Pernah dikatakan: “Jagalah himmah anda, kerana ia adalah muqaddimah segala sesuatu. Sesiapa yang soleh dan benar dalam himmahnya, maka segala amalannya selepas itu akan menjadi baik.”
Ibn al-Qayyim membuat analogi yang best dengan berkata: “Hati umpama burung. Lagi tinggi ia terbang, maka ia akan jauh daripada sebarang penyakit. Tetapi bila dia merendah, dia akan diterpa pelbagai penyakit.”[1]
Sebagaimana mana himmah tinggi ini boleh mengekalkan kebersihan hati dan mengelakkannya dari tersibuk dengan perkara remeh dan akan tersibuk dengan perkara-perkara yang besar, himmah juga akan memelihara hati daripada terkena pelbagai jenis penyakit dan panahan syaitan. Sama dengan dua belah sayap burung yang diangkat melompat akan memelihara dari terkena panahan pemburu. Tugas seorang murabbi kini ialah mengajar mutarobbi barunya melompat tinggi pada permulaan percubaannya.
Lompatan tinggi kedua belah sayap adalah perumpamaan kepada jiwa yang bersedia menanggung bebanan berat dakwah. Jika seseorang yang berada di peringkat awal dakwah ini memahami dakwah ini hanya untuk membersihkan hati, atau hanya untuk mendapat kawan yang baik, atau hanya untuk melepaskan rindu, atau hanya untuk membantu perkara kebajikan semata, maka nantinya dia akan keberatan melakukan nahi mungkar. Nantinya dia tidak akan dapat faham formula Ibn Yazdaniyar dalam masalah firasat sebagaimana difahami oleh para rijal sebelumnya. Dia juga akan mundur ke belakang pada hari peperangan. Senarai alasan uzur akan sentiasa ada di bawah ketiaknya. Alasan pertamanya ialah: saya tidak pernah diceritakan perkara seumpama itu sebelum ini. Perjanjian taat setia yang dilakukannya juga tidak mengandungi syarat tersebut.
Oleh itu, para tokoh tarbiyyah amat prihatin agar menjadikan langkah pertama mereka perlulah langkah yang ‘menggerunkan’, sebagaimana langkah yang dilakukan oleh 70 orang Ansar semasa melakukan bay’ah al-‘Aqabah, iaitu ketika mereka berjanji terhadap diri mereka sendiri untuk mempertahankan Rasulullah saw sebagaimana mereka mempertahankan isteri, anak dan harta mereka sendiri.
[1]Ibn Qayyim, al-Jawab al-kafi, hlm. 70.
from our Murabbi... Jazakallah Ustaz Muntalaq
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Copy & paste by Akhi Azrin Al-Fateh