Salam Maal Hijrah 1432H



1 Muharam detik permulaan...
Insya Allah segalanya bermula disini...

"Muntalaq"~langkah bermula~

Salam Maal Hijrah 1432 H dari Kami, Halaqah Borneo.... Moga Intisari penghijrahan Rasulullah dan Para sahabat dapat menjadi ibrah diatas meniti perubahan dalam kehidupan kita ini...


Baru je ana ngan zaujah dengar IKIM.Fm, Dalam rancangan Hijrahku bersama Aishah.. Afwan bukan zaujah ana, tapi Aishah penyanyi lagu 'Surga ditelapak kaki ibu' dan sekarang ni popular di IKIM dengan lagu 'Anak'... Rupanya Aishah ni adalah seorang sukarelawan di Raudahtus Sakinah, Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia... dia berkata, dengan banyak terlibat dengan program Raudahtus Sakinah itu, dia risau dan bimbang dengan anak2 remaja perempuan sekarang...

Masya Allah sedikit contoh perubahan dalam jiwa artis2 kita... dan insya Allah, dalam temubual di IKIM, Aishah memberikan pandangan yang mempelihatkan dia sudah mula memahami kembali ajaran Islam yang syumul... Moga hijrahnya dia akan terus menyumbang untuk Islam... Juga doakan buat yang lain agar berhijrah kearah kebaikan...



Akhi wa ukhti,

Telusuri kita pada kandungan Ayat Allah di dalam Al-Quran.

Allah swt berfirman :

"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari. Demi bulan apabila ia mengiringi. Demi siang apabila ia menampakkan diri. Demi malam apabila ia menutupi. Demi langit serta binaannya. Demi bumi serta penghamparannya. Demi jiwa dengan segala penyempurnaan (ciptaan)Nya. Allah mengilhamkan kepada jiwa, keburukan dan kebaikan. Beruntunglah siapa yang membersihkannya, rugilah siapa yang mengotorinya." (QS As-Syams : 1-10)

Pergantian tahun bererti :
  1. Bertambah pula usia kita.
  2. Secara automatiknya kuota umur kita berkurang.
  3. Semakin kita mendekati kematian.

Menurut Hasan Al-Basri, sesungguhnya Allah telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram dan ianya dinamakan bulan Allah kerana besar kehormatan dan kemuliaannya setelah bulan Ramadhan.

Muharram, bulan yang tiba-tiba mengetuk batin kita untuk segera mengenang peristiwa besar dalam sejarah, iaitu peristiwa hijrahnya Rasulullah saw dari kota Makkah menuju kota Madinah.

Setiap awal tahun hijriyah seperti ini sudah semestinya kita sebagai umat Islam segera membangun semangat baru untuk :

  1. Meningkatkan ketakwaan dalam diri kita.
  2. Meningkatkan ketaatan kepada Allah swt.

Ikhwah wa akhwat sekalian,

Diantara ibrah yang boleh diambil dari intisari penghijrahan Rasulullah:

1. Mengubah diri untuk menjadi orang yang lebih baik
2. Mengubah perangai yang mazmumah kepada mahmudah
3. Mengubah hati dari takut pada manusia dan selainya, kepada takut kepada Allah
4. Mengubah diri dari selalu bermaksiat kepada selalu mentaati perintah Allah
5. Menumbuhkan kasih sayang antara orang2 Islam seperti Kisah persaudaraan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj.
6. Menguatkan ikatan ukhuwah islamiyyah antara orang2 mukmin
7. mengikhlaskan diri dalam melaksanakan Amal Dakwah
8. Berubah dari selalu buruk sangka kepada berbaik sangka terhadap Allah dan manusia
9. Berubah dari sifat individualistik kepada sifat berjemaah dalam melaksanakan amal
10. berubah dari sifat ego kepada sifat itsar (melebihkan saudara)

Banyak lagi sebenarnya yang boleh ana senaraikan dan juga antum semua senaraikan dari ibrahnya Hijrah Rasulullah dan para sahabat.. moga kita semua menuju penghijrahan diri yang lebih baik. ini kerana dalam proses hijrah, yang paling penting adalah hijrahkan diri kita dulu... seperti tarbiyyah juga, tarbiyyah yang utama adalah tarbiyyah diri kita dulu..

Allah juga berfirman dalam surah Ar-Rad, 13:11

".... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka itu sendiri...."



Insya Allah, moga kita sama2 berhijrah dari kesilapan yang lalu kepada perkara yang lebih baik pada tahun ini 1432H... Ingatlah Allah kan Maha pengampun dan penyayang, yang penting kita bersegera untuk memohon keampunan daripada Allah...

Insya Allah...
Selamat beramal dan sukses selalu...

-------------------------------------
Uni Garden
Kota Samarahan, Sarawak

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    Hussaini kata Muharram tahun ni best!

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..