Hijrah 1431H,, Bersedia ke 2010M

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman…!!

Sejarah Ringkas Hijrah

UMUMNYA hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ini adalah makna dari segi makaniyah (tempat). Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah SAW berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi.
Mengenai hijrah ke Yathrib, Rasulullah SAW ada menceritakan dalam hadisnya yang bermaksud:
“Aku melihat dalam tidurku aku berhijrah dari Makkah ke satu tanah yang banyak pokok kurma. Pada mulanya aku menyangka Yamamah atau Hajar, rupa-rupanya ia adalah Madinah, iaitu Yathrib.” – (Hadis riwayat Bukhari)

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah.

Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib).

Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar.

Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah.

Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

Jika dari sudut Makna Ma'nawiyah( tersirat), hijrah adalah dari sikap ang negatif kepada sikap yang positif.. Dari malas berdakwah, kepada rajin berdakwah.. dan hijrah ini adalah yang terpenting dalam membentuk peribadi shaksiyah Muslim kita.. Hijrah untuk melawan hawa nafsu kita... Dan dalam sirah Hijrah Rasulullah juga pekara sebegini tersirat. Seperti Meninggalkan kecintaan kekayaan dunia di mekah menuju madinah.. Ini adalah Hijrahnya sahabat Rasulullah, Usman Affan, Abdur Rahman Auf dan juga Abu Bakar As-Siddq...

Jadi persoalnanya, Adakah kita dapat memahami erti Hijrah dari sudut makaniyah dan Ma'nawiyah?

Adakah kita sudah mengimplimentasikan dalam kehidupan kita?

Adakah kita sudah benar-benar berHIJRAH....

Ayuh berhijrah menuju ALLAH...

selamat menyambut Maal Hijrah 1431H..

Dan Selamat Tahun Baru 2010M....

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..