KITA dan KITANI



Salam pembaca HB yang setia, tak kiralah antum di Semenanjung, di Sarawak, di Sabah, di Brunei, Di UK, Di US dan seluruh pelusuk dunia... Jazakallah kerana walaupun masih belum bertemu, kita diikat atas rasa Ukhuwah, Akidah serta Fikrah kerana keyakinan KITA dan KITANI di Jalan Ini....

Akhi wa ukhti sekalian, ana mendoakan semoga KITA dan KITANI akan terus menambahkan kefahaman fikrah KITA, kerana dengan kefahaman yang benar Di Jalan ini akan menjadikan KITA dapat melaksanakan Amal Dakwah KITA/KITANI dengan Ikhlas...

Sebab itu As-Syahid Imam Hassan Al-Banna meletakkan rukun Bai'ah yang pertama AL-FAHMU... makanya jika kita berada di Jalan Ini, kita seharusnya menambahkan kefahaman akan fikrah kita supaya menjadi lebih yakin...

Akhi wa ukhti, sebenarnya tarbiyah bukan mengajar kita jadi Takut... tapi mengajar kita untuk jadi Berani kerana kita Yakin dan Faham akan fikrah yang kita sedang bawa.. Kalau kita dah Yakin dan Faham maka kita akan lebih kuat menyebarluaskan fikrah kita kepada orang lain.. sebab kita tak takut nak sebarkan fikrah kita, kerana yakin dengan apa yang kita difaham..

Maka, akhi wa ukhti... kita mesti teruskan usaha Dakwah KITA dan KITANI... jangan ada rasa putus asa... buatlah seikhlas mungkin... hadapilah ujian Allah dengan sabar dan sentiasa bertaqarrub dengan Allah..

Akhi wa ukhti.. Islam mengajarkan kita untuk sentiasa jujur dalam setiap amalan kita, makanya sentiasalah memperbaharui niat kita, agar setiap usaha kita diterima Allah.. Sebab hanya amalan yang Ikhlas akan diterima Allah.. Jangan kita rasa sedih, sebab Allah ada bersama kita dan ketahuilah akhi wa ukhti, ramai ikhwah dan akhwat kita di Malaysia, Japan, Mesir, UK, US dan seluruh pelusuk dunia sedang membuat kerja sama macam kita...

Jadi, teruskan usaha mengembangkan dakwah, menyebarkan Fikrah dan menyambung tugas Nabi kita.. dalam masa yang sama tambahlah KeFAHAMAN dalam diri KITA dan KITANI.

Allahu Akbar
KITA= Kuat Iman Tambah Amal...



petunjuk:

KITA-kita yang sama2 berdakwah le.. ;)
KITANI- kita juga, bagi org ikhwah/akhwat Brunei.. :)


Akh Azryn Al-Fateh
Baitul Hassan
Kota Samarahan

6 Responses so far.

  1. ibnusarha says:

    hati hati akh dalam mengunakan kata kerana mungkin nanti susah difahami maka menjadi keliru...untuk faham memerlukan berbagai perkara antaranya pemikiran yang selari dengan apa yang ingin disampaikan jika tidak nanti tersalah faham...penggunaan upper case pun kena bijak...nanti orang baca dengan nada lain kerana huruf besar dalam penulis membawa maksud yang pelbagai...ana menasihati diri ana sendiri sebenarnya..kadang kala ana menulis ana jadi syok sendiri dan orang tak faham maksud ana kerana banyak implisit yang hanya ana yang faham...terus menulis untuk memberikan kefaham namun jangan kekeliruan hehehe

  2. Asif, ana suka tajuknya "kita dan kitani"...kata2 nya juga jelas.Luahan dari dalam hanya orang yang menulis lebih tahu berbanding yang membaca,insyaALLAH

  3. Jazakillah isoff... Moga ia menjadikan kita semua faham akan dakwah yang sedang kita embankan...

    amin....

  4. Pada tahun 2004, ana bersama 11 org akhwat ukm kami gi jaulah ke Brunei.. bulan puasa masa tu.. antara benda yang dibuat di sana adalah menarik org untuk ikut tarbiyah.. derang UBD masa tu (universiti brunei).. masa zaman tu.. tak sapa lagi org brunei yang iktu dakwah.. hhu tak sangka tahun 2010 ni dah ramai yang ikut.. tak sangka brunei tanah yg subur jugak ... alhamdulillah

  5. Alhamdullilah, Jazakillah ukti Tasneem Coklat... Memang tanah Brunei Subur... Berkat usaha antum dulu masa ziarah Brunei memberikan titik tolak (muntalaq) untuk Dakwah disana Subur.. 2009-2010 ni dakwah mereka makin subur.. banyak RIJAL2 baru yang mantop2 diTarbiyah.. moga RIJAL ni mampu mengubah Brunei menjadi negara Islam sebenar... Insya Allah kami Di Halaqah Borneo ikut sekali Mereka.. sebab BORNEO ni termasuk SABAH, SARAWAK dan BRUNEI...Moga kami dapat buat Katibah Gabungan BORNEO pulak nanti...dan Khatibah THULLAB BORNEO juga hehehe.. Insya Allah doakan Kami Istiqamah dalam Amal Dakwah dan Tsabat atas Jalan INI... KITA semua BOLEH, KITANI juga BOLEH!!! Amin...

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..