Salam Aidil Adha 1430H




Salam kepada Semua Pembaca Halaqah Borneo..

Ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430H kepada ibu dan ayah kami, saudara mara kami, semua kenalan ana Di Halaqah Borneo, Ikhwah wa akhwat (zaujah ana) dan semua muslimin dan muslimat....
Semoga Pengorbanan Agung Nabi Ibrahim dan Keluarganya menjdi ikhtibar buat kita bersama.

Semoga kita dapat Qurbankan nafsu amarah kita,
Kita Qurbankan nafsu lawamah kita,
Kita Qurbankan sikap malas kita utk taat pada Allah,
Kita Qurbankan sikap ego, sombong, riyak, benci, hasad dan semua sifat mazmumah kita,
Kita Qurbankan masa kita utk agama Islam, kita Dakwah sungguh2 dan belajar sungguh2,
Kita Qurbankan keinginan yang tidak perlu utk kita gapai kejayaan Islam..

Itulah sebenarnya erti Pengorbanan yang kita boleh singkapi daripada Hasil Pengorbanan Agung Nabi Ibrahim..

Bukannya, tiba Hari Raya Qurban, Kita sibuk nak lawan siapa yang paling banyak lembu di Qurbankan.. atau sebagainya.. tapi isi kandung tersirat dari sirah nabawiayh itu adalah yang penting utk koita ambil jadikan tauladan dan ikhtibar. Bak kata ustaz tamri selaku pengerusi forum penghayatan Qurban di Masjid Desa Ilmu, "Baca Sirah, Petik Ibrah". Semoga kita semua dapat petik Ibrah Nabi Ibrahim dan Keluarganya..

Alhamdulillah kali ini ana berhari raya di Sarawak sahaja, Di Kota Samarahan je dengan Zaujah dan Ikhwah yang tak balik.. Alhadulillah dapatlah anabuat sedikt jamuan utk ikhwah yang ada, dan petang tu ana dan zaujah juga bergotong -royong utk menolong melapah daging di Masjid Desa Ilmu... Dakwah masyarakat akan bermula...... kalau nak tenggok gambar boleh layari blog sahabat ana di Pena Mujahid

Ana dan zaujah bertekad untuk menyimpan duit setiap bulan, bagi melaksanakan ibadah Qurban pada tahun Hadapan.. Insya Allah, jika kumpul RM 50 Sebulan pun dah cukup utk buat Qurban.. Kalau 10 bulan dah RM 500, jadi dah boleh dapat satu bahagian.. Tapi syukur juga atas rezeki Allah, ana dan zaujah tahun ni dapat buat ibadah Qurban, tapi melalui EZ Qurban yang selalu promote kat IKIM.fm... Moga Qurban kami diterima Allah... Bagi pembaca Halaqah Borneo dan ikhwah wa Akhwat yang tak berkesempatan Qurban tahun ni.. Jom tanam Azam.. kita kumpul duit setiap bulan RM50, supaya tahun depan dapat Qurban...Insya Allah... Amin

Barakallahufikum....



Salam Aidil Adha 1430H
Dari Al-Fateh wa Ababbel

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..