IKRAM : Ukhuwah Teras kegemilangan



Salam akhi wa Ukhti... Tahniah buat Pertubuhan IKRAM yang dimasyhurkan pada 2o Jun 2010 yang lepas... Walaupun ana tak berkesempatan untuk hadir, tapi insya Allah ana dapat update dari Ikhwah wa akhwat yang pergi... Terus-terang ana katakan lagu IKRAM ini sangat menyentuh jiwa ana, kerana liriknya penuh makna dan Lagunya penuh semangat.. Air mata ana menitis saat mendengar lagu ini...huhuhu...

Just nak share kata2 Naib Presiden IKRAM, Prof Dr Hatta Shaharom, beliau berkata kepada ikhwah yang pergi menziaraihinya dan ikhwah tersebut menyampaikan kepada kami...

Beliau berkata, jagalah dua pekara,

1. Jangan berbohong,
2. jagalah amal-amal islam kita.

Semoga kita yang bekerja dalam medan Dakwah ini, semakin Ikhlas dan sentiasa membersihkan niat kerana Allah, Mengajak manusia Hanya kepada ALLAH dan mengajak mereka memahami Islam yang Syumul, dan sentiasa menjaga amal2 kita dengan tertubuhnya wadah perjuangan kita dalam medan Dakwah ini, iaitu IKRAM.. Agar lebih bersemangat dan lebih tersusun... Amin




Lagu IKRAM

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne
Lagu oleh: Saff One
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan

Boleh layari :
www.ikram.org.my


Design Khas dari Ikhwah kita : Brotherhoods Arts


Akhi Mohd Azrin Al-Fateh,
Kota Samarahan, Sarawak

6 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    Mudah-mudahan, para pimpinan IKRAM tidak akan menipu seperti mana para pimpinan jamaah di dalamnya sblm ini.

    Walau aku melihat ini sebagai satu langkah utk menangguk di air keruh, namun baik lah kita lihat tindakan seterusnya...

    p/s : mana dia Ust Din, Abim Utara, ISMA, Ukhuwah Perak dll yg diakui sbg ikhwah Malaysia?

  2. Moga Allah membersihkan niat kita... Allah lebih tahu dari kita dan lagi Maha mengetahui setiap HambaNya....Moga Allah ampuni dosa2 kita..

    Boleh tanya siapa nama yang tulis komen diatas? boleh kita bincang lanjut...

  3. abu ridho says:

    saudara anonymous,

    mungkin niat saudara baik..tapi bahasa saudara agak kasar..mudah mudahan boleh memperelokkan bahasa saudara..

    boleh baca berkenaan bahasa dan Daie di blog akhi ini
    http://kawankulat.blogspot.com/2010/03/bahasa-dan-daie.html

    Dan kepada Allah jualah kita serahkan urusan ini..

    Kepada IKRAM, selamat berjuang dengan wadah baru ini..Allah menyaksikan amal amal kalian andai kalian ikhlas

    Allahuakbar..
    Tahniah!!

  4. Anonymous says:

    kepada saudara.selamat berjuang dalam jemaah malaysia yang didambakan selama ini..semoga terus maju dan istiqamah..ape yg penting.berlapang dada dan saling menghormati.

  5. Anonymous says:

    Kasar? Bahasa ku kasar? Ya aku akui, bahasa ku mmg kasar, namun itulah yang bagiku bisa dan sesuai aku katakan dan gunakan kepada mereka yg begitu antusias dengannya. Hingga melupakan bahawa dakwah itu bukanlah dengan semata-mata pertubuhan dan nama. Tetapi dengan keimanan, keyakinan pada Allah dan keikhlasan. Bukankah seorang Umar dinasihatkan dengan pidato keras seorang rakyat dengan di acungkan pedang kepadanya? Itukah kasar?

    Ya, walau aku tidak kenal siapa kalian, namun aku juga punya sedikit info tentang kalian, peristiwa pengkhianatan segolongan kalian terhadap segolongan yang lain. Aku katakan kepada kalian, berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa.

    Islam itu perlu diamalkan, bukan hanya hari ini, tetapi sepanjang masa, bukan hanya untuk orang lain bahkan diri sendiri, bukan hanya dengan perkataan bahkan dengan perbuatan. Sekiranya engkau terasa sakit kerana pengkhianatan, begitu juga saudaramu yang dizalimi itu turut terasa sakit.

    Mohon maaf atas kekasaran bahasa ku. Kerana kadangkala manusia perlu diguncang untuk mengejutkan kesadarannya.

    (Mohon maaf kerana emosi ku, walau dia tidak ku kenal, namun yang ku tahu dia adalah pendakwah yang harus dibela kehormatannya daripada fitnah jahat segolongan yang lain)

  6. Salam...

    apa pun,dalam apa jua kita lakukan,moga Islam yang kita bawa..tahniah IKRAM.tahniah semua.

    harapan besar supaya Islam didahulukan...Islam dahulu, baru 'jamaah'..

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..