Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Archive for June 2010

Kuda Dakwah KITA...

Salam akhi wa ukhti, dan salam ukhuwah buat pembaca Halaqah Borneo (HB) yang budiman. Semoga Rahmat Allah di limpahkan kepada kita semua....


Sebutannya = KiTa =maksudnya utara... nanti kena belajar ngan sifu Japan, senpai dakwah

Entry kali ini, kami nukilkan sedikit kenangan kami semasa Program KITA... Selepas balik program Daurah KITA, terbaca satu entry dari ustaz Muntalaq... Masya Allah terkesan hati ini... mana tak nya.. ianya tentang apa yang boleh kita sumbangakan untuk dakwah...

Alhamdulillah, program Daurah KITA yang berlangsung minggu lepas, memperlihatkan ikhwah wa akhwat kita sanggup memberikan segalanya untuk program dakwah, ada yang bagi guna tilam, ada yang bagi guna alatan memasak, ada yang infaq walau tak dapat join, ada yang menggunakan wangnya untuk kelengkapan program, Masya Allah sungguh besar pengorbanan ikhwah wa akhwat kita untuk menjayakan program daurah KITA ini..

dan yang paling bekorban ialah pengisi ISK kita dari bintulu akhi mufias... Subhanallah, walaupun cermin keretanya pecah, dia tetap datang dgn family dengan meminjam kereta ikhwah lain.. perjalanan dari bintulu ke kuching mengambil masa 8-10 jam ditempuh dengan semangat yang bekobar2, kerana ingin berjumpa dgn kami dan tak sabar untuk mengisi ISK kepada adik2 kita..

Diantara Kuda Dakwah KITA yang kami ada..... :)










Sedikit gambar DAURAH KITA untuk dikongsi bersama;


Daurah KITA 2010



ISK =Ini Sejarah KITA


Ust Shalleh Hamdin



Para Rijal baru KITA... Amin... dan pastinya Ana rindu antum nanti huhu :(


Ust Saiful Azhar


Rijal-rijal yang pasti aku rindui nanti...


Akhi Mufias (engineer)... mcm ust Muntalaq~~ gaya dan semangatnya..


juga Sister dan akhwat KITA... akhi Mu'az UIA pun ade..hehe


Ikhwah dan bakal Rijal Ad-Deen.. Alahu Akbar!!!



Jom makan.... ajk makanan baju putih.. :)



Mmmmm sedapnye.. :)


miak sarawak to eh.. bakal rijal Ad-deen KITA.. amin :)



Last skali, Program bersama Dr Danial zainal Abidin
Anjuran IKRAM Sarawak dan Hikmah..
Pameran AQSA SYARIF juga ada diluar dewan.... ;)



~~~~~~kata-kata semangat dari seorang murabbi, ustaz muntalaq kami sematkan di hati dan abadikan di blog HB ini...~~~~~

Apa yang saya boleh sumbangkan untuk dakwah?

Ketika kita mengeluh kerana organisasi dakwah kita tidak dapat menyediakan banyak infrastuktur yang baik untuk menggerakkan dakwah, maka kita sebenarnya telah silap. Kita tidak patut sesekali mengeluh dan bertanya kenapa dakwah kita tidak ada itu dan ini? Kenapa kita tidak ada markaz dan ruang besar untuk diadakan program dakwah, kenapa kita tidak memiliki kereta dan kenderaan organisasi untuk jaulah dan bergerak?

Soalan yang jauh dari kefahaman kita “sunduquna juyubuna”.

Teringat seseorang yang menelefon dan memberitahu ” ustaz, tolonglah ringankan kami dari soalan di hari akhirat”. Kami bertanya kenapa? di jawabnya: “saya mempunyai kenderaan. Kenderaan saya ini jarang di gunakan untuk dakwah. Hanya di gunakan untuk kerja seharian. Saya takut nanti saya akan di tanya di akhirat, berapa kalikah ianya telah digunakan untuk dakwah?”

Berapa kali kita teringat apa yang akan di tanya Allah nanti? Berapa kalikah rumah kita di gunakan untuk dakwah? Berapa kerap harta yang kita ada (komputer, pakaian, kenderaan, harta benda dan apa saja) di gunakan untuk dakwah? Jika kita tidak tahu bagaimana ia akan di gunakan, tawarkan kepada mereka yang giat berdakwah untuk menggunakan milik kita itu… agar ia akan mengurangkan soalan yang di tanya kepada kita di sana nanti….!

"ustaz muntalaq"

dipost oleh:

Akhi Azrin Al-Fateh

Fiqh himmah… ajarilah dari awal..! [copy&paste]




Pernah dikatakan: “Jagalah himmah anda, kerana ia adalah muqaddimah segala sesuatu. Sesiapa yang soleh dan benar dalam himmahnya, maka segala amalannya selepas itu akan menjadi baik.”

Ibn al-Qayyim membuat analogi yang best dengan berkata: “Hati umpama burung. Lagi tinggi ia terbang, maka ia akan jauh daripada sebarang penyakit. Tetapi bila dia merendah, dia akan diterpa pelbagai penyakit.”[1]

Sebagaimana mana himmah tinggi ini boleh mengekalkan kebersihan hati dan mengelakkannya dari tersibuk dengan perkara remeh dan akan tersibuk dengan perkara-perkara yang besar, himmah juga akan memelihara hati daripada terkena pelbagai jenis penyakit dan panahan syaitan. Sama dengan dua belah sayap burung yang diangkat melompat akan memelihara dari terkena panahan pemburu. Tugas seorang murabbi kini ialah mengajar mutarobbi barunya melompat tinggi pada permulaan percubaannya.

Lompatan tinggi kedua belah sayap adalah perumpamaan kepada jiwa yang bersedia menanggung bebanan berat dakwah. Jika seseorang yang berada di peringkat awal dakwah ini memahami dakwah ini hanya untuk membersihkan hati, atau hanya untuk mendapat kawan yang baik, atau hanya untuk melepaskan rindu, atau hanya untuk membantu perkara kebajikan semata, maka nantinya dia akan keberatan melakukan nahi mungkar. Nantinya dia tidak akan dapat faham formula Ibn Yazdaniyar dalam masalah firasat sebagaimana difahami oleh para rijal sebelumnya. Dia juga akan mundur ke belakang pada hari peperangan. Senarai alasan uzur akan sentiasa ada di bawah ketiaknya. Alasan pertamanya ialah: saya tidak pernah diceritakan perkara seumpama itu sebelum ini. Perjanjian taat setia yang dilakukannya juga tidak mengandungi syarat tersebut.

Oleh itu, para tokoh tarbiyyah amat prihatin agar menjadikan langkah pertama mereka perlulah langkah yang ‘menggerunkan’, sebagaimana langkah yang dilakukan oleh 70 orang Ansar semasa melakukan bay’ah al-‘Aqabah, iaitu ketika mereka berjanji terhadap diri mereka sendiri untuk mempertahankan Rasulullah saw sebagaimana mereka mempertahankan isteri, anak dan harta mereka sendiri.


[1]Ibn Qayyim, al-Jawab al-kafi, hlm. 70.


from our Murabbi... Jazakallah Ustaz Muntalaq

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Copy & paste by Akhi Azrin Al-Fateh

From: http://muntalaq.wordpress.com/

IKRAM : Ukhuwah Teras kegemilangan



Salam akhi wa Ukhti... Tahniah buat Pertubuhan IKRAM yang dimasyhurkan pada 2o Jun 2010 yang lepas... Walaupun ana tak berkesempatan untuk hadir, tapi insya Allah ana dapat update dari Ikhwah wa akhwat yang pergi... Terus-terang ana katakan lagu IKRAM ini sangat menyentuh jiwa ana, kerana liriknya penuh makna dan Lagunya penuh semangat.. Air mata ana menitis saat mendengar lagu ini...huhuhu...

Just nak share kata2 Naib Presiden IKRAM, Prof Dr Hatta Shaharom, beliau berkata kepada ikhwah yang pergi menziaraihinya dan ikhwah tersebut menyampaikan kepada kami...

Beliau berkata, jagalah dua pekara,

1. Jangan berbohong,
2. jagalah amal-amal islam kita.

Semoga kita yang bekerja dalam medan Dakwah ini, semakin Ikhlas dan sentiasa membersihkan niat kerana Allah, Mengajak manusia Hanya kepada ALLAH dan mengajak mereka memahami Islam yang Syumul, dan sentiasa menjaga amal2 kita dengan tertubuhnya wadah perjuangan kita dalam medan Dakwah ini, iaitu IKRAM.. Agar lebih bersemangat dan lebih tersusun... Amin




Lagu IKRAM

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne
Lagu oleh: Saff One
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan

Boleh layari :
www.ikram.org.my


Design Khas dari Ikhwah kita : Brotherhoods Arts


Akhi Mohd Azrin Al-Fateh,
Kota Samarahan, Sarawak

Ada apa ngan REJAB???


Bulan REJAB 1431H

  • Bulan ke 7 dalam kalendar Islam
  • Hijrah pertama hijrah ke Habsyah
  • Perang Tabuk bersama 30 ribu tentera Muslim
  • Pembebasan Baitul Maqdis
    - dibuka oleh Saidina Umar al Khattab
    - setelah 500 diduduki Muslim diserang tentera Salib dan dikuasai selama 60 tahun.
    - Salahuddin al Ayubi membebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijriah
    - Pada 1967 bersamaan 1387 umat Yahudi merampas tanah itu dan menamakan tanah itu sebagai tanah mereka
  • Lahir juga Imam Syafie


Baitul Maqdis dan Al-Aqsa

Moga GAZA dan PALESTIN dapat dibebaskan semula pada bulan mulian Rejab ini.. Amin..


Akhi Mohd Azrin Al-Fateh

SMS.....

Assalamualaikum...
Sekadar berbagi(berkongsi) sms dan kata-kata dari akhwatku....


Melangkah itu mudah,
Namun mencari arah itu terkadang payah
Mencari jalan itu mudah
Namun memahami destinasi itu yang susah
Menyusuri susur itu mudah
Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah
Dalam semua ini, menjadi istiqomah paling susah, payah dan lelah
Namun Dia amat faham bagi hambaNya
Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik...
hanya perlu melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya
lantas Nescaya Dia akan menguruskan selebihnya. Agar yang terbaik itu menjadi milik manusa. (",)

Harapnya kita mampu untuk terus berdiri mengikut lentuk liuk bentuk badai duniawi dengan kekuatan ukhrawi...
Harapnya kita mampu mencengkam jati diri walaupun ditiup raksa bangsa durjana membelai duniawi
Harapnya kita mampu untuk terus gagah melangkah memangkah arus yang kian menggugah ciptaan si kufar yang inginkan kita rebah & Islam mengalah
Harapnya kita mampu mengorak langkah mengolah dunia bersama mereka yang berjaga agar mereka yang terlena dapat bangkit bersama...Salam imtihan, maat taufiq!

Amanah ibarat musuh,jangan dicari.
Tapi jika ketemu jangan lari.
Amanah ibarat kiriman orang tua, datang sebelum kita kehabisan.
Amanah ibarat maut, datangnya tidak pernah menunggu kesiapan kita.
Pun amanah sekecil titik-titik itu akan berhimpun menjadi garis-garis sketsa lukisan kemenangan

Biarlah Allah saja yang menyemangati kita.
Sehingga tanpa sadar setiap peristiwa menjadi teguran atas kemalasan kita.
Cukuplah Allah saja yang memelihara ketekunan kita,
karena perhatian manusia terkadang menghanyutkan keikhlasan.
Semoga Allah menjadikan kita pribadi yang bermakna,
pribadi yang saat berbaur.
Ia mampu menyemangati yang lain dan saat sendiri
ia mampu menguatkan dirinya sendiri

Kita tak sanggup selamanya terluka, tapi ingatlah setiap tetesan air mata itulah mahar kita menuju surga. Bila ditanya kenapa kesabaran itu pahit?
Jawabannya karena surga itu manis.

Rabb,
alasan pergerakan kami adalah Engkau,
alasan ukhuwah kami adalah Engkau,
alasan kami bersatu adalah Engkau.
Maka peliharalah jama’ah ini dan keberkahan syura dengan kekuasaanMu

Jika kata adalah sepotong hati,
maka ilmu adalah cindera jiwa.
Apa kita tidak ingin belajar dari ayahanda Ibrahim dan bunda Hajar tentang taqwa,
sabar dan ikhlas dalam perjuangan.
Teguhlah disaat yang lain rapuh.
Bersabarlah karena setiap luka akan bermakna.
Dan bergeraklah karena Allah, Rasul dan orang mukmin



Jangan pernah terlena dengan statusmu

Assalamualaikum,

Buat Al fateh yang rajin menulis...ehe dan semua pembaca HB.




Segala puji bagi Allah, shalawat dan salam atas Rasulullah saw, dan orang-orang yang mendukungnya…selanjutnya

KeIslaman adalah suatu nikmat yang tak terhingga...

Kita merasa begitu bangga dengan keIslaman kita. betul tak?..ehe.Dan ia menyebabkan kita merasa aman dari murka Allah. Padahal ia sebenarnya adalah salah satu tipu daya syaitan...Sepatutnya kita perlu tetap merasa cemas dengan keIslaman kita agar kita berhati-hati serta bersungguh-sungguh dalam menjalankan perintah dan meninggalkan laranganNya..

Suatu ketika sbenarnya kekadang kita terlupa dan mungkin terlalai bahawa kelak kita ni...kita semua akan melewati neraka..melewati ni kalau orang sarawak cakap 'melimpas'...= melalui neraka, padahal kita semua belum dijamin oleh Allah bahawa kita terselamat dr api neraka..

Cam ner? Seperti dalam ayat-ayat Allah yang bermaksud

"Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu
bagi RabbMu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan
menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut." -[19:71-72]




Antum tahukan berlutut itu sangat sakit...berlutut itu gayanye orang yang bersalah dan hina...Dan ayat nilah menyebabkan Abdullah bin Rawahah r.a. menangis...kerana dia tahu dia jugak akan melewati neraka...terselamat atau tidak suatu benda yg tidak pasti...

Begitu jua dengan Abu Maisarah...Kata Abu Maisarah "..Kami akan melewati
neraka, dan kami tidak diterangkan samada kami keluar daripadanya"

Jadinyer, janganlah kita merasa kita lah yang terbaik, kerana perasaan sebegitu menyebabkan kita mudah meremehkan sikap-sikap kita yg buruk...dan yang paling teruk lagi kita adalah hina di mata Allah tanpa kita sedari. huhu...ngee



Kisah lagi...

Suatu hari Aisyah r.a. ditanya, "Bilakah saya mengetahui saya telah berbuat baik?" Jawab Aisyah, "Pabila kamu merasa belum baik" Lalu ditanya lagi, "Bilakah saya mengetahui saya berlaku buruk?"..Jawab Aisyah "Jika kamu merasa kamu sudah baik"
( means: jika kita tetap rajin berbuat baik dan sedar perbuatan kita tidak memenuhi syarat yg dikehendaki syariat, maka wajarnya kita merasa kita belum atau kurang baik...dan bila kita sudah merasa kita terbaik, maka perasan ujub dan sombong akan timbul..ia bererti kita sebenarnya berdosa dan salah)

-kutipan bacaan dari buku "Madrasah jiwa perindu syurga-mas udik abdullah"



Makanya setiap dari kita bermohon agar kita terselamat dari api neraka...

Untukmu.....

Salam buat semua pembaca 'HB', Moga kita semua dibawah lindungan dan Rahmat Allah.... Rasanya lama tak menulis.. dan jika ada kesempatan nanti, ana tulis...

Maaf sangat, sebab kami, Bro Al-Fateh dan keluarga, minggu lepas semua sibuk ngan adik2 baru di tempat kami... dan kemudian dalam kesibukkan bersama ngan adik2 di tempat kami, kami pulang ke kampung.. dan entry kali ni ringkas je...

Hanya Untukmu.....




Peserta Konvoi LL4G

Pertama, tahniah buat Wira negara (untukmu) Kumpulan 12 org Mavi Marmara dan 6 orang Rachel Corrie yang selamat pulang ke tanah air.. Moga kepulangan mereka menambahkan semangat kita untuk terus bercerita tentang Palestin dan kekejaman Israel... kerana kami sangat takut isu PALESTIN ini akan lenyap dan pudar dari ingatan dan hilang dibibir kerana sibuk bercerita tentang BOLA FIFA world CUP...yang rasanya tinggal esok je...esok startlah bola kot...





Masjid Baru kat Kampung saya


Rizqi.. anak sedara

Kemudian, nak ucap terima kasih pada keluarga (untukmu) kerana menyambut kepulangan kami dengan penuh meriah sekali.. Jasa baik dan kasih sayang ibu dan ayah sangat kami hargai... kerinduan ini terubat melihat keletah dan gelagat ahli keluarga yang lama tak diziarahi.... kami mohon maaf kerana hanya sebentar saja bersama kerana kami ada 'tanggungjawab besar' di tempat kami..








Adik2 masa ceramah Palestin oleh ustaz Salleh

Seterusnya, nak ucapakan salam rindu (untukmu) pada adik2 kami yang baru kenal dan bermesra dalam 7-8 hari masa kat masjid dan kat air terjun... Rindu kat kalian kerana singkat nye masa jumpa.. dan Insya Allah moga diizin tuhan untuk berjumpa lagi kerana ada 'tanggungjawab besar' pada kalian... Moga Allah memudahkan kami dan juga semua orang yang mukhlisin...



Akhir kalam..Untukmu Moga Allah memudahkan segala urusan kita dan mengampunkan segala dosa kita dan menjadikan kita orang yang mukhlisin dalam setiap amal kita dan mendapat redhaNya...

dan ini semuanya Untukmu...


Mode Palestin sekarang....


Hanya Untukmu....


Bro Azrin Al-Fateh....