Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Archive for March 2010

Ada apa ngan PALESTIN????

Salam pembaca Halaqah Borneo... Sedikit nukilan hati dari kami di HB untuk renungan bersama...Moga ada manfaat bersama..




Beginilah Remaja Di Palestin berani berjuang mepertahankan negaranya, yang sebenarnya adalah tanggungjawab kita juga... kota ketiga suci umat Islam..
tapi...
macam mana dengan remaja kita???
adakah sanggup menjadi seperti remaja Palestin ini??
Mungkin hebat hanya di joystick, keyboard dan mouse..
bermain CS, Dota dan War...
couple,movie, games dan hendonisme....
maka terpikul berat dibahu kita yang sedar..
untuk melaksanakan tugas Dakwah dan Tarbiyah ini..
agar remaja kita nanti..
terSEDAR...
dan berubah menjadi seperti...
REMAJA PALESTIN INI.






Terkadang kita membeli kerana ikut hawa nafsu.. sehingga terlupa ia adalah barangan yahudi...
Lupa. eh.. tak pe.. sekali je...
lah.. ni je yang ada... hmmm, kenapa salah ke?..
Itu semua alasan yang terkadang keluar dari mulut kita..
Sedarkah KITA????
Menjadi pembunuh senyap...
ye pembunuh senyap saudar kita Di PALESTIN..
SEDARKAH????






Masya Allah...
Apa itu Al-Quds??
Tak tahulah..
hmm malas amik tahulah..
dari Al-Quds baik AF..
Apa nak jadi ngan kita....
Lupa masjid Umat Islam disana..
Kiblat pertama Umat Islam..
Tahu tak Al-Quds memanggil..
If tak tahu..
pilah amik TAHU!!!!





Apa kenalah nak Boikot... perluke boikot???
Hmm entahlah... kalau tak sayang saudara kita di Palestin..
tak payah amik tahu dan boikot...
If masih ada rasa Ukhuwah..
Jom..
kita BOIKOT..
Bagi membantu saudara kita...
JOM BOIKOT!!!








Nak BOIKOT apa????
Ha.. ni dia senarai barangannye...
ha.. if dah tahu ..
jangan bagi alasanlah..
sebab kekadang ada yang dah tarbiyah pun susah nak boikot..
Katanya.. alah sekali je,
nak rasa je...
eh, ye ke kena Boikot?
Eh mana ada dalam INMINDS..
Boleh je beli...
ana tak tahulah...
dan mcm-mcam lagi alasan..
ni yang dah tarbiyah... mcm mana yang belum???
Sedarlah
jangan amik mudah.. sebab tulah
Yahudi makin berleluasa..
SedarKAH???






ni barangannya juga..
check lah...





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hmmm....moga kita semua SEDAR dan kita memainkan peranan KITA untuk menyelamatkan saudara kita di Palestin..


Promote: Konsert LIFELINE 4 GAZA

KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege

DAPATKAN TIKET DARI WAKIL-WAKIL JUALAN DI LOKASI BERHAMPIRAN ANDA BERMULA 21 MAC 2010

Tarikh:
26 Mac 2010

Lokasi:
Dewan Serba Guna
Masjid WP Kuala Lumpur
Jalan Duta
(Pihak urusetia terpaksa mencari dewan yang lebih besar kerana permintaan yang amat tinggi)

Masa:
7.00mlm hingga 11.30mlm

Special Appearances:

Introducing:
Kumpulan Daie

Harga Tiket:
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00
(Tiket hanya untuk Derma kepada Palestin)

Anjuran:
Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
& Gabungan NGO-NGO di Malaysia

Tentatif
7.30PM: Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Wilayah & Solat Hajat
8.30PM: Solat Isya Berjemaah di Masjid Wilayah
9.00PM: Konsert Nasyid
11.45PM: Tamat

Jualan Tiket
Hanya 2000 tiket sahaja disediakan.
Dapatkan tiket SEGERA melalui wakil kami di mengikut lokasi berikut

Shah Alam@Klang@UiTM Shah Alam
Adam Kadir | 013 404 4787
M.Zakiran | 019 939 0304

Petaling Jaya@UM
Anaqi Ahmad Salleh | 013 590 0750
Nu’man | 013 434 0685

Subang
Mus’ab | 012 954 7861

Kuala Lumpur@UTM KL
Fauzan | 019 566 0576
Abu Dzar | 013 356 8932

Gombak@UiAM
Syed Zulfaqar | 013 384 5475
Muhammad Siddiqi | 013 296 8637

Kajang@Bangi@ Sepang@UKM@ UPM
Zamri | 013 779 5217
Abu Ubaidah | 013 628 4940

Pandan Indah
Hudzaifah | 019 987 4594

Negeri Sembilan
Hussein ’Azeemi | 019 610 6916

Melaka
Khalid Al-Walid | 019 734 1984

Atau dapatkan di kaunter promosi bergerak kami pada 21 Mac 2010

SHAH ALAM
9.00pagi | Pasar Ahad Berhampiran Stadium Melawati
11.00pagi | Plaza Alam Centre

KL CENTRE
2.00 petang

KLCC
4.30 petang

Atau dapatkan di kaunter tiket di pintu masuk Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada 26 Mac nanti.

Sebarkan kepada rakan-rakan.
Semua dijemput hadir!
  • Tiket VIP adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas tanpa kerusi
  • Dewan adalah tanpa kerusi dan tiket adalah hanya utk masuk ke dewan sahaja sebagai sumbangan kepada Palestin
  • Lelaki & Perempuan diasingkan
  • Mohon share aktiviti ini di wall saudara/i. Copy link event ini kemudian post di mana-mana group atau page
  • Bahan sebaran seperti poster, banner & flyer boleh minta pada urusetia di email lifeline4gazahs@ gmail.com
Hubungi Kami:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304
Sdr Anaqi Ahmad Salleh: 0135900750

About Us
Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Melayu, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to join an international campaign to break years of Israel siege on Gaza. We are working along with Free Gaza Movement who is based in Cyprus, IHH in Turkey, MERC and Kispa Indonesia, and other NGOs from USA, Greece, France, Germany, Italy, Venezuella and many more.The fortilla is expected to depart Istanbul on 15th May 2010, comprising 20 ships and cargo boats to be laden with building supplies, generators, medical equipment and educational materials. They will sail through the Mediterranean Sea, carrying members of Parliament from countries around the world as well as high-profile journalists and human rights activists. Lets break the siege now, before it’s too late! For the Malaysian charter, the efforts are being carried out by collaborations of, among others, the following NGOs:
  • HALUAN Palestin
  • Palestine Centre for Excellence (PACE)
  • Jamaah Islah Malaysia (JIM)
  • Aqsa Syarif
  • Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  • Viva Palestina Malaysia
  • Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)
http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=54249

********************

Semoga bermanfaat utk kita, agar lebih bersemangat untuk mengambil berat isu saudara kita di Palestin ini...

Moga dengan kehadiran Ikhwah-ikhwah kita (Shoutul Harakoh, Bro Muadz dan Kump Da'ie) yang akan menghibur sambil menyedarkan akan dapat memberikan kesedaran kepada seluruh masyarakat Malaysia yang kini semakin leka dan alpa dengan gelombang dunia....

Kini kita perlu berusaha menyebarkan isu ini kepada yang lain.. gunakanlah segala teknologi yg ada utk menyebarkan isu Palestin ini..... Seperti akhi bukhari kita telahpun buat program untuk remaja.. moga kita juga dapat contohi..

Ayuh akhi wa ukhti... semarakanlah semangat perjuangan untuk Tanah Suci Umat Islam ini... Moga kita menjadi pejuang dalam pembebasan Palestina ini.. Jangan ketinggalan ye dengan segala info tenatng Palestin baik dari HB atau juga dari Palestin Kini..

Wasalam.. moga ada manfaat bersama.
Jazakallah

Baitul Hassan
Kota Samarahan, Sarawak..


Sumber kedua akhi Mahizaki Keikan

Promote: AQSA SYARIF

Satu institusi baru Palestin yang akan memimpin isu Palestin di Malaysia.


Aqsa Syarif (al-Aqsa as-Syarif: di dalam bahasa arab) bermaksud Masjid Aqsa Yang Mulia. Memang masjid ini dimuliakan oleh Allah dan ummat Islam seluruh dunia perlu membantu mempertahankan kesuciannya dari diceroboh tangan-tangan yang kotor seperti Yahudi Zionis. Aqsa Syarif adalah institusi/pertubuhan kebajikan bermotif tidak berasaskan keuntungan. Ditubuh semata-mata untuk menjalankan aktiviti sosial dan pendidikan khusus membantu perjuangan Palestin dari segi kewangan dan kepakaran yang dimiliki oleh sesiapa jua dikalangan rakyat Malaysia. Semoga Hidup berkat melalui sumbangan kita terhadap mereka yang memerlukan dikalangan rakyat Palestin.

Main site:

Blog site:


Sticker kereta. Pastikan semua kereta ada sticker ni (RM5).

Sticker yang dijual. Boleh ditampal di macam-macam tempat (RM2).

Badge and buttons (RM2).

Juga terdapat key chain yang bernilai RM2. Dapatkannya dari wakil-wakil di seluruh negara (konteks KITA: di kolej-kolej IPTA/IPTS). Sesiapa di borneo yang hendak beli dengan Halaqah Borneo, boleh terus ke blog USAHAWAN SAFWA (dalam proses).

Membelilah sambil menyumbang, anda pasti akan mendapati Allah memperlipat-kali gandakan apa yang ada pada anda.

Hasil dari jualan akan disalurkan kepada wakil Palestin yang dipercayai, yang pasti bukan dari pihak mereka yang cuba mengkhianati rakyat Palestin sendiri!

Insya Allah!

"Halaqah Borneo"
Sumber dari: akhi Mashizaki Keikan

AQSA: Situasi Terkini di Baitul Maqdis




Kenyataan Media AQSA SYARIF
19hb Mac 2010 bersamaan 3 Rabi’ulakhir 1431

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Situasi tegang di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa terutamanya menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan masyarakat antarabangsa dan umat Islam khususnya. Ketegangan yang sudah berlanjutan lebih dari seminggu semakin memuncak apabila pada 16hb Mac 2010, polis Israel bertindak ganas mencederakan lebih dari 49 rakyat Palestin yang cuba melindungi kesucian Masjid al-Aqsa.

Rakyat Palestin dan umat Islam tidak punya pilihan melainkan bangkit mempertahankan Masjid al-Aqsa ekoran tindakan Israel membangunkan semula kuil Hurva di perkarangan Masjid al-Aqsa. Ia adalah satu tindakan yang jelas bertujuan untuk mengancam Masjid al-Aqsa dan sebahagian dari perancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut dan menggantikannya dengan Haikal, tempat penyembahan Yahudi yang selama ini menjadi angan-angan mereka. Upacara perasmian kuil pada 15 Mac yang lalu yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu adalah percikan api pertama yang akan mencetuskan ledakan besar. Ekoran dari tindakan provakasi ini, Khaled Mish’al tokoh dan jurucakap HAMAS di Damsyik menggesa supaya rakyat Palestin bangkit melancarkan intifadah demi mempertahankan Masjid al-Aqsa dan Tanah Suci Baitul Maqdis. Tindakan Israel membangunkan tempat ibadat mereka di kawasan penduduk Arab yang beragama Islam dan Kristian adalah jelas menggunakan sentimen keagamaan untuk melanjutkan agenda jahat Zionis untuk menguasai Baitul Maqdis.

Perancangan ini adalah seiring dengan pengumuman Tel Aviv untuk meneruskan projek pembinaan penempatan haram Yahudi yang menempatkan tambahan 1,600 unit apartment di Baitul Maqdis timur. Meskipun Israel bersetuju untuk menghentikan projek penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur dalam semua perundingan damai yang dicapai bersama pihak berkuasa Palestin sejak dari Perjanjian Oslo 1993 sehinggalah Konferens Annapolis pada tahun 2007, namun seperti yang dijangka, Israel sama sekali tidak akan menghormati syarat-syarat rundingan damai tersebut. Sudah termaktub di dalam Perlembagaan negara haram Israel bahawa Tebing Barat yang mereka rujuk sebagai ‘Judea’ dan ‘Samaria’ adalah bahagian yang integral dari negara Israel dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diwartakan sebagai ibu negara Israel yang abadi. Pembinaan penempatan Yahudi di atas tanah-tanah rakyat Palestin yang mereka rampas adalah bertujuan untuk mengyahudikan Baitul Maqdis. Kehadiran kuil Hurva adalah pelengkap kepada cita-cita untuk menguasai Baitul Maqdis sepenuhnya dengan mengeluarkan rakyat Palestin yang beragama Islam dan Kristian.

Dalam saat-saat situasi cemas yang berlaku kini di Baitul Maqdis timur dan Masjid al-Aqsa maka AQSA SYARIF menegaskan berikut:

1. AQSA SYARIF menggesa pemimpin-pemimpin negara Islam supaya bersuara dan menyatakan sikap dan pendirian terhadap provokasi Israel di tanah suci Baitul Maqdis. Negara-negara Islam wajib bersatu menggesa PBB supaya memanggil satu persidangan tergempar bagi mengambil tindakan ke atas Israel yang jelas mencabul hak rakyat Palestin dengan mengocak sentimen keagamaan.

2. AQSA SYARIF menggesa masyarakat antarabangsa supaya mendesak Israel menghormati semua syarat-syarat perundingan damai yang telah dipersetujui dengan pihak berkuasa Palestin terutama persetujuan Israel untuk menghentikan projek pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur. Tindakan Israel meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di sana pasti akan menggagalkan proses rundingan damai dan apa yang dikatakan sebagai penyelesaian dua negara.

3. AQSA SYARIF menggesa Amerika Syarikat supaya berhenti menyebelahi dan melindungi Israel yang telah sekian lama melanggar ketetapan PBB berkaitan hak rakyat Palestin. Pencabulan Israel ke atas hak-hak rakyat Palestin yang diperakui oleh piagam PBB dan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 adalah berpunca dari dasar luar Amerika yang mempertahankan semua tindakan regim Zionis itu meskipun ia bertentangan dengan prinsip undang-undang dan hak asasi.

4. AQSA SYARIF menyeru umat Islam supaya tidak terpedaya dengan perancangan jahat regim Zionis yang berselindung di sebalik proses rundingan damai untuk melanjutkan agenda pendudukan bumi Palestin dan Baitul Maqdis. AQSA SYARIF yakin bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang ampuh ialah dengan seluruh umat Islam berdiri teguh di belakang rakyat Palestin dan menyatakan solidariti mereka terhadap perjuangan pembebasan bumi Palestin dari pendudukan Zionis. Umat Islam juga wajib membantu baik dari segi kewangan dan moral serta mempertahankan hak rakyat Palestin dalam forum-forum antarabangsa.

5. AQSA SYARIF menyeru semua rakyat Malaysia, khususnya umat Islam supaya tidak melanggan produk-produk yang dikenalpasti memberi sokongan kepada ekonomi Israel. Empat barangan yang jelas menyumbang kepada ekonomi Israel ialah McDonald, Coca-Cola, L’oreal dan Nestle. Umat Islam diseru supaya mengutamakan barangan tempatan dan hanya melanggan produk asing terutama dari Amerika Syarikat yang menjadi sekutu kuat Israel apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan terakhir. AQSA SYARIF mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya menyambut kempen BDS (Boycott, Divestment and Sanction – kempen memboikot, mengalihkan pelaburan dan sekatan) terhadap Israel yang giat diterajui oleh masyarakat madani (civil society) kumpulan hak asasi dan pertubuhan bukan kerajaan di peringkat global.

6. AQSA SYARIF juga menyeru umat Islam supaya membela Masjid al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Kewajipan melindungi masjid tersebut dan tanah suci Baitul Maqdis berada di atas pundak umat Islam seluruh dunia dan bukan menjadi tanggungjawab rakyat Palestin semata-mata.

7. AQSA SYARIF mengalu-alukan peranan yang dimainkan oleh pelbagai NGO yang menyokong perjuangan rakyat Palestin dan konsisten di dalam menyemarakkan kempen solidariti bersama rakyat Palestin. AQSA SYARIF akan terus berganding bahu dengan semua pihak untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia agar menyumbang wang ringgit dan menghulurkan bantuan demi membela rakyat Palestin yang tertindas oleh kekejaman regim Zionis Israel.

8. AQSA SYARIF juga tidak lupa untuk merafaqkan sembah kepada DYMM Yang Dipertuan Agung dan menzahirkan sokongan kepada Kerajaan Malaysia yang tidak pernah mengiktiraf negara haram Israel sejak negara mencapai kemerdekaan dan konsisten di dalam menyanggah pendudukan regim zionis Israel ke atas bumi Palestin.

Sekian kenyataan AQSA SYARIF dan semoga rakyat Palestin terus teguh di dalam perjuangan mereka dan akhirnya kemenangan berpihak kepada pejuang-pejuang di jalan Allah swt.

Ust. Hasanuddin bin Mohd Yunus
Pengerusi AQSA SYARIF
--
AQSA SYARIF adalah sebuah badan bermotif kebajikan yang didaftarkan di Malaysia No. 729288P. Misi AQSA SYARIF adalah Penyebaran Maklumat tentang Palestin, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama.

AQSA SYARIF beribu pejabat di Kajang Selangor.
No. Telefon: 013-7444428;

sumber: sini.


Sumber kedua dari akhi Mashizaki Keikan

Isu Palestin dan KITA

Hamas di Palestin dan Ikhwah di sana baru sahaja mengisytiharkan intifadhah buat kali ketiganya. Dan hal ini bertitik tolak dari tindakan kejam pihak zionis Israel yang melakukan pembunuhan secara besar-besaran ke atas rakyat Palestin. Sehingga kini, angka kematian sudah mencecah lebih dari 360 orang dan termasuk di dalam perangkaan tersebut, ikhwah-ikhwah dari briged al-Qassam (sayap ketenteraan Palestin).

Kekejaman yang berlaku dan musibah yang menimpa umat Islam secara amnya dan rakyat Palestin khususnya, telah menyebabkan ramai pihak dari seluruh dunia bangkit dan menyuarakan pandangan dan bantahan mereka terhadap kekejaman pihak zionis. Bukan sahaja dari kalangan orang-orang yang beragama Islam, tetapi juga termasuk dari kalangan bukan Islam. Kerana ini adalah satu perkara asas di dalam fitrah manusia untuk menentang apa jua kezaliman yang terang dan jelas lagi nyata.

Banyak pihak yang membuat demonstrasi dan mengutuk tindakan kejam ini. Memang banyak. Dan ramai juga yang membuat keputusan untuk menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk yang mereka mampu. Misalnya, pihak MERCY Malaysia, PACE, dan Aman Palestin dan lain-lain. Ada yang menyamapaikan berita yang terkini, ada yang ingin memberi bantuan perubatan dan ada yang membuat roadshow tentang isu ini.

Tetapi, persoalannya...
Adakah kita selama-lamanya boleh biarkan isu ini menjadi berterusan?
Adakah cukup sekadar orang ramai sedar tentang isu ini tetapi tidak bertindak?
Apa sebenarnya yang kita mahu?
Apa peranan yang kita boleh mainkan?

Kita tidak boleh lagi membiarkan isu ini berterusan, pada masa-masa yang akan datang. Kesemua ini terjadi kerana kita (ummah ini), ditimpa penyakit kelemahan. Ramai dari kalangan ahlinya yang cintakan dunia dan bencikan kematian. Kita harus menyedarkan masyarakat kita, di mana sahaja kita berada agar mereka celik tentang hakikat sebenar mengapa hal-hal seperti di Palestin menimpa. Tanpa kesedaran tentang betepa pentingnya kita berpegang kepada Deen yang mulia ini, kita pasti selama-lamanya akan ditindas oleh pihak musuh.

Orang yang tidak sedar umpama orang yang tidur di dalam rumah yang terbakar. Jika penyelamat yang faham datang kepadanya dan mengajak untuk menyelematkan diri, sudah tentu kata-kata tersebut akan jatuh pada telinga yang tidak mendengar. Jadi perkara pertama yang harus dilakukan ialah mengejutkan orang yang tidur tersebut agar dia sedar keadaan kelilingnya yang sedang terbakar dijilat api.

Kemudian setelah itu, kita merasakan adalah tidak cukup sekadar menyedarkan masyarakat kita tetapi kita harus berusaha agar mereka memahami pokok kepada isu yang timbul. Tanpa kefahaman yang sebenar tentang isu yang melanda, ramai yang mungkin berubah dari keadaan ingin membantu kepada tidak mahu membantu, lantaran terpedaya dengan tipu daya dan propaganda media dan pihak barat. Kefahaman ini jugalah yang akan membuatkan seseorang itu terus menerus mempunyai perasaan dan kesedaran untuk membantu di dalam isu Palestin ini.

Lalu setelah itu, kita mengimani bahawa kefahaman tanpa amal adalah sesuatu yang sia-sia. Hadith Baginda: "Bukanlah iman itu dengan berangan-angan, bukan juga dengan perhiasan tetapi ia adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan 'amal". Jadi mereka yang faham ini, di ajak untuk bekerja bersama-sama dengan wadah-wadah yang menolong di dalam isu Palestin. Tetapi, tahap kefahaman tentang isu tidak menjadi penghalang untuk mereka yang ingin membantu di dalam isu ini. Sesiapa yang mahu membantu, maka bantulah. Bantulah mengikut kekuatan dan kemampuanmu.

Kita ingin menyebarkan seluas mungkin kefahaman tetang isu Palestin ini, bahkan isu deen Islam itu sendiri. Tetapi orang yang ada tidak begitu ramai. Maka kita hendaklah berusaha membentuk mereka yang lain supaya faham sama dengan kita dalam isu ini, agar mereka juga dapat bekerja dengan kerja yang sama dengan kita. Kita juga pada akhirnya bukan sekadar ingin agar semua masyarakat Islam sedar tentang ummah mereka yang sedang tenat, tetapi kita ingin agar kita menjadi al-Ustaziyatul 'Alam (world order) kepada seluruh penduduk dunia.

Agar kebatilan terhapus dan kebenaran menyinar. Dan agar tidak ada lagi yang dapat menindas golongan yang lemah.
"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran, dan telah hancur kebatilan. Sesungguhnya kebatilan (secara fitrahnya) pasti akan hancur"
(al-Isra', 17:81)
--
Pihak yang membantu di dalam isu Palestin (yang saya tahu):
  1. PACE (Palestin Centre of Excellence)
  2. Aman Palestin
  3. Mercy Malaysia

Sumber dipetik dari akhi Mashizaki Keikan


PACE: Pelaburan Coca Cola di Malaysia



Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia - sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L'oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)



Sumber: Kenyataan Rasmi PACE.
Sumber kedua: Mashizaki Keikan

Malam ini Ceramah Di BRC



Salam kepada semua pembaca Halaqah Borneo (HB)... Moga Rahmat Allah selalu bersama kita semua.. Moga Kasih sayangNya mengalir buat kita semua, Amin..

Baiklah ana nak post edisi "Jom Surau" harini, makluman untuk semua, malam ni ada ceramah kat Surau Kolej Bunga Raya.. Jadi nak jemput siapa yang mempunyai kelapangan masa untuk sama-sama datang untuk dengar ceramah dan mengimarahakan surau kita. Butiran ceramah:

Tarikh: 19 March 2010
Tempat: Surau Kolej Bunga Raya
Masa: selepas Maghrib
Tema: "Konsep berlapang dada didalam Ukhuwah Islamiyyah"



Moga kita semua dapat manfaat bersama.. pekara baik, jadi ayuh kita sebarkan kepada semua rakan-rakan kita diluar sana, kita sms ke, call ke, ym ke, atau apa-apa aje caranye, supaya malam ni kita dapat hadir ke ceramah ini.

Syukran wa jazakumullah..

Ayat-ayat yang membekas!


Assalamualaikum...

Sungguh kasih-sayang Allah yang merangkul kita dalam pelukan rahmatNya...kita bersatu hati untuk mengajak setiap umat berada dalam ketenangan untuk bersama-sama mengajak orang kepada islam...bahagia itu di jiwa-jiwa orang yang bertaqwa...yang hanya dapat dinilai oleh Allah Ar-rahmanurrahim..

Buat kawan-kawan HB...lamak owh sik berkelakar di sitok..ehe..Salah seorang teman baru kamek di luar negara berkongsi cerita di email. Nya bercerita ada kawannya di luar negara yang baru melafazkan syahadah ketauhidan kepada Allah... tapi kamek maok cerita tok dikongsi bersama-sama dalam HB...sebagai penghargaan KITA bersama-sama :D..

Cerita nya kedak tok....

***

btw, here is the story made short of how i became a muslimah:

hm...y do u decide dat Islam is da rite religion for u? cos it gave me what I have been searching for since longggggggg ago.when I was a christian,I tried very hard to be a strong christian so i read bible a lot to get the feeling of spiritual bond with Him.. but nothing.. so i thought I was not doing enuf..n got myself involved in church activities and became committee member for college christian youth club.. but still nothinggggg... and i really want to feel Him u know..

so one day i
read the qur'an for fun.. then each time while my friend is praying, i will read her qur'an.. and ironically, i seem to read the same sentence again and again.. so it felt pelik at first.. and my friend explained tht in quran mmg they repeat some stuff throughout as reminders .: so i continued to read and the more i read, i felt like He was talking to me . the feeling was so magical tau.. i never felt tht way.. and i fell in love with the qur'an.. n since i read bible b4, i can compare with qur'an . i liked the quran wayyyyyyy better so, lil by lil.. i felt that maybe this is IT and when i went for camps.. i joined the tazkirahs after the prayers and i enjoy it.. very bagus the feeling n kakaks were baik to me..even hadiahkan quran to me cos i slalu pinjam to read.. so, lama2, now I am a proud muslimah . tp sedih part(family dunno yet)

***

Keyakinan dalam mentauhidkan Allah tersangat penting.(Moga Allah memelihara akidah kita). Bagaimana cara kita untuk yakin..Salah satunya adalah dengan adanya ilmu..dan di sini adalah ilmu tauhid... belajar dan mengajar untuk mengesakan Allah dari sumber yang tidak meragukan kita... Salah satu sumber ilmu tauhid adalah Al-Quran.. dan itulah yang diperolehi sahabat kita dalam kisah benar di atas... Moga Allah memeliharanya... perjalanan kita masih panjang...

Wallahuallam...

------------------------
(Melayu Sarawak : Melayu Umum)
kamek : saya
kedak tok : begini /macam ni
berkelakar : bercakap/bercerita
sitok : sini




Result SPM 2009




Salam kepada semua pembaca HB, Harini nak bawa berita tentang adik-adik kita yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)..Alhamdulillah penantian adik-adik kita ni telahpun berakhir... Masing-masing sibuk ke sekolah untuk mengambil Result SPM.. Moga mendapat result yang baik..dan dapat menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi... dan menjadi salah seorang yang boleh menaikkan lagi martabat bangsa dan Agama Kita dipersada Dunia..

Untuk adik-adik diborneo, Moga kalian semuanya berjaya.. melihat Berita Harian Online hari ini keluar gambar adik-adik kita yang berjaya di MRSM (Kuching), Sarawak..25 orang mendapat A dalam semua subjek.. Tahniah..

Untuk adik-adikku yang pernah ditarbiyah di Borneo ni, terutamanya di Sarawak.. Abg doakan semoga berjaya dan mendapat keputusan yang terbaik... kita terima dengan Redha segala keputusan yang telah ditentukan Allah.. Moga segala usaha kita diberkati Allah dan moga adik-adik semua dapat mencapai impian yang adik-adik bagitau Abg semasa Halaqah kita.... menjadi pelajar yang cemerlang di Dunia dan di Akhirat... Amin.... Insya Allah jika berkesempatan, minggu ni Abg akan ziarah adik-adik semua...Lama tak jumpa anda semua.. Rindu rasanya dengan karenah adik-adik semua.. hehehehe....

Berikut adalah snap shot dari Berita Harian Online, mengenai gambar MRSM(Kuching)... Tahniah.....



Sepertimana dalam berita, diberitakan seramai 364,046 calon lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding 347,443 pada 2008 dengan 199,155 calon atau 49.6 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 181,419 (47.4 peratus) sebelum itu.

Keputusan keseluruhan SPM 2009 peringkat kebangsaan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.... boleh baca lagi disini




Gambar Hiasan: Nik Nur Madihah 21 A's SPM 2008

Hadith 42: Dosa Selain Syirik akan Diampuni



Salam pembaca Halaqah Borneo(HB)... Moga Anda dalam keadaan sihat semuanya dan didalam limpahan Rahmat Allah. Hari ini mari kita hafal dan hayati Hadith ke-42 dalam susunan Hadith Arbain Imam An-Nawawi.


Sesungguhnya Allah maha pengampun dan penyayang...Maka jangan lengahkan taubat kita dan pohonlah keampunan dari Allah.. Bersegeralah kita dengan keampunan Allah... "Wa syariu' ila maghfirah"




عن أنس رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول - قال الله تعالى

يا بن ادم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان ولا أبالي , يا بن ادم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك , يا بن ادم إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئاً لأتيتك بقرابها مغفرة - رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح


Dari Anas radhiallahu 'anhu, ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Allah ta’ala telah berfirman : “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam, walaupun dosamu sampai setinggi langit, bila engkau mohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam, jika engkau menemui Aku dengan membawa dosa sebanyak isi bumi, tetapi engkau tiada menyekutukan sesuatu dengan Aku, niscaya Aku datang kepadamu dengan (memberi) ampunan sepenuh bumi pula”. (HR. Tirmidzi, Hadits hasan shahih)
[Tirmidzi no. 3540]


Hadits ini berisikan kabar gembira, belas kasih dan kemurahan yang besar. Tidak terhitung banyaknya karunia, kebaikan, belas kasih dan pemberian Allah kepada hamba-Nya. Yang semakna dengan Hadits ini adalah sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam : “Allah lebih bergembira atas tobat seorang hamba-Nya daripada (kegembiraan) seseorang di antara kamu yang menemukan kembali hewannya yang hilang”.Dari Abu Ayyub ketika ia hendak wafat ia berkata : Saya telah merahasiakan dari kalian sesuatu yang pernah aku dengar dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, yaitu saya mendengar beliau bersabda : “Sekiranya kamu sekalian tidak mau berbuat dosa, niscaya Allah akan menggantinya dengan makhluk lain yang mau berbuat dosa, lalu Allah memberi ampun kepada mereka”.




Boleh Baca lagi di sini....

Pesan Sang Murabbi




Salam kepada Semua pembaca Halaqah Borneo (HB) yang dikasih sekalian di Seantero Dunia, Moga anda/antum semua berada dalam limpahan Rahmat dan Kasih sayang Allah...

Akhi wa ukhti... tiba-tiba teringat kata-kata Syaikhut Tarbiyah di Indonesia, Iaitu Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah (1953-2005).. Ana teringat kata-kata dia dalam Filem Sang Murabbi: Mencari Spirit Yang Hilang.

Pesan Sang Murabbi;
"Seonggok kemanusiaan terkapar, Siapa yang megaku bertanggung jawab? Bila Semua menghindar, biarlah saya yang menanggungnya, semua, atau sebagiannya..."

Ust Rahmat Abdullah
(1953-2005)


dan hayatilah pesanan ini juga akhi wa ukhti:



Akhi wa ukhti, maka laksanakanlah tanggungjawab dakwah yang berat ini dengan Ikhlas, sebab kita telah menyatakan untuk bersama-sama diatas Jalan Ini... maka kita Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan se-Amanah mungkin...

Akhi wa ukhti, sebagai Murabbi, kita didiklah mutarabbi kita dengan baik, tunaikan setiap haq mereka, kerana jika kita tak menunaikan haq mereka, maka nanti kita akan dipertanggungjawabkan..

Jangan kita jadikan Halaqah/Usrah kita hanya sebagai tempat menyalurkan dan mentrasnformasi maklumat, atau hanya sekadar penyampaian ilmu... dan ia tidak meninggalkan bekas di hati mereka dan merubah peribadi dan perwatakan mereka..

Sebagai Murabbi jangan hanya meniupkan api semangat, tetapi tidak menjalarkan ruh Islam dalam tindakan dan akhlak mereka. Walaupun kita tahu, bahawa untuk tarbiyah manusia, memang memerlukan masa yang sangat lama, maka jangan ada rasa putus asa, malah sabar dan bersikap optimis dengan mutarabbi kita... kerana kefahaman itu akan difahami secara berperingkat... dan tarbiyah perlulah konsisten dan juga muntijah..

Pesan dari Buku ‘kisah-kisah para Murabbi’:

Tarbiyah itu merupakan pembentukan keperibadian, bukan hanya dari sisi akademik dan fikrah sahaja. Perlu adanya transfer ruhiyah. Ada pembentukan maknawiyah. Ada sisi pengarahan perilaku, Ada bentuk keteladan dan qudwah sehingga semuanya akan berlaku secara intergratif dan terpadu.

Dan itulah tarbiyah kita.

Selain dari berusaha mencari sumber ilmu yang ada, berusahalah jugalah membekaskan kefahaman itu pada jiwa diri kita dan anak binaan kita..

bagaimana mampu kita bawa manusia kepada Allah sedangkan kita sendiri jauh dari Nya?

************************************************

Akhir sekali, Hayatilah kata-kata bernas dari Al-Marhum Ust Rahmat diatas tadi,

2 Pekara yang harus selalu Kita ingat:
a). Kesalahan yang kita lakukan pada orang lain

b). Perbuatan baik yang orang lakukan pada kita

2 Pekara yang harus segera Kita lupakan:
a). Kesalahan orang lain lakukan pada kita

b). Perbuatan baik yang kita lakukan pada orang lain

*********************************************************


Moga kita dapat Ibrah dan semangat dari Pesan Sang Murabbi ini...


Azryn Al-Fateh

3 March 2010/17 Rabiul Awal 1431H

Fakulti Kejuruteraan

* ana ada ambil skit ayat-ayat dari blog Ukhti Muharikah, jzkk ukhti..


Syahadatul Haq!!!



Salam kepada Semua pembaca Halaqah Borneo (HB)... Moga Allah memberikan kita Kesejahteraan dan Kebahagiaan di Dunia dan Juga Di Akhirat.. Amin..

Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah.. Bersyukur kehadrat Allah kerana memberi peluang kpd kami untuk menghadiri Daurah Tsaqafah mengenai Syahadatul Haq semalam (28 Feb 2010).. Ia disampaikan oleh seorang Ust Doktor yang berpengalaman banyak di Jepun dan juga Di Yaman.. Sekarang Ia bertugas di Kuching dan dia juga orang Sarawak..hehehe... Konsep Syahadatul Haq ini telah dibawa oleh byk ulamak, tetapi Imam Al-Maududi lebih terserlah..

Program berlangsung di Universiti ana je..Simple but it full with Ilmu and Manfaat.. Alhamdulillah kehadiran juga amat memberangsangkan... Bro and Sis yang datang lebih kurang dalam 50 lebih sampai tak cukup kerusi..hehehe..Alhamdulillah... bukan bilangan yang perlu dilihat tapi kesan dan quality yang kita inginkan dari program ini...

Sebelum ni Program Syahadatul Haq ni telah diadakan di tempat lain.. Bro and Sis Kita kat UK yang dianjurkan oleh Majlis Syura Muslimun (MSM) klik sini.. Dan juga di London, klik Sini...






SYAHADATUL HAQ

Akhi wa ukhti...
Apa sebenarnya Syahadatul Haq? Ia bermakna Kesaksian yang benar.. Wah mudah nye maksud dia... tapi maksud tersiratnya lagi Banyak... tu yang kita nak lihat akhi wa ukhti.. Secara ringkasnye akhi wa ukti....

Kita perlu memahami Hakikat Kalimah Syahadah;
1-Pembeza Muslim dan Kafir
2-Dasar Kehidupan
3-Persaksian yang benar Kpd Allah

Konsepnye;
1-Menjelasakan.
2-Menunjukkan kepada Manusia pendekatan yang sebenar.

Mengetahui PERANAN KITA selepas mengetahu Syahadatul Haq;
Allah berfirman dalam surah (2:143)
"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."

Ada Empat Pihak

1-Allah --> 2. Rasul--> 3.KITA --> 4.Umat

ALLAH



Yang mana Allah mengutus Rasul untuk menyampaikan Syahadatul Haq kepada umat manusia.. Dan kini Rasul telah lama meninggalkan kita, makanya tugas itu perlu diteruskan oleh KITA untuk menyampaikan dan menjelaskan kepada Umat Manusia agar mendapat kebahagiaan Di Dunia dan Akhirat serta mendapat Mardhotillah..

Tugas Rasul (33:7)
"Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putra Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh"

Umat Manusia (7:172)
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"

Tugas KITA

Persaksian=Penyampaian

1. Medium kita (menyampaikan /Menjelaskan)
i. Melalui percakapan (ilmu/teori)
ii. Melalui Perbuatan (Amal/praktikal)

2. Usaha Kita (menyampaikan)
i. Melalui Individu
ii. Melalui Jemaah/berkumpulan

Alhamdulillah... Apa yang perlu kita lakukan setelah mendengar dan memahami Konsep Syahadatul Haq ini ialah;

1.Perlu mulakan dengan diri kita
2.Kemudian orang terdekat
3.Tingkatkan Ziarah
4. Menjaga Akhlak sebagai seorang Muslim

Akhi wa ukhti, moga kita dapat laksanakan Syahadatul Haq ini secara individu dan berjemaah, berlapang dada dengan jemaah lain kerana kita berukhuwah Islamiyah dengan mereka, buatlah kerja dengan rasa tenang dan bersikap terbuka kepada yang lain, bak kata Ust Doktor penceramah, "Kalau kita lihat perbezaan, maka dalam bilik ini ada lebih kurang 50 perbezaan dan kita tak akan dapat bersama, tapi lihatlah persamaan yang boleh kita gunakan untuk melaksanakan tugas kita dalam menyampaikan Risalah ini, jangan ada pergaduhan, jangan ada persengketaan dan jangan saling memburukkan yang lain.. Kita sama-sama membuat kerja Islam, makanya kita perlu saling berlapang dada dan bekerjasama dalam Hal yang kita sepakati.. Moga dakwah ini akan lebih diterima oleh Umat ini" begitulah yang kita inginkan Amin.

Semoga kita dapat merealisasikan Konsep Syahadatul Haq dalam diri kita dahulu dan sampaikan kepada kawan-kawan kita yang lain.. Bak kata seorang akh, lecturer, "Ikhwah dan Akhwat , tarbiyah ni memakan masa yang panjang, bukan lepas dapat bahan ni hari ni, esok dah jadi orang yang pandai terus, but it's take time to understand dan diserapkan dalam aqal dan dilakukan dengan Amal... makanya tarbiyah ni perlu diteruskan, moga tarbiyah ni yang penting adalah dalam usrah/halaqah, ia perlu konsisten, walaupun lambat, tapi ia akan membina kefahaman yang mantap dan lebih bertahan lama, kerana itulah tarbiyah... Proses pembentukan dan pembinaan seorang Muslim.."

Moga Dakwah Islam semakin berkembang dengan Daie yang Muklhis, Amanah, Jujur dan yang mempunyai kefahaman yang Mantop... Amin..




Azryn Al-Fateh
Faculty of Engineering
1 Mac 2010
15 rabiul Awal 1431 H