Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Archive for April 2010

Hujung Minggu lepas...

Salam kepada semua pembaca HB, semoga Rahmat dan Keredhaan Allah bersama kalian semua..

Alhamdulillah sedikit coretan minggu ini...walaupun ketiadaan Ababeel disisi dikala ini, Alhamdulillah Al-Fateh ditemani oleh ikhwah yang sangat ceria dan bersemangat, walaupun jauh disudut hati ini, penuh kerinduaan pada Ababeel..

Akhi wa ukti yang dirahmati Allah,


Hujung Minggu lepas...



Alhamdulillah ana diberi peluang menjadi penceramah kepada Program Remaja di Kota Samarahan, Menjadi Instruktor untuk LDK adik-adik remaja ini.. Ana sangat berdoa, agar adik-adik remaja di Sarawak Umumnya, akan tersibghah (terkesan) dengan nilai-nilai murni Islam.. Alhamdulillah kami menyampaikan Tajuk Saya Mesti Muslim dari Sudut Aqidah, Ibadah dan Akhlak... Ana sangat gembira jika ada badan NGO2 lain yang juga berusaha kearah memberikan kefahaman Islam kepada adik-adik remaja ini dengan Ikhlas dan hanya kerana Allah.. dan Insya Allah ana yakin ada badan2 NGO lain yang turut berusaha dalam memberikan kefahaman Islam kepada Remaja kita di Sarawak.. Moga semua terus Ikhlas..



Hujung Minggu lepas...



Alhamdulillah ana diberitakan ada Program ANDA BIJAK JAUHI ZINA anjuran NGO Islam di Sarawak di salah sebuah sekolah di Sarawak ini.. Ana sangat bersyukur jika program sebegini diteruskan dan diperluaskan di semua sekolah-sekolah di Sarawak... Bah kan jika dianjurkan di IPT-IPT juga ia sangat bermakna...kerana program ini ABJZ, mampu insya Allah memberi kesedaran kepada para remaja agar menjauhi perbuatan KEJI iaitu ZINA dan juga mejauhi pekara2 yang boleh menghampiri kepada penZINAAN... Insya Allah moga usaha-usaha murni ini diperluas dan disokong oleh setiap golongan masyarakat bagi menjadikan program ini berjaya dan mengelakkan lagi pembuangan bayi serta seks luar nikah.



Hujung Minggu lepas...



Alhamdulillah ana dijemput untuk menghadiri Program dan taklimat AQSA SYARIF.. Dalam program yang serba sederhana ini, Alhamdulillah ana ditemukan dengan seorang ahli Lembaga yang sanngat bersemangat untuk mengerakkan AQSA SYARIF.. kelihatan semangat dan keazaman yang tinggi di wajah para ikhwah dan akhwat dalam mengerakkan AQSA SYARIF sebagai Wadah menyebarkan berita dan isu palestin di seluruh bumi Sarawak. Berbekalkan keikhlasan Insya Allah ana yakin dalam tempoh 3-5 bulan ini AQSA SYARIF akan diketahui ramai dan menjadi wadah yang utama dalam menyampaikan Isu Umat Islam Palestin di Sarawak dan di seluruh Malaysia.. Terdapat beberapa lagi pertubuhan yang turut sama membantu di bawah AQSA SYARIF seperti PACE, MAWADDAH, FIMA, HALUAN PALESTIN.. Insya Allah program seperti Tabung Keluarga Miskin Palestin dan Tabung Anak2 Yatim Palestin sedang giat dijalankan... Boleh juga lihat Promote AQSA SYARIF..





Selain itu juga, ana bersyukur dapat berjumpa dengan seorang Ikhwah yang hebat, anak jati Sarawak dari Sibu.. Seorang Engineer yang diceritakan oleh Murabbi ana tentang kesungguhannya dalam menyebar dakwah di bumi Sarawak.. Alhamdulillah ana bersyukur sangat berjumpa dengan Akh Ir Halil... Moga ana juga ingin seperti beliau.. Bersemangat walaupun banyak tugasan luar, Ikhlas dalam berdakwah, taat dengan arahan dan lain2.. Cuma harap sangat nanti dapat jumpa akh ini lagi bersama Ababeel kerana insya Allah akan banyak dan panjang cerita kerana asal mereka sama dari sibu. hehehe... Insya Allah..

Insya Allah sedikit perkongsian bersama dalam mengembang dakwah di bumi Borneo. moga terus Ikhlas dan terus bersemangat dalam mengajak manusia menuju syurga dan Keredhaan Allah..

Afwan atas segala kesilapan dan kekurangan, Moga Allah mengampuni kita... Amin..

Dakwah bukan utk Org Manja dan Malas !!!


Pencerahan bukan untuk orang yang manja.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa kita, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.


Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.


Tak mengapa. Teruskan hidup kita seperti biasa. Dakwah tak memerlukan kita. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran kita.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”


Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya


Murabbiku Berpesan... antum jadilah daie yang seperti ini... (gambar dibawah)

.....dan ikhwahku berkata bahawa dakwah ini tiada HENTI!!!! perlu diteruskan dan dilaksanakan...


....Pesanan ini ana ambil dari Seorang Murabbi yang banyak travellnya untuk kita jadikan nasihat bersama dalam mengharungi cabaran dakwah Kita yang semakin membesar dan penuh dugaan dan ujian ini.. moga kita semakin tsabat dan Ikhlas dalam amal Dakwah...

Diambil dari Akh Kalam Kalbu dan diadaptasi dari Ustaz MUNTALAQ

Semalam....Murabbiku berpesan....



Salam kepada semua pembaca Halaqah Borneo (HB).... Moga anda semua dibawah lindungan Rahmat Allah di segenap ketika...


Semalam, Murabbiku Berpesan....
Akhi, dalam tarbiyyah dan Dakwah ini sangat-sangat diperlukan orang-orang yang mempunyai KEFAHAMAN yang benar dan Jelas.. Maka akhi bacalah banyak-banyak buku-buku fikrah yang kita sedang kembangkan.. jangan lepas utk membeli dan menbaca buku-buku fikrah ini.


Semalam, Murabbiku Berpesan....
Akhi, dalam tarbiyyah dan Dakwah ini sangat-sangat diperlukan orang-orang yang IKHLAS dalam amal, perjuangan, perbuatan, kata-kata dan akhlaknya.... jangan ada sifat sombong dalam diri sendiri kerana merasa hebat dengan amal dakwah yang telah dilakukan... Kerana Allah sangat benci dengan orang yang sombong, Jangan merasakan diri kitalah yang terhebat dan paling banyak beramal... kerana kelak nanti akan lupuslah segala amal dakwah kita kerana timbul perasaan sombong dan riak...

Semalam, Murabbiku berpesan....

Akhi, Dalam tarbiyyah dan Dakwah ini sangat-sangat diperlukan orang-orang yang INDIBATH atau DISIPLIN. Kita perlu berdisiplin dalam amal dakwah dan tarbiyyah, dan kita juga diperlukan untuk sangat berdisiplin bila mana kita sudah berada dalam Jamaah... Kerana apa akhi???... kerana Jamaah semakin membesar dan mencambah, jika kita tak berdisiplin, maka kita sendiri yang akan merosakkan bangunan Jamaah itu.. maka kita juga yang bertanggungjawab atas kerobohan Jamaah itu... Kita semua kena disiplin dengan Amal Dakwah.. disiplin dengan Masa, hatta berdisiplin dalam amal-amal fardi dakwah kita...


Semalam, Murabbiku berpesan....

Akhi... dalam tarbiyyah dan Dakwah ini sangat-sangat diperlukan orang yang berdakwah untuk mengajak dan menyeru manusia kepada Allah dan Islam... Sangat-sangat diperlukan orang yang berdakwah untuk menjadikan Dakwah ini Sebagai RAHMATALLIL ALLAMIN.... Dakwah ini adalah untuk semua, Semua orang yang masih mahu berislam, semua orang yang masih ada kesucian hati, malah untuk semua insan didunia ini... maka jadikan dakwah ini boleh diterima oleh semua aspek dan golongan manusia.... Tak kisah dia pelajar, orang berniaga dan macam-macam lagi...

"Pengalaman kami (al-fateh wa ababeel) Sendiri semasa ISK di Sibu... masya Allah, ana bertemu dengan seorang murabbi yang pendidikannya darjah 6 je.., berjual dipasar malam, Tapi Allah muliakan dia dengan Tarbiyyah.. Orang-orang hormat dengan akhi ini. Bahkan ada juga yang ikut tarbiyyah orang-orang biasa.... cikgu2... ada anggota (penjaga keamanan), ada anggota (penyelamat)...Masya Allah... tidakkah itu menunjukkan dakwah sebagai RAHMATALIL ALAMIN???.... "





Semalam, murabbiku berpesan....

Akhi... kita ditarbiyyah ini adalah untuk mentarbiyyah manusia yang boleh bermanfaat untuk manusia... Bukan untuk madrasah tabiyyah kita sahaja... jangan jadikan kita 'exclusive'.. Kita tarbiyyah manusia agar mereka yang ditarbiyyah ini bisa mencorakkan masyarakat yang berada disekelilingnya dengan rahmat tarbiyyah dan dakwah itu...

Murabbiku berpesan...

Akhi, ada seorang ikhwah ni, Akhi Halil, Subhanallah dimana dia berada disitu dakwah bercambah dan subur... maka bagus kalau dapat jadi seperti akh ini...Walaupun seorang engineer kerajaan... dia tetap menyumbang untuk dakwah dan Islam...




makanya akhi... semuanya bermula dengan KEFAHAMAN, KEIKHLASAN, DISIPLIN dan MISI YANG BESAR(RAHMATALIL ALAMIN)...

Jazakallah Murabbiku atas pesananmu...... Aku akan sematkan dihati dan amalkan dalam perbuatanku untuk menjadi bekal Dakwah Kami dan Kita....


Hakikat UKHUWAH yang Sebenar...



Salam kepada semua pembaca Halaqah Borneo, ikhwah dan akhwat sekalian yang bersemangat untuk mewujudkan ukhuwah yang benar dan sempurna diantara mereka dan juga kepada setiap insan yang ana rindui dan ana cintai kerana Allah.. lama sudah tak menulis malah berjumpa dengan antum semua....

Dalam minggu lepas dan minggu ini... timbul satu persoalan dalam diri ana.. Persoalan ini timbul kerana ada beberapa pekara yang berlaku dan menyebabkan ana tertanya-tanya... Apa makna UKHUWAH????
Kerana ana musykil.. kita berukhuwah atas apa???.. adakah atas Jemaah?? adakah atas persatuan islam yang sama?? (jika tak sama maka tak de langsung ukhuwah), adakah atas minat yang sama??? adakah atas kelebihan seseorang ikhwah atau akhwat itu??? (jika memerlukan sesuatu baru teringat kat mereka?? atau jika mereka dah tak de kelebihan maka dilupakan?????.... Masya Allah ana sangat binggung dengan makna UKHUWAH yang sebenar... mengapa ini terjadi????

Alhamdulillah akhirnya ana ketemui, segala persoalan ana telah terjawab dengan membaca blog ikhwah KITA di UK.... Akhirnya ana kemtemui apa sebenarnya makna dan hakikat Ukhuwah yang sebenar.. ia diterangkan oleh mursyidul Am IM yang lepas, Dr Mohd Mahdi Akif.... now i'm realize...

***********************


Segala puji hanya milik Allah, solawat dan salam atas Rasulullah saw beserta keluarganya dan para sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya.

Wahai saudaraku sekelian : sungguh Islam telah memberikan perhatian penuh akan adanya ikatan yang kuat pada sendi-sendi ukhuwah yang melahirkan di dalamnya cinta kerana Allah SWT dan menjadikan ukhuwah sebagai wasilah pengikat jiwa dan hati dan merupakan dasar pokok-pokok keimanan yang tidak akan sempurna keimanan seseorang kecuali dengannya dan tidak akan dapat direalisasikan kecuali dengan keberadaannya; bahkan dijadikan sebagai ikatan yang paling erat dari pokok-pokok keimanan dan kesempurnaan nilai-nilainya.

Allah swt berfirman:

“Hanyalah orang-orang beriman yang bersaudara”. (QS Al-Hujurat :10).

Dan Nabi saw bersabda:

“Seorang muslim adalah saudara dengan muslim lainnya, tidak boleh menzaliminya, tidak membiarkannya, tidak merendahkannya dan tidak menghinakannya” . (Muttafaq alaih).

Dan Nabi saw juga bersabda:

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, cinta kasih dan empati adalah seperti satu tubuh, jika salah satu tubuh darinya mengadu pada suatu penyakit maka anggota tubuh lainnya akan merasa sakit dan demam”. (Muttafaq alaih)

Oleh kerana itulah di antara salah satu rukun dari rukun bai’ah kita adalah ukhuwah, dan di antara salah satu dasar perbaikan sosial secara universal yang dibawa oleh Islam adalah memproklamasikan adanya ukhuwah di antara umat manusia.

Makna Ukhuwah Menurut Kami

Imam al-Muassis (perintis) Hasan Al-Banna semoga Allah merahmatinya berkata:

“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah : mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya, dan ukhuwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran, kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta, dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar(mengutamakan saudaranya).

“Dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung”. (QS Al-Hasyr : 9)

Al-akh yang jujur adalah yang melihat saudaranya lebih utama daripada dirinya sendiri; kerana jika tidak dengan mereka maka dirinya tidak bersama dengan yang lainnya dan jika mereka tidak bersama dengannya maka mereka akan bersama dengan yang lainnya;

“Sesungguhnya serigala akan makan kambing yang tersesat sendirian”. (HR Abu Daud dan ditashih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

dan nabi saw bersabda:

“Seorang mu’min terhadap mu’min yang lainnya seperti bangunan, saling memperkukuh sebahagiannya dengan sebahagian lainnya”. (Muttafaq alaih).

“Dan orang-orang beriman laki-laki dan wanita sebahagian mereka menguatkan sebahagian lainnya”. (QS At-Taubah : 71).

Demikianlah Yang Seharusnya Berlaku

Ukhuwah menurut kami adalah agama, dan jamaah ini masih terus :

1. Bercita-cita dan bersemangat untuk mewujudkan ukhuwah yang benar dan sempurna di antara mereka.

2. Bersungguh-sungguh untuk tidak mengeruhkan kemurnian dan kesucian hubungan mereka sedikitpun.

3. Menyedari bahwa ukhuwah dalam agama adalah sebaik-baik wasilah yang dapat mendekatkan diri dengannya kepada Allah.

4. Tetap memelihara kemuliaan darjat yang tinggi.

5. Bercita-cita untuk sentiasa memperhatikan hak-haknya sehingga mampu membersihkan hal-hal yang boleh mengeruhkan suasana dan dari bisikan-bisikan syaitan dan para ulama telah menjadikan serendah-serendah darjat ukhuwah adalah berinteraksi dengan saudaranya dengan apa yang dicintai dalam berinteraksi dengannya.

Dan di antara hak-hak ukhuwah adalah sabar terhadap kesalahan al-akh sampai dirinya mampu mengembalikannya kepada kebenaran tanpa diperbesarkan (disiarkan) akan kesalahannya atau menyebarkan kesalahan dan kekeliruannya.



Abu Darda berkata:

“Jika saudara kamu berubah dan bertingkahlaku berbeza dari apa yang ada dalam dirinya maka janganlah ditinggalkan kerana hal tersebut; kerana boleh jadi saudara kamu bengkok (salah) pada suatu ketika namun lurus kembali pada ketika yang lain”.

Ibrahim An-Nakha’i berkata:

“Janganlah engkau memutus hubungan saudara atau meninggalkannya di sisi serigala, kerana boleh jadi suatu kali dirinya salah namun esoknya dapat ditinggalkan” .

Dalam atsar yang lain disebutkan:

Nabi Isa berkata kepada al-hawariyun: Bagaimana kamu memperlakukan saudara kamu jika melihatnya tidur lalu angin bertiup dan menyingkap pakaiannya? Mereka menjawab: akan kami singsingkan bajunya dan menutupinya. Nabi Isa berkata: namun kamu akan menyingkapkan auratnya! Mereka berkata: Maha suci Allah! Siapakah yang melakukan demikian? Beliau berkata: Salah seorang dari kamu yang mendengar ucapan tentang saudaranya kemudian ditambah-tambah olehnya dan disebarkannya dengan sesuatu yang lebih darinya”.

Dan bahkan pada ketika berbeza pendapat dengan saudaramu yang lain, maka ikatan ukhuwah seharusnya mampu melindungi mereka dari terjadinya saling membuka aib atau menyebarkan syubhat atau membuat cerita bohong dan hendaknya mereka memelihara ungkapan seorang ulama fiqh iaitu Imam Syafi’i semoga Allah merahmatinya:

“Orang yang merdeka adalah orang yang mampu melindungi kasih sayang sesaat, dan patuh pada orang yang memanfaatkannya ucapannya”.

Dan disebutkan : Jika terjadi ghibah (umpatan) maka hilanglah ukhuwah.

Begitu indah dan lembut ungkapan seorang salaf yang menyampaikan nasihat kepada saudaranya :

“Sampaikanlah kepada saya; saya telah jahat seperti yang engkau katakan
Kerana itu, di manakah kasih sayang dalam ukhuwah
Atau jika kamu jahat sebagaimana aku jahat
Maka, dimanakah kurniamu dan kasih sayangmu”

Dan bukanlah bahagian dari akhlak seorang akh muslim ketika ia selalu menceritakan sebab-sebab keaiban pada ketika ia berbeza pendapat dengan saudaranya atau yang lainnya, atau berusaha meremehkan kelebihannya, atau menghina perbuatan dan pemberiannya.

Al-Faruq, Umar bin Al Khattab memberikan satu nasihat: “Janganlah cintamu dijadikan sebagai bebanan, dan jangan jadikan pula marahmu sebagai kehancuran. Kemudian ada yang bertanya: apakah maksudnya? Umar berkata: “Jika kamu mencintai, jangan berlebihan seperti cintanya seorang bayi pada sesuatu secara berlebihan, dan jika kamu marah maka jangan membuatkan kamu senang dengan hancurnya saudara kamu dan celaka”. (HR Bukhari dalam kitab Al Adab)

Hasan bin Ali berkata:

“Janganlah kamu berlebihan dalam mencintai sesuatu, dan jangan pula berlebihan dalam membenci sesuatu, dan barangsiapa yang menemukan pada saudaranya tanpa (penutup) maka janganlah disingkap lagi”.

Dan di antara hak-hak ukhuwah adalah memberikan nasihat dengan adab-adab syar’i :

1. Jangan diceritakan di depan umum.

2. Jangan disakiti dihadapan khalayak ramai dan pada suatu institusi.

3. Jangan diungkap rahsia dirinya.

4. Jangan dibuat-buat cerita yang dusta.

5. Tidak dibenarkan penggunaan segala cara terhadap suatu kesalahan.

6. Tidak ada “mujamalah” dalam menghitung suatu kebenaran.

7. Tidak cenderung kepada sakit hati dan kemenangan kepada hawa nafsu.

8. Harus dengan nasihat yang aman dan benar serta jujur.

9. Bebas dari tuduhan.

10. Ditunaikan sesuai dengan amanah.

11. Diiringi dengan kasih sayang.

12. Mampu menumbuhkan perasaan ukhuwah.

Ukhuwah Adalah Rahsia Kekuatan Dakwah kita

Sesungguhnya ukhuwah yang kami sebutkan hak-haknya, wahai saudaraku adalah sebuah batu yang mampu menghancurkan gelombang konspirasi dan usaha menguasai dakwah kita yang penuh berkah ini dan ia merupakan titik awal sebuah kemenangan.

“Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu) . Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongan- Nya dan dengan para mu’min, dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana. Hai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mu’min yang mengikutimu” . (QS Al-Anfaal : 62-64)

Wahai saudaraku : Sungguh nabi saw telah memberitahu kita dengan jelas dan terang:

“Jauhilah kamu akan buruk sangka, kerana buruk sangka adalah sedusta-dusta ucapan, dan janganlah kamu saling menduga-duga, jangan saling mengintai, jangan saling hasad, jangan saling berkonspirasi, jangan saling benci (marah), namun jadilah kamu hamba Allah yang saling bersaudara”. (Muttafaq alaih).

Umat Islam di zaman awal memahami dari Islam akan makna ukhuwah ini, meresap ke dalam aqidah dan agama Allah secara kekal akan perasaan cinta dan bersatu serta berkasih sayang dan fenomena yang paling mulia adalah ukhuwah dan ta’aruf sehingga seakan-akan mereka menjadi peribadi yang satu, satu hati, satu tangan, maka Allah pun mewujudkan pada mereka kemenangan, kemuliaan dan kejayaan.

Oleh kerana itu, marilah kita berpegang teguh pada ukhuwah yang kekal ini yang niscaya tidak akan hilang sekalipun dunia akan hancur, sekalipun hari-hari akan hilang dan berlalu namun ukhuwah akan tetap kekal sepanjang masa dan hendaklah kita terus memelihara dan bercita-cita untuk menunaikan hak-hak ukhuwah ini, merasakan nilai-nilainya, menjaga wirid Rabithah setiap hari.

Semoga Allah tetap bersama kamu dan tidak menyia-nyiakan perbuatan kamu.

Allah Maha besar dan segala puji hanya milik Allah.

Muhammad Mahdi Akif

**********************************

" Moga Ukhuwah akan terus bersemi kerana Allah untuk Dakwah"

Al-Fateh