Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Archive for 2012

ISU #1 : Faiz Shahlan Charity Fund

Assalamualaikum brothers and sister...
 
ISU #1 yang akan dibawakan oleh HalaqahBorneo (HB) mengenai Faiz Shahlan Charity Fund (FSCF). Charity fund ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung kos rawatan yang ditanggung oleh keluarga Encik Shahlan... Bagi HB, ini adalah satu usaha murni yang perlu disuburkan dikalangan mahasiswa yang perihatin dengan sahabat mahasiswa lain yang ditimpa musibah. HB ingin memuji sikap sukarelawan yang menganjurkan (FSCF) ini kerana ini membuktikan ukhuwah islamiyah dan merealisasikan hadis Rasulullah iaitu,
 
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan saling berempati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya merasakan sakit maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam.” (HR. Muslim)
 
Maka dengan rasa ukhuwah islamiyah yang ikhlas dan benar ini, HB menyeru agar kita sama2 menyumbang ke (FSCF) agar dapat meringankan beban mereka. Moga kita sama2 dapat membantu saudara mahasiswa kita. Semoga Sedakah dan infaq kita dibalas oleh Allah seperti dalam firmanNya,
 
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji / sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai (bulir), pada tiap-tiap tangkai pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah, 2:261)
 
 
 
 
Berikut adalah butiran mengenai kempen  (FSCF) ini:
 
 

Faiz Sahlan Charity Fund (8 - 19 hb Oktober 2012)
Kempen Faiz Sahlan Charity Fund (FSCF) ini digerakkan atas dasar keprihatinan beberapa orang sahabat karib Faiz Sahlan. Kempen berbentuk 'fund raising' ini bertujuan untuk meringankan beban ...
kos rawatan yang ditanggung. Terbuka kepada warga UNIMAS atau bukan warga UNIMAS. Semoga kebaikan kita dapat membantu beliau.

-Bantuan anda kini boleh disalurkan melalui
1) terus kepada ayah beliau: Encik Sahlan Bin jahari: 013-8547337

2) Pengarah FSCF: Zahidi Zakaria: 0134091979

3) akaun RHB: 16241 0000 2979 0 Haris Sharim: 010 5912309

-Pegawai audit bagi kempen 'fund raising' ini:
Encik Mohd Azrin bin Mohd. Said: Gr-Engr Mohd Azrin,
Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan UNIMAS
**Update kutipan akan kami post di Fb stiap malam mulai 9hb oktober 2012

4) kami juga akan mengerakkan tabung kutipan di setiap kolej sekitar UNIMAS termasuk di kolej perubatan kampus Kuching.

Kami akan 'publish'kan senarai beberapa orang sukarelawan kami, bagi memudahkan anda menyalurkan bantuan dlm jngka masa terdekat.

Yang benar:
Mohamad Abid Kamaruzzaman, Setiausaha FSCF &
Amirulhasan Mat Sulaiman, Bendahari FSCF

Moga ukhuwah terus bersemi: "Ukhuwwah Teras Kegemilangan"
------------------------------------
 
Bro Al-Fateh
HB Editor 

 

HB Bergegar Kembali buat Ummah Borneo!

Salam Pembaca Blog HB...

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"


Maaf sekian lama menyepi, kini akan mula beraksi dipersada Seni Maya ini..
Moga karya HB akan menyuntik semangat diri, Bagi insan yang mencari keredhaan Ilahi,
Titisan embunan tarbiyyah asli akan membasahi jiwa kosong dan sepi,
menumbuhkan Iman yang tinggi disamping Ruhiyyah yang sejati..

Kemunculan kembali adalah Inspirasi dari majalah JOM! yang terkini,
Sebagai medan membaiki diri dan teman sejati,
dalam menelusuri jalan Dakwah dan Tarbiyyah yang panjang ini,
bagi mengangkat Islam di Pesada Bumi,
Agar terealisai Wawasan Kami,
Memimpin Ummah dibumi sendiri,
berlandaskan Syariat Islami.....

Moga Halaqah Borneo menjadi aspirasi,
kepada Mahasiswa dan Mahasiswi,
kepada Pemuda mahupun Pemudi,
bagi yang tua ataupun yang terkini,
Dalam membina Ukhuwah Sejati sekuat Tali,
Sekuat ikatan tali Aqidah Suci,
Dalam Bulatan Gembira yang disertai,
Dengan bingkisan dari lubuk Nurani Murabbi,
buat Ummat Islam kita Kini...

 Cerita Halaqah Borneo KINI..


Insya Allah kita akan berjumpa di Edisi Terkini Halaqah Borneo
Tentang ISU...

Apa ISU?..
kita Tunggu jawapanya......

You're Number One

Salam Semua...
Sekadar berkongsi lagu Ibu di Bulan Mei yang banyak sambutan ni..
Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Belia, Hari Jururawat, Hari Lahir Saya dan Ramai Best Friend Saya dan Hari-Hari apa2 jelah..hehe



Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?
Jahimah menjawab: “Ya.
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]



Maher Zain - Number One For Me



info daripada: hafizfirdaus.com
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik).
[2]  Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 3104 (Kitab al-Jihad, Bab kelonggaran daripada berperang bagi orang yang memiliki ibu).
*****************
By: Bro Al-Fateh

Jika kita org yang bekerja...




Ini harapan ku,

Moga kita tidak menjadi orang yang sombong
Suka mengecil2kan orang lain

Jika kita orang yg berkerja,
Kita tidak merendahkan orang2 tidak bekerja
Malah kita sama2 bantu agar dia bekerja skdr kemampuan dia atau spt kita atau lebih

Jika kita orang yg bekerja
Maka kesilapan akan lebih mudah di’nampak’
Mungkin 1-2 yg silap
Tp 1-2 yg silap tu boleh jd besar
Dan akan ada orang2 yg lupa kebaikan 3,4….  kita
Itu biasa
Manusia lebih nampak kesalahan org dr kesilapan sendiri
Sbb kita buat kerja
Jd terima dgn postif teguran manusia
Ada manusia yg tidak bijak menegur
Yg boleh mematikan kita
Kena kuat
Dn jgn buruk sangka
Bekerja la, Allah tahu

Jika kita orang yang bekerja
Jgn kerja sorang2
Agih2kan kerja
Kerna dgn berkongsi itu akan
Menggmbirakan hati kita bila bekrja
Kita tak nak bkerja dgn hati tertekan
Jiwa yg kacau
Hak org sekeliling terabai

Jika kita org yg bkerja
Jgn menjdkn mutorobbi kita
Tidak boleh merasai kasih syg murobbi2 yg lain
Kerana kita bukan selama2 nya menjadi murobbi dia
May be dia boleh jd murobbi kita

Jgn jdkn mutorobbi kita
Dicerita dgn cerita2 buruk ikhwah/akhwat yg lain
Sehingga menghilangkan tsiqah pd ikhwah\akhawat berkenaan
Ttp sebnarnya
Hilangnya tsiqah Pada diri kita sendiri
huhu

******
Alangkah indahnya kehidupan di samping nabi
Qudwah yg agung mengatur manusia
Yg suka bergaduh
Kpd
Yg bukan shj suka berganding bahu
Tp yg lebih penting berganding hati

Ya Allah satukan lah hati-hati kami,
Apa lah cita2 kita jika kami tidak bersatu
Saling tidak percaya antara satu sama lain
Saling nak naikkan nama sendiri
Agar disebut2, dikenali dan dihormati

Apalah cita2 itu yg kita cari
Ayuh kembalikan niat kita





*********************************
Nukilan,
Sis Aish Ababeel
Multaqa' Akhwat Nasional (MAN) 2012

Edited by: Bro Al-Fateh


Majalah JOM! di Sarawak

Salam pembaca Halaqah Borneo!!!.. Maaf lama dah tak menulis dan tak meng"update" Blog HB ini.. maaf sebab Bro Al-Fateh dan Sis-Ababeel sangat sibuk dgn urusan2 yang tertentu.. Insya Allah kami akan mula aktif kerana telah mendapat semangat baru..

Sesuatu yang OSEM telah menjengah bumi Kenyalang TerChinta ini... Sesuatu yang Best telah menjadi satu fenomena di alam maya.. bermula dengan Bulatan Gembira, Angel Pakai Gucci, Pertandingan video OSEM APG... maka segalanya tercetus....

Sebuah Majalah Islami telah terbit, Majalah untuk para pendakwah muda memahami fikrah Dakwah dan Tarbiyyah secara santai dan OSEM. Majalah ini Berkonsep separa serius-santai. Mengandungi kolum-kolum menarik dan segar berkaitan tarbiyah, dakwah dan harakah. Kolumnis terdiri dari para pendakwah, profesional, tokoh-tokoh dan penulis-penulis muda. Itulah dia MAJALAH JOM!




Dengan Tagline " Dakwah itu Mudah, Bukan sekadar kewajipan, tetapi gerakan yang menghjidupkan" ia sangat lah OSEM...


Alhamdulillah HB ingin mengucapkan tahniah kepada pihak yang bersungguh2 dan berusaha untuk menerbitkan Majalah JOM! ini... Moga ia memberi manfaat buat kita para Pendakwah Muda.. Insya Allah..



Majalah JOM! Edisi Sulung


Promo Majalah JOM!



Untuk Mendapatkan Majalah JOM! Di Sarawak dan juga untuk mengikuti Halaqah dan Usrah @ Bulatan Gembira OSEM boleh hubungi: