FIQH DAKWAH

Salam Akhi wa Ukhti... Salam pembaca Halaqah Borneo yang disayangi, moga Allah merahmati kita semua...




Salam Akhi, ana ingin berkongsi bahan Halaqah yang ana sampaikan pada Ikhwah malam tadi untuk Halaqah Abu Jihadi (HQ AJ).. Ana berharapa apa yang ana sampaikan malam tadi, menjadikan ana lebih faham akan dakwah yang sedang kita buat dan juga ana sangat mengharapkan anak halaqah anak (HQ AJ) ini juga faham dengan apa yang ana telah samapaikan..
Moga ana dan mereka menjadi semakin ikhlas dan faham akan maksud dakwah itu sendiri.. kera As-Syahid Imam hassan Al-Banna telah mengariskan dalam Rukun yang pertama iaitu : Al-fahmu. jadi moga kita benar-benar faham akan apa yang sedang kita lakukan. Ameen



1.FIQH DAKWAH: Satu Pemahaman

Akhi Allah menyatakan kepada kita agar kita mengajak orang kepada kearah kebaikan dan juga mencegah orang dari kemungkaran adalah kerana Allah dan juga kepada Allah. Seruan ini perlulah dilandasi dengan keyakinan atas basyiratin iaitu berdasarkan Al-Quran dan Juga As-Sunnah. Ini adalah seperti mana yang Allah firmankan dalam Surah Yusuf, 12: ayat 108.

Akhi, Medan dakwah merupakan satu lapangan yang luas selari dengan objek dakwah yang dibawa oleh para rasul iaitu agama Islam. Justeru itu para duat selaku juru dakwah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar dalam rangka menyalur dan menyampaikan risalah dakwah dengan lebih terarah dan terencana. Oleh itu pemahaman yang mendalam dan mendasar mengenai “Fiqh Dakwah” adalah perlu agar penyebarluasan risalah ini mencapai tahap yang maksimum.

Makanya kita kena faham apa maksud fiqh dakwah itu sendiri. Fiqh Dakwah adalah cantuman dari dua rangkaikata iaitu Fiqh dan Dakwah;

jadi maksud FIQH: adalah kefahaman yang mendalam
dan DAKWAH:Seruan kepada sesuatu

Maka Dakwah ilallah : Seruan kepada beriman kepada Allah Taala dan beriman dengan apa yang dibawa oleh para rasul dengan membenarkan segala perkhabaran yang dibawa, patuh dan tunduk dengan segala titah perintah Allah Taala dan meninggalkan segala larangannya, justeru agama Islam merupakan agama penamat, syumul dan lengkap.


2.KEWAJIPAN MENYAMPAIKAN DAKWAH

Sesungguhnya kewajipan menyampaikan dakwah Islamiah merupakan satu tuntutan secara syar’ie. Kewajipan ini tertanggung di atas bahu umat Islam tidak mengira tua atau muda, lelaku mahupun perempuan, kecil atau besar, samada pemerintah atau rakyat jelata secara khususiah atau umum. Tuntutan ini mesti direalisasikan mengikut kadar keupayaan diri, berdasarkan kemampuan tenaga dan darjah kemantapan iman serta rasa sensitiviti terhadap realiti umat Islam di samping iklim persekitaran masyarakat yang dilingkunginya.

Ini jelas berdasarkan firman Allah di dalam Surah At Taubah ayat 71.

Begitu juga dalam ayat 104 dan 110 dalam surah Ali-Imran.


3. SEBAB DAKWAH

Sebab ialah setiap sesuatu yang terhasil daripadanya kesan atau perubahan ataupun pergerakan. Dengan erti kata lain ia merupakan satu hal keadaan yang didahului dengan hajat atau keperluan iaitu samada peristiwa, perubahan atau pergerakan.Sebagaimana yang kita ketahui sesuatu keputusan yang berlaku dihukumkan dengan sebab dan diikat dengan logikal akal.

Asbab dakwah terbahagi kepada dua :

1. Terbit daripada akidah yang mantap dan nas agama.

1.a). Tuntutan pengabdian manusia hanya kepada Allah.

Allah s.w.t menuntut manusia dan jin supaya meletakkan ubudiah hanya kepadanya tanpa ada unsure pensyirikannya. Allah s.w.t tidak meninggalkan tuntutan tersebut begitu sahaja tetapi Allah s.w.t mengutuskan kepada manusia para rasul untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berupa suruhan dan larangan untuk disampaikan kepada manusia.

Sebagaimana yang Allah telah firmankan dalam surah Az-Zariyyat, 51 ayat 56.
1.b).Tuntutan bertaaruf / kenal mengenal.

Sesungguhnya Allah s.w.t menghendaki manusia agar bertaaruf di antara satu sama lain untuk melengkapkan konsep kemasyarakatan dalam bentuk yang lebih berfaedah dan bermakna, iaitu konsep faham memahami, tolong menolong, ziarah menziarahi yang akan membangkitkan suasana harmonis di dalam kelompok masyarakat.

Firman Allah Taala :(Surah Al Hujrat : 13)

1.c).Tuntutan menjadi khalifah di muka bumi dan megimarahkannya.

Allah s.w.t telah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Justeru terbeban kepada mereka tanggungjawab dan kewajipan mengimarahkan bumi dan seisinya dengan melaksanakan garis panduan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t yang berupa syariat dan perundangan Islam.

Firman Allah Taala : (Surah An Nur : 55) dan (Surah Hud : 61)


2. Pemahaman yang sahih mengenai dakwah berdasarkan akidah.

Kefahaman yang sahih terhadap akidah dan agama adalah bertitik tolak atau terbit daripada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w, merangkumi skop yang menyeluruh daripada keduanya samada dari sudut ilmu, penafsiran dan penjelasan daripada keduanya.

Kefahaman yang jelas terhadap akidah dan agama ini berdiri di atas asas dan rukun yang melingkari individu muslim tersebut sejak zaman berzaman. Asas dan rukun tersebut adalah :

2.a). Sesungguhnya umat Islam keseluruhannya adalah umat yang satu dalam konteks akidah, ibadah, muamalah dan akhlak. Kesatuan yang terbina ini merentasi sempadan daerah dan tempat, warna kulit dan bangsa, budaya dan bahasa. Di atas faktor yang berlaku konsep dakwah perlu dimainkan kembali untuk mengikat kesatuan yang sedia ada.

2.b). Fenomena yang melingkari umat Islam dengan perspektif kehidupan yang berbeza dari aspek pemerintah, kemasyarakatan, keintelektualan, dan sosio ekonomi dalam konteks bernegara menyebabkan mereka terhalang untuk meletakkan syariat Islam sebagai perundangan yang tertinggi. Ini mengakibatkan berlakunya pelbagai masalah dan kezaliman lantaran mereka jauh daripada perundangan yang sebenar. Kesannya gejala kerosakan dan kebejadan semakin bertambah, begitu juga perpecahan dan kemunduran.

2.c). Sesungguhnya umat Islam dituntut untuk beramal mengikut kemampuan yang ada dengan berpandu arah oleh Al Quran dan Sunnah. Justeru itu ia menuntut untuk merubah suasana yang tidak baik yang berlaku di dalam kehidupan masyarakat sekitarnya dengan uslub yang dibenarkan oleh Islam.


4. RUKUN DAKWAH

Sejajar dengan konsep dakwah iaitu seruan kepada agama Islam selaku penamat yang dibawa oleh junjungan besar Muhammad s.a.w, yang merupakan wahyu daripada Allah s.w.t. Ia selari dengan apa yang dijelaskan oleh Al Quran dan Sunnah Nabawiyyah dengan skop perbincangan yang luas yang merangkumi peristiwa-peristiwa yang terjadi kepada Rasulullah dan sirah perjalanannya yang panjang, maka rukun dakwah yang terbina adalah diasaskan di atas dasar agama Islam itu sendiri.

Rukun dan asas tersebut (secara teori dan praktikal) adalah :

a. Aqidah
Aqidah ialah perkara yang wajib dipercayai oleh setiap individu muslim dengan keyakinan yang thabat untuk didirikan di atasnya konsep ibadah, akhlak bagi setiap individu dan masyarakat. Ruang lingkup perbicaraan aqidah adalah :

1. Beriman kepada Allah.
2. Beriman kepada para Malaikat.
3. Beriman kepada para Rasul.
4. Beriman kepada Kitab.
5. Beriman kepada Hari Qiamat.
6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar.

b. Ibadah
Iaitu penerjemahan daripada aqidah yang murni, merealisasikan konsep aqidah dalam bentuk yang praktikal. Ibadah tersebut ialah yang di fardukan oleh Allah Taala kepada setiap individu muslim. Dasar-dasar ibadah adalah:
1. Dua kalimah syahadah (Syahadatain)
2. Mendirikan solat
3. Mengeluarkan zakat
4. Puasa di bulan Ramadan
5. Mununaian haji bagi sesiapa yang berupaya
6. Ibadah dalam pengertian yang luas

c. Akhlak
Iaitu perilaku yang murni dihiasi dengan norma-norma akhlak muslim yang mesti diimplimentasikan dalam kehidupan masyarakat individu muslim adalah seperti berikut:

1. Cabang iman
2. Amar ma’ruf dan Nahi mungkar
3. Al-Adlu Wal-Ihsan
4. Jihad fisabillah


5. MATLAMAT (TUJUAN ) DAKWAH

Hala tuju dakwah yang hendak dicapai secara umumnya adalah senada dan seirama dengan tujuan agama Islam diturunkan kepada Bani Basyar iaitu untuk mencapai kemaslahatan manusia dan menyingkirkan sebarang agen-agen perosak dan pembinasa yang boleh mencacatkan keharmonian kehidupan manusia samada di dunia dan akhirat. Imam Al Iz bin Abd Dissalam mengatakan :

“Sesunguhnya syariat itu adalah kemaslahatan baik mencegah dari kerosakan maupun mencapai kemaslahatan“

Tuju sasar dakwah secara umum terbahagi kepada dua:

1. Fardi
2. Jamai’e

Di antara matlamat dan rangka tuju dakwah yang hendak dicapai adalah seperti berikut:

5.1 Menunjuk manusia kepada pengabdian yang total kepada Allah s.w.t bertepatan dengan apa yang disyariatkan kepada mereka. Ini merupakan tugas asas dan asal kebangkitan para rasul di muka bumi ini. Namun begitu tugas tersebut berpindah kepada para duat selaku galang ganti kepada tugas yang ditinggalkan oleh para rasul seraya para du’at merupakan pewaris para nabi dan rasul.

5.2 Menunjuk manusia agar berta’aruf (kenal mengenal) di antara satu sama lain. Ia merupakan satu perintah dari Allah Ta’ala untuk dilaksanakan oleh manusia seluruhnya.
Para du’at diwajibkan menjelaskan perkara tersebut kepada manusia tidak boleh hidup berseorangan. Interaksi dan komukasi di antara manusia merupakan naluri yang ada di dalam jiwa manusia.

5.3 Mengubah suasana yang buruk dan iklam yang bejad di dalam realiti kehidupan manusia kepada iklam Islamiah bagi menjamin kemaslahatan kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat.
Para du’at diperlukan untuk mencernakan misi tersebut. Menjelaskan konsep Jahiliyyah kepada manusia agar mereka berupaya menanggapi perkara tersebut sehingga mereka dapat menyusun kehidupan dengan teratur.

5.4 Mendidik individu muslim dengan tarbiyyah Islamiah Syumuliah yang merangkumi tarbiah rohiah, jasadiah, fikriah dan ‘aqliah.

5.5 Membentuk Bait Muslimah dengan mendidik individu-individu tersebut bertepatan dengan Manhaj Islam dan system kekeluargaan yang berteraskan kepada roh Islami. Justeru itu institusi ini dapat melahirkan jil muslim yang bersifat taqwa, menjadi tunas baru demi terbentuknya masyarakat Islam yang diimpikan.

5.6 Membentuk Mujtamak Muslim yang merealisasikan norma-norma Islam dari segi dasar dan akhlak. Dengan erti kata lain, masyarakat yang mengimplimentasikan system dan peraturan mengikut neraca timbangan Islam yang mampu mengaplikasikan konsep amar ma’ruf dan nahi mungkar, al ‘adl wal ihsan di dalam kehidupan masyarakat.

5.7 Usaha untuk mewujudkan Negara Islam yang melaksanakan syariat Allah terhadap manusia. Negara Islam yang mengamalkan keadilan individu, menjaga maslahat umum, mengekang fasad dan melaksanakan amanah, menyebar agama Islam kepada seluruh manusia dan menyebarluaskan pendidikan Islam.

5.8 Usaha untuk membebaskan negara Islam keseluruhannya daripada cengkaman mana-mana musuh dalam realiti yang ada atau keadaan yang melingkunginya. Membebaskannya daripada mengikut arus atau perancangan oleh pemuka-pemuka arkitek barat.
Negara yang awal yang mesti dibebaskan ialah Palestin di mana ramai di kalangan manusia tertipu dalam tempoh yang panjang.

5.9 Usaha untuk mewujudkan kesatuan yang jitu di antara negara-negara Islam dalam konteks kesatuan fikrah dan ilmu, kesatuan matlamat dan hadaf, kesatuan ekonomi dan siasah di antara negara Islam.
Satu impian untuk meletakkan negara-negara Islam di bawah “Payungan Khilafah Islamiah” iaitu daulah Islamiah yang menjalankan syariat dan perundangan Islam.

5.10 Usaha untuk melebarluaskan Dakwah Islamiah seluruh alam maya, timur dan barat, di negara Islam dan bukan Islam sejajar dengan “Agama Basyariah”.



Jadi akhi wa ukhti, moga kita lebih faham akan dakwah yang kita sendang kembangkan.. Kata seorang ikhwah, anak halaqah ana, " terkadang seseorang yang keluar daripada halaqah ini atau dakwah sebab dia tak faham kenapa dia buat dakwah, jadi bile dia rase dah blurr dan malas, maka dia keluarlah dari buat amal dakwah"... begitulah komentar dari seorang al-akh dari Halaqah Abu Jihadi..

Akhi wa ukhti, gunakanlah masa dan kesempatan kita di kampus untuk berdakwah, kerana dakwah kampus adalah medan yang sangat idealistik untuk kita melatih dan training skills kita. Banyak skills yang kita boleh belajar contohnye belajar beri taklim, ziarah, mengurus daurah dan rehlah, mendaki gunung, belajar berenang dan pelbagai lagi... maka gunakan kesempatan ini utnuk ambil peluang sebanyaknye utk tingkatkan skills kita..

Terkadang kita ingat nak stop sekejap dari ikut halaqah, then nak sambung lepas grad... sebenarnya selepas grad lagi banyak cabaran yang akan kita lalui, dan mungkin kita tak berkesempatan nak berhalaqah.. jadi kita gunakan masa di alam kampus utk berhalaqah dan menghalaqah supaya nanti bile dah grad taklah jadi kekok sangat nak adapt...

Jadi Bahan ni ana olah dan ambil dari Halaqah.net, Moga ianya bermanfaat buat semua.... Ameen..Moga bejumpa dilain posting..

Leave a Reply

Salam semua.. Silakan memberi komen anda di HALAQAH BORNEO (HB).. Kami ucapkan Jazakumullah atas segala komen anda.. Moga ada manfaat bersama.. Sentiasa menuju Ridha illahi dalam setiap amal kita..