Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Kami berbesar hati untuk saling berkongsi Idea, Pengalaman Dakwah dan Tarbiyyah bersama Anda... Moga HALAQAH BORNEO bermanfaat untuk semua!!!

Dakwah Info | Sumber Dakwah dan Tarbiyyah Anda!!!

Cita-cita kami adalah membina Pemuda yang mempunyai Peribadi Muslim yang Syumul, Melahirkan Generasi Al-Quran, Membentuk Rijal Dakwah melalui wasilah Tarbiyyah Islamiyah yang syumul

AQSA SYARIF...Selamatkan Palestin!!!

Ayuh bersama AQSA SYARIF dalam perjuangan membebaskan PALESTIN, Perjuangan PALESTIN tidak akan berhenti selagi Tanah Suci ini belum Merdeka dari gengaman Zionis Laknatullah

Wadah Perjuangan, Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Bersama membina Sinergi HIKMATUS SYUYUKH dengan HAMMASATUS SYABAB dalam membentuk Individu Muslim untuk Mencapai Ustaziyatul Alam (UA)

Archive for December 2011

Apa itu Ikhtilat??? [C&P]

Apa itu Ikhtilat???.. Sambungan bahan pengisian dari entry yang lepas utk adik2 lepasan SPM SMKA Maahad Hamidiah Semalam pagi.. :) semoga bermanfaat untuk semua...

Bahasa
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan / menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.





Istilah Syariat
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah : Percampuran wanita dengan lelaki ialah perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di suatu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?
Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal? Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut : Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaannya?
Jawapannya ialah : Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesame lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

Percampuran yang diharuskan
Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan menyebut dalam kitabnya ‘al-mufassal fi al-ahkam al-mar’ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.

Pertama : Harus kerana terpaksa (dhorurah).
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya : Berkata ahli mazhab Shafei : Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadaan seperti dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua : Harus kerana keperluan (hajat).
Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

3. Ikhtilat kerana menjadi saksi.
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes-kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhit surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

4. Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik as-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

5. Ikhtilat kerana melayan tetamu.
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada meriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani
Rasulullah (s.a.w.) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda (s.a.w.).

6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah (s.a.w.) dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama baginda. Ini bererti bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.
7. Ikhtilat dalam kenderaan awam.
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meskipun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi , dia mungkin duduk atau berdiri di tepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.

8. Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad.
Antara contoh pergaulan semasa jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana masalah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada ar-Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama Nabi (s.a.w.) merawat pesakit, memberi minum dan dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.
Antara suasana yang diharuskan ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama Baginda ialah Bilal.

10. Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.
Tersebut dalam kitab Muwatta persoalan : Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selagi terpelihara adab-adab Islamiah.





Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan perempuan
Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namunIslam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli-belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama Islam kita. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang kecelakaan.

1. Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan

a. Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah : Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

b. Menundukkan pandangan
Dalam surah an-Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.

c. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dulu.-Ibnu Syiahab az-Zuhri.

d. Tidak berkhalwat (berdu-duaan)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda : Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita yang bukan mahramnya.

e. Menghindari tempat shubhat
Sabda Rasulullah (s.a.w.) : Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu… (Riwayat Bukhari)

2. Adab khas untuk wanita

a. Iltizam dengan pakaian Islam
Firman Allah : Wahai nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi : Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabarruj.

b. Serius dalam ucapan. Tidak mengada-ngada atau bermanja-manja dalam percakapan.
Firman Allah : Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.

c. Menjaga pergerakan
Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah : Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.

Dipetik dari: Risalah Salam Fakulti Kejuruteraan, UPM Vol 3, 2009

Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan [C&P]

PENDAHULUAN

Allah s.w.t mencipta manusia lelaki dan perempuan. Ia juga mencipta Syariat untuk mereka. Dalam Syariat Islam ada sesetengah hukum atau peraturan berbeza di antara lelaki dan perempuan dan ada yang tidak berbeza. Dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing kadangkala berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi dalam masyarakat kini. Penulisan ini cuba melihat sejauhmana batas-batas pergaulan yang dilarang dan dibolehkan dalam Syariat Islam.

PENGERTIAN PERGAULAN

Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan” yang bererti bercampur.[1]

Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.



HUKUM PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiada nas sarih mengenai kes ini. Pengharamannya hanya diasaskan kepada hukum lain ynag pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah; larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita dan hukum solat jumaat bagi wanita.

1. Larangan Berkhalwat dan Musafir tanpa mahram

Perempuan dilarang bermusafir bersendirian tanpa mahram dan dilarang berkhalwat dengan lelaki ajnabi (sah kawin dengannya).

Kedua-dua larangan ini didasarkan kepada hadis-hadis berikut:

i. Maksudnya: “Perempuan tidak harus musafir kecuali ada bersamanya mahram dan lelaki tidak harus masuk (dalam rumah) perempuan kecuali ada bersamanya mahram.”[2]

ii. Maksudnya: “Lelaki tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersamanya mahram dan tidak harus musafir kecuali bersamanya mahram.”[3]

Hadis pertama melarang lelaki ajnabi berkhalwat dengan wanita di dalam bilik atau rumah. Hadis kedua pula melarang wanita keluar mengerjakan haji tanpa mahram. Kedua-dua hadis ini telah dijadikan oleh para fuqaha’[4] sebagai dalil pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan; kerana kedua-duanya mengandungi unsur pergaulan.

Walau apapun, satu kesimpulan dapat dibuat iaitu pergaulan perempuan dengan lelaki bukan mahram adalah diharamkan. Namun, pengharaman ini bukanlah didasarkan kepada suatu nas Syarak yang sarih kerana tiada nas Syarak yang dengan jelas menyatakan demikian. Pengharaman ini hanyalah didasarkan kepada pengharaman khalwat yang terdapat dalam hadis pertama di samping larangan bergaul yang boleh difahami dari larangan ke atas wanita mengerjakan haji tanpa mahram. Dengan kata lain, oleh kerana khalwat antara wanita dan lelaki bukan mahram diharamkan maka pergaulan antara wanita dan lelaki bukan mahram juga adalah haram. Begitu juga, oleh kerana perempuan dilarang mengerjakan haji tanpa mahram kerana perbuatan itu mendedahkannya kepada pergaulan dengan lelaki maka semua bentuk pergaulan wanita dengan lelaki bukan mahram adalah haram.

Begitu juga hukum sebaliknya, iaitu oleh kerana wanita tidak haram berkhalwat dengan lelaki mahram kerana darurat,[5] maka juga tidak haram bergaul dengan lelaki mahram atas alasan darurat. Jelas di sini, hukum boleh dengan tidak boleh wanita bergaul dengan lelaki mahram adakah sinonim dengan hukum boleh dan tidak boleh dia berkhalwat dengan lelaki mahram, begitu juga boleh dan tidak boleh beliau musafir tanpa mahram.

2. Hukum Perempuan solat Jemaah di Masjid

Rujukan kedua bagi pengharaman pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi ialah keizinan bagi wanita melakukan solat jemaah di masjid. Solat jemaah di masjid digalakkan bagi kaum lelaki, tidak bagi kaum wanita. Malah sebaliknya solat wanita di rumahnya adalah lebih afdhal bagi mereka.[6]

Keizinan bagi wanita solat berjemaah di masjid tidak mutlak. Ia diikat dengan berbagai syarat; keizinan suami atau wali,[7] tidak memakai bau-bauan tidak berhias[8] dan tidak bercampur gaul dengan lelaki semasa solat jemaah di dalam masjid.[9] Syarak menentukan saf bagi wanita dalam solat jemaah mestilah di belakang saf lelaki. Penentuan ini sabit melalui nas hadis seperti yang dinyatakan oleh Abdullah bin `Abbas yang beliau mendirikan solat di sebelah Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a mendirikan solat bersama di belakang mereka. Beliau berdiri di sebelah kanan Rasulullah s.a.w. Mereka menunaikan solat bersama.[10]

Pensyaratan-pensyaratan yang dikenakan dalam kes wanita solat berjemaah dengan lelaki ini menunjukkan bahawa pergaulan antara lelaki dan wanita adalah haram. Lebih-lebih lagi jika dihalusi persoalan kedudukan saf bagi wanita; di belakang saf lelaki. Ertinya wanita tidak boleh berada dalam satu saf dengan lelaki. Kalau dalam solat yang suasananya penuh taqwa, jauh dari fitnah pun wanita tidak dibenarkan bergaul dalam satu saf dengan lelaki apatah lagi dalam situasi lain yang jauh lebih tidak taqwa dan lebih terdedah kepada fitnah, sudah tentu tegahan bergaul dalam keadaan itu lebih ditegah. Kesimpulannya, pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan adalah dirujukkan kepada nas yang melarang wanita bergaul dalam satu saf sewaktu melakukan solat jemaah bersama lelaki di samping pensyaratan-pensyaratan lain. Ini bererti kebolehan berlaku pergaulan dengan wanita dan lelaki ajnabi adalah bergantung kepada pensyaratan boleh berlakunya solat jemaah wanita bersama lelaki. Dengan kata lain pergaulan wanita dan lelaki ajnabi bukan boleh secara mutlak, tetapi boleh dengan syarat-syarat yang ditentukan.

3. Hukum Wanita Turut Serta Dalam Perang Jihad

Rujukan ketiga bagi pergaulan wanita denga lelaki ajnabi ialah hukum wanita turut serta dalam perang jihad. Menurut hukum asal, wanita tidak wajib turut serta dalam perang jihad. Aisyah r.a pernah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk turut serta berjihad, tetapi Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa jihad bagi wanita adalah mengerjan haji.[11]

Dalam menghuraikan hadis ini, Ibn al-Battal menyatakan bahawa wanita tidak wajib berjihad di medan perang kerana mereka diwajibkan berhijab dan tidak boleh bergaul dengan lelaki.[12]

Jelas dilihat bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengizinkan Aisyah turut serta dalam perang jihad adalah kerana mereka ditegah bergaul dengan lelaki. Ertinya, kalau dalam keadaan perang jihad mempertahankan Islam, satu keadaan yang sangat kritikal kepada orang Islam dan agama Islam sendiri wanita tidak diizinkan bergaul, maka dalam kes-kes lain yang tidak mendesak adalah lebih tidak dibenarkan.

4. Wanita Tidak Wajib Solat Jumaat

Fuqaha’ sepakat mengatakan bahawa wanita tidak wajib menunaikan solat jumaat.[13] Mazhab Hanafi berpendapat sebab wanita tidak wajib solat jumaat ialah kerana wanita sibuk dengan urusan rumah tangga di samping mereka ditegah keluar bersama kaum lelaki dlam keadaan yang boleh membawa fitnah.[14] Alasan ini membawa erti bahawa hukum pergaulan antara wnaita dan lelaki ajnabi adalah haram.

Di awal perbincangan telah dinyatakan, tiada nas sarih yang secara langsung mengharamkan pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi. Namun demikian, dalam konteks ini kaedah al-Asl fi al-Asyia’ al-Ibahah, tidak dapat digunakan untuk menyatakan bahawa hukum asal pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi adalah harus, kerana nas-nas yang dikemukakan di atas secara tidak langsung telah mengandungi unsur-unsur larangan dari pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi. Oleh itu, keharusan yang mutlak dalam kes ini sudah tidak ada lagi.


BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG DIBOLEHKAN

Perbincangan di atas telah menjelaskan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah dilarang. Namun demikian, dalam keadaan atau situasi tertentu hukum tersebut berubah menjadi harus. Keadaan dan situasi yang dimaksudkan ialah darurah, hajat (keperluan), maslahat Syar’ie dan kebiasaan adat setempat.

1. Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Darurat

Dalam syarah Sahih Muslim, al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa tidak ada perbezaan hokum berkhalwat antara perempan dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat, kecuali dalam keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam satu perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi daripada bahaya.[15]

Penjelasan al-Nawawi menyakinkan bahwa pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat, atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum uni adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.

2. Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Keperluan

Pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi kerana hajat (keperluan) Syar’ie adalah dibolehkan. Antara keperluan-keperluan Syar’ie ialah:

a. Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk mengurus muamalah maliyah (urusan harta)

Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan-tujuan seperti jualbeli dan aktiviti transaksi lain dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlaku interaksi di antara dua pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa muamalah maliyah (urusan harta) dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa.[16]

b. Pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa bekerja

Semasa melaksanakan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat-syarat kedua-dua pihak menjaga batas-batas Syarak seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan tidak berkhalwat. Khalifah `Umar al-Khattab pernah melantik al-Syafi, seorang perempuan sebagai pegawai penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya tidak berlaku penyelewengan.[17] Tabiat penguatkuasa di pasar menuntut pegawai tebabit bergaul dengan peniaga dan pembeli di pasar, lelaki dan perempuan. Perlantikan perempuan bekerja sebgai penguatkuasa menunjukkan pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak dibolehkan pasti khalifah `Umar tidak melantik perempuan bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat kerja tersebut menuntut berlakunya pergaulan.

c. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi

Perempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang ditentukan oleh Syarak bahawa perempuan dibolehkan menjadi saksi seperti perempuan harus menjadi saksi dalam kes-kes harta dan hak-haknya.[18]

d. Pergaulan di antara lelaki dna perempuan dalam kenderaan awam

Pergaulan di antara dalam kenderaan dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada Syarak bahawa perempuan keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak Syar’ie seperti berfoya-foya. Ia mestilah bertujuan Syar’ie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya.

Di samping syarat-syarat di atas, batas-batas Syarak dalam pergaulan lelaki dan perempuan perlulah dijaga. Pakaian mestilah menutup aurat, pandangan ditundukkan dan percakapan berlaku secara biasa dan normal.

3. Pergaulan Mengikut Kebiasaan Adat Dalam Majlis-majlis

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam majlis seperti kenduri kendara kerana semperna sesuatu dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas-batas Syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak dibolehkan. Walau bagaimanapun, pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan semasa makan dan lainnya dalam majlis-majlis ini adalah lebih baik. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah).

4. Pergaulan Di Antara Lelaki Perempuan Semasa Belajar

Dalam persoalan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar, sebenarnya tidak ada hadis yang secara langsung menyentuh persoalan ini, apakah ia dilarang atau dibolehkan. Bagaimanapun, ada sesetengah ulama’[19] berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul semasa belajar.Mereka berhujah dengan hadis Sa’id al-Khudri yang meriwayatkan:

Maksudnya: “Perempuan berkata kepada Nabi s.a.w.: Golongan lelaki mengatasi kami ke atas kamu (orang lelaki sentiasa bersamamu setiap hari mendengar hal-hal agama). Tentukan bagi kami satu hari bersamamu (untuk mendengar dan belajar) lalu baginda menentukan satu hari untuk bertemu(mengajar) golongan perempuan, maka baginda menasihati dan mengajar mereka. Di antara nasihat baginda kepada mereka: “Sesiapa di antara kaum golongan perempuan yang menyerahkan tiga anaknya (untuk perang jihad dan anak itu mati syahid) pasti anak-anak itu menjadi penghalangnya dari apai neraka. Seorang perempuan berkata kalau dua orang? Baginda bersabda: “walau dua orang”.

Bagi mereka hadis ini menunjukkan bahawa perempuan hendaklah diasingkan tempat belajar daripada lelaki. Sekiranya pergaulan di antara lelaki dan perempuan dibolehkan, pasti perempuan pada masa itu tidak meminta Nabi s.a.w.menentukan hari khusus bagi mereka untuk mempelajari ilmu. Begitu juga kalau pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dibolehkan, pasti Nabi s.a.w tidak mengkhususkan hari bagi perempuan.

Bagaimanapun, setelah hadis ini diteliti, didapati ia tidak jelas menunjukkan lelaki tidak boleh bercampur dengan perempuan semasa belajar. Buktinya, ungkapan “ghalabana ‘alaika al-rijal” (lelaki mengatasi kami ke atasmu). Maksudnya, secara tab’ie kaum lelaki setiap hari bersama Rasulullah s.a.w atas tabiat dan fungsi mereka sebagai lelaki. Oleh itu, mereka dapat mendengar dan mempelajari perkara-perkara berkaitan agama sedangkan perempuan tidak mampu berbuat demikian atas sifat dan fungsi mereka sebagai wanita. Oleh itu, perempuan meminta Rasulullah s.a.w menentukan hari khusus bagi mereka mempelajari agama. Ertinya, permohonan dibuat bukan kerana tegahan bergaul semasa belajar, tetapi atas dasar tabiat dan fungsi lelaki dan wanita yang berbeza. Ia menatijahkan peluang bagi wanita untuk bersama dengan Rasulullah s.a.w agak terbatas. Oleh itu, pengkhususan hari belajar bagi perempuan tidak menunjukkan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dilarang. Jadi, hadis ini bukan hujah bagi pengharaman pergaulan antara lelaki dan wanita semasa belajar. Larangan tersebut mungkin lebih sesuai didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu yang boleh mendatangkan fitnah) kerana lelaki dan perempuan, terutama di peringkat awal remaja dan remaja banyak dipengaruhi oleh rangsangan seks. Dengan itu, pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar pada peringkat ini boleh mendorongkan kepada perkara-perkara keburukan lebih banyak daripada kebajikan. Oleh itu, pengasingan tempat belajar di antara lelaki dan perempuan adalah didasarkan kepada “Sadd al-Zari’ah” bukan hadis di atas.

Selain dari penjelasan perenggan di atas, mereka yang mengatakan pergaulan lelaki dan wanita semasa belajar diharamkan berpendapat bahawa pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa ziarah-menziarahi adalah dibolehkan dengan beberapa syarat. Mungkin sukar difahami kenapa pergaulan semasa ziarah dibolehkan dan pergaulan semasa belajar diharamkan, sedang suasana belajar lebih jauh daripada fitnah berbanding dengan suasana ziarah. Mungkin yang membezakan hanyalah ziarah dilakukan sekali sekala tetapi belajar mungkin lebih kerap, malah dalam konteks pendidikan formal, menengah atau tinggi ia berlaku setiap hari. Adapun, tegahan ke atasnya bukan dirujukkan kepada nas, tetapi kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah”

Dipetik dari tulisan Oleh: Prof Madya Dr. Anisah Ab Ghani


[1] Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Jilid 9, hlm. 120-121.

[2] Al- `Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh al-Bukhari, Jilid 4, hlm. 72, 77.

[3] Al-Nawawi, Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, Jilid 9, hlm. 109.

[4] Abd al-Karim Zaydan (Dr.), al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah, jilid 3, hlm. 423.

[5] Al-Nawawai, op.cit., hlm. 109.

[6] Ibid, Jilid 4, hlm. 159-161.

[7] Ibid.

[8] Ibid, hlm. 163.

[9] Ibid., hlm. 159.

[10] Abd al-Razzaq al-San`ani, al-Musannaf, Jilid 2, hlm. 407.

[11] Al-Asqalani, op.cit., Jilid 6.hlm. 75-76.

[12] Ibid.

[13] Ibn Qudamah, al-Mughni, Jilid 2, hlm. 341; Lihat juga al-Nawawi, al-majmu’. Jilid 4, hlm. 365.

[14] Al-Kasani, Bada’i al-Sana’i, Jilid 1, hlm. 259.

[15] Al-Nawawi, op.cit., hlm. 109.

[16] Abd Karim Zaydan (Dr.), op.cit., Jilid3, hlm. 276; Ibn Qudamah, op.cit., Jilid 6, hlm. 588; al-Ramli, Nihayah al-Muhtaj., JIlid 6,hlm. 154.

[17] Ibn Hazm, al-Muhalla, Jilid 9, hlm. 429.

[18] Abd Karim Zaydan (Dr.), op.cit., Jilid3, hlm. 427.

[19] Ibid., hlm. 431.

Bulatan Gembira... :)

Salam kepada semua pembaca Halaqah Borneo... Moga sentiasa sihat dan dibawah Rahmat Allah...Insya Allah..

Menarik bila baca kat blog Angel Pakai Gucci....(APG) tentang revolusi Bulatan Gembira dan tgk video2 Bulatan Gembira. Ini pun tahu sebab ada seorang ikhwah bagitau dan juga terbaca kat blog Ustaz Muntalaq.... menarik sangat Team APG buat pertandingan Video Osem APG....

Bulatan Gembira tu apa?

Sama je maksudnye dengan Lingkaran Gembira, Halaqah atau Usrah..hehe


Revolusi Bulatan Gembira..weeee....






Dari video2 OSEM tentang Bulatan Gembira yang telah di post di youtube, kelihatan, sungguh indah nikmat Tarbiyyah yang dilalui bersama dan dikongsi bersama... Mereka2 ni dari bulatan gembira di pelbagai pelusuk dunia.. semuanye dengan satu matlamat iaitu menjadikan diri seorang Muslim (Fardu Muslim) yang bermanfaat utk manusia dan menjadi tiang2 kepada Ustaziatul Alam.

Tidak kurang juga di Muharikah.com, dimana mereka banyak share mengenai info tarbiyyah dan dakwah serta pengalaman mereka.. senang cerita sangat menarik dan memberi Inspirasi kepada kami...

Sekarang ni memang banyak blog2 Islamik yang menarik seperti Halaqah Borneo (hehe angkat bakul sendiri plk..hehe gurau je, tak hebat pun), Blog Muntalaq, Blog Tadabbur Al Engineer, Blog APG, Blog Muharikah, Blog Dakwah Info, Blog Mufias, Blog Dakwat dan banyak lagi...

Sebenarnye, Bulatan Gembira ni mmg sangat best... hanya dapat dirasai oleh orang yang join sahaja... kalau di Borneo mmg banyak Bulatan Gembira... Adik2 kat Borneo sangat bersemangat dalam Bulatan Gembira mereka... tak kiralah Brothers (Ikhwah) atau Sisters (Akhawat)... Semuanya Gembira..hehe

Tak kurang hebatnye ditempat penulis menuntut ilmu sekarang.. Di Semenanjung Malaysia..... Adik2 disini juga sangat bersemangat dan kebolehan masing sedang dibangunkan dan dihebatkan dalam Bulatan Gembira... Saya terharu melihat perubahan adik2 dalam Bulatan Gembira.. very2 impressing dan OSEM.... Tak sangka mereka sudah semakin faham akan nilai Tarbiyyah dan Dakwah.. makin banyak ayat2 dan kelakuan yang 'Touching' dari mereka.. :)

Ini adalah kerana kita adalah Logam2 yang hendak dibentuk dalam Bulatan Gembira dengan Fikrah Islamiyah yang syumul seperti hadis yang kita dapat dalam Ini Sejarak Kita (ISK).

عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:
((
الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري

(Manusia adalah Logam, Yang terbaik daripada mereka semasa Jahiliyyah, dan mereka terbaik semasa Islam, dan ianya apabila mereka FAHAM)


Sangat gembira.. saya selalu menasihat adik2 dalam Halaqah (Bulatan Gembira)..."Dakwah ni tak akan dibangunkan hanya dengan semangat.. tapi dibangunkan atas dasar Iman kepada Allah, Ukhuwah sesama Ikhwah/Akhwat, Faham akan Manhaj Tarbiyyah, Bersungguh dengan Amal2 dan Istiqamah serta Itqan..." dan Dakwah ni tak dibangunkan oleh orang yang beralasan dan malas untuk mengubah (Henshin) diri sendiri"...

Hehe.... Mudahan Bulatan Gembira KITA yang dibina akan terus maju kehadapan seiring kefahaman kita akan DnT ini... moga kita akan terus sentiasa menambahkan kefahaman, dan faham akan manhaj dakwah dan tarbiyyah ini... dan moga suatu hari nanti kita kan dapat berjumpa dengan Bulatan2 Gembira lain yang akan terus mengukuhkan Dakwah dan Tarbiyyah ini di Bumi Bertuah Bernama Malaysia... Amin


Jadi sedikit video bulatan Gembira dari sahabat2 kita di luar Negara.. dan Video Bulatan Gembira Kami masih dalam Proses...hehe

Bulatan Gembira Negara KIWI




Bulatan Gembira Negara SONATA




Bulatan Gembira Negara NAGA




Bulatan Gembira Borneo




Bulatan Gembira Badar Troopers



Jadi keseronokan ini hanya dapat dirasai jika kita duduk dalam Bulatan Gembira..hehe.. so kepada sesiapa yang belum ada Bulatan Gumbira anda, maka cari cepat2 ye.. kalau susah nak cari boleh inform cepat kat kami (bro Al Fateh dan Sis Ababeel)... mana tahu kami boleh tolong carikan Bulatan Gembira untuk anda.. Pasti anda akan Gembira selepas itu..hehe

Ok Moga terus meraih kebaikan dalam Bulatan dan Lingkaran Gembira anda.. Insya Allah.. terus beramal dan berkarya untuk Islam...


...............................................................
Akhi Azrin
Selangor Darul Ehsan
Bumi Bertuah Bernama MALAYSIA
21/12/2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Salam semua.. semalam sebelum halaqah, seorang mutarabbi menunjukkan montaj promo video Konvensyen Fiqh 2012... Insya allah jika ada rezeki ingin pergi program ni... so banyak benda menarik dan tokoh2 ilmuan juga sangat menarik... Rugi kalau tak pergi... Rasanya boleh cari peluang dan ruang untuk menghadiri program ini.. Insya Allah..

Dipetik komen dari Ustaz Zaharuddin.net [klik link ini]



Berikut adalah beberapa maklumat asas dari laman web rasmi program tersebut:

1. Pengenalan

Penghayatan terhadap Islam semakin dirasai kini dengan wujudnya pelbagai saluran media dan bahan-bahan yang berorientasikan Islam. Walau bagaimanapun, berlaku kekeliruan di kalangan umat Islam tentang pendekatan yang terbaik dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Oleh kerana itu, satu usaha untuk mengumpulkan pakar-pakar agama (ilmuan) supaya mereka dapat memberi panduan yang komprehensif dan mapan perlu dilakukan. Melalui Konvensyen Fiqh Ummah 2012 ini, panduan yang disediakan oleh mereka dapat disebarluaskan kepada masyarakat.

2. Objektif

Mendedahkan masyarakat kepada pendekatan sederhana (wasatiyyah) dalam kehidupan seorang muslim dari segala aspek.
Memberikan garis panduan asas dan menyeluruh kepada masyarakat dalam beragama.
Menjadikan program ini platform kepada masyarakat untuk berhubung langsung dengan para ilmuan.

3. Hubungi

Farah Azwa (018-355 7237)

Elcy (017-395 9199)

Nazihah (012-387 0674)

Sekreteriat Liqa’ Ilmuan, 39-1, Jalan 11A, Taman Setiawangsa, 54200 KL

Hasil dari percakapan melalui telefon, saya diberitahu bahawa pendaftaran untuk program di atas telah pun dibuka. Mengenai aturcara majlis, ia masih lagi disusun oleh pihak penganjur, jadi ia tidak dapat dikongsi lagi dengan umum.

Untuk menyertainya, yuran dikenakan bagi program bersama tokoh-tokoh ilmuan tempatan. Manakala bagi program bersama tokoh-tokoh ilmuan antarabangsa, ia adalah percuma.

Berikut adalah maklumat yuran pendaftaran untuk program bersama tokoh-tokoh ilmuan tempatan:

  • Yuran promosi pendaftaran sebelum 15 Januari 2012: RM100 seorang
  • Yuran pendaftaran selepas 15 Januari 2012: RM300 seorang

Saya cuba bertanyakan tentang diskaun untuk penyertaan yang dilakukan secara berkumpulan, malangnya tiada peruntukan sebegitu. Yuran tetap dikenakan sama sebagaimana yuran individu.

Berikut pula adalah maklumat pembayaran:

  • Nama akaun: ILI DOT COM
  • Nama Bank : Maybank Islamik
  • No. Akaun : 562188123350
  • Sisipan email: kfiqh@iluvislam.com

Maklumat yang saya catitkan di atas adalah tertakluk kepada perubahan terkini oleh pihak penganjur.

Untuk makluman lanjut, tuan/puan boleh terus menghubungi nama-nama di atas atau boleh juga ke laman web rasmi program tersebut di: http://k-fiqh.com/

Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa menempuh suatu jalan mencari ilmu, nescaya ALLAH akan memudahkan baginya jalan menuju ke Syurga.” (HR Muslim)



Promo Konvensyen Fiqh 2012



Wallahu'alam

Azrin AlFateh

Selangor Darul Ehsan

20/12/2012


Kisah TOMATO

Salam semua pembaca Halaqah Borneo...

Maaf lama tak post, still busy dengan urusan masing.... Moga dapat diselesaikan dengan segera..

Rasa terpanggil nak share satu video pendek hasil karya adik2 ikhwah kita di beijing China..
Cerita mengenai ukhuwah dan saling memaafkan... kisah ini memang selalu berlaku kepada kita secara sedar atau tidak, yang penting saling memaafkan dan bersegeralah ke arah kebaikan..

Petikan dari Ayat AlQuran:

[133]
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

[134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

[135]
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

[136]
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Ali-Imran:3:133-136



Kisah TOMATO




Kekadang ana rasa video ni kene je dgn pengalaman tarbiyyah ana dulu2.. Rindu saat itu masa kita sama2 mula menggerakkan dakwah di bumi kenyalang ini... Rindu pada kasih sayang kita kerana Allah bersama2 ikhwah awwalun.... Antum sangat ana sayangi kerana Allah..

Moga kita semua tsabat di Jalan Tarbiyyah Ini..
Kita terus istiqamah dan istimrar menuju Redha Allah.... seperti Motto yang kita selalu nasyidkan... "Ukhuwwah Teras Kegemilangan"

mengalir air mataku, walaupun dah lebih 3 kali tgk video ni..huhu....

"Ukhuwwah Teras Kegemilangan"
Azrin Al Fateh
Serdang, Selangor