[20.10.10] 3rd Anniversary



Allhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah atas Anugerah Cinta dan Sayang kepada setiap makhluk dan Insan yang diciptaNya...

Hari ini adalah hari yang teristimewa kepada pasangan Admin Halaqah Borneo[HB], ia adalah hari Ulang Tahun perkahwinan ke-3... Moga Akhi Azrin Al-Fateh dan Ukhti Aishah Ababeel, menjadi pasangan Baitul Muslim yang mampu melaksanakan amal dakwah dan membina generasi Musleh... Amin

Sungguh pantas masa berlalu, sehingga tidak terasa ia merentasi usia kehidupan kita di bumi Allah. Dalam perjalanan mencari Redha Allah ini, kami memohon agar Allah sentiasa memberikan kami dan anda semua petunjuk dan HidayahNya dalam mengharungi onak dan cabaran kehidupan dunia yang sementara ini. Moga Allah menetapkan hati kita untuk sentiasa berada di JalanNya... Amin..


" Perkahwinan itu sebenarnya memang banyak mengajar Kita, Saling mengenali setiap perbezaan yang ada... Alangkah indahnya BerCINTA selepas BerNIKAH"
So.... Jangan COUPLE sebelum NIKAH...ehehe....


3 Responses so far.

  1. hisyam says:

    barakallahu lakuma ya akhi wa ukhti. semoga barakah pernikahan kalian berdua sehingga ke akhir hayat. :)

    p/s: doakan ana yang baru 'bertapak' ke alam pernikahan ni. ;)

  2. Jazakallah akhi hisyam..koga antum juga sentiasa dibawah Rahmat Allah dan HidayahNya dalam membentuk rumah tangga yang Musleh...

  3. Salam anniversary dengan ucapan, belajarlah untuk saling mengenali, memahami, melengkapi, berlapang dada dan memaafkan antara satu sama lain.

    Perbaiki niat, ibadah, komunikasi dan hubungan dalam rumahtangga. Bersiaplah untuk menjadi lebih matang demi hari mendatang.

    Doakan kami untuk bersama kalian nanti. InsyaAllah.

    to ukhti aisyah ababeel : tiba saatnya, insyaAllah kita pasti bertemu. salam kangen dr semenanjung.

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..