Salam pembaca HB, Alhamdulillhah syukur pada Allah.. kerana beri peluang dan ruang untuk ana menukilkan sesuatu.. moga ia bermanfaat..
sebuah kisah di bandar kuching...
Setelah menziarahi seorang ikhwah yang ditimpa musibah, moga Allah sembuhkan dia cepat, syafakallah... ana bersama dengan petani-petani ana dalam Halaqah Al-Fateh pergi lah makan di sebuah kedai di Kubah Ria...
Melihat petani-petani yang pernah ana didik dan bimbing, hati ini sungguh terharu.... Alhamdulillah semua petani ana dapat hadir... Tujuan ana membawa mereka makan di Kubah Ria kerana itulah hajat ana untuk bertemu dan bermanja dengan mereka sejak ana berada di Miri lagi minggu lalu... dan kerana ia juga amanah dari UQY untuk ana belanja mereka makan.. duit tu pun infaq dari UQY di Brunei, "Anta amik duit tu,pi belanja anak buah anta makan".... jazakallah UQY kerana memberi semangat pada Ana...
Melihat petani-petani ana makan dengan penuh ceria...hati ini sebenarnya sedih dan sangat menyayangi mereka semua, tidak mahu melepaskan mereka jauh dari sisi ini... kerana merekalah penghibur hati ana sewaktu ana berduka... penyeri ana ketika bermuram, pembuat ana ketawa ketika ana bersedih dan setiap mereka adalah istimewa buat Ana.. huhuhu..
maklumlah, perangai mereka ni berbeza-beza, dan insya Allah ana sabar menerima setiap perbezaan dari sikap mereka... bak kata ustaz yang ana jumpa di Bintulu UAF sewaktu perjalanan pulang dari Miri,
"Akhi, manusia ini pelbagai, makanya kita harus siap menerima mereka seadanya, jangan ada rasa tak suka dan benci... kan setiap mereka punya potensi masing-masing... ingat Akhi, tarbiyah itu proses yang panjang, biar mereka berubah secara natural, makanya nanti setelah mereka berubah, mereka akan lama tsabat di jalan Dakwah... doakan mereka"
begitulah kata seorang murabbi di Bintulu. UAF.. jazakallah UAF, syukur ada orang yang faham tarbiyah menasihati ana.. dan sekarang ni UAF juga selalu menasihati ana untuk sabar dan teruskan buat kerja dakwah, Semalam ia menasihati ana,
"biarkan akhi, orang nak kata apa, tapi kita terus berusaha cari madu', jangan layan provokasi mereka, tapi layanilah mereka dengan ukhuwah.. kerana itulah Islam mengajar kita di dalam Dakwah.. jangan sedih, ada ikhwah kita di kuching dan samarahan, jika perlu nanti ana datang kuching buat daurah"
Syukur sangat punya orang lama dalam tarbiyah menasihati... UQY, UAF, Cikgu Amir(Miri), USH, Ikhwah Brunei, Ikhwah Serdang, Ikhwah Petronas, Ikhwah UiTM S.A, Engineer Dakwah, Doktor Dakwah, ... mereka sangat memberi semangat pada ana, tak lupa juga petani-petani ana yang sentiasa memberi semangat walaupun berjauhan...
hmmmm...Setelah kenyang kami makan, kami pun beransur ke Masjid berdekatan... nak isi makanan rohani kami, solat Asar... hmmm, ana mengimami solat Asar itu dengan jemaah petani-petani ana... seusai solat... ana pusing kebelakang, melihat gelagat petani-petani ana....
"Ya Allah, dalam hati ini terasa sangat berat,.. aku sangat menyayangi mereka" kata ana dalam hati..
Ada petani yang baring dan tertidur, ada yang main hp, ada yang tengah berzikir.. hehehe mcm2lah gelagat lucu mereka, menjadikan ana terhibur.. walaupun ana nak memberi taujih, tapi tak jadi kerana gelagat mereka... kemudian...
ada seorang petani berkata, " eh, jom gambar ngan murabbi", sambil memeluk ana... Ya Allah terharunya ana.. mereka sangat baik dengan ana, menjadikan ana sangat sayang pada mereka....moga kenangan kita di rumah Allah petang semalam (21/02/2010) menjadi kenangan terindah ana bersama petani-petani ana... kulihat wajah mereka yang dalam proses memahami Harakah KITA, aku simpati lalu aku berdoa....
Ku Doakan....
kepada petani-petaniku, teruskanlah amal dakwahmu, gencarkanlah kerja dakwahmu... Sulamilah gerak kerjamu dengan kefahaman fikrah KITA, kerana AMAL perlu dilakukan dengan IKHLAS, dan ia datang dari keFAHAMAN yang benar... banyakkan membaca, bertanya dan mencari kerana aku yakin suatu hari nanti Allah akan menunjukkan padamu... yang penting petani-petaniku buatlah kerja Dakwahmu, kerana satu hari nanti kamu tak akan pening-pening lagi... moga kita akan bertemu di suatu hari nanti di JalanNya...
Kudoakan juga agar (nelayan-nelayan itu) akan menjumpai KebenaranNya, kerana yakinlah pasti kebenaran akan mengalahkan kebatilan.... KuDoakan juga agar (nelayan-nelayan itu) mempunyai hati yang besar dan lebih bersikap terbuka kepada semua orang dan janganlah merasakan diri sendiri hebat tanpa bantuan orang lain, kerana itu adalah sifat Sombong dan Angkuh si Syaitan pemusnah Ukhuwah Islamiyah.... AMIN..
Akhi Azrin Al-Fateh
22/02/2010
8 Rabiul Awal 1431H
Faculty of Engineering
Kota Samarahan
insyallah akhi..kasih dan sayang itu milik allah yang dia nugerahkan kepada kita..
kenapa petani...huhuh
Salam, jazakallah hidupku Sepi..
utk ibnusarha, kenapa petani?.., sebab petani sedang menabur benih dakwah di setiap tempat/kebun yang mereka sedang usaha, supaya ia menjadi subur dan barakah..
akhi, moga antum dapat bertemu dengan kebenaran.. sebab tarbiyah ni panjang, dan kita tak nak mas yang panjang ni tak diisi dgn baik dalm memahami fikrah, dan kelak nanti kita letih bila dihujung baru tahu kebenarannya...