Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Archive for May 2012

You're Number One

Salam Semua...
Sekadar berkongsi lagu Ibu di Bulan Mei yang banyak sambutan ni..
Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Belia, Hari Jururawat, Hari Lahir Saya dan Ramai Best Friend Saya dan Hari-Hari apa2 jelah..hehe



Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?
Jahimah menjawab: “Ya.
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]



Maher Zain - Number One For Me



info daripada: hafizfirdaus.com
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik).
[2]  Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 3104 (Kitab al-Jihad, Bab kelonggaran daripada berperang bagi orang yang memiliki ibu).
*****************
By: Bro Al-Fateh

Jika kita org yang bekerja...




Ini harapan ku,

Moga kita tidak menjadi orang yang sombong
Suka mengecil2kan orang lain

Jika kita orang yg berkerja,
Kita tidak merendahkan orang2 tidak bekerja
Malah kita sama2 bantu agar dia bekerja skdr kemampuan dia atau spt kita atau lebih

Jika kita orang yg bekerja
Maka kesilapan akan lebih mudah di’nampak’
Mungkin 1-2 yg silap
Tp 1-2 yg silap tu boleh jd besar
Dan akan ada orang2 yg lupa kebaikan 3,4….  kita
Itu biasa
Manusia lebih nampak kesalahan org dr kesilapan sendiri
Sbb kita buat kerja
Jd terima dgn postif teguran manusia
Ada manusia yg tidak bijak menegur
Yg boleh mematikan kita
Kena kuat
Dn jgn buruk sangka
Bekerja la, Allah tahu

Jika kita orang yang bekerja
Jgn kerja sorang2
Agih2kan kerja
Kerna dgn berkongsi itu akan
Menggmbirakan hati kita bila bekrja
Kita tak nak bkerja dgn hati tertekan
Jiwa yg kacau
Hak org sekeliling terabai

Jika kita org yg bkerja
Jgn menjdkn mutorobbi kita
Tidak boleh merasai kasih syg murobbi2 yg lain
Kerana kita bukan selama2 nya menjadi murobbi dia
May be dia boleh jd murobbi kita

Jgn jdkn mutorobbi kita
Dicerita dgn cerita2 buruk ikhwah/akhwat yg lain
Sehingga menghilangkan tsiqah pd ikhwah\akhawat berkenaan
Ttp sebnarnya
Hilangnya tsiqah Pada diri kita sendiri
huhu

******
Alangkah indahnya kehidupan di samping nabi
Qudwah yg agung mengatur manusia
Yg suka bergaduh
Kpd
Yg bukan shj suka berganding bahu
Tp yg lebih penting berganding hati

Ya Allah satukan lah hati-hati kami,
Apa lah cita2 kita jika kami tidak bersatu
Saling tidak percaya antara satu sama lain
Saling nak naikkan nama sendiri
Agar disebut2, dikenali dan dihormati

Apalah cita2 itu yg kita cari
Ayuh kembalikan niat kita





*********************************
Nukilan,
Sis Aish Ababeel
Multaqa' Akhwat Nasional (MAN) 2012

Edited by: Bro Al-Fateh