lagi perkembangan dan titik tolak (perjuangan fikrah dakwahnya). Beliau tidak berhenti disebabkan kesesatan serta tidak disibukkan dengan urusan titik bengik. Beliau juga tidak terbeban dengan kerehatan jasad seperti tidur dan bersantai, kerana da'wah pada hematnya adalah ruh yang mengalir di dalam ummat yang dihidupkan oleh al Quran.

3. Luas Ilmu Serta Menghormatinya (ilmu)

Imam al Banna berusaha untuk mengembalikan penyebaran Islam dengan seluruh sifat-sifat syumul (kesempurnaan), rabbani (bersumber dengan sumber-sumber ketuhanan) dan universal. Pernah diceritakan oleh orang yang memeriksa perpustakaan beliau setelah puluhan tahun shahidnya beliau, tentang betapa banyak, menakjubkan serta mendalam komentar-komentar yang beliau tulis di pinggir-pinggir perpustakaan tersebut dari apa yang telah dibaca dari buku-buku mengenai politik, ekonomi, sosial, sejarah, geografi, peperangan, perjanjian-perjanjian, hubungan antarabangsa, ugama-ugama da'wah dan sebagainya. Beliau begitu cintakan ilmu dan para ulama'. Suasana kemunduran didalam ummat telah merisaukan beliau, begitu juga pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Islam yang menunjukkan kepada kejahilan dan sikap tidak ambiltahu. Kerana itu beliau telah menekankan di dalam Risalah Ta'alim: "Islam membebaskan aqal serta menggalakkan pengkajian alam semesta, juga meninggikan taraf ilmu dan ulama'. Ia juga mengalu-alukan segala yang baik lagi bermanfaat dari setiap sesuatu. Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mu'min, dimana sahaja dia menjumpainya, dialah yang lebih berhak terhadapnya."

4. Keikhlasan dan Kecintaan Terhadap Da'wah

Al Banna mempunyai kelebihan dengan kerohaniannya yang tinggi yang mengatasi individualiti, ciri-ciri peribadi, parti-parti, puak-puak, bahkan seluruh penyakit-penyakit hati yang lain. Tidak terkumpul di dalam hatinya melainkan rasa cinta kepada da'wah, suatu cinta yang tidak meninggalkan sebarang waktu di dalam jiwa melainkan akan sibuk dengannya, tidak juga suatu ruang kosong melainkan akan dipenuhinya. Beliau disibukkan oleh fikrah dan da'wah didalam berlalunya waktu, maka beliau berusaha kearah mematangkannya (fikrah dan da'wah) dengan meletakkan serta memperbaharui objektif dan matlamat. Kemudian beliau menggariskan wasilah (method) dan alat (strategi). Lalu beliau melintasi batas-batas taqlid, tapi menghormati ikutan tersebut. Sebagaimana beliau juga berusaha menyinambungkan proses tajdid disamping menghormati ufuk-ufuk linkungan dan martabat ketinggian. Beliau meningkat dengan banyak di dalam hidupnya, kerana beliau memahami hakikat bahawa "sesiapa yang sama dua hari (dalam hidupnya) maka dia telah tertipu". Beliau mengambil berat terhadap ummat seluruhnya dengan sebenar-benarnya, sehingga tanahair islam pada hemat beliau dan ikhwan muslimin adalah seluruh bumi yang ada padanya muslim, kerana pemahaman yang baik terhadap sabda rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang tidak mengambilberat terhadap urusan orang islam bukanlah dari golongan mereka."

5. Memberikan sifat dan neraca sukatan

AlImam alBanna telah meletakkan sejumlah neraca sukatan untuk mengukur kadar iltizam, kefahaman, akhlaq yang baik, serta perlaksanaan beban da'wah. Di antara neraca dan kayu ukur yang terpenting adalah rukun-rukun bai'ah yang sepuluh: Faham, ikhlas, amal, jihad, tadhiyah (pengorbanan), taat, thabat (teguh), tajarrud (tumpuan penuh), ukhuwwah dan thiqah (kepercayaan). Begitu juga : "Wajibat al akh al muslim" (Kewajiban akh muslim) iaitu 38 kewajiban. Begitu juga "Simat al akh al muslim" (Tanda-tanda akh muslim) iaitu: sejahtera aqidah, sahih (betul) ibadah, teguh akhlaq, kuat badan, akal yang berpengetahuan, berjihad terhadap hawanafsunya, berorganisasi dalam urusannya, menjaga waktu, mampu menyara diri, serta bermanfaat kepada orang lain.

Sesungguhnya kami, dalam bicara yang cepat (ringkas) ini, tidaklah mencatitkan sejarah untuk lelaki ini (alBanna). Sehingga hari ini belum ada sebarang catatan sejarah yang layak untuk Imam mujaddid ini. Kami juga tidak berniat memuji-muji alImam yang unggul ini, bahkan kami tidak merasakan beliau perlu kepada pujian dari kami, tetapi kami ingin untuk menggambarkan beberapa pengajaran dari gambaran peribadi penda'wah yang unggul ini untuk sesiapa yang ingin mengambil pengajaran darinya, pada waktu yang bersangatan kegelapan kemunduran, penindasan serta berceraiberai yang dilalui oleh ummat. Sesungguhnya AlImam al Banna -rahimahullah- berada setapak kedepan didalam memahami golongan salaf, dan dia adalah model imam golongan khalaf. Beliau membangkitkan alam Islami dari tidurnya tanpa mempunyai sebarang mekanisma pemerintah dan menteri-menteri di dalam tangannya. Sehinggalah hari ini berkumandanglah suara Islam yang benar melaungkan disegenap tempat: "Islam Adalah Agama dan Negara", selepas dari keadaan di mana Ibadah di sudutkan di penjuru-penjuru masjid sahaja, ataupun aqidah yang di simpan disudut-sudut hati, dan perasaan di dalam jiwa semata-mata.

Betapa indahnya tulisan beliau semasa memberi amaran tentang pemberian tanggungjawab yang tidak disertakan dengan aspek ruhi, (Beliau begitu menekankan setiap tarbiah hendaklah rabbani dan ruhi) beliau juga menyeru untuk meningkatkan ukhuwwah dari tahap percakapan dan teori kepada tahap perlakuan dan amal perbuatan, dan di dalam pembentukan usrah-usrah Islamiah disandarkan kepada tiga rukun : Taaruf (saling kenal mengenali), Tafahum (saling faham memahami) dan Takamul (saling lengkap melengkapi).

6. Bersyukur Semasa Menghadapi Tribulasi Dan Positif Dalam Amal

Ustaz alBanna menceritakan dalam "Muzakkirot adda'wah wad da'iah" beberapa contoh tipudaya yang hina yang telah dilaluinya semasa zaman pembelajarannya dengan sebab kecemerlangan beliau mengatasi rakan pelajar yang setengahnya lebih berusia dari beliau. Sehinggakan salah seorang dari mereka telah mencurahkan keatas muka dan tengkok beliau sebotol campuran peluntur (asid) yang pekat semasa beliau tidur untuk menghalang beliau dari menduduki peperiksaan akhir tahun pengajian, tetapi anihnya, alBanna telah berjaya dalam peperiksaan tersebut. Beliau menganggap itu sebagai ni'mat serta kelebihan dari Allah yang wajib diterima dengan kesyukuran dan kesyukuran pada hemat beliau adalah memberikan kemaafan. "Dan barangsiapa yang memberi kemaafan dan berlapang dada, maka ganjarannya pada Allah".

Beliau juga telah membentangkan banyak contoh tipudaya yang hina ini di dalam kehidupannya sebagai penda'wah, juga dorongan kekerasan dari golongan yang mengintip da'wah serta membencinya. Mereka telah melemparkan tohmahan bahawa beliau mengadakan bid'ah di dalam agama, mengendalakan masjid-masjid, memerangi Islam, serta memberikan fatwa dengan batil semasa beliau berusaha untuk melaksanakan sunnah dengan menunaikan solat sunat hariraya di tanah lapang. Begitu juga mereka melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap beliau dan al Ikhwan selepas daripada ceramah yang beliau sampaikan tentang Isra' dan mi'raj dengan menda'wa bahwa ikhwan muslimin menginkari isra' dan mi'raj serta mengatakan bahwa peristiwa tersebut bukanlah mu'jizat, serta berlaku dengan ruh sahaja tidak dengan badan, lalu mereka telah keluar dari ijma' umat Islam serta apa yang telah diterima oleh para imam.

Bahkan ada juga yang menuduh bahwa alBanna menjadi "ilah" yang di sembah oleh al ikhwan. Akan tetapi, pendirian al Banna dalam menghadapi tohmahan-tohmahan tersebut adalah dengan memberikan contoh tauladan melalui amalan secara serius menentang kebatilan--kebatilan tersebut. Beliau berkata: "Sibukkan manusia daripada pemikiran yang salah dengan (memberikan atau mengajar) pemikiran yang benar". Sebenarnya, alBanna sedar serta yaqin bahawa hakikat berda'wah adalah manusia akan mengata-ngata keatasnya dengan kebatilan.

Semoga Allah merahmati Al-Banna dengan rahmat yang luas serta menyempurnakan ganjaran bagi beliau, juga meneguhkan kita di atas jalan hak dan kekuatan selepas dari pemergian beliau.



Sumber daripada: Fikrah Kita, Imam Hassan Al-Banna

Aku menyesal kawin....

Salam Ceria Semua Pembaca Halaqah Borneo....

Saat ana nak baca cerita ni kat FB, ana tgk tajuk je dah cukup 'catching'... bila baca je, mmg best cerita ni.. ada unsur dakwah dan tarbiyyah, lucu dan seloka rumah tangga... bak kata pakcik Hishamuddin Alham... "apa yang dipaparkan walaupun rekaan .... tetapi benar sekali isinya ... tak caya tanya orang tua-tua yang sudah bertahun-tahun berkahwin."

Inilah ceritanya.... :)



*******************************
Ini cerita aku.. Aku baru aje kawin, dengan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pun dia. Tapi mak punya pasal kan, aku terpaksa "follow" je la. Arghh, menyesal betul kahwin....

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku saja nak tidur pukul berapa, nak bangun pukul berapa. Kadang-kadang sampai tengah hari tidur, sampai terlepas kuliah.... haha. Tak ada orang marah pun. Lecturer pun tak marah.

Tapi sekarang, nak tidur lewat sikit aje ada orang sound. "Jom la bang tidur...". Kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku aje nak makan pukul berapa, nak makan apa. Boleh makan sedap-sedap, sebab beli di kedai.. Tapi sekarang, huhu.. Macam budak kecil aje, kena ikut jadual makan! Dah lah kadang-kadang dia masak masin lah, pahit lah.. Lepas tu kadang-kadang dia bagi aku makan sayur banyak-banyak. Tak makan nanti kecil hati pula, lepas tu tulis pada status facebook dia. Arghh, menyesal betul kahwin..

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku aje nak "shopping" bila, kat mana, nak beli apa.. Kira berbelanja tanpa waswas lah. Tu yang shopping kejap saja melayang 2-3 ratus sekelip mata. Hohoho.. Tapi sekarang, nak pergi shopping je, dia dah siap dengan lis barang nak beli. Tak ada dalam lis, tak boleh ambil!! Dah lah berjam-jam pusing.. Leceh betul lah orang perempuan ni. Muka dia tak payah cerita lah, memang ceria je kalau masuk 'shopping mall'. Aku je yang muka 'tension'. Arghh, menyesal betul kahwin...

Kalau dulu masa belum kahwin, rambut aku ni macam-macam 'pesen' la boleh buat.. Ala Korea boleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pun boleh buat, tak da orang 'sound'. Tapi sekarang, panjang sikit je kena 'sound'.. panjang sikit je kena 'sound'.. Dia kata tak 'hensem' lah, tak kemas lah.. Tak gunting nanti dia tak nak gosok baju aku pula. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan di JUSCO, ada lah seorang awek comel melintas depan kami. Aku pun terpandang 'awek' tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta bini aku (mentang-mentang la aku 'hensem'..). Apa lagi, menjerit la aku kat situ.

Mahu nya tak kuat, satu foodcourt tengok kami, termasuk 'awek' tadi.. Arghh pertama kali kut rasa malu macam tu. Rasanya muka aku lagi merah dari sos cili atas meja (andaian) . Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian lah kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang 'bestnya', sekarang aku dah tak payah basuh baju, gosok baju sendiri.. Semua dah 'ready made'. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku tak berapa suka. Kalau dulu masa belum kawin, sekali 'iron' baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tak nak iron lagi! (Oppss kantoi..). Lepas tu baju-baju bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tidur atas kain baju ni (padahal malas kemas). Sekarang... hehehe.

Lagi yang best, masa aku demam ke, tak sihat ke, rasa diri ni macam dihargai je.. Yelah, kira ada orang 'take care' la. 'Total care' !! Hehehe.. Kalau masa belum kahwin dulu pandai-pandai lah bawa diri kalau demam. Huhu, ..

Lepas tu kan, sekarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding dengan dulu, hmm.. tak produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hati ku. Maklum lah kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ada yang tolong ingatkan. Ini lah pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tidur lambat

Boleh lah abang bangun awal-awal pagi.. kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalau abang tak bangun juga,

'ayang' cubit je peha abang

abang tak kan marah..

Lagi abang sayang ada la..


Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok sekarang abang dah nak gemok da

Tak ada la kurus je macam mula-mula kahwin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?

Ayang takut orang lain berkenan kat abang ya?

Jangan bimbang atau ragu ok,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..


Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong 'iron' baju abang

Sebab abang memang 'allergic' sikit bab gosok baju

Jangan risau la nanti abang gunting rambut..

Sekarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut dah kemas, baju dah kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pun terjaga, badan pun berisi juga

Argghh, menyesal betul kahwin LAMBAT!!!

(cerita rekaan yang mungkin ada kena mengena dengan sesiapa)


Dipetik dari: Website IKRAM JOHOR

Nukilan:

Mohd. Bakheet

Pemuda IPT




Dipost kembali oleh:

Bro Al-Fateh

Ila Syabab, Kepada Pemuda

Salam Pembaca Halaqah Borneo.... Moga dibawah lindungan Rahmat Allah... Dan moga kita sentiasa melaksanakan amal-amal mulia di setiap detik masa kita..



"Pemuda Borneo"
credit to enciknombor8.blogspot.com



"Pemuda SerPang"
credit to Handzalah Project



ILA SYABAB
Nukilanku buat Pemuda-Pemuda yang Ikhlas...
(Especially Pemuda MarQuee, Pemuda SerPang dan Pemuda Borneo)


Ila Syabab....
Antum Ruhul Jadid
Fil Jasadil Ummah

Kepada pemuda yang Berjiwa Besar,
Mempunyai Cita-Cita Besar,
Memiliki Matlamat yang Besar dan Jelas,
Menjadikan ISLAM sebagi yang Utama...

Kini Kita sudah tiada masa...
Usah berpaling semula kebelakang,
Usah kembali kepada Zaman Jahiliyyah Kita dahulu...

Orakkan langkah kita kehadapan..
Sentiasa meletakkan Allah sebagai Matlamat Kita
dan Islam sebagai Risalah dan Cara Hidup Kita..
Mencontohi sunnah Terbesar Nabi Muhammad...

Jadikan Tarbiyyah sebagai perkara Utama..
Mendidik Jiwa dengan Fikrah Islam Sebenar,
Dakwah sebagai Amal Ikhlas Kita,
Mencari Redho sang Pencipta...

Agar Kita semua berjumpa
Di Syura Allah yang kekal Abadi
Kuatkan Ukhuwwah Kita
Satukan Wehdahtul Fikrah Kita
Kejayaan Islam pasti Menjelma
Dengan Hamassah Kita
dan Hikmatus Syuyukh Kita

Ingatlah kerana Antum
Kerana Antum...
Ruh baru dalam Jasad Ummah ini
Antumlah Pemuda yang dinantikan....
Oleh Umat Islam Ini...

Allahu Akbar!!!




BADAR TROOPERS
Membentuk Peribadi Muslim,
Membina Generasi Quranic,
Melahirkan Rijal Dakwah

Video by: AFWA Studios ™


-----------------------------------
Akhi Azrin Al-Fateh
Bumi Allah