Kuda Dakwah KITA...

Salam akhi wa ukhti, dan salam ukhuwah buat pembaca Halaqah Borneo (HB) yang budiman. Semoga Rahmat Allah di limpahkan kepada kita semua....



Sebutannya = KiTa =maksudnya utara... nanti kena belajar ngan sifu Japan, senpai dakwah

Entry kali ini, kami nukilkan sedikit kenangan kami semasa Program KITA... Selepas balik program Daurah KITA, terbaca satu entry dari ustaz Muntalaq... Masya Allah terkesan hati ini... mana tak nya.. ianya tentang apa yang boleh kita sumbangakan untuk dakwah...

Alhamdulillah, program Daurah KITA yang berlangsung minggu lepas, memperlihatkan ikhwah wa akhwat kita sanggup memberikan segalanya untuk program dakwah, ada yang bagi guna tilam, ada yang bagi guna alatan memasak, ada yang infaq walau tak dapat join, ada yang menggunakan wangnya untuk kelengkapan program, Masya Allah sungguh besar pengorbanan ikhwah wa akhwat kita untuk menjayakan program daurah KITA ini..

dan yang paling bekorban ialah pengisi ISK kita dari bintulu akhi mufias... Subhanallah, walaupun cermin keretanya pecah, dia tetap datang dgn family dengan meminjam kereta ikhwah lain.. perjalanan dari bintulu ke kuching mengambil masa 8-10 jam ditempuh dengan semangat yang bekobar2, kerana ingin berjumpa dgn kami dan tak sabar untuk mengisi ISK kepada adik2 kita..

Diantara Kuda Dakwah KITA yang kami ada..... :)










Sedikit gambar DAURAH KITA untuk dikongsi bersama;


Daurah KITA 2010



ISK =Ini Sejarah KITA


Ust Shalleh Hamdin



Para Rijal baru KITA... Amin... dan pastinya Ana rindu antum nanti huhu :(


Ust Saiful Azhar


Rijal-rijal yang pasti aku rindui nanti...


Akhi Mufias (engineer)... mcm ust Muntalaq~~ gaya dan semangatnya..


juga Sister dan akhwat KITA... akhi Mu'az UIA pun ade..hehe


Ikhwah dan bakal Rijal Ad-Deen.. Alahu Akbar!!!



Jom makan.... ajk makanan baju putih.. :)



Mmmmm sedapnye.. :)


miak sarawak to eh.. bakal rijal Ad-deen KITA.. amin :)



Last skali, Program bersama Dr Danial zainal Abidin
Anjuran IKRAM Sarawak dan Hikmah..
Pameran AQSA SYARIF juga ada diluar dewan.... ;)



~~~~~~kata-kata semangat dari seorang murabbi, ustaz muntalaq kami sematkan di hati dan abadikan di blog HB ini...~~~~~

Apa yang saya boleh sumbangkan untuk dakwah?

Ketika kita mengeluh kerana organisasi dakwah kita tidak dapat menyediakan banyak infrastuktur yang baik untuk menggerakkan dakwah, maka kita sebenarnya telah silap. Kita tidak patut sesekali mengeluh dan bertanya kenapa dakwah kita tidak ada itu dan ini? Kenapa kita tidak ada markaz dan ruang besar untuk diadakan program dakwah, kenapa kita tidak memiliki kereta dan kenderaan organisasi untuk jaulah dan bergerak?

Soalan yang jauh dari kefahaman kita “sunduquna juyubuna”.

Teringat seseorang yang menelefon dan memberitahu ” ustaz, tolonglah ringankan kami dari soalan di hari akhirat”. Kami bertanya kenapa? di jawabnya: “saya mempunyai kenderaan. Kenderaan saya ini jarang di gunakan untuk dakwah. Hanya di gunakan untuk kerja seharian. Saya takut nanti saya akan di tanya di akhirat, berapa kalikah ianya telah digunakan untuk dakwah?”

Berapa kali kita teringat apa yang akan di tanya Allah nanti? Berapa kalikah rumah kita di gunakan untuk dakwah? Berapa kerap harta yang kita ada (komputer, pakaian, kenderaan, harta benda dan apa saja) di gunakan untuk dakwah? Jika kita tidak tahu bagaimana ia akan di gunakan, tawarkan kepada mereka yang giat berdakwah untuk menggunakan milik kita itu… agar ia akan mengurangkan soalan yang di tanya kepada kita di sana nanti….!

"ustaz muntalaq"

dipost oleh:

Akhi Azrin Al-Fateh

4 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    tulisan kanji "kita" tu maksudnya "utara"

    kalau kanji untuk "kita", ada tulisannya, nanti ana ajar hehe...

    jzkk akh mufias atas perkongsian. mantap!

  2. abu ridho says:

    Subhanallah, banyaknya kuda..hebat hebat kudanya..mudah mudahan terus thabat dan istiqamah dalam dakwah dan tarbiyah..melihat wajah pelajar asasi (dalam gambar) yang ikut tarbiyah, terasa hati ini sangat gembira dengan perubahan mereka..terus membina generasi rabbani..insya allah kita tetap bersama walau wadahnya berbeza namun tujuan akhirnya sama..

    p/s: boleh pinjam kuda, kuda kami masuk bengkel, dah tak larat..

  3. Insya Allah... nati sifu japan ajar ye... jazakallah..

    akhi abu ridho... syukran dan insya Allah, terus berjuang dan bersemangat dalam memikul amanah dakwah yang berat ini... nak pinjam kuda??? hehehe.. nanti kena tanya empunya kuda.. tapi rasanya antum pun punya kuda juga....hehehe

  4. Fakeh says:

    KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

    (a) SIFAT 20 - http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
    (h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

    FAKEH KHALIFAH SAKA

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..