Kita Harus Kembali



Salam Semua.. Semoga Allah memberikan kita semangat utk berjuang demi AgamaNya setiap hari.. Hari ini ana rasa sangat bersemangat untuk mendengarkan lagu nasyid berirama Jihad... Jadi hari ni ana nak berkongsi sedikit lagu Izzatul Islam dalam blog Halaqah Borneo...

Moga kita kembali kepada Islam dengan sebenarnya (syummul). Kerana dengan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah kita akan dapat mencapai kejayaan di dunia mahupun di akhirat. jadi marilah kita Back to Quran...

Semoga Semua Pengunjung dan pembaca setia Halaqah Borneo (HB) semakin bersemangat hari ini dan terus bersemangat setiap hari.. Ayuh para pemuda dan Syabab anda adalah pewaris Dunia dengan menaikkan Izzah Islam. Jangan Biarkan kekuatan dan kemampuan yang kita miliki disalah gunakan. Kita letakan kekuatan kita sebagai pemuda utnuk berjuan di Jalan Allah untuk menjadikan Islam tinggi dari yang lain. Maka ayuhlah kita perbaiki diri kita setiap hari, kita tarbiyah diri kita dengan iman dan islam. Hidupkan diri kita dengan nilai-nilai tarbiyah dan janganlah kita membazir masa muda kita dengan perkara yang tidak berfaedah..

Ayuh akhi wa ukhti, muslim dan muslimat kita isikan masa kita dengan Tarbiyah Islam yang Syummul... ayuh kita ber HALAQAH... Ayuh dengarkan lagu KITA HARUS KEMBALI....



Dipost oleh:
Al-fateh
10 November 2009/22 Zulkaedah 1430H

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..