Inilah Tarbiyyah KITA

Salam semua pembaca HB... Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah... semoga Allah bersama dengan kita orang2 yang sabar dan orang yang bersungguh dalam melakukan Amal Islam dan menegakkan Kalimah ISLAM ini.

Insya Allah kali ni, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai nikmat dan Indahye hidup dalam Tarbiyyah ISLAMIYAH....


Usrah @ Halaqah KITA



Brothers and Sisters,

Sesungguhnye nikmat Tarbiyyah Islamiyah ini tidak dapat diungkapkan dengan kata2... kerna ianya sangat berbeza.. ibarat nye jika kita katakan Laksa Sarawak sedap, ianya hanya dapat dirasakan bagi yang sudah merasai Laksa Sarawak... tetapi yang hanya mendengar ia hanya dapat menduga sahaja rasa Laksa Sarawak itu, kerana ia belum merasainye...

Tarbiyyah Islamiyah juga perlu berterusan dan istiqamah, samaada kita bersama kawan2 seusrah @ sehalaqah atau kita bersendirian. Mutabaah ibadah (amalan ibadah kita) juga perlu dijaga setiap masa, bukan bila hanya mengikut musim dan mengikut aktiviti bersama. Kerana Tarbiyyah Islamiyah ini tidak akan berhasil jika kita tidak istiqamah dan juga berusaha menambah kualitinya.



Mukhayam Sarawak KITA


Begitulah yang dapat digambarkan dengan Tarbiyyah Islamiyah ini... jap, tahu ke apa maksud Tarbiyyah Islamiyah???
hmm...., kalau belum tahu saya bagitau....

Ikhwah dan Akhwat sekalian,

Tarbiyyah:

Tarbiyyah dari segi bahasa berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan. Manakala dari segi istilah, perkataan Tarbiyyah membawa pengertian cara terbaik (ideal) dalam berinteraksi dengan fitrah manusia (secara fitrah, tanpa paksaan), baik secara langsung (berupa kata-kata) mahupun secara tidak langsung (berupa keteladanan, sesuai dengan sistem dan wasilahnya yang khas) untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju keadaan yang lebih baik.

Tarbiyyah Islamiyyah:

Tarbiyyah Islamiyyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Sumber-sumber ini adalah sumber-sumber Rabbani. Atau dalam pengertian yang lebih khusus Tarbiyyah Islamiyyah bererti proses mempersiapkan individu dengan persediaan yang menyentuh seluruh aspek kehidupannya, meliputi: rohani, jasmani dan aqli (akal fikirannya). Ianya bersifat integral dan komprehensif. Tarbiyyah Islamiyah adalah proses penyediaan manusia yang soleh , yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, matlamat, ucapan dan tindakannya secara menyeluruh. Keseimbangan di sini bermaksud jangan sampai kemunculan suatu potensi menyebabkan lenyapnya potensi yang lain.

Dengan proses tarbiyyah inilah generasi sahabat dididik oleh Rasulullah s.a.w. sehingga berjaya melahirkan Generasi Rabbani yang mendapat jolokan dan pujian daripada Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud:

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”(Ali ‘Imran: 110)

Dengan meneliti dan menghayati Generasi Rabbani ini pula, kita akan lebih memahami pengertian tarbiyyah secara mendalam dan praktikal. Oleh itu salah satu sarana utama didalam memahami dan menghayati serta melaksanakan tarbiyyah ini ialah Sirah.

Tanpa penghayatan sirah, kita hanya mampu melihat tarbiyyah dan konsep dan pengertian yang kaku dan baku. Kita mungkin menganguminya tetapi tidak mampu menterjemahkannya dalam kehidupan seharian. Kerana Tarbiyyah ini bukanlah hanya teori dan retorika, ianya bersifat praktikal.


Rehlah (R.U.H.I) KITA

Bro and sis,

Insya Allah, kehidupan ini perlu diisikan dengan nilai-nilai Tarbiyah Islamiyah yang suci, murni dan sebenar. Ini adalah kerana kita ingin melahirkan individu muslim yang mempunyai Akhlak yang mulia hasil dari Tarbiyyah Islamiyah ini. Kita tidak mahu lahirnya individu muslim yang salah faham akan nilai tarbiyyah. Alhamdulillah didalam buku keluaran Pustaka Buku Putih KITA, bertajuk, "Tarbiyyah Islamiyah dan Madrasah Hassan Al-Banna" karangan Dr Yusuf Qardawi menyatakan bahawa nilai Tarbiyyah Islamiyah ini perlu difahami secara teori dan juga diamalkan secara praktikal.

Moga kita dapat mengisi kehidupan ini dengan mengenali ISLAM yang syumul dan sebenarnya, Moga kita sentiasa menyeru manusia kepada ALLAH dan mengajak kawan-kawan kita kepada ISLAM bukan kepada diri kita atau kepada kepentingan diri atau institusi kita. Ikhlaskan niat kita, agar semua manusia dapat mengenali ISLAM dan juga merasai nikmatnye Tarbiyyah Islamiyah Ini...


Akhi wa ukhti,

Kita perlu tanam cita2 dan harapan agar semua manusia dapat menikmati Indahnye dan manisnye Tarbiyyah ini, kerana mereka berhak menerima Tarbiyyah Islamiyah. Kita juga perlu medakwahi mereka secara fitrah, dengan mengenalkan ISLAM kepada mereka terlebih dahulu daripada yang selainnye, kita juga harus mendekatkan mereka dengan Nilai2 ISLAM sebenar seperti, baca Al-quran, baca Mathurat dan sebagainye, malah kita harus memperlihatkan Akhlak yang baik, kerana ini akan mencerminkan ISLAM yang sebenar kepada mereka yang akan di Tarbiyyah Islamiyah.

Moga ikhwah dan akhwat terus memburu cinta Allah dan terus memahami Tarbiyyah Islamiyah ini dan melaksanakan amal Islam dengan Ikhlas... Ingatlah sampaikan Dakwah ini dengan Hikmah dan Bijaksana dan secara Fitrah, agar ISLAM lebih mulia.. dan buanglah segala kepentingan diri kita sendiri, kerana kita hanya menyeru manusia kepada ALLAH.

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Surah Yusuf, 12:108)






"Give the best, and we will get the best, Let's us change our self in Tarbiyyah Islamiyah"

**************************************************
Akhi Azrin Al-Fateh
Sepetang di Bunga Seroja...

Kenali Penulis lebih lanjut di FB: Gr-Engr Mohd Azrin

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..