Salam Maulidur Rasul




Salam kepada semua pembaca HB di suluruh pelusuk dunia.. Kami di Halaqah Borneo ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul...

Kelahiran Rasulullah ini memberi sinar cahaya baru kepada Umat, dengan membawa sinar cahaya Islam... Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik, Qudwah dan Uswah yang di utuskan oleh Allah untuk menunjukkan cara kehidupan yang terbaik dalam menuju siratul mustaqim kepada Allah... Rasulullah kini sudah meninggalkan kita hampir 1000 tahun lebih.. Tapi Rasulullah meninggalkan kepada kitab Al-Quran dan Sunnahnya untuk diikuti dan difahami..

Maka sempena Maulidur Rasul, kita hendaklah banyakkan salawat dan melafazkan kata cinta pada Rasul kita. Dan kita perlu mencontohi sikap dan Akhlak Rasululullah dalam setiap pekara dan menterjemahkan Amal-amal sholeh daripada kefahaman kita melalui Al-Quran dan As-Sunnah..




Renungan Hadis Rasul;

Daripada Aisyah r.a. katanya:
Seorang lelaki telah datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata (maksudnya):
Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Aku benar-benar mencintaimu lebih daripada keluargaku dan anak-anakku.
Sesungguhnya ketika aku berada di rumah, aku mengingatimu. Aku tidak dapat sabar sehinggalah aku datang menemuimu dan memandangmu.
Dan apabila aku teringat suatu hari aku akan mati dan Rasulullah juga akan mati, maka aku sangat bimbang tidak dapat melihatmu lagi kerana engkau pastinya akan diangkat ke tempat yang tinggi bersama para nabi!

Rasulullah s.a.w. diam membisu mendengar kata-kata sahabat yang tulus ikhlas itu sehinggalah Jibril turun membacakan ayat (maksudnya):

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)." (An-Nisa':69)


Daripada Al-Fateh dan Ababeel

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..