Syahadatul Haq!!!



Salam kepada Semua pembaca Halaqah Borneo (HB)... Moga Allah memberikan kita Kesejahteraan dan Kebahagiaan di Dunia dan Juga Di Akhirat.. Amin..

Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah.. Bersyukur kehadrat Allah kerana memberi peluang kpd kami untuk menghadiri Daurah Tsaqafah mengenai Syahadatul Haq semalam (28 Feb 2010).. Ia disampaikan oleh seorang Ust Doktor yang berpengalaman banyak di Jepun dan juga Di Yaman.. Sekarang Ia bertugas di Kuching dan dia juga orang Sarawak..hehehe... Konsep Syahadatul Haq ini telah dibawa oleh byk ulamak, tetapi Imam Al-Maududi lebih terserlah..

Program berlangsung di Universiti ana je..Simple but it full with Ilmu and Manfaat.. Alhamdulillah kehadiran juga amat memberangsangkan... Bro and Sis yang datang lebih kurang dalam 50 lebih sampai tak cukup kerusi..hehehe..Alhamdulillah... bukan bilangan yang perlu dilihat tapi kesan dan quality yang kita inginkan dari program ini...

Sebelum ni Program Syahadatul Haq ni telah diadakan di tempat lain.. Bro and Sis Kita kat UK yang dianjurkan oleh Majlis Syura Muslimun (MSM) klik sini.. Dan juga di London, klik Sini...






SYAHADATUL HAQ

Akhi wa ukhti...
Apa sebenarnya Syahadatul Haq? Ia bermakna Kesaksian yang benar.. Wah mudah nye maksud dia... tapi maksud tersiratnya lagi Banyak... tu yang kita nak lihat akhi wa ukhti.. Secara ringkasnye akhi wa ukti....

Kita perlu memahami Hakikat Kalimah Syahadah;
1-Pembeza Muslim dan Kafir
2-Dasar Kehidupan
3-Persaksian yang benar Kpd Allah

Konsepnye;
1-Menjelasakan.
2-Menunjukkan kepada Manusia pendekatan yang sebenar.

Mengetahui PERANAN KITA selepas mengetahu Syahadatul Haq;
Allah berfirman dalam surah (2:143)
"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."

Ada Empat Pihak

1-Allah --> 2. Rasul--> 3.KITA --> 4.Umat

ALLAH



Yang mana Allah mengutus Rasul untuk menyampaikan Syahadatul Haq kepada umat manusia.. Dan kini Rasul telah lama meninggalkan kita, makanya tugas itu perlu diteruskan oleh KITA untuk menyampaikan dan menjelaskan kepada Umat Manusia agar mendapat kebahagiaan Di Dunia dan Akhirat serta mendapat Mardhotillah..

Tugas Rasul (33:7)
"Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putra Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh"

Umat Manusia (7:172)
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"

Tugas KITA

Persaksian=Penyampaian

1. Medium kita (menyampaikan /Menjelaskan)
i. Melalui percakapan (ilmu/teori)
ii. Melalui Perbuatan (Amal/praktikal)

2. Usaha Kita (menyampaikan)
i. Melalui Individu
ii. Melalui Jemaah/berkumpulan

Alhamdulillah... Apa yang perlu kita lakukan setelah mendengar dan memahami Konsep Syahadatul Haq ini ialah;

1.Perlu mulakan dengan diri kita
2.Kemudian orang terdekat
3.Tingkatkan Ziarah
4. Menjaga Akhlak sebagai seorang Muslim

Akhi wa ukhti, moga kita dapat laksanakan Syahadatul Haq ini secara individu dan berjemaah, berlapang dada dengan jemaah lain kerana kita berukhuwah Islamiyah dengan mereka, buatlah kerja dengan rasa tenang dan bersikap terbuka kepada yang lain, bak kata Ust Doktor penceramah, "Kalau kita lihat perbezaan, maka dalam bilik ini ada lebih kurang 50 perbezaan dan kita tak akan dapat bersama, tapi lihatlah persamaan yang boleh kita gunakan untuk melaksanakan tugas kita dalam menyampaikan Risalah ini, jangan ada pergaduhan, jangan ada persengketaan dan jangan saling memburukkan yang lain.. Kita sama-sama membuat kerja Islam, makanya kita perlu saling berlapang dada dan bekerjasama dalam Hal yang kita sepakati.. Moga dakwah ini akan lebih diterima oleh Umat ini" begitulah yang kita inginkan Amin.

Semoga kita dapat merealisasikan Konsep Syahadatul Haq dalam diri kita dahulu dan sampaikan kepada kawan-kawan kita yang lain.. Bak kata seorang akh, lecturer, "Ikhwah dan Akhwat , tarbiyah ni memakan masa yang panjang, bukan lepas dapat bahan ni hari ni, esok dah jadi orang yang pandai terus, but it's take time to understand dan diserapkan dalam aqal dan dilakukan dengan Amal... makanya tarbiyah ni perlu diteruskan, moga tarbiyah ni yang penting adalah dalam usrah/halaqah, ia perlu konsisten, walaupun lambat, tapi ia akan membina kefahaman yang mantap dan lebih bertahan lama, kerana itulah tarbiyah... Proses pembentukan dan pembinaan seorang Muslim.."

Moga Dakwah Islam semakin berkembang dengan Daie yang Muklhis, Amanah, Jujur dan yang mempunyai kefahaman yang Mantop... Amin..




Azryn Al-Fateh
Faculty of Engineering
1 Mac 2010
15 rabiul Awal 1431 H

7 Responses so far.

  1. ababeel says:

    salam buat alfateh yang disayangi...semakin hari dirimu mulai faham...(rasa sedih dan terharu) apabila ada yang memperlakukan pelbagai kau dah mula belajar untuk tenang...begitu jua diriku utk belajar lebih mengasihi dan memahami...lebih merendah diri dan tawadu' ..terima kasih buat pakcik2 dan makcik2( yang baru jumpa dan bermalam bersama-sama).. kawan-kawan yg penuh ceria.. . berserta anak-anak pakcik2 dan makcik2 yg subhanallah...moga diriku berpeluang menjadi ummi..terasa hangat bila kita berpelukan dan menciumkan pipi..indahnya islam.. tarbiyah dan ukhuwwah...ia luas...always open...ia hidup bukan dimain-main...

  2. Syukranwa zaujati.. zaujmu semakin faham tugas Kita di Jalan ini.. moga dikurnia anak2 mcm pakcik ngan makcik2 tu semua..hehehhe...comel, pintar, soleh dan sholehah..
    Amin ya Rabbal alamin

  3. Anonymous says:

    Alhamdulillah, dengan izin Allah ana dapat menghadiri program qiamulail pada malam tu hehe,memang seronok,walaupun pertama kali jumpa,keramahan akhwat disana mengubat hati yang sedih. Banyak yang ana dapat belajar,terharu dengan sikap makcik2,akwat2 disana, sentisa merendah diri dan banyak menekankan tentang akhlak kita,bila mengingatkan diri sendiri banyak perkara yang perlu diperbaiki, moga Allah mengampunkan dosa2 diri ini yang jahil dan lemah...ku mengharapkan Allah menunjukkan kita semua ke jalan yang diredhainya. Pada paginya pulak diizinkan Allah untuk mendengar tentsng shahadatul haq..menangis diri ini mendengar penjelasan dari seorang ustaz...sesuatu yang disampai dari hati akan sampai kehati2 jugak,,,dengan akhlak yang ditunjukkan,merendah diri,sentiasa berlapang dada dan terbuka.Jelas matlamatnya..Secara peribadi, beberapa ibrah yang ana dapat untuk mengingatkan diri ini dan untuk ikhwah akhwat di luar sana:
    1) Jangan sesekali kita meremehkan seseorang atau mana2 jemaah kerana boleh jadi orang yang kita burukkan itu adalah lebih baik daripada kita.Sedarlah, ilmu kita tentang seseorang/jemaah sangatlah cetek..kerana kita tidak bersama mereka 24 jam sehari, hanya Allah yang mengetahui apa yang telah mereka lakukan dan perbuat yang kita tidak mengetahui pun.
    2) Jangan biarkan rasa diri hebat daripada orang lain kerana orang yang merasa diri hebat belum tentu dia hebat di mata Allah.
    3) Jauhilah prasangka,kerana kebanyakan prasangka adalah daripada syaitan..
    3) Jauhilsh membuat perumpamaan2 atau analogi yang salah, kurang tepat dan tidak berasas, kerana kadang2 anologi yang di buat tidak sama dengan apa yang berlaku..
    4) Jagalah kata2 dan lisan kita, kerana apa yang diungkapkan akan di soal oleh Allah kelak,lebih2 lagi apa yang kita hebahkan itu perkara yang kurang tepat,apatah lagi mengundang salah faham, kekeliruan pada orang yang kita hebahkan dan apa yang menyedihkan memberi kesan kepada hubungan ukhwah....cuba fikir2kan bagaimana kita hendak berhadapan dengan Allah dan dengan orang yang kita sakiti hatinya.
    Marilah kita sama2 muhasabah diri kita,siapa kita dihadapan Allah???
    "Ya Allah ampunilah dosa hambamu ini,sesungguhnya aku hambamu yang lemah dan hina,ampunilah dosaku atas kejahilanku. Dekatkanlah aku dengan sifat2 mahmudah dan jauhilah aku dari sifat2 mazmumah, Ya Allah bersihkan hatiku dari kemunafikan, bersihkanlah lidahku dari kebohongan, bersihkanlah mataku dari khianat dan bersihkanlah amal2ku dari riak..Ikhlaskanlah diri ini semata2 keranaMu.Ya Allah jadikanlah aku seorang yang redha dengan setiap ketentuanMu,kuatkanlah keimananku dan kesabaranku dalam menempuh dugaan dan ujianMu ini, Ya Allah Selimuti ku dengan rahmat dan kasihsayangMu, agar dapat membalut kelukaan hatiku,hanya padamulah ya Allah tempat diri ini mengadu..Ku memohon petunjuk yang baik dariMU, jika sesuatu perkara itu adalah yang terbaik untukku, keluargaku, ikhwah dan akhwatku, dan segala urusan kami baik urusan dunia ataupun akhirat, ku mohon engkau permudahkan dan tentukan berkat kami padanya, jika sebaliknya,tentulah yang terbaik buat kami walau dimana kami berada..dan redhakan kami .Amin

  4. ibn_ishak says:

    Mantap akh!
    http://ibnuishak88.blogspot.com/

  5. Anonymous says:

    Salam Ukhwah...
    Saya *NurRaudah*. Saya masih dalam proses memahami Islam sebenar. Memang saya dilahirkan sebagai Islam. Tapi lahir dalam Islam tak bererti saya faham apa itu Islam. Cuma saya dalam proses mencari kebenaran. Artikel ni banyak memberi kefahaman kepada saya. Sekurang-kurangnya saya dah dapat cari sedikit kefahaman tentang hakikat syahadah. Saya jahil, tapi saya x mahu terus jahil. Kadang-kadang saya cemburu dengan pelajar-pelajar sekolah agama, mereka boleh bercakap bahasa arab, banyak tahu tentang agama dan sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Saya tak ada peluang yang mereka ada. Bila mula nak berubah saya takut persepsi kawan-kawan dan keluarga tentang sy. Harap dengan maklumat yang sy dapat dari blog ini dan beberapa blog yang lain akan dapat bantu sy. Impian sy adalah ingin menjadi sebahagian daripada komuniti seperti yang ada dalam blog ini. Sy x pandai nak guna perkataan "jazakumullah, zaujati, akwa wa ukhti dll," maksudnya pun sy x faham. Tapi sy yakin maksudnya pasti Indah. Tapi apa yg saya rasa adalah keikhlasan dlm blog ni. Hope to learn more.
    p/s Boleh tak beri sedikit maklumat tentang apa itu keikhlasan bersolat...
    thanks... Assalammualaikum

  6. Wasalam NurRaudah... insya Allah kita boleh jadi yang terbaik dan kita punya haq untuk memahami islam dengan Sempurna dan Syumul(lengkap) persoalan cik Raudah akan saya refer pada Zaujati(isteri saya)... Dia akan email cik NurRaudah dalam masa terdekat dan menjawab persoalan cik dengan lebih details, Insya Allah..

    Terima Kasih kerana membaca Artikel ini....

  7. jazakallhu khairan...ana kongsi yer akhi :)))

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..