Pesanan Buat Adik

Assalamualaikum ...

Ya ukhti fillah ,

Salam kepada mu, rahmat dan berkatNya...untuk adikku. Kita mengucapkan asSalam kerena kita mengerti ia adalah satu kalimah yang agung.Itulah doa yang sempurna ku doakan kepada mu moga dirimu sejahtera dalam keredhaan Allah.

Ketahuilah orang yang paling ku cintai adalah orang yang yang kulihat dengan hati ku di mana hati itu adalah tempatnya rahmat, cinta dan kehidupan. Ini wasiat untukmu wahai adikku. Jadilah kamu jelmaan untuk alhaq, kebenaran, untuk perasaan, untuk sifat malu, dan untuk keindahan.Sifat malu berkuasa untuk menawan hati dan keindahan itu pula tersinar dalam keserian wajah.

“Tanda-tanda mereka, tampak pada muka-muka lantaran bekas sujud”[Al-Fath:29]

Jua dalam [At-Tahrim:8], “Sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan sebelah kanan mereka”

Itulah keindahan alhak. Sifat malu itu adalah keindahan orang yang pemalu, tetapi bersinar..ya , bila ia berkata-kata ia menarik dan meanwan hati dan jiwa.

Kata Rasullah,

“Sifat malu itu baik semuanya dan tiap-tiap agama mempunyai akhlaknya dan akhlak agama ini ialah sifat malu”

Buat adikku kebanyakan masyarakat di sekeliling kita telah hilang rasa malu...mungkin pun kita jua sbb kita hidup dengan masyarakat...ya..kita malu tidak bertempat..ya utk hadir bersama program yg islami…mungkin masih ada rasa segan duduk dlm halaqah…ataupun malu bertanya dan menyampaikan di dalam halaqah…kita dan saya sendiri kena berubah!

Ingatlah wahai adikku,

Manusia yang memberikan kebaikan (al-khair), dia sangat bercita-cita padanya dan menunggu-nunggu kebaikan itu…

Wahai adikku yang dirahmati Allah,

Jadi cuba lihat ke dalam hati adik2…adik ada mempunyai bakat itu…kita mesti menjadi lilin untuk manusia dan menjadi pendukung dakwah kerana kita sebenarnya telah dikurniakan Allah sifat yang baik dan akhlak yang mulia…

Moga kita sama-sama di puncak kebersihan…seseorang yang berbicara dengan perasaan yang jahiliyah ataupun kurang baik…dia takkan berdiri di atas tapak yang sama dengan perasaan yang bersih dan suci….

Dakwah yang saya cita-citakan juga org2 lain cita-cita2 kan…sangat memerlukan kebersihan hatimu dan saya…Agar hati kita dapat memberi dan menerima kesabaran serta bertahan dalam kesabaran, mudah memaafkan dan bertoleransi, sanggup turun ke golongan yang rendah, dan jua sanggup juga membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi..

Hidup ini tidak lama…Saya dan yang lain akan mengucapkan selamat tinggal hidup…ya kita pasti menyerahkan dakwah ini pada para pemuda/i yang bersih hatinya…Allah mengetahui jika kita mencintai dunia ..maka kita cinta kerana Allah

[Luqman :34], “Dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti)apa yg dpt diusahakannya besok. Dan tidak seorangpun yg dpt mengetahi di bumi mana dia akan mati.”

Realisasikanlah cita-cita ini dalam dirimu…dengan jauhkan hatimu dr segala dendam, dengki, hasad dan sombong..Bersikanlah ia lakasana air di dalam awan dan sucikanlah ia spt mana salji yg turun menyentuh bumi…

Wallahuallam,

Dakwah dan Cinta ke Jalan Allah

nota:

Jazakamullahu khair kerana antunna telah mulai menghantar mutabaah..wlpn antum masih baru lg..sangat tidak disangka-sangka…liqo’ wida’ itu sangat memberi kesan pada diri ana dan antum jua subhanallah! Walaupun diri, ruh ini sangat melemah tp cuba menelaah lebih banyak lagi..tidak menyekat utk mencari maklumat.. Ku mohon kepada Allah, moga Allah menjernihkan hati-hati kita…supaya setiap pilihan adalah yg terbaik utk kita…teringat kata seorang ummi pada banatnya…”Setiap keputusan yang kita buat ada akibatnya, apa yg penting adalah bagaimana kita mengatasi akibat yg telah kita lakukan!”…ini kata seorang zauj pada zaujahnya sebelum zaujnya meninggal dunia “Perubahan memerlukan masa, takkan terbina sebuah rumah dalam sehari!”

2 Responses so far.

  1. al-fateh says:

    Alhamdulillah, bagus ni.. boleh bagi kat anak halaqah al-fateh juga.. hehehe.. syukran ababeel.. luv ababeel bcoz of Allah..

  2. Perjuangan sebagai daieyah umpama perjuangan membuka kunci hati para mad'u yang dikasihi. Tetapi harus diingati bahawa pemilik kunci itu iaitu adalah Tuhanmu yang satu, maka sekiranya engkau berasa penat untuk mencari jalan membuka kunci itu, jangan pernah berputus asa kerana sekurang kurangnya dirimu telah membuka jalan untuk kesinambungan mata rantai pembukaan kunci tersebut.. maka berdoalah agar pemilik hati tersebut bisa diketemukan dengan insan yng benar benar bisa membuka kunci hatinya..
    dan bergembiralah kerana daieyah yang sejati itu tidak terlalu mengharap hasil yang banyak dan baik tetapi mengharap redha ALLAH dalam usahanya kerana daieyah sejati yakin ALLAH akan sentiasa melihat kerjanya.

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..