"Al-Multazimun fi Thariqid Dakwah" Siri (1)





Salam kepada semua pembaca halaqah Borneo... Insya Allah kali ni ana nak berkongsi bahan yang telah ana sampaikan di Halaqah Abu Jihadi.(level 2). Bahan ni ana sampaikan dalam masa dua minggu. bahan ni ana sinambungkan dengan bahan lepas iaitu bahan Fiqh Dakwah... Jadi jika kita sudah mulakan gerak kerja dakwah seharusnya kita perlu tahu bahawa akan banyak ujian yang pasti akan mendatang.. Ujian ini adalah sebagai penilaian terhadap betapa ikhlas, siapa yang paling baik amalnye dan juga yakinnya kita akan bantuan Allah. Allah berfirman tentang, pasti orang beriman akan di berikan ujian.

al-mulk2.JPG


Dia itulah yang telah menjadikan kematian dan kehidupan (kamu) sebagai ujian untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun [Al-Mulk 67 : 2]

Jadi sememangye, akan ada ujian bagi pejuang dakwah dan yang menghambakan diri dalam jalan 'INI'.

Akhi wa ukhti, ketahuilah, dalam mana kita menunaikan tanggugjawab kita sebagai "khalifah" di muka bumi Allah ini, apa yang terpenting adalah kita berbuat amal dakwah ini dengan penuh kesabaran. Ye semestinya bila kite nak ajak orang pi dengar ta'alim di kolej2, pasti ada yang susah nak datang, tu belum lagi nak ajak ke halaqah , mabit dan riadah... apatah lagi kalau nak ajak mereka ke program luar seperti daurah dan rehlah....hmmmm.. susah betul merekan nak luangkan masa untuk berislam...

Jadi???... kita kena marah ke??, kita kena brainwash mereka ke??? ke kita kena tarik tangan mereka atau kena bagi mereka cop kolej???...

jawapannye.... sudah pasti bukan begitu caranya.... apa yang perlu kita lakukan adalah dengan banyak bersabar...

hmmm besabar??? mana boleh..... siapa kata tak boleh??? sebenarnya dakwah ni perlu dilakukan dengan penuh kesabaran... biasalah kita naka ajak orang ke arah Islam.. jadi perlu contohi manhaj nubuwah kita... Rasulullah kan seorang daie yang paling sabar... jadi kita pun kenalah sabar.. biasalah diawal ni murabbi memang kene buli.... nanti bile mutarbbi dah faham mereka pula kita buli... hehehe.. bukan buli, bagi tugasan dakwahlah... hehehe..

jadi akhi wa ukhti.... kita kena belajar berSABAR, tapi jangan kita bersabar tanpa teruskan usaha mendakwahi mereka. kita perlulah bersabar dan juga mestilah tidak berputus asa dalam meneruskan amal dakwah ini... barulah betul sabar kita.. jadi Fahamilah erti SABAR dengan benar dalam konsep DAKWAH ini...

Firman Allah;

al-mulk2.JPG

Demi sesungguhnya! Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar [Al-Baqarah 2 : 155]

Jadi Insya Allah bahan Al-Multazimun fi Thariqiq Dakwah ini akan membawa kita, seperlu mana kita beriltizam dengan sesungguhnya dalam meniti di jalan dakwah ini..

Peta Minda Bahan


Penjelasan Bahan

Kata-kata Muhannad Thahir, Pejuang palestine..." Islam adalah hebat dan dipikul oleh orang-orang hebat"

jadi kita adalah orang-orang yang hebat jika kita membawa Islam dan mejulang Isalam tinggi dengan melaksanakan Dakwah.

Dakwah in pada awalnye memang manis, manis dengan keseronokan berukhuwah dan berjemaah.. tapi dakwah ini nanti memerlukan pengorbanan yang tinggi yang perlu kita berikan...

Pengorbanan MASA kita.. masa tidur, masa berehat, masa chatting... masa ini akan dikorbankan untuk kita isikan dengan halaqah, daurah dan juga membuat keje amal islami...

Pengorbana HARTA, yang kita infaqkan demi dakwah dan Islam, serta membantu ikhwah wa akhwat kita yang memerlukan bagi merialisasikan sifat takaful kita... kerana itulam nizam usrah kita...

Pengorbanan JIWA, yang akan kita berikan demi kebangkitan islam.. baik dari sudut idea, fizikal dan segalanya.. mengorbankan keinginan rasa kemewahan dan rasa keduniaan yang melampau...

InsyaAllah perlu dilakukan dengan bertahap dan mengikut kemampuan kita... Keran kita perlu tahu bahwa tarbiyah ini adalah bertahap, ibarat.."membina rumah, bukanlah dalam masa sehari, tetapi secara bertahap"...

dan yang perlu kita ketahui.. bahawa.. dakwah itu bukan hanya didasari dengan semangat (ghirah), tetapi ia perlu dengan kefahaman... hmmm kenapa? kerana jika semangat je, mesti lama-lam jadi lemah dan luntur... tapi jika dengan kefahaman, pasti dakwah tu akan bergerak maju kerana ada pemacu yang tidak akan luntur dalam mengorak langkah dakwah ini... betul tak???... hehehe.. betulah..


1. Iman yang kukuh

Sikap seorang Daie semestinya ia menjaga hubungannya dengan Allah.. menjaga mutabaah IMAN nye...setiap minggu direview dan dicheck... murabbi juga perlu memberi nasihat jika muatarabbinye, melemah pada minggu itu.

jadi Iman mesti dijaga.. kerana Iman ni ibarat Minyak dalam enjin kereta Kancil QSJ ana... hehehe.. kalau tak de minyak susahlah nak bergerak.. jadi mestilah dipastikan minyak tu cukup supaya dapat bergerak dengan senang, laju dan tenang.. kalau tak, mati ditenggah jalan nakpi medic. heheh.. makna nye... IMAN ni perlu dicheck dalam halaqah, jika kurang perlulah ditambah, supaya perjalanan Dakwah dalam masa seminggu tu.. berjalan dengan baik dan tiada hari yang off... fahamkan??.. maksudnye.. kalau dalam seminggu tu ada hari yang slow atau off maksudnye.. IMAN tu dah kurang dan lemahlah...

Jadi kita semestinya jaga Iman dan Mutabaah, supaya kita ada minyak yang cukup untuk gerak kerja dakwah selama seminggu..

Boleh semak firman Allah: dalam 12:108, 3:79 dan 21: 105-106.


2.Kemahuan Yang Kuat

Akhi wa ukhti, ujian Allah adalah untuk menetukan dan mendapatkan Quality of Daie (QOD).. sebagai mana Allah firmankan dalam Quran 29:2-3 dan 2:214

Seorang ikhwah atau akhwat itu, seharusnya mempunyai keberanian dan kemahuan yang kuat dalam melakukan Amal Dakwah itu.. kita sepatutnye tidak takut dan gentar dengan ujian dunia yang Allah hadirkan, tetapi kita seharusnya Bijak dan bersabar dengan Ujian Allah ini..

Ana sangat menekan ikhwah dan akhwat yang masih lagi free-free utk ada kemahuan dakwah yang kuat.. hmmm sebab apa ye??? sebab ketahuilah Dakwah Kampus ni sesuatu yang sangat Ideal...

Dakwah Kampus adalah temapat kita menimba pengalaman dalam jalan dakwah.. Rugi sangatlah jiak kita tak isikan dengan amal dakwah... kenapa???

yelah, kat kampuslah kita dapat belajar bagi ta'alim, belajar buka dan bina halaqah, belajar salah bagi ta'alim, belajar naik motor dan kereta sebab nak pi halaqah sekolah, belajar duduk dalam hutan sebab pi rehlah kat, Gunung Santubong, BAKO!!! hehehe, Gunung Gading separuh je... dan Gunung Serapi.. Belajar nak handle program, belajar jadi mas'ul, belajar jadi Tarbawi.... hmmm penat nak tulis.. jadi banyak yang dapat belajar... rugi kalau kita tak bersemangat...

Kenapa penting sangat masa free-free kat kampus ni?? Nanti bile dah keje baru ana nak bukak halaqah, atau ana nak dakwah... BETUL KE??? angan-anagan je tu..... macam mana nak bukak halaqah?macam mana nak dakwah??? boleh akhi, boleh ukhti... ye tapi macam mana???.....

Sebenarnya tak akan berhasil tanpa ada pengalaman.. jadi masa di kampus nilah kita belajar buka halaqah, belajar dakwah,.. jadi masa keje nanti taklah tak tahu, taklah lagi banyak alasan yang dicipta... tak percaya.. ha... nanti boleh test masa praktikal... mesti susah nak berdakwah... sebab tak penah cuba dakwah kat kampus...hehehe.. jadi gunalah masa kat kampus ni...

lagi satu gunakan masa bujang ni untuk lagi laju gerak kerja dakwah... kenapa?? yelah sebab masa bujang ni kita tak terikat dengan pekara lain.. tapi janganlah masa bujang ni asyik nak tengok KCB, berbual pasal KCB, nyanyi lagu KCB je!!!!... hehehe..

Tapi masa bujang nilah kita pulun habis kekuatan kita untuk belajar dakwah, pi ronda semua bilik kat kolej... pi sekolah dan pi lah mana-mana untuk dakwah ni. hehehe... sebab nanti bila dah nikah, dah ada tanggungjawab lagi besar, pada isteri, suami dan juga anak...

Tapi buat yang dah nikah, hmmm jangan jadikan alasan tak buat keje dakwah... sepatutnye antum lebih bersemangat, tapi antum juga perlu menyususn masa untuk keluarga antum juga... jadi kalau slow skit tu biaselah... cuma pastikan keje dakwah terlaksana tanpa kedua-duanya rugi...

jadi jangan slow bagi yang bujang lagi ni... takut nanti bila nikah dia lagi slow dari masa bujang... jadi masa bujang biar pecut habis. ibarat 180km/jam.. bile dah nikah taklah slow sangat.. tapi masih dalam speed 100km/jam lagi hehehe...





3. Mujahadah dan optimis

akhi wa ukhti.. kita kena sungguh-sungguh dalam laksanakan dakwah dan juga dalam masalah IMAN kita...

bersungguh-sungguhlah dalam:-
1-solat berjemaah
2-menepati waktu (usrah/halaqah/program islam/dll)
3-ringan tangan dalam tanggungjawab dakwah
4-ringan dan mudah dalam berinfaq
5-dan banyak lagi..

Kita gunakan segala potensi diri kita untuk dakwah. Gunakan kepakaran blog kita. hheheh, gunakan kehebatan kita berucap, bersajak, buat kad, penanda buku, masak, melukis, dan banyak lagi.. kita berikan dan gunakan kepakaran ini untuk menarik orang kedalam Islam..

Optimis,.. ye kita kena optimis dengan dakwah kita dan orang yang kita akan dakwahi... siapa?? kawan-kawan, adik-adik kat 'U' kitalah.. optimislah bahawa dakwah kita kan diterima di 'U' kita dan orang yang diajak akan menerima dakwah ini.. Amiennnn..


4. Teladan bagi orang lain

Akhi wa ukhti... biarlah amal berbicara.. sebagaimana Allah firmankan dalam Al-Quran...9:105

Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

Harapnye, kita dapat jadi teladan kepada mutarabbi kita dengan amal dakwah kita, jadi mereka pun termotivasi berdakwah juga, kita sebagai murrabbi mesti lagi kuat dan gencar gerak kerja dakwahnye, barulah mutarabbi akan semangat bukan kita yang suruh je, tapi tak buat.. moga berubah...

Apa yang perlu kita teladankan pada mutarbbi, dan madu'?????

Ye kita perlu beri teladani dari segi, Dakwah... gerak kerja dan juga amal dakwah kita.... kemudia lagi??? kita kena teladani dari segi diri kita, baik Akhlak, Ibadah dan Perwatakan....

........hmmmm.... kita perlu lah jadi murabbi atau orang yang sangat menjaga akhlak dalam kebersihan, percakapan dan pergaulan... kemudian dari segi mutu ibadah, kita perlulah menjadi contoh; seperti solat subuh berjemaah, kita yang paling awal datang, hhmmmm baru selari dengan apa yang disampaikan mulut dan amal fizikal kita.


5. Akhlak Mulia

Sesungguhnya pada Diri Rasulullah ada suri tauladan yan baik 33:21. Jadi akhi wa ukhti, kita seharusnya, berusaha mencontohi akhlak Rasulullah, kerana Akhlak bagindalah dakwah Islam pada Zaman baginda tersebar...

Lihatlah Rasulullah dalam berniaga ia JUJUR, dalam Bercakap juga ia JUJUR.

Dalam perbuatan ia AMANAH, dalam tanggungjawab ia juga AMANAH.

Dalam kehidupan dia menyampaikan (TABLIGH), dalam bergaul ia berdakwah (TABLIGH)

Dalam menyelesaikan masalah dia bijaksana (FATANAH), dalam gerak kerja dakwah ia juga mastermindnye (FATANAH)

jadi contohilah Akhlak Rasul, dan banyakkan lagi membaca buku tentang Akhlak Rasulullah.

Akhi wa ukhti, nampaknye ana stop kat sini dulu... insya Allah ana smbung lagi kemudian dalam 2-3 hari lagi... moga antum semua dapat faham dan khadam bahan ini... dan semakin beriltizam dalam jalan Dakwah ini....

Jazakallah..........

---------------------------------------------------------------------------------------
insya Allah bersambung di siri (2) "Al-Multazimun fi Thariqid Dakwah" Siri (2)
---------------------------------------------------------------------------------------

Akh Azryn Al-Fateh

........Baitul Hassan.......

Desa Ilmu Park,
Kota Samarahan, Sarawak




Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..