"Syarat Diterima Syahadat"


Gambar Hiasan

Syurut Qobulu Syahadatain

Salam kepada semua pembaca HB, moga Allah memberkati usia dan kehidupan kita. Insya Allah kali ini ana ingin kongsi satu bahan Materi Tarbiyah yang telah disampaikan semasa Halaqah Al-Fateh(level 1). Bahan ini adalah bahan yang menyatakan tentang syarat diterimanya syahadat.

Ikhwah wa akhwat, ada satu kisah yang boleh kita ambil ikhtibar dari bagaimana untuk kita mengetahui sama ada syahadah kita diterima atau tidak.

Ada satu kisah;

Sulaiman duduk termenung menatap ke kejauhan dengan sorotan mata kosong. ia seperti itu selama beberapa waktu semenjak ini. sahabat dekatnya -Adi- tidak tahan untuk tidak bertanya, mengapa Sulaiman bemurung. Akhirnya, Adi tahu jawapannya. Sulaiman baru ditolak lamaranya terhadap sang Ukhti pujaan dan impiannya.

betapa murungnya sulaiman, yang mana pada awalnya yakin bakal langsung diterima pinangannya kerana ia tidak merasa tidak memiliki kekurangan yang bererti; sarjana, berkemampuan, berkenderaan dan serba boleh. Akan tetapi, itu menurut dirinya... Namun si Ukhti yang dilamar ternyata memiliki syarat yang susah untuk dipenuhi dan juga masih belum bersedia, hingga tertolaklah lamaran si Sulaiman itu.

Berdasarkan kisah tersebut, bahawa kita faham, seorang gadis yang dilamr memerlukan syarat tertentu, agar lamaran diterima. Demikian pula dengan ikrar Kalimat Syahadah. Ia juga memiliki syarat-syarat tertentu agar dapat diterima disisi Allah.

Akhi wa ukhti, serta pembaca HB sekalian, Ketika seseorang bertanya kepada Wahab bin Munabbih,

"Bukankah la ilaha ilallah adalah kunci surga?

ia menjawab,

"Benar, namun tidak ada satu kunci pun kecuali mempunyai gigi-gigi. Jika engkau menggunakan kunci yang bergigi, pintu akan terbuka. jika tidak, pintu tidak akan terbuka".
Gigi-gigi kunci itulah yang menjadi syarat diterimanya syahadat dalam perbahasan kali ini. moga kita dapat lihat apakah gigi-gigi kunci yang berupa syarat diterimanya syahdah kita.

Menurut Syeikh muhammad Said Al-Qahtani, ia menyebutkan ada 7 syarat diterimanya persaksia syahadat. Berikut adalam rusmul bayan/ peta minda Materi Tarbiyah dan juga penjelasannya yang ana petik dari e-book akhi Irwan Prayitno. Moga dapat difahami.



Peta minda Syarat diterimanya Syahadat


Sebagai seorang mukmin berusaha untuk menjaga syahadat kita dari futur dan melemah. Untuk itu kita perlu mengetahui bagaimana syahadat diterima atau ditolak. Untuk diterimanya syahadat kita maka diperlukan beberapa persediaan misalnya ilmu, yakin, ikhlas, shidqu, mahabah, qobul dan amal nyata. Juga kita perlu menolak kebodohan terhadap syahadat, keraguan, kemusyrikan, dusta, kebencian, penolakan dan tidak beramal.

Gambar hiasan

1. Ilmu yang menolak kebodohan

Sarahan

  • Seorang yang bersyahadah mesti memiliki pengetahuan tentang syahadatnya. Ia wajib memahami erti dua kalimat ini serta bersedia menerima hasil ucapannya. Orang yang jahil tentang makna syahadatain tidak mungkin dapat mengamalkannya.

Dalil

  • 47:19, kewajiban mempelajari laa ilaha illaLlah

  • 3:18, mereka yang bersyahadat adalah Allah, Malaikat, dan orang-orang yang berilmu (para nabi dan orang beriman).

2.Yakin yang menolak keraguan

Sarahan

  • Seorang yang bersyahadat mesti meyakini ucapannya sebagai suatu yang diimaninya dengan sepenuh hati tanpa keraguan. Yakin membawa seseorang pada istiqomah, manakala ragu-ragu pula menimbulkan kemunafiqan.

Dalil

  • 49:15, Iman yang benar tidak bercampur dengan keraguan

  • 32:24, yakin menjadikan seseorang terpimpin dalam hidayah

  • 2:1-5, di antara ciri mukmin adalah tidak ragu dengan kitabuLlah dan yakin terhadap hari akhir.

3.Ikhlas yang menolak kemusyrikan

Sarahan

  • Ucapan syahadat mesti diiringi dengan niat yang ikhlas lillahi ta'ala. Ucapan syahadat yang bercampur dengan riya atau kecenderungan tertentu tidak akan diterima Allah. Ikhlas dalam bersyahadat merupakan dasar yang paling kukuh dalam pelaksanaan syahadat.

Dalil

  • 98:5, 39:11, 14, syahadat merupakan ibadah, kerananya dilakukan dengan ikhlas.

  • 39:65, kemusyrikan menghapus amal, 18:110, ibadah yang tidak ikhlas, tidak diterima.

4.Shidqu (benar) yang menolak dusta

Sarahan

  • Dalam pernyataan syahadat muslim wajib membenarkan tanpa dicampuri sedikitpun dusta (bohong). Benar adalah landasan iman, sedangkan dusta landasan kufur. Sikap shidiq akan menimbulkan ketaatan dan amanah. Sedangkan dusta menimbulkan kemaksiatan dan pengkhianatan.

Dalil

  • 39:33, ciri-ciri taqwa adalah sikap shidiq, 33:23-24, orang yang benar akan terbukti dalam medan jihad dan Allah membalas mereka, sedangkan orang-orang munafiq akan mendapat seksa.

  • 2:8-10, ciri nifaq adalah dusta. 29:2-3, kebenaran dan kemunafikan diuji melalui cobaan.

  • Hadits, sikap benar mengajak kepada kebaikan dan kebaikan membawa ke syurga. Sifat dusta mengajak kepada keburukan dan keburukan membawa ke neraka.

  • Hadits, tinggalkanlah yang meragukanmu, sesungguhnya benar itu menenangkan (hati) sedangkan dusta itu meragu-ragukan.

5.Mahabah yang menolak kebencian

Sarahan

  • Dalam menyatakan syahadat ia mendasarkan pernyataannya dengan cinta. Cinta ialah rasa suka yang melapangkan dada. Ia merupakan ruh dari ibadah, sedangkan syahadatain merupakan ibadah yang paling utama. Dengan rasa cinta ini segala beban akan terasa ringan, tuntutan syahadatain akan dapat dilaksanakan dengan mudah.

Dalil

  • 2:165, cinta kepada Allah yang teramat sangat merupakan sifat utama orang beriman.

  • Hadits, sabda RasuluLlah "ada tiga perkara yang apabila ketiganya terdapat dalam diri seseorang, ia akan merasakan manisnya iman.

  • 9:24, mukmin mendahulukan kecintaan kepada Allah, rasul dan jihad dari kecintaan terhadap yang lain.

6.Menerima, yang jauh dari penolakan

Sarahan

  • Muslim secara mutlak menerima nilai-nilai serta kandungan isi syahdatain. Tidak ada keberatan dan tanpa rasa terpaksa sedikitpun. Baginya tidak ada pilihan lain kecuali kitabuLlah dan sunnah rasul. Ia sentiasa siap untuk mendengar, tunduk, patuh dan taat terhadap perintah Allah dan RasulNya.

Dalil

  • 4:65, Mukmin adalah mereka yang bertahkim (berhukum) kepada Rasul Allah dalam seluruh persoalannya kemudian ia menerima secara total keputusan Rasul, tanpa ragu-ragu dan kebenaran sedikitpun.

  • 33:36, 28:68, ciri orang mukmin ialah menerima ketentuan dan perintah Allah tanpa keberatan dan pilihan lain.

  • 24:51, ciri mukmin ialah mendengar dan taat terhadap Allah dan Rasul dalam seluruh masalah hidup mereka.

7.Pelaksanaan yang jauh dari sikap statik atau diam

Sarahan

  • Syahadatain hanya dapat dilaksanakan apabila diwujudkan dalam amal yang nyata. Maka muslim yang bersyahadat selalu siap melaksanakan ajaran Islam yang menjadi aplikasi syahadatain. Ia menentukan agar hukum dan undang-undang Allah berlaku pada diri, keluarga mahupun masyarakatnya.

Dalil

  • 9:105, perintah Allah untuk bekerja di jalanNya dengan perhitungan nilai kerja itu di sisi Allah.

  • 16:97, orang yang bekerja akan mendapat kehidupan yang baik dan syurga Allah.


Ringkasan Dalil

Dua kalimat Syahadat

Syarat diterima syahadat :

  • Ilmu (47:19. 3:18, 43:86)

  • Yakin (49:15)

  • Ikhlas (98:5, 18:110)

  • Membenarkan (2:8-9, 33:23-24)

  • Cinta (2:165, 8:2)

  • Menerima (4:65)

  • Melaksanakan (24:51,56, 31:22)

  • Redha (76:31)

Semoga kita faham dan mengetahui bahawa terdapat lebih kurang 7 syarat atau gigi untuk syahadat kita diterima..

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..