Daie ProAktif....



Salam kepada semua pembaca Halaqah Borneo (HB) Generasi Al-Ayyubi yang dirahmati Allah....Lama rasanya tak menulis diblog HB....Afwan sebab ana baru dapat menguruskan diri dgn sempurna, setelah hampir sebulan berada di bumi Semenanjung.

Akhi wa Ukhti, ana mendoakan kita semua Insya Allah seperti mesej dalam gambar diatas... Moga kita semua bakal menjadi Generasi Al-Ayyubi yang sifatnya ProAktif..... Yang tidak akan senyum sehingga Kota Al-Quds dapat dibebaskan, Yang penuh bersemangat menyatukan ummah dalam pembebesan Bumi Palestin serta diantara Syabab yang mengentarkan pihak Musuh Allah.. Moga sifat ini akan tumbuh segar dalam jiwa2 kita... Amin


Akhi wa ukhti,

Alhamdulillah, berada dibumi semenajung ini, memberikan ana sedikit sebanyak semangat baru... Alhamdulillah dikurniakan Allah bertemu dengan orang2 yang selama ini mmg ingin sangat bertemu... Syukur dapat berjumpa Ust At, dan Ust As... berpeluang berjumpa dengan Ikhwah BFG yang selama ni tgk video msm kat Youtube, berpeluang berjumpa orang kuat Borneo, Berpeluang berjumpa dengan Tadabbur Al-Engineer dan berpeluang juga berjumpa dengan Brothers2 yang balik cuti semester dari UK, US dan India...

Semua ini adalah kurniaan Allah pada ana... Bersyukur sangat, dikala rindu pada orang2 tersayang yang berada di Bumi Borneo, ana ditemukan dgn Akhie2 yang penuh semangat dalam amal dakwah mereka. Banyak perkara yang dapat ana pelajari dari pelbagai jenis manusia disini...

Ana juga ditemuakan dengan kawan2 master yang pelbagai ragam, ada kawan2 master dari Iran, Iraq, Palestin, Arab Saudi dan Afrika... Masya Allah, ana paling bersemangat utk berbual dengan Orang Palestin... Dia dari Palestin area yang ana kurang Arif dan tinggal di Arab Saudi, Seorang lecturer bertanya,

Hello, class any one of you from Palestine??... dan kemudian disambut oleh seorang kawan from Palestin...

Alhamdulillah, banyak perkara yang ana dapat belajar, ada juga seorang akhwat dari Palestin, dalam kelas ana... Terasa semangat Palestin berkobar didalam jiwa, untuk membantu saudara kita di Palestin..


Promosi Baju Palestin: Aqsa Syarif

Insya Allah jika berpeluang ana akan kongsikan dilain entry... dengan pelbagai cerita mengenai Plaza Lowyat & Berjaya Times Square, KolejKu, Abg Man si Gunting Rambut dan Banyak lagi...




Membeli buku di TTS atau KONSIS Bookshop (boleh layari Konsis Bookshop), ana tertarik dengan persembahan Buku PROAKTIF DAIE..

"Daie yang ProAktif...
Adalah seorang Muslin yang punya
pegangan kuat...
Ia berkatta: "Hal ini harus terwujudkan..."
Denagn niat yang kuat...kukuh...dan
keinginan yang menyala-nyala...
Lalu terwujud dengan seizin Allah...
Apabila sudah berkata... maka ia
mengamalkan...
Apabila sudah berniat...maka ia
menekuninya dengan susah payah...

Ia mewarisi Yahya As ketika dikatakan
kepadanya:
"Wahai Yahya, ambillah kitab itu dengan Kekuatan..."
Kitab itu adala kitab keimanan baginya...
Goresan peradaban...
Huruf kebudayaan...
Dengan Sampul Ilmu Pengetahuan...
Berinovasi...
Bersikap ProAktif..."

Kreativitinya beraneka macam,
tidak terkongkong... tetapi luas.. seluas ruang dan waktu...
Ia menambahkan inovasi baru...kepada
"Kebanggan turun temurun".


dipetik dari: ProAktif dalam Dakwah..


Satu lagi kesyukuran kerana Ust Shalleh dan UQY dari OZ call bertanya khabar ana di Semenanjung.... UQY akan berada di Brunei dalam 3-5 hari sebelum balik ke OZ semula.... Semuanya pertolongan dari Allah..... Allahuakbar!!!



Amru Ku.....Kuda Dakwahku...

Terakhir... Alhamdulillah...Kini punya Kuda Dakwah baru.... Namanya "AMRU"... Moga dakwah akan lebih jauh dan lebih luas ku tapaki daerah Semenanjung ini... Moga ana lebih ProAktif!!!!

~~~~~~~~~~~~~~~
Akhi Azrin Al-Fateh
Nun ditingkat Seven
Serdang



One Response so far.

  1. zikri says:

    alhamdulillah, moga dapat meneruskan perjalanan bersama kuda dakwah dengan jayanya..

    adik ana kata jumpa anta di UPM tempoh hari...alhamdulillah, moga adik ana itu berjumpa org2 soleh mcm antum.

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..