[Mesti BACA!!!]: Amanat dari Anggota Misi Palestin

Salam kepada Semua Pembaca Halaqah Borneo.. Sekarang tengah panas dan heboh isu Palestin di corong2 radio iKIM, TV3 tentang misi kemanusiaan terbesar untuk membantu Palestin terutama GAZA.. bro and sis, ana dengar di radio IKIM.. sungguh bersemangat ketu misi menyampaikan laporan setiap hari melelui telefon di IKIM jam 9 malam.. ana dengar rasa terujua utnuk berinfaq dan juga ingin mengalirkan airmata kerana melihat kesungguhan mereka.. satu word yang ana sangat tersentu adalah, 'kami mungkin akan SYAHID disana jika Israel membuat pelbagai halangan yag tak diduga... masya Allah ..

Bro and sis, what we can do here?... berikan infaq anda.... dan disini ada sedikit laporan yang ana [copy and paste] dari blog Lambaian-Islah .... Harap dapat tambah semangat antum dan juga keinginan untuk berinfaq untuk misi ini....

Dalam laporan ini, kelihatan NGOs-NGOs Islam bersatu hati dalam pekara yang sama,[membebaskan Palestin] dan doakan moga akan berlaku perubahan besar di Malaysia untuk NGOs ini bersatu dalam perjuangan Agama Allah ini.... Indahnya kalau berkerja dalam berjemaah dan bersatu hati.. moga sedkit renungan buat kita semua.....


Sedikit Bingkisan sebelum berangkat ke Istanbul

Ketua Misi Hj Norazman


Ir Dr Selamat Aliman bergerak ke raung berlepas

anggota misi LL4G

Wawancara bersama Malaysiaharmoni dan JIMedia

Keluarga yg ditinggalkan

Bersama aktivis JIM

Bersama JIM Perak

Yang menghantar

Yang mendoakan

Hj Nahar Mohd Noor berucap bagi pihak JIM

Ust Abdullah Sabri dari Haluan berpesan "sebaik-baik
bekalan ialah taqwa"

Wakil dari Yayasan Amal

Aktivis Wanita JIM

Aktivis Wanita Haluan dan keluarga ahli MISI Haluan

Pn Noorazian (PACE) berucap mewakili VPM

Ustazah Maznah berucap bagi pihak Pertubuhan al-Mawaddah "Kita
bukanlah pendukung atau penyokong tetapi sebaliknya
kita bersama-sama dengan perjuangan ini" ujar beliau

Ucapan dari wakil isteri anggota misi "kita adalah golongan
yang terpilih"

Amanat: Andainya Kami Tiada, Teruskan Perjuangan Ini.

Posted by lifeline4gaza on 16 May 2010

“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”
Demikian antara amanat yang ditinggalkan oleh Ketua misi konvoi Lifeline4Gaza dari Malaysia ke Gaza, Sdr Noorazman Mohd Samsuddin yang akan berangkat ke Turki pada 19hb Mei nanti. Amanat tersebut dibuat selepas senarai peserta konvoi dari Malaysia diumumkan. Peserta konvoi dipilih dan disaring oleh penganjur utama projek, Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) yang berpusat di Turki. Seramai 6 orang sukarelawan dan 4 orang wakil media dari Malaysia akan menyertai konvoi kapal antarabangsa bersama-sama dengan lebih daripada 600 orang peserta dari puluhan negara.
“Saya bagi pihak peserta yang lain menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada apa-apa kesalahan, kesilapan yang dilakukan sebelum ini.
Sekiranya kami tidak pulang ke Malaysia, maafkanlah kesalahan kami, halalkanlah makan minum kami, bantulah keluarga kami.”
“Semoga Allah terima semua amalan kita.”
“Ya Allah! Kuatkanlah hati-hati kami atas jalanMU.”
Beliau juga meninggalkan pesan kepada seluruh warga yang prihatin dengan perjuangan membebaskan bumi Palestin agar terus berjuang tanpa henti. Begitu juga kepada semua yang cakna dengan masa depan umat agar mempertingkatkan usaha dakwah kepada masyarakat dan memantapkan usaha tarbiyah bermula dengan diri dan ahli keluarga dan seterusnya anggota masyarakat.
“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”
“Jangan biarkan darah yang gugur di bumi Al-Aqsa menjadi hujah menentang kita di hadapan Allah atas kelalaian, kemalasan dan kejumudan amalan-amalan kita.”
“Ya Allah! Bantulah kami”
Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijangka akan bertolak dari Istanbul ke Antolia (Antalya) pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian. -ihhh

Source: Lifeline4Gaza

3 Responses so far.

  1. subhanallah... tengok gambar pun dah terharu. semangat perjuangan membebaskan palestin yang tidak akan pernah luntur sejak zaman saidina umar hingga kini...

    mudah2an kita turut mampu menyumbang sesuatu untuk misi ni. sebagai hujah di hadapan ALLAH di akhirat kelak, ameen.

  2. uhibbunur~ says:

    salam..entry yg menarik. terharu melihat smgt dan ksatuan mereka yg ingin berjihad di jalan Allah ini..moga usaha ini dirahmati dan diberkati Allah..

    mohon copy..akan disertakan link blog tuan pemilik
    jazakallahu khaira~

  3. Kepada hisyam_mujahdid moga kita sama2 dapat menyumbang dan berbuat sesuatu dalam perjuangan ini..

    Kepada uhibbunur~, insya Allah tafaddal, silakan copy dan moga kita doakan agar kesatuan mereka dalam perjuangan pembebasan palestin ini berterusan sehingga untuk pekara yang lain.. amin..

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..