Ketika Cinta Bertasbih???

Khas buat jiwa suci, sahabat yang aku sayangi...



Bila cinta suci itu hadir, tiada siapa dapat memaksa,tiada siapa dapat bertanya...

Bila cinta suci itu hadir dengan penuh persimpangan, jiwa suci akan menjadi keliru... namun jiwa suci yang keliru harus tenang demi kasih suci dari tuhan yang maha mengaturkan...

Bila cinta sudah mula bertasbih dihati malah juga dibibir.. tiada siapa dapat menghalang.... tiada siapa dapat meneka siapakah cinta yang ditasbihkan jiwa...

Bila tasbihnya cinta yang dulu perlahan, dan kini kian menghayun laju gerak tasbihnya... jiwa rasa semakin menekan....mengharap redha dan ketentuan tuhan akan keputusan yang terbaik...tapi jiwa suci harus mampu mengawal laju gerak tasbihnya, bahang panas habanya, dan gelora badai yang menhempas pantainya hati suci itu...

Maka pelbagai persoalan timbul didalam jiwa suci itu....

Adakah pengorbanan, yang perlu jiwa suci itu lakukan kerana cinta yang penuh persimpangan? adakah keyakinan akan ketentuan tuhan yang meneguhkan pendirian jiwa suci? atau keinginan jiwa suci menjadi pilihan utama? semua itu harus jiwa suci tapiskan dengan keikhlasan pada sang PenCinta bagi menentukan yang terbaik bagi jiwa suci demi redha Illahi..

Nasihatku wahai jiwa yang suci....

Tasbihkan Cinta itu kerana Allah, Tasbihkan Cinta itu kerana kebesaran Pemilik Cinta sebenar... kerana Cinta yang hadir di jiwa yang suci adalah anugerah dari Pemilik Cinta, yang mengetahui Cinta mana yang terbaik untuk jiwa suci itu... dalam meraih KeridhaanNya...

Nukilan: Akhi Azrin al-Fateh
5 Safar 1431H/20 January 2010
Ketika Cinta Bertasbih (Di Jiwa Suci)

Lab Energy, Faculty of Engineering
UNIMAS, Sarawak..

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..